Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersumpah diMasjid Jamek Guar Perahu, didalam Parlimen Permatang Pauh, pada hari Jumaat lepas mengatakan beliau tidak tahu menahu ataupun mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu yang dibunuh diPuncak alam, Selangor pada tahun 2006. Najib memberitahu bahawa beliau bersumpah walaupun ianya bukanlah satu sumpah rasmi menggunakan Quran.
“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya bersumpah bahawa saya tidak tahu dan tiada hubungan dengan wanita Mongolia. Saya tidak tahu kalau orang lain mahu bersumpah atau tidak tapi saya tahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ini diantara saya dengan Tuhan” kata beliau (Bernama, 23 Ogos 2008)
Pada hari yang sama, Thagarajoo a/l Thangavellu juga bersumpah, melalui Akuan Bersumpah, bahawa Najib dan isterinya, walaupun dilahirkan sebagai muslim, mengamalkan ajaran Hindu. Apakah sumpah Najib ini, yang dilakukan secara ‘Islamik’, sah diterima?
Berikut adalah terjemahan surat Akuan Bersumpah Thagarajah a/l Thangavelu.
Saya, Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033), seorang warganegara Malaysia yang dewasa dan menetap di No.20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan dengan ini menyatakan dengan benar perkara-perkara berikut:-
1. Saya bekerja sebagai pemandu.
2. Sekitar tahun 1995, saya memulakan kerja dengan Datuk K.S Nallakaruppan (“Datuk Nalla”) sebagai pemandu merangkap pengawal peribadi. Saya bekerja dengan beliau selama 5 tahun. Kemudian saya menyertai Datuk Kenneth Eswaran. Datuk Kenneth Eswaran menetap di Johor dan saya menjadi pemandu untuk ibunya yang tinggal di Petaling Jaya. Kemudian saya bekerja sebagai pemandu untuk Datuk kenneth Eswaran.
3. Datuk Kenneth Eswaran adalah kawan rapat Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa ini.
4. Datuk Kenneth Eswaran amat rapat dengan seorang bomoh Hindu, yang saya kenali sebagai Mr. Ji. Mr. Ji ialah seorang warganegara India, yang tinggal diKerala, India dan sering datang keMalaysia diatas undangan Datuk Kenneth Eswaran.
5. Melalui Datuk Kenneth Eswaran, Mr. Ji telah diperkenalkan kepada Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Saya telah beberapa kali membawa Mr. Ji kerumah Datuk Seri Najib. Datuk Kenneth Eswaran mengiringi Mr. Ji. Mr. Ji selalunya membawa bersama beberapa peralatan sembahyang mengikut ugama Hindu untuk melakukan upacara dirumah Datuk Seri Najib. Upacara ini dilakukan setiap bulan semasa ‘Ammavasi’, yang mana merupakan masa dimana bulan tidak kelihatan. Upacara ini merupakan upacara Hindu dimana melibatkan jampi mentera menggunakan peralatan sembahyang menurut ugama Hindu seperti kunyit, vibuthi, kum kum, limau, kapor barus, susu lembu yang diletakkan diatas daun pisang. Api sembahyang akan dinyalakan didalam rumah dan kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan duduk ditengah-tengah dan Mr Ji menjalankan upacara pemujaan. Kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kemudiannya dimandikan dengan susu. Selepas upacara pemujaan, sebahagian daripada bahan-bahan pemujaan dibawa keluar rumah dan ditanam untuk menghindarkan mereka dari kerja-kerja kejahatan.
6. Seperti yang saya katakan, semua bahan-bahan pemujaan ini dibawa oleh Mr. Ji, dibantu oleh saya kerumah Datuk Seri Najib, baik diJalan Duta atau pun dikediaman rasmi di Putrajaya. Saya juga pernah membawa susu lembu dan bahan-bahan pemujaan lain didalam kawasan kediaman Datuk Seri Najib. Saya hadir disetiap upacara bilamana Mr. Ji melakukan pemujaan. Semua ini berterusan sehinggalah saya berhenti kerja denga Datuk Kenneth Eswaran.
7. Saya percaya bahawa upacara pemujaan ini masih berterusan.
8. Semasa pilihanraya kecil Ijok yang lalu, saya membawa Mr. Ji kepekarangan tempat mengundi diIjok dimana Mr. Ji meletakkan bahan-bahan pemujaan ini untuk memastikan kemenangan calon MIC, K. Parthiban.
9. Saya percaya perbuatan yang sama akan dilakukan untuk meletakkan bahan-bahan pemujaan adat Hindu ini dan tangkal didalam ataupun pekarangan tempat mengundi diPermatang Pauh.
10. Saya juga mempunyai maklumat bahawa doktor yang menyediakan laporan perubatan untuk Razak Baginda, tertuduh didalam perbicaraan Altantuya, wanita Mongolia, yang sedang berlangsung, adalah palsu kerana Datuk Kenneth Eswaran telah mengarahkan doktor untuk memalsukannya. Arahan tersebut dibuat semasa saya sedang memandu untuk Datuk Kenneth Eswaran.
11. Dalam beberapa peristiwa, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Datuk Kenneth Eswaran, meminta pertolongan Mr. Ji untuk menjauhkan mereka dari perkara-perkara jahat. Didalam satu ketika, Datin Seri Rosmah memanggil Datuk Kenneth Eswaran, menyatakan kebimbangannya kerana Datuk Seri Abdullah Badawi akan mengahwini Datin Seri Jeanne Abdullah. Datuk Kenneth Eswaran berjanji kepada Datin Seri Rosmah bahawa dia akan meminta Mr. Ji untuk melakukan pemujaan untuk menghalang perkahwinan tersebut.
12. Saya membuat Akuan Bersumpah ini kerana terdapat beberapa perkembangan melibatkan Datuk Nalla, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah dan Datuk Kenneth Eswaran yang saya kenali semasa saya bekerja sebagai pemandu. Peristiwa yang melibatkan kehilangan Penyiasat Bebas, P. Balasubramaniam merisaukan saya
Dan saya membuat pengakuan ini dengan penuh kebenaran seperti yang termaktub didalam peruntukan Akta Akuan Bersumpah, 1960.
lepas najib disahkan pergi haji oleh jamil khir ni sohihlah dia tidak lagi amalkan ritual2 hindu ni.mungkin tuduhan drebar nalla ni cuma fitnah keatasnya.
agaknya akuan bersumpah drebar datuk nalla tu hanya melibatkan ritual datuk najib sambut deepavali mcm ni kot.kalau najib percaya sami hindu mesti dia tak diterima bumi mekah hari tu.mmg bohonglaaa drebar tue.
selama ni aku ingat najib ngan rosmah nie hindu......sekarang baru aku yakin dia islam.
golok mail Post at 8-11-2011 23:05
ni lagi satu MANGKUK AYUN..kang aku ckp ko BANGANG BEBENOR emo la pulak:@...x habis2 gn isu basi ko kafir mengkafir..telinga ko tuli kot atau agaknya x berduit nor nk beli telebisen or dgr radio tgk n dgr najib memulakan mana2 ucapan dengan kalimah mulia Allah SWT..
bukan ke salah satu sebab panggilan haji = manusia sama rata di sisi Allah baik kaya miskin
kalu di layan bagai ratu mcm mana pulak????
sapa yg kata kita manusia mana reti nak menilai??? ooo meletop...hanya Allah yg mengetahui katanya....so kalu kena rogol bergilir2 perogol tu x tau berdosa x berdosa kekdahnya...harap yg bercakap mcm tu dirogol bertubi..x berdosa kot merogol dirinya..hanya Allah yg tahu katanya
habis tu apa guna Quran diturunkan kalu tidak diguna pakai sekadar baca...
aku tak rasa salah klu ada guard tu..
yela sebab dia PM negara kan..
kalula ada someone culik PM tu..arab juge yg btggungjwb , kene kutuk, tk pndai jaga VIP la.. susah la jugak..
cuma
aku rasa yg layak pakai guard ni cuma PM sahaja, bini , mak dia semua tu patut tak payah pakai.. dah macam rombongan makcik kiah la plak ramai2 tu..
Kalau Nik Aziz atau Haji Hadi dapat layanan begitu, mesti pujian melangit dan bersama pujian itu tentu ada kutukan kepada PM Najib lebih kurang begini. "Saudi layan Nik Ajis, Najib bila?".
masa Tun M jadi PM, beliau juga menerima kawalan ketat begini ketika menunaikan haji, so aper yg peliknya bila PM Malaysia gi menunaikan haji dn mendapat kawalan ketat?