CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9730|Reply: 16

Kitar Semula: Menginovasikan palet drpd kertas terpakai

[Copy link]
Post time 15-11-2011 07:09 AM | Show all posts |Read mode
Palet daripada sampahOleh KHAIRUNNISA SULAIMAN



SAMPAH yang dibuang jika tidak diuruskan dengan betul bukan saja menjadi beban malah boleh berubah kepada sarang pelbagai makhluk perosak dan haiwan berbahaya.


Bagaimanapun kini sampah boleh menjadi lubuk duit jika diselenggara betul, malah Bumi menjadi lebih sihat.


Sebuah syarikat tempatan De Frazer Industries Sdn. Bhd. (De Frazer) mengambil inisiatif mengitar semula kertas terpakai yang biasanya dibuang atau dibakar kepada palet hijau mampat (compressed green pallet).
Malah, palet hijau mampat yang boleh menghasilkan kerusi, meja dan rangka katil mampu menampung berat muatan sehingga empat tan pada satu-satu masa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Celine S. L. Ng berkata, pihaknya menubuhkan De Frazer pada tahun 2008 dengan pelaburan permulaan sebanyak RM2 juta.

"Produk palet hijau itu mendapat sambutan yang amat baik di luar negara terutama Singapura, Iran, Thailand, Filipina, India dan negara Eropah.


"Pelanggan utama kami adalah pengeluar barangan elektrik dan elektronik terkenal," katanya semasa ditemui di Pameran dan Persidangan Produk Eko danTeknologi Hijau Antarabangsa (IGEM) yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Buat masa ini, kata Celine, lebih 80 peratus pasarannya adalah untuk dieksport manakala 20 peratus lagi untuk pasaran tempatan yang mana pelanggan terdiri daripada hotel bajet, tadika dan premis-premis persendirian.
Setakat ini, De Frazer mempunyai sebuah kilang di Seri Kembangan, Selangor dengan kapasiti pengeluaran 20,000 keping palet hijau sebulan.

Menurutnya , palet hijau De Frazer diperbuat daripada kertas kitar semula dengan campuran fiber.

Ketika ditanya sama ada pihaknya merancang memperluaskan kapasiti pengeluarannya, Ng menambah, syarikat merancang untuk melabur sebanyak RM10 juta bagi membuka kilang pengeluaran di Meru, Klang, Selangor.

Jelas beliau, pihaknya menyasarkan untuk menghasilkan 50,000 hingga 100,000 keping palet hijau sebulan sehingga akhir tahun ini berikutan pembukaan kilang baru.
"Kami juga merancang untuk memperkenalkan program francais ke luar negara tidak lama lagi berikutan sambutan yang baik," ujarnya.

Ditanya sama ada pihaknya merancang untuk membuka gedung perabot seperti Ikea dan lain-lain di negara ini, Ng menambah, perancangan itu ada, namun, pihaknya perlu mencari banyak bakat pereka bentuk bagi tujuan tersebut.

Apa yang lebih menarik palet hijau mampat boleh dijual sebagai perabut pasang siap kerana bahannya ringan dan mudah dipasang.
Bagi pembaca yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai De Frazer boleh melayari laman web http://www.defrazer.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2011 07:11 AM | Show all posts
Benefit of Paper Pallet                                                       


Environmental Friendly
GREEN PALLET is more environmentally friendly than wooden and plastic pallet. In terms of recycle, paper has more advantages than wood and plastic. GREEN PALLET are more easy to be recycle while wooden and plastic pallet involves a lot of issue when it comes to recycle, such as nail removal and high recycle cost.


Recyclable and Cash return
Recycle is our main theme. Our GREEN PALLET is made fully for recycle purposes. You can just dispose it for recycle. SAVE THE WORLD FOR BETTER TOMORROW.


Save Cost on Freight and Reduces Import Export Complaint
Because our pallet made of ‘paper’, it weight lesser than wood. Weight less means it cost less for delivery. Wooden pallets received more complaints than Paper pallet because wooden pallet can infest pest such as termites and other harmful insect. Wooden pallet need to be fumigate before they are allowed to be used for transportation. GREEN PALLET eliminates this disadvantage because GREEN PALLET does not need any fumigation.


Custom Made Our R&D department has the speciality in designing this GREEN PALLET to meet your requirement. We are very flexible to adapt special transport needs and all sort of request needed to adapt with the product.


Pest Free GREEN PALLET is not exposed to environmental threat such as ‘pest’ as much as wooden pallets do. It helps to lower maintenance cost while warehousing and delivery of paper pallets.


No Fumigation Meet International Requirement on trade ISPM15 FREE as approved by CROP PROTECTION AND PLANT QUARANTINE DIVISION (JABATAN PERTANIAN BAHAGIAN PERLINDUNGAN TANAMAN DAN KUARANTIN TUMBUHAN). Even our GREEN PALLET does not need heat treatment. We are pest-free and non toxic.


Durable and Shock Proof
GREEN PALLET are strong in terms of durability because of its ‘T’ structure. GREEN PALLET can handles weight as much as 4 ton of load. GREEN PALLET is shock proof because of its shock absorbent texture design. This advantage makes it perfect for product packaging – to prevent product damage


Light weight
GREEN PALLET is made of compressed paper. Paper is much lighter than wood and plastic. In terms of handling and load lifting, our GREEN PALLET is easier to handle than wood and plastic.


Moisture Resistant
GREEN PALLET is moisture resistant. Wooden pallet absorbs more moisture than paper pallets do.


Reduce Injury Compensation
Our pallets are produce without any use of nails and splinters. This advantage helps to prevent unnecessary injuries. Because of GREEN PALLET is made of paper, it weight lesser, no nails and no splinters, makes it safer for employee to produce, pack, load and transport. It is a much safer product to work with rather than wooden and plastic pallets.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2011 07:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 15-11-2011 07:15

PRODUK PALET:





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2011 07:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 01:58 PM | Show all posts
hhmmm mnarik
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 10:22 AM | Show all posts
kalau nak jual balik pon boleh ni. lagi berat. thehehe.... kat tempat aku ni palet dari kayu je banyak. nak jual tak boleh, nak bakar tak boleh, hanya dibiarkan berlambak menunggu reput.

kalau palet dari kertas ni, boleh dijual balik kepada recycle paper dan diproses balik jadi benda lain atau jadi palet balik. ekonomi pun jadi rancak, pendapatan sampingan pun bertambah, kuasa membeli rakyat juga bertambah. inflasi pun bertambah. hik hik hik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2011 10:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by winamp05 at 16-11-2011 10:39

edited, double post. thehehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2011 10:34 AM | Show all posts
Reply 6# winamp05

aku rase klu kaya nnt tak mau beli perabot palet dr kertas...

produk dibuat dr fiber & kertas ni mudah terbakar
ilang dlm sekelip mata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2011 10:42 AM | Show all posts
Reply 8# dauswq

kat jepun banyak rumah dibuat dari fibre dan asbestos. pun mudah terbako. tapi bagi mengelak terjadinya kematian sebab gempa bumi. memang ade risiko mudah terbakar yg sangat tinggi.     

tapikan, produk dari fibre dan kertas ni sejuk barbanding dengan yg dibuat dari medium lain. agaknya sebab ade banyak linag udara le kot. huhuhu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2011 10:59 AM | Show all posts
Reply 9# winamp05

negara kita ni pun panas/hujan...
rumah berkonsep palet kertas rasenye tak sesuai...

yup, cthnya rumah dibuat dr kayu lebih sejuk dr rumah batu sbb haba mudah dibebaskan (kurang terperangkap)
tp ats faktor keselamatan, rumah batu lebih afdal...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 11:10 AM | Show all posts
Reply 10# dauswq

haaa betul tu. dan kos untuk rumah batu jauh lebih murah dari kayu. sebab kayu mahai sekarang ni. tapi aku bercita cita nak buat rumah dari kayu. sejuk. pasal safety kene keluarkan modal lebih sikit la. huhuhu. angan angan aje.

batu tak boleh bebaskan haba ke ? macam mana dengan kaca ? tengok banyak dekat kwasan aku ni buat dinding rumah dengan kaca. ( org kaya )
tutup dengan langsir aje. syle le tu kengkonon. tapi kaca tak mudah terbakarkan kecuali dengan suhu tinggi. dan rasanya haba langsung tak masuk dalam kaca tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2011 01:08 PM | Show all posts
Reply 11# winamp05

rumah berkaca actually panas gak sbb ia menyinarkan haba ke dalam bangunan...

rumah berbatu panas sbb haba terperangkap
dinding batu ni is just thermos yg selalu korg guna tuk simpan air panas...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 01:57 PM | Show all posts
Reply  winamp05

negara kita ni pun panas/hujan...
rumah berkonsep palet kertas rasenye tak sesu ...
dauswq Post at 16-11-2011 10:59



   ha... kalau kat sini buat umah berkonsep palet dgn kertas tu.. mmg le tak sesuai..

tp daus kalau cermin yg gelap tak sinarkan habe dlm bangunan?
aku rase tak kan?
lupe dh pasal ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 02:05 PM | Show all posts
kalau nak jual balik pon boleh ni. lagi berat. thehehe.... kat tempat aku ni palet dari kayu je bany ...
winamp05 Post at 16-11-2011 10:22



   tp ramai aje yg buat tak tau.. ke diorg tak tau blh recycle..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2011 03:08 PM | Show all posts
Reply 13# midory

bahan yg mempunyai permukaan kusam/hitam biasanya lebih cenderung untuk menyerap haba...
sbb tu bila seseorg pki baju berwarna hitam, die berasa tak selesa kerana badan cepat berpeluh...
haba terperangkap dalam baju hitam tersebut lalu menyebabkan kelenjar peluh bertindakbalas ngan perubahan suhu badan lantas merembeskan air peluh (air peluh dpt menyejukkan badan)

untuk memahami kenapa hitam lebih cepat menyerap haba?
take at look at black body radiation...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 07:36 PM | Show all posts
i ada kenal seorang pondan ting tong pakai pallet kayu kilang buat rumah...ok tapi x kukuh,sebab dia guna palet tu untuk buat lantai tingkat 2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2011 07:40 PM | Show all posts
kalau la i saintis kertas, daun , kayu ...benda benda fiber ni, i belender pastu i letak bacteria yang tukar fiber kepada gula...macam bacteria yg berada pada perut lembu...

boleh bangkrap tau tokey ladang tebu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.439284 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list