CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3433|Reply: 2

Robot Mantin ke Korea Selatan

[Copy link]
Post time 15-11-2011 07:04 AM | Show all posts |Read mode

Leong Choon Yipp memegang Robot Mantin semasa ekspo Hari Guru peringkat Negeri Sembilan di Seremban, Negeri Sembilan , baru-baru ini.

TAHNIAH kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mantin Negeri Sembilan yang berjaya menyemai, memupuk dan seterusnya membangunkan bidang robotik sehingga ada wakil pelajarnya yang membuat persembahan di Korea Selatan baru-baru ini..

Walau sekolah itu mendapat jolokan `sekolah kampung’, tetapi dengan keunikan itu juga, maka  ciptaan teknikal berprofil tinggi mereka yang diberi nama Robot  Mantin telah berjaya mencuri tumpuan apabila muncul johan Pertandingan Robotik Kebangsaan bagi kategori Regular Robot  Energizing – dan seterusnya menyertai olimpiad robotik (WRO)  di Korea Selatan.

Kejayaan mereka juga membuktikan bahawa kalau belakang parang diasah lagikan tajam , inikan pula potensi besar anak-anak petani di Mantin – sudah semestinyalah juga dengan berkat tunjuk ajak beberapa guru yang berdedikasi – maka tiada yang mustahil yang tidak boleh dibuat oleh para pelajar kita yang serba boleh.

Gandingan oleh pelajar SMK Mantin, Leong Choon Yipp, Vimal Dass A/L Solhe Rajan dan Tay Chye Ann telah mengharumkan nama sekolah itu – yang sebelum ini memang telah mencatat beberapa kejayaan dalam bidang sains, teknologi dan matematik.
Leong, pelajar tingkatan lima ketika ditemul wartawan Utusan Malaysia di Seremban baru-baru ini berkata, tugasnya ialah membuat pengaturcaraan terhadap funsgian robotik kepada Robot Mantin seperti kawalan pergerakan, sensitiviti sensor, kepantasan dan sebagainya.

Anak petani itu berkata, dia mula berjinak dengan bidang robotik sejak berada di tingkatan satu. Tambahan pula, bidang berkenaan berkait rapat dengan minatnya  dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Penglibatan pelajar yang agak pendiam  itu semakin serius apabila berada di tingkatan empat, dan kerap ke pusat robotik di Seremban 2 untuk mendalami bidang berkenaan. Di sana Leong mempelajari tentang perisian Robo-Lab untuk pemprograman, yang dkemudiannya dimuat turun kepada kad ingatan Robot Mantin.

Bagi tujuan pertandingan, Leong dan rakannya mengambil masa dua bulan untuk mereka cipta bentuk robot yang sesuai dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Prinsip asas pengawasan dan pengawalan pergerakan kepada robot Mantin ialah pemprograman serta pengimbas cahaya dan ultrasonik.

``Buat masa ini kami belum menggunakan teknologi pengimbas bunyi kerana belum terdapat keperluan,’’ kata Leong.
Bagi pertandingan itu, robot bergerak bebas di atas sekeping papan dan diberi tugas mengutip satu item khusus daripada tiga item pilihan. Selain kepatuhan kepada arahan, aspek kepantasan juga diambil kira dalam pertandingan itu.

Sebagai maklumat latar, SMK Mantin terletak di utara Negeri Sembilan, yang jaraknya 16 kilometer dari Seremban.

Antara pertandingan yang pernah disertai oleh sekolah itu ialah GMATH kebangsaan (tempat kelima), Cooking With Nature (tempat ketiga peringkat kebangsaan), kereta solar (tempat ketiga peringkat kebangsaan), pertunjukan sains (tempat ketiga peringkat negeri), mighty minds challenge (tempat ketiga peringkat negeri) dan johan pertandingan bola jaring peringkat negeri 2008.

p/s: tahniah anak Malaysia....mase usia muda gini, perlu dihabiskan untuk aktiviti rekacipta yg berfaedah berbanding bermain ps3, wii, pc dsbnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2011 11:02 PM | Show all posts
tahniah2...
kejayaan mcm ni blh mendorong pljr lain untuk lebih gigih berusaha. {:4_181:}
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 06:20 PM | Show all posts
tahniah kepada adik Leong.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.540534 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list