CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Puisi menyentuh sanubari

[Copy link]
Post time 7-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penyair tempatan pelbagai bangsa dan pelajar antarabangsa bergabung tenaga\rALUNAN puisi, gurindam, pantun dan syair indah yang diselangi persembahan kebudayaan, nyanyian dan puisidra menghangatkan Gema Puisi dan Citra Budaya yang menjadi sebahagian daripada pengisian Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 20111.\r\n\n\n\n\rAcara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC) yang menggabungkan penyair tempatan pelbagai bangsa dan penampilan istimewa pelajar asing dari pelbagai negara berlangsung meriah.\r\r\n\n\n\n\nPenyair dan tenaga pengajar, Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA), Zamzuriah Zahari, membuka tirai acara di Kompleks Perdanasiswa UM, baru-baru ini dengan alunan gurindam syahdu sebelum Kumpulan Tari Aceh di bawah pimpinan Paramadita Eka Putri muncul mempersembahkan tarian kebudayaan Indonesia.\rTarian negara jiran yang mempesonakan khalayak dengan langkah tari unik diselang seli nyanyian oleh tukang karut persis persembahan dikir barat yang popular di Kelantan, menambah seri acara yang berlangsung selama hampir dua jam setengah itu.\rDeklamasi puisi dimulai dengan seruan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Media UM  yang juga Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad yang mengajak khalayak mengenal erti wira sejati melalui bait puisi sinis.\rSelamanya wira dinilai oleh masa\r\n\n\n\nSelamanya wira dicanai oleh kuasa\rSelamanya wira dijulang oleh dusta\rSelamanya wira dinobat oleh harta\rAkhirnya wira entah di mana.\rPenuntut Akademi Pengajian Melayu UM dari Jepun, Yukari Noguchi, bertubuh kecil tampil molek berbaju Melayu ketika mendeklamasikan puisi sinis lagi menyengat, Di Laman Pusaka Nusa karya pensyarahnya, Dr Mohamad Saleeh yang nyata menyindir bangsa Melayu yang semakin lupa diri.\rBergema suara\rTun Seri Lanang, Abdullah Munshi,\rZa’ba yang menghidupkan bangsa\rDengan keramat bahasa\rMasuklah dengan semangat Jebat\rGelanggang sudah lama menunggu\rPencak sudah hilang tangkasnya\rTapak sudah sumbang langkahnya\rDan gendang berlumut di sudut sepi\rPelajar dari Brunei yang juga penuntut Akademi Pengajian Melayu UM, Najian Nadiah Syed Anayatullah Shah, tampil penuh bersemangat di pentas puisi dengan karya Johan Deklamator Puisi Peringkat Kebangsaan 1996, Shukri Abdullah, bertajuk Manuskrip Luka Bangsa yang sarat mesej mengajak khalayak membaiki kelemahan diri demi keutuhan bangsa, agama dan negara.\rBerbahasalah dengan fasih lidah\rPendeta dan kemuliaan para aulia\rDipinjam daripada kesucian kalam\rYang melengkapi seluruh kehidupan\rBertakwalah dengan pesan sabda junjungan\rDisingkap dari tirai teladan\rYang menyerlah ufuk kebenaran.\rLari daripada kebiasaan, Kumpulan Puisi Artistik pimpinan Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2007, Prof Rahman Shaari, berganding tenaga dengan lima anaknya menyajikan persembahan yang turut menyelitkan dekon dan nyanyian puisi, Sejahtera Bahasaku.\rPenuntut tempatan dan antarabangsa dari UM serta KLMUC yang menyaksikan persembahan turut terbuai sama dengan persembahan terbabit sehingga turut sama menyanyi dan bertepuk tangan, tatkala nyanyian yang menyeru masyarakat mencintai lagi memurnikan bahasa dialunkan.\rSejahtera Bahasaku\rAku cukup percaya\rKau cukup bersedia\rTak terkalah oleh cabaran\rYang indah berentak rasa\rYang gagah menegak fikiran\rSejahtera bahasaku\rAku cukup percaya\rKau cukup bersedia.\rKehangatan malam itu turut dikejutkan dengan laungan Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2010, Mohamad Tarmizi Kassim yang menyeru bangsa Melayu kembali memartabatkan bahasa mereka yang membawa seribu makna dalam segi kehidupan, apalagi di Malaysia yang memartabatkannya sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi.\rMuzik asli Melayu yang mengiringi persembahan beliau mengimbangkan suasana dewan yang terpaku seketika kerana khalayak leka menghayati alunan hebat puisi, Bahasa Melayu Melawan Kembali karya Baha Zain, di tangan deklamator yang penuh semangat menghidupkan karya di pentas puisi.\rAyuh! Mari kita mara ke depan\rPesan seorang pujangga\rPasang benteng dengan bahasa\rTancapkan lembing dengan suara\rHanya itulah, yang kita ada\rMenikam ke rongga-rongga dada mereka.\rSuasana tegang dan serius diceriakan kembali dengan kemunculan kanak-kanak cilik berbangsa Cina yang fasih berbahasa Melayu, Crystal Lee Xin Qiau, berusia 8 tahun yang tampil menyampaikan pantun nasihat dengan bersahaja sehingga khalayak terpegun menyaksikan persembahannya.\rIlmu itu pelindung diri\rSeperti kebun berpagar duri\rSeperti sinar intan baiduri\rItulah tanda orang jauhari.\rIngatlah wahai anakku sayang\rTanah indah pusaka nenek moyang\rJangan terlepas ke tangan orang\rSedangkan kita miskin terbuang.\rKemuncak persembahan pada malam itu begitu dirasai menerusi puisidra, Bersatulah, gabungan tenaga UM dengan KLMUC yang menampilkan Naib Canselor KLMUC, Prof Datuk Dr Hashim Yaacob, manakala warga UM diwakili Prof Datin Sri Nurestri, Prof Madya Nasir Hashim dan Asrul Faizal yang membawa khalayak merenung sejenak keadaan bumi Malaysia yang tercinta sekiranya perpecahan di antara masyarakat berlaku.\rProgram turut menerima sentuhan daripada penuntut Indonesia, Annaba Ghassani yang menyampaikan puisi, Di Sini Dia; pelajar dari Kuala Kangsar, Shafaiz Zakaria dengan gurindam nasihat Harga Remaja dan Pegawai Perancang Bahasa DBP, Mohd Amran Daud, menyampaikan syair, Jasa Guru Bahasa.\rKhalayak turut dihidangkan dengan nyanyian lagu tradisional, Bunga Tanjung oleh penuntut UM, Rasyidah Abd Rahim, persembahan tarian popular Asia Barat secara solo oleh  Melissa Ansari dari Iran dan diakhiri dengan nyanyian lagu tema BBK oleh pengacara majlis, Suhaimi Ahmad.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.075657 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list