View: 165|Reply: 0
|
Dunia Buku: Nota Atas Kertas
[Copy link]
|
|
Misteri Pembunuh Obituari\"PADA setiap jasad itu, dia meninggalkan satu teka teki dan mencabar sesiapa saja termasuk anda, untuk menyelesaikannya.” Blurb novel ini saja sudah mengundang sedikit kelainan.\n\n\n\nApatah lagi apabila membaca Nama Atas Kertas tulisan Nasron Sira Rahim, pembaca dapat menikmati novel penyiasatan yang bergerak pantas, manakala plotnya pula disusun baik dengan penggunaan bahasa yang mudah.\n\n\n\n\nSesuatu yang menarik tentang penulis ini, adalah ketelitian dalam mengadunkan pengetahuan dan pengalaman, selain pengamatannya terhadap siri penyiasatan di kaca televisyen seperti Criminal Minds dan CSI.Justeru, novel ini dihidangkan sebagai karya yang bijak kerana membuatkan pembaca ikut berfikir untuk menyelesaikan teka-teki yang diselitkan, selain tertanya-tanya kesudahan novel ini.Meskipun Nama Atas Kertas adalah karya kedua Nasron Sira, ia tampil sebagai naskhah yang cukup baik bagi peminat novel bercorak penyiasatan tetapi suspens yang ditimbulkan lebih bijak jika tidak terlalu membuat pembaca berasa sedikit tertipu.Ini sangat ketara apabila identiti pembunuh bersiri atau yang dijolok sebagai Pembunuh Obituari itu, tidak berada dalam lingkungan watak yang kerap disebut dalam novel, sebaliknya watak luar yang hanya disorot pada bab terakhir dengan memberikan justifikasi kenapa dan mengapa dia membunuh.\n\n\n\nGaya penceritaan seperti itu mengingatkan pembaca pada drama televisyen akhir 1990-an yang kerap menonjolkan watak undangan dalam sesuatu episod yang akhirnya menjadi korban.Mungkin juga, ia sengaja dihasilkan sedemikian sebagai teknik penulis untuk memberikan sesuatu yang di luar jangkaan pembaca.Bagaimanapun, secara keseluruhannya Nama Atas Kertas tidak menghampakan kerana sebagai bekas wartawan, ketelitian Nasron mencabar pembaca dengan teka-teki yang diselitkan dalam naskhah ini mengundang pembaca untuk turut sama berdebar.Setiap teka-teki yang disertakan membuat pembaca terikut sama untuk mencatat dan merungkai yang maksud yang tersembunyi di balik susunan abjad yang lintang-pukang.Novel ini bermula dengan kisah pembunuhan yang sungguh kejam apabila mangsa ditikam di kerongkong sebelum kertas teka-teki disumbatkan ke dalam mulut mangsa. Teka-teki itu adalah huruf dan angka yang apabila digabungkan sebenarnya adalah akta dan enakmen jenayah yang dilakukan oleh mangsa.Meskipun mangsa dilihat sebagai orang baik-baik oleh penduduk setempat, mereka sebenarnya adalah penjenayah yang terlepas daripada hukuman dunia.Lalu, pembunuh obituari ini berasa memikul tanggungjawab untuk memastikan mereka dihukum. Menariknya, selepas meragut nyawa mangsanya si pembunuh kemudiannya menghantar nota obituari kepada wartawan meja jenayah.Perjalanan cerita ini ditunjangi Inspektor Faiz dan Hanim yang juga wartawan meja jenayah akhbar harian. Agak menarik apabila meneka-neka siapa sebenarnya pembunuh obituari ini.Apatah lagi sejarah watak utamanya, Inspektor Faiz yang kematian isteri akibat dibunuh sehingga sesekali terdetik mungkin si pembunuh adalah Inspektor Faiz.Pembaca juga mungkin terlintas pembunuh itu adalah wartawan yang kerap kali menerima nota obituari itu sendiri yang sengaja mengadakan teka-teki bagi mengeluarkan dirinya daripada senarai suspek?Nota Atas Kertas mengangkat latar Kedah dengan kesemua kes membabitkan mangsa yang dikenali sebagai baik dan alim di kalangan masyarakat tetapi pembacaan seterusnya membuatkan pembaca mula memahami, manusia yang kelihatan baik dan santun secara fizikal itu belum tentu murni dan mulia.Novel ini sesuai untuk mereka yang gemarkan kisah penyiasatan dan untuk pembaca yang rajin menganalisis, sekali gus bagi pembaca yang mencari keseronokan menerusi karya santai, Nota Atas Kertas bukanlah jawapannya.Diselit-selitkan juga kisah cinta tidak terucap antara Faiz dan Hanim, tetapi gaya penceritaannya sangat matang dan melahirkan identiti Melayu yang sangat jelas. Misalnya, ia dilafazkan dengan ayat mudah, ‘biar saya yang menjaga awak’ tetapi punya makna yang sangat dalam.Tidak hairanlah novel setebal 504 terbitan Jemari Seni Publishing ini, mampu menjadikan guru kelahiran Kedah yang menetap di Langkawi itu menyaingi novelis mapan dalam genre thriller, Ramlee Awang Murshid.INFOTajuk: Nama Atas KertasPenulis: Nasron Sira RahimPenerbit: Jemari Seni PublishingHalaman: 504Harga: RM20Bintang : ****Bekas wartawan, pelukis ilustrasiMOHD Nasron Sira bin Rahim atau lebih dikenali sebagai Nasron Sira Rahim, berasal dari Pokok Sena, Kedah dan mula terbabit dalam bidang penulisan secara serius sejak 2001.Nasron Sira yang bermula dengan novel sulungnya, Enigma, sudah menghasilkan empat novel dan empat buku umum. Memilih genre penyiasatan, bekas wartawan Berita Minggu dan Berita Harian ini juga berbakat dalam ilustrasi dan penghasilan komik.Karya ilustrasi beliau pernah diterbitkan dalam akhbar Harian Metro dan majalah Gila-Gila, selain turut digunakan dalam buku judul umum.Nasron Sira kini bertugas sebagai guru di Langkawi, Kedah.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|