CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: minipuff

SAMSUNG GALAXY SIII

  [Copy link]
Post time 2-5-2012 02:53 PM | Show all posts
esok lusa dah nak keluar kan?
AnakJantan1987 Post at 2-5-2012 02:32 PM



   kalau ikutkan esok....ttunggguuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2012 03:00 PM | Show all posts
ho yeah, ta sabar nak tunggu keluar, memandangskan s2 aku pun dah hilang dlm bas KKKL.. untung pakcik KKKL dapat galaxy s2 free2 jek.. T_T
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 03:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by aviero_666 at 2-5-2012 15:13



Samsung melancarkan sebuah laman sesawang khas untuk gajet terbaru siri Galaxy mereka yang diwar-warkan sebagai Samsung Galaxy S3. Dua hari lepas, Samsung memberikan sepatah anagram “tgeltaayehxnx” melalui laman Twitter mereka yang selepas diselesaikan memberikan maksud “The next galaxy”.

Didapati juga mereka mendaftar sebuah domain tgeltaayehxnx.com yang jika dibuka link tersebut ianya memaparkan pengiraan secara menurun kepada sesuatu yang tidak dipastikan lagi apa yang sebenarnya yang akan disampaikan. Anda boleh turut sama-sama ke laman tersebut apabila tamat pengiraan tersebut yang akan tamat dalam masa lebih kurang 7 jam semasa artikel ini ditulis.  

Samsung juga telah mengeluarkan beberapa klu antaranya seperti gambar dibawah yang menunjukkan tarikh jemputan pihak media untuk acara mereka yang turut terdapat bentuk Galaxy baru itu dibawah kain yang kami rasakan ianya jelas menunjukkan sebuah telefon bukannya tablet.


Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 03:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by aviero_666 at 2-5-2012 15:33

Colorant Sahkan Saiz Skrin Samsung Galaxy S III



Colorant merupakan pembuat pelindung skrin bagi telefon bimbit di Korea Selatan dikatakan memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu USG ( Ultimate Screen Guard). Menurut teori dari laman sesawang Pocket Droid dan turut disetujui oleh kami ialah dimana labelnya menunjukkan ianya dibuat di Jepun tetapi peringkat akhir pembuatannya dipaparkan menunjukkan proses akhirnya di Korea Selatan. Mungkin pengeluar ini terpaksa membuat peringkat akhir di Korea Selatan kerana bagi menguji produk berkenaan pada rupa sebenar telefon berkenaan yang akan diumumkan esok.



Selepas membandingkan pelindung skrin berkenaan pada Samsung Galaxy S II, HTC One X dan Samsung Galaxy Nexus, memang dapat dipastikan skrin telefon Android terbaru Samsung ini mempunyai saiz skrin yang lebih besar yang dikatakan kesimpulan yang didapat selepas perbandingan dengan skrin SGSII yang bersaiz 4.65″ , SGSIII tersebut dipastikan mempunyai skrin sekurang-kurangnya bersaiz 4.8″. Untuk itu saja informasi yang dapat kami berikan kepada anda, walau apa pun kita tunggu sahaja pengumuman dari Samsung esok pada pukul 8 malam waktu London ( Lebih kurang 4 pagi 4 Mei waktu Malaysia ).



Dipasangkan pada Galaxy Nexus



Dipasang pada Galaxy S2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 07:35 PM | Show all posts
dasat tul la Speku spec SIII ni....kalaulah tak laku...tak ke maluuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 12:57 AM | Show all posts
dasat tul la Speku spec SIII ni....kalaulah tak laku...tak ke maluuuuuuuuuuuu
medangmru Post at 2-5-2012 19:35



kalau rupenye sama dgn gambar yg "leak" tu mmg aku jamin la tak laku...HTC jugak yg urut dada nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2012 08:32 PM | Show all posts
skrg pakai galaxy w.....teringin gak dgn gs3 ni....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 10:05 PM | Show all posts
Kul 2am karang boleh layan live kat

http://TheNextGalaxy.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2012 02:22 AM | Show all posts

official image of s3.. nyummmmmm. ni versi putih. ada lg versi biru.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 06:20 AM | Show all posts
official image of s3.. nyummmmmm. ni versi putih. ada lg versi biru.
Leybra Post at 4-5-2012 02:22 AM



   Hmmmmmmmmm....namp0ak cam agak ok..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 06:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 06:27 AM | Show all posts
boleh tgk sini utk 3d preview
Leybra Post at 4-5-2012 06:25 AM



   amacam???ada keinginan nak beli ke HP ni leybra??
aku lebey terarah pd Galaxy beam..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 07:25 AM | Show all posts
Reply 76# medangmru


   mmg confirm akan sambar sbb s2 wa dah ilang. hahaha..
galaxy beam tak praktikal utk bidang kerja aku.. so x masuk list. muahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 08:03 AM | Show all posts
Reply  medangmru


   mmg confirm akan sambar sbb s2 wa dah ilang. hahaha..
galaxy beam tak pra ...
Leybra Post at 4-5-2012 07:25 AM



   galaxy beam tak seswai???errrrrrr...kan ke boleh buat on the spot presentation dgn beam...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 08:54 AM | Show all posts
Reply 78# medangmru


    ouh itu takpe, company dah sediakan projektor, ahaha. s3 senang sket nak sync dgn outlook event, calendar. tatau la kalau beam support ke x.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 08:55 AM | Show all posts
lagi satu nak buat programming testing guna s3 lagi masyukkk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2012 09:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by aviero_666 at 4-5-2012 10:40

Samsung Galaxy SIII Dilancar Secara Rasmi.



Samsung telah melancarkan telefon Android terbarunya, Samsung Galaxy S III beberapa jam yang lepas pada satu acaranya di London. Telefon ini menggunakan pemproses terbaru Samsung yang baru diperkenalkan sebelum ini iaitu pemproses empat teras Exynos 1.4GHz Cortex-A9. Ditawarkan dengan dua warna iaitu ‘Marble white’ (putih) dan ‘Pebble Blue’ (biru gelap), telefon berbentuk ‘candy bar’ ini dijangkakan akan berada dipasaran global pada hujung bulan ini

Disebalik penggunaan pemproses terbaru mereka iaitu pemproses Exynos dan RAM dengan kapasiti 1GB, Samsung juga masih menggunakan antaramuka mereka iaitu TouchWiz UI dengan Android 4.0.4 ( ICS ). Dikatakan telefon ini akan mempunyai 3 variasi iaitu dengan memori dalaman 16GB, 32GB atau 64GB dan menyokong tambahan kad memori sehinggga 64GB. Selain ciri-ciri asas yang disertakan oleh kebanyakan telefon pintar Android ketika ini seperti Bluetooth, GPS dan WiFi, Samsung turut membekalkan telefon ini dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 2100mAh. Resolusi kamera utama pula sebesar 8 Megapiksel dengan kamera pendua 1.9 Megapiksel. Dengan keupayaan merakam video dengan kualiti HD sehingga 1080p, ianya sangat menarik dan pasti lebih cantik apabila dipaparkan pada skrin Super AMOLED dengan resolusi 1280×720 dan saiz skrin 4.8″ nya. Telefon ini juga menyokong rangkaian LTE dan buat pengetahuan pengguna setakat ini di Malaysia hanya DiGi sedang menaik taraf rangkaian mereka bagi menyokong jalur LTE.



Telefon terbaru Samsung ini diperkenalkan dengan beberapa ciri-ciri menarik bagi memberikan pengalaman baru pada pengguna. Antaranya ialah ‘Pop up play’ iaitu kebolehan yang menggunakan sepenuhnya kuasa pemproses Exynos dimana anda boleh melakukan kerja pelbagai bilang ( multitasking ) iaitu bermain video secara ‘pop up’ pada skrin aktiviti lain yang anda lakukan.



Dengan teknologi ‘Smart Stay’ pula, telefon ini mengesan mata anda dimana ianya mengawal cahaya keterangan skrin contohnya sewaktu anda sedang membaca artikel atau e-book dan secara automatik ianya akan memadam skrin jika anda tidak melihat skrin atau tertidur.



Ciri ‘Direct Call’ pula dapat membantu anda membuat panggilan secara automatik tanpa mendail hanya dengan mengangkat telefon ke telinga anda. Contohnya apabila anda sedang menaip pesanan ringkas pada seseorang dan tiba-tiba anda berubah fikiran, anda mengambil keputusan untuk terus bercakap dengannya, anda hanya perlu mengangkat sahaja telefon anda menghampiri telinga anda dan ianya akan terus mendail orang berkenaan.

Terdapat juga ciri lain seperti ‘Social tag’ dimana telefon ini mengenali rakan anda hanya melalui gambar dan secara automatik memaparkan segala informasi mengenainya seperti nombor telefon dan emel. ‘S Voice’  pula aplikasi yang menggunakan sepenuhnya arahan suara dalam Android bagi membantu anda melakukan aktiviti seperti menaip pesanan ringkas menggunakan arahan suara, membantu mengatur peringatan jam dan sebagainya. ‘S Beam’ pula merupakan teknologi dimana anda boleh memindahkan gambar, muzik, video atau lain-lain kepada pengguna Samsung Galaxy S III yang lain hanya dengan mendekatkan kedua-dua belakang telefon berkenaan antara satu sama lain.



Telefon ini akan berada di pasaran global pada penghujung bulan ini namun tidak diketahui lagi berapakah harga yang akan ditawarkan untuk pengguna Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 10:23 AM | Show all posts
teruja nk memilikinya.hahahah.tgk specs dia mmg terbaik la setakat ni.agak2 brp la harga bila msk malaysia nnt ye
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 11:08 AM | Show all posts
wow spec mengancam.. tapi sure mahal antara 2099 - 2299..tak mampu den...samsung glaxy s advance yang terbaru ni takder org teruja ke? agak2 mantop tak spec....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 11:49 AM | Show all posts
Mmgla mesti dalam range harga mcm galaxy nexus atau note masa2 baru keluar. Fon yg tu pun dah diturunkan harganya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.087880 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list