CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5675|Reply: 10

Phobos-Grunt :Loss control...

[Copy link]
Post time 11-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
2011-11-11



MOSCOW: Sebuah kapal angkasa Russia dalam perjalanan ke planet Marikh membawa 12 tan bahan api toksik   terkandas di orbit bumi  dan mungkin terhempas   dalam tempoh beberapa minggu jika jurutera gagal membetulkan haluannya.

Pada masa sama, pakar angkasa lepas berharap enjin senyap kapal angkasa itu boleh ditujah untuk  ke Marikh. Jika tidak, ia akan terjunam  ke bumi. Namun kebanyakan pakar serpihan angkasa Amerika yakin bahan api di dalamnya mungkin meletup  di ruang  atmosfera dan tidak  sampai ke bumi.   Kesilapan pelancaran itu adalah yang terbaru dalam beberapa siri kegagalan Russia yang menambah kebimbangan mengenai keadaan industri angkasa lepas negara itu.   Kapal angkasa,  Phobos-Grunt tanpa pemandu berharga AS$170 juta (RM535.93 juta) berjaya memasuki orbit dengan tujahan  roket pelancar Zenit-2   selepas tengah malam waktu tempatan kelmarin (2016 GMT Selasa) dari tapak pelancar Baikonur di Kazakhstan. Selepas berpecah daripada pelancar, 11 minit kemudian, ia sepatutnya menyalakan dua enjin dan menghala ke Marikh.
  
Bagaimanapun, kedua-dua enjin gagal dihidupkan. Berikutan itu,  Phobos-Grunt  tidak dapat meninggalkan orbit bumi, sebaliknya terus terbang mengeliling antara 207.61 kilometer dan 341.18 kilometer di atas bumi. Orbit itu sudah semakin menurun, menurut satelit Amerika yang mengesannya.

Agensi Angkasa Lepas Persekutuan berkata, orbit kapal itu dan sumber kuasanya mungkin membenarkannya mengelilingi bumi  kira-kira dua minggu. Pengiraan itu dipersetujui Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).

“Dari orbit Rangkaian Pemantauan Angkasa Lepas Amerika, ia mungkin begitu dalam tempoh dua minggu sebelum terhempas,” kata ketua saintis serpihan kapal angkasa NASA, Nicholas Johnson tengah hari kelmarin.  – AP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2011 11:12 AM | Show all posts
ada 2 minggu /2 week window dari skrng sbelom hahyat batteries run out..to save tis probe's from disasters {:4_232:}
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2011 02:44 PM | Show all posts
Reply 2# bluezink

waaaahhhh .. boleh wat countdown ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 02:04 PM | Show all posts
Reply  bluezink

waaaahhhh .. boleh wat countdown ni
naen Post at 11-11-2011 02:44 PM


momod naen memang suke dengan countdown yek ?     
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 09:47 PM | Show all posts
Reply 4# winamp05

aku dah terlupa ekceli pasal ni .. sebbaek ko quote ingatkan .. adehhh

ok! start countdown balik!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 12:36 AM | Show all posts
tak de self-destruct ke russian probe ni? tak kan command center tak issue new command utk self-destruction....Russian masih cuba nak recover probe ni kot....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2011 12:37 AM | Show all posts
Reply 5# naen

jgn lupa countdown untuk dec 21,2012 tu ye....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 12:45 PM | Show all posts
Reply 7# razhar

yg tu takyah countdown sbb besday 20/12 .. so next year sempat aa sambut besday sebelum "kiamat"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2011 01:13 PM | Show all posts
Reply  razhar

yg tu takyah countdown sbb besday 20/12 .. so next year sempat aa sambut besday se ...
naen Post at 29/11/2011 12:45



Nanti nak sambut besday tu..sambut dlm bunker ye.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2011 03:56 PM | Show all posts
pd Nov. 22 2011, ESA dpt "brckp ckp"  semasa phobs-grunt melintas atas nye...

s0s:ESA Makes Contact with Russia’s Stranded Phobos-Grunt Spacecraft

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.109733 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list