CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 106|Reply: 0

Perkasa pendidikan ke arah pemantapan iman

[Copy link]
Post time 22-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Muslim perlu berhijrah dengan positif agar masa depan generasi lebih cemerlang\rBULAN Zulhijjah 1432 Hijrah kian menghampiri penghujungnya dan tahun baru bakal menjengah tiba. Pelbagai usaha dan cara dilakukan umat Islam dalam menyambut kedatangan Maal Hijrah yang mengingatkan kita kepada peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dan sahabat Baginda.\r\n\n\n\n\r  Hijrah ialah langkah strategik diambil Rasulullah SAW untuk menegakkan dakwah Islamiah. Kejayaan hijrah menjadi jambatan tertegaknya Daulah Islamiah kerana hijrah dipandu dan didukung keimanan serta ketakwaan yang padu. \r\r\n\n\n\n\n  Kejayaan hijrah ini juga mengubah landskap akidah, ibadah, akhlak dan gaya hidup ummah ketika itu. \rFirman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati di bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya sudah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nisa’, ayat 100) \rKejayaan Nabi SAW tiba di Madinah al-Munawwarah diteruskan dengan agenda membangun negara berteraskan petunjuk al-Quran. Dalam masa 10 tahun saja, Madinah berjaya mengalahkan kuasa besar seperti Rom timur dan Parsi. \rPengajaran penting kepada kita daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW ini ialah mengikuti jejak langkah Baginda yang menjadikan tuntutan iman dan takwa sebagai faktor pendorong kepada tugas berhijrah.\r\n\n\n\n\rJusteru, kita perlu berusaha menyuburkan iman dan takwa supaya menjadi panduan kehidupan. Pemantapan iman berkait rapat dengan ilmu dan pendidikan. Maka, Islam memberi penekanan terhadap penguasaan ilmu dan pendidikan.\rFirman Allah SWT yang bermaksud: “Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11) \rPendidikan ialah matlamat utama melahirkan individu Muslim yang berilmu dan membina masa depan ummah contoh. Peredaran zaman memberi kesan kepada perubahan gaya hidup manusia termasuklah cara bertindak dan berfikir. \rBagi menjana ummah berkualiti, pendidikan bersepadu dan menyeluruh membabitkan fardu ain, fardhu kifayah dan teknologi maklumat perlu dititikberatkan. \rUmat Islam dituntut memperkukuh ilmu fardu ain dengan mendalami pengetahuan agama seperti dalam bidang tafsir al-Quran, hadis, fiqh, akidah dan sebagainya sebagai benteng kepada keutuhan, kekuatan iman serta pegangan agama Islam.\rBerdasarkan pemerhatian dalam bidang tertentu seperti ilmu matematik, sains fizik, kimia, biologi, kejuruteraan, perubatan dan bidang sains lain, didapati bahawa umat Islam ketinggalan jauh berbanding pencapaian bangsa lain. Ini cabaran hebat kepada umat Islam di negara ini dalam usaha membina masa depan cemerlang.\rMemperkasa umat Islam sebagai umat yang unggul menuntut kebijaksanaan tinggi. Dalam bidang ilmu dan pendidikan mestilah ada perubahan iaitu tajdid. Pembaharuan ilmu dan pendidikan bersifat semasa mampu melepaskan seseorang itu daripada belenggu kebekuan bersifat tradisi. \rCara ini akan melahirkan ilmuwan selari dan senafas dengan zaman serta cabaran lingkungan terkini.\rMemperkasa umat Islam haruslah bermula dengan contoh dan teladan supaya menjadi sumber ikutan baik dalam kalangan umat lain. Umat Islam mestilah diberikan suasana kebebasan membuat pandangan supaya setiap pihak merasa selesa bahawa kritikan membina untuk kebaikan semua.\rKita semua sedia maklum pendidikan berkesan tidak akan terlaksana jika tidak dijayakan secara bersungguh-sungguh serta mendapat kerjasama dan sokongan semua pihak terutama institusi keluarga. \rBersempena kedatangan tahun baru hijrah,  marilah bersama bertindak secara proaktif bagi memastikan masa depan generasi umat Islam lebih cemerlang dengan memperkasa sektor pendidikan yang menjadi teras membina masa depan keluarga, generasi dan negara.\rFirman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah: adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.” (Surah Az-Zumar, ayat 9) \rPenulis ialah naib juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.083240 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list