View: 47|Reply: 0
|
Urus kewangan elak berhutang
[Copy link]
|
|
Islam benar pinjam duit untuk bebas daripada hutang\rHARI ini, hutang bukan lagi sesuatu yang mengaibkan. Pelbagai cara digunakan untuk mendekatkan kita dengan amalan berhutang, maka hutang sudah mula menjadi keperluan bukan lagi diperlukan apabila keadaan memaksa. \r\n\n\n\n\rBukan salah hutang, juga tidak salah untuk berhutang, tetapi sikap ambil mudah tanpa mengukur kemampuan sendiri itulah yang menjadi masalah.\r\r\n\n\n\n\nGolongan dibenarkan berhutang adalah orang yang menanggung sesuatu beban dan hutang membolehkannya membayar tanggungan itu. Kedua, ialah orang yang terbukti miskin dan hutang membolehkannya mendapatkan sumber untuk meneruskan kehidupan. \rTerakhir ialah orang ditimpa bencana sehingga harta bendanya musnah dan hutang membolehkannya mendapatkan sumber untuk memulihkan kehidupan seperti sedia kala. \rSetiap manusia perlu bekerja untuk mencukupkan keperluan hidup. Wang yang diperoleh akan ditukar dengan makanan, pakaian, perlindungan mahupun perkhidmatan. \rTanpa membandingkan apa yang dimiliki dengan orang lain, kita sepatutnya bersyukur dan bermuhasabah atas setiap kurniaan. Jika masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan dan kehendak, kita harus berusaha lebih keras. Jika berlebihan, sebaiknya berkongsi dengan yang lebih memerlukan.\r\n\n\n\n\rOleh kerana kita dibenarkan berkongsi rezeki Allah SWT dengan orang yang memerlukan, kita disyariat menunaikan zakat, memberi sedekah dan juga hutang. \rMalangnya ada segelintir umat Islam menjadikan sikap suka berhutang untuk bermewah-mewah. Mereka sedar tidak mampu melangsaikan hutang mengikut waktu ditetapkan tetapi masih suka berhutang. \rAda kala hutang menjadikan seseorang malas bekerja dan berasa cukup dengan apa yang ada. Ada pula yang berhutang untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT. \rMereka terlalu taksub kepada harta dunia sehingga sanggup berhutang melampaui kemampuan untuk membeli rumah besar, kereta mewah, melancong seluruh dunia, berjudi, malah ada berhutang untuk mendapatkan modal perniagaan skim cepat kaya, yang akhirnya memakan diri sendiri. \rAda pula keperluan melampaui pendapatan diperoleh. Oleh itu, mereka perlu bekerja keras dan menguruskan kewangan dengan bijak. Menggunakan kad kredit bukanlah satu penyelesaian, malah menjadi perangkap mengaburkan mata supaya kita berhutang walaupun tidak perlu.\rJualan barangan menawarkan skim ‘guna dulu bayar kemudian’ juga satu strategi menggalakkan hutang yang akhirnya menjadi beban kepada pembeli rakus.\rBanyak masalah rumah tangga timbul disebabkan hutang sehingga berlaku perceraian dan pertelingkahan yang akhirnya sukar untuk membahagikan harta sepencarian, membayar nafkah dan sebagainya. \rPaling menyakitkan, ada bekas suami mewariskan bekas isteri dengan bebanan membayar hutang kerana persetujuan bekas isteri menjadi penjamin hutang. \rWalaupun hutang adalah simbol penghinaan, ia tetap dibenarkan tetapi perlu diingat hikmah hutang dalam agama Islam untuk membolehkan orang yang berada dalam kesusahan mencukupkan keperluan hidup sehingga membolehkannya menunaikan ketaatan kepada Allah SWT. \rRamai yang lupa akan hakikat ini dan menjadikan hutang jalan keluar dari kesempitan tanpa menjadikan hikmah Allah SWT membenarkan hutang sebagai peringatan supaya sentiasa di jalan-Nya. \rMereka inilah yang melengah-lengahkan pembayaran hutang sekalipun mampu berbuat demikian sedangkan Rasulullah SAW sendiri sentiasa meminta dijauhkan daripada bebanan hutang.\rDiriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, daripada Aisyah bahawa Baginda selalu berdoa dalam sembahyang yang maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya Aku berlindung denganmu daripada dosa dan hutang.”\rSatu sikap yang patut dipuji apabila seseorang itu tidak hidup di luar kemampuan disebabkan hutang.\rOrang sebegini tahu mengukur baju di badan sendiri, malah tidak akan membelenggu dirinya dalam masalah kewangan yang membebankan diri dan keluarga apabila hutang dituntut kelak. \rFirman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan-Nya.” (Surah Al-Israa’, ayat 26-27) \rPenulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|