CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 14-12-2011 10:51 PM | Show all posts
Belantara cinta

Dalam belantara cinta
kudapat menghidu wangian asmara
yang kau kuntumkan bertangkai kasih
mewangi sepanjang denai ke menara rindu
jadi ranjang peraduan kau dan aku
memadu kasih berdua.

Goldkey.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2011 09:11 PM | Show all posts
Di ambang senja ini
aku menunggu untuk bersujud kepada-Mu
Ya Tuhanku
jangan sesekali Engkau palingkan kiblatku dari sujud kepada-Mu.

Goldkey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 09:29 PM | Show all posts
Laut Kasih 97


Dinda
Aku bahagia
Terpenjara dalan cintamu
Yang berdebur
Bersama gelora asmara ombak laut kasihmu.

Dinda
Aku rela
Terantai dengan kasihmu
Yang mengikat
Bersama bayu rindu tiupan laut kasihmu.

Goldkey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 09:29 PM | Show all posts
Laut Kasih 98

Dinda
jika mentari membahang
membawa kehangatan ke pelusuk alam
hangat lagi cinta dari limpahan laut kasihmu
menyinari alam hidupku.

Dinda
jika angin membelai lembut
membawa ketenangan ke serata alam
lembut lagi belaian rindu dari limpahan laut kasihmu
menenangkan alam hidupku.

Dinda
jika bulan mengambang
menyuluh cahaya ke muka bumi
lagi gemerlap cahaya kasih dari laut kasihmu
menerangi kamar cintaku.

Goldkey.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 09:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 15-12-2011 21:53

Berbahagi luka.

Luka tak berdarah
bisikan pada hujan malam
biar dibasuh suci
melarut hanyut ke muara
jadi pulau cinta.

Luka tak berdarah
khabar pada angin malam
biar diterbang ke ufuk
merentangi dada langit
jadi awan cinta.

Luka tak berdarah
suarakan pada embun malam
biar dibasahi ketenangan
dibekukan di jiwa
jadi azimat cinta.

Goldkey.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 10:08 PM | Show all posts
Perempuan Montel

hatinya gundah
terlebih sudah
mula mengelabah
mencari pakar bedah
menokok tambah
menarah yang bertambah.

hatinya resah
risau cinta beralih arah
menyesal tak sudah
mula cari helah
tak mahu mengalah
montel punya salah.

Goldkey.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-12-2011 10:19 PM | Show all posts
Cepatnya

Usai solat isyak
pak imam yang suka berborak
kulihat tergopoh gapah
bagai ada yang tak kena
lalu jemaah bertanya
"pak imam kenapa"?

'Maaf saudaraku
hamba terpanggil melaksana
tugas di malam jumaat',
pak imam berlalu dengan senyuman seribu makna.

Goldkey.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 11:02 PM | Show all posts
Sepi

Telah kuduga
memang dijangka
di malam jumaat setelah purnama
hormon barangkali berganda
beragenda.

Aku ketawa tanpa suara.

Goldkey.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2011 11:40 PM | Show all posts
Laut Kasih 99

Dinda
untuk mengenali cintamu
aku tak perlukan cahaya lentera di malam gelita
cukup dengan nada desah nafasmu
menampar cupingan hatiku.

Dinda
untuk mengecam cintamu
aku tak perlukan cahaya neon di malam kelam
cukup dengan haruman wangianmu
menusuk hidung hatiku.

Cukup kukenali gelora laut kasihmu.

Goldkey.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2011 12:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 16-12-2011 10:26

Laut Kasih 100

i
Dinda
Kutuliskan semua soneta ini
Buat tatapan hatimu
Yang kauserahkan sepenuh jiwa raga
Putih suci mewangi.

Dinda
Garapan ini khas untukmu
Simpanlah sebagai kenangan
Betapa indahnya memiliki cintamu
Mengasyikkan sukma.

ii
Sayang
Telah telanjur aku mencintaimu
Akan kupertahankan selagi ada hayat ini
Kerana kutahu cintamu anugerah buatku
Terima kasih Ya Rabbi atas limpahan cinta-Mu.

Sayang
Telah aku tanamkan janji
Mencintaimu sehingga nafas terhenti
Andai tiada lagi cintai ini
Telah bersemadi jiwaku bersama cinta abadi.

iii
Manja
Kaulah yang satu
Cinta yang ketemui
Tulus suci tiada benci
Setia menanti.

Manja
Kaulah yang satu
Kasih yang bersemi
Teguh berdiri tiada iri
Jujur memberi.

iv
Dinda
Dari detik mengenalimu
Aku yakin dan pasti cintaku ada padamu
Musim ke musim berlalu
Ternyata ia bukan palsu.


Dinda
Dari detik mengenalimu
Aku tak ingin menoleh lagi
Meneruskan perjalanan bersamamu di sisi
Ternyata ia sampai ke destinasi.

v
Sayang
Ijab dan kabul mengikat kita
Dalam simpulan suci
Biar ia terus menyimpul mati
Tak terlerai ke akhir nanti

Sayang
Zuriat yang kita miliki
Pengikat kasih nan suci
Biar mereka mengetahui
Cintaku dan cintamu diberkati.

vi
Manja
bergandingan kita
menempuh badai dan gelora
melayarkan bahtera
menuju syurga.

Manja
Bersama kita
Dari  kaki tangga
Berpimpin tangan mendaki ke menara
Menjunjung bahagia.

vii
Dinda
Biar usia berganda
Cintaku tetap muda remaja
Kuhiasi dengan kasih berbaja
moga dinda bahagia.

Dinda
Biar zaman berlalu
Kasihku tetap padamu
Kuperteguhkan dengan bicara jiwa
Moga dinda tiada duka.

viii
Sayang
Bagaimana indahnya cinta kita
Begitulah indahnya impian
Mencari keredhaan-Nya
Buat bekalan di sana.

Sayang
Temani daku jadi tetamu
Sujud di hadapan Baitullah
Tanah suci
Menyuci jiwa sesuci cinta kita.

ix
Manja
Andai ada gurisan di hatimu
Kupohon ampun darimu
Kerana dalam tidak sedar
Aku menyakitimu.

Manja
Tiada gurisan rasa yang aku simpan
Tiap detik dan ketika
Kemaafan kuhulurkan untukmu
Sambutlah dengan segaris senyum.

x
Dinda
Kulabuhkan kata cinta
Tanda menetapnya jiwa
Memuja kasih dan sayangmu
Bersaksi alam semesta.

Dinda
Kuukirkan bicara terindah
Dalam lautan kasihmu
Agar ia tercatat sebagai sejarah
Cintamu dan cintaku berpadu degan restu Yang Satu.

Goldkey, 16/12/11, 00.20 am
Tinta Hati.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2011 12:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 16-12-2011 21:51

Dunia Hutan Batu

Hutan batu
tumbuh beribu
ramai jadi hantu
terkeliru
hidup diperkotak katik celaru
antara adat timur dan budaya barat yang haru
kencing syaitan diteguk tanpa segan silu
betina jantan bergaul tanpa malu
malam jadi siang tidur tak mahu
rosak binasa umat melayu
jadi kutu
merayu
minta duit saku
buat beli syabu
lepas gian rempit malam minggu
usung awek gedik tak berbaju
sembilan purnama berlalu
gempar bayi terbujur kaku
tiada siapa mengaku
kejam sungguh si ibu
hidup tak menentu
jual daging mentah dapat duit beribu
dapat penyakit balasan Yang Satu
mohon dilindungi sahabat dan keluargaku
dari malapetaka dunia hutan batu.

Goldkey, 16/12/11, 12.17 pm
Tinta Hati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2011 12:10 AM | Show all posts
sebelum fajar

Malam mengajak aku ke ranjang
mencumbui mimpi yang bertelanjang
sebelum fajar mengetuk pintu kamar.

Goldkey,  17/12/11, 00.10 am
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2011 08:21 PM | Show all posts
Hangus..

1 ringgit...
2 ringgit...
3 ringgit...
4 ringgit...
aaa!!! hangussss
kalau sudah gila judi
habisss!!! tak berbaki
mula hutang sama ceti
hutang sampai mati.

Goldkey, 18/12/11, 20.20 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 08:27 AM | Show all posts
Di sana menanti Di sini menunggu

Lelaki
Usah memberi harapan palsu
Pilihlah satu
Kerana kamu tak akan mampu
Membahagikan kasih.

Lelaki
Jangan sesekali menyakiti
Hati wanita jika terluka
Sampai mati akan berdarah
Walau kemaafan terucap melupa tiada.

Lelaki
Yang ada sayangi seadanya
Jangan dikejar yang tak pasti
Kelak merana diri
Cinta tak berkesampaian.

Lelaki
Jika kamu punya hati
Dengarlah luahan
Cinta bukan barang mainan
Yang boleh dijual beli.

Lelaki
Jika kamu tidak mencintai
Lepaskan dia pergi
Sebelum harapan yang kau beri
Ditagih sebagai janji.

Lelaki
Aku menasihati
Usah pasang dua
Kelak kamu dibenci
Dua-duanya sekali.

Goldkey, 19/12/11, 7.37 am
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 01:02 PM | Show all posts
Ilmu Wanita

Duhai lelaki
tidakkah kamu sedari
wanita ingin dikasihi
maka berikan kasih sayangmu
sepenuh hati.

Duhai lelaki
tidakkah kamu pelajari
wanita suka dipuji
maka berikan pujianmu
seikhlas hati.

Duhai lelaki
tidakkah kamu ketahui
wanita suka digeli
maka geletek hatinya
nescaya kamu diberi bahagia.

Duhai lelaki
tidakkah kamu rasa
wanita juga setia
jangan kamu permainkan jiwa mereka
kelak kamu dipukul bahananya.

Duhai lelaki
mari kenali wanita
pasangan kita anugerah yang Esa
dengannya kita hidup bersama
saling melengkapi sesama.

Goldkey, 18/12/11, 9.48 am
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 01:16 PM | Show all posts
Ilmu Lelaki

Duhai wanita
kenalilah lelaki
kerana dia bakal jadi suami
kenal hati dan budi
kelak tak sakit hati.

Duhai wanita
ketahuilah lelaki
mereka tidak suka dileteri
cakap elok-elok dia mengerti
tiada sakit hati.

Duhai wanita
sedarlah tentang lelaki
mereka juga ingin dikasihi
belaian manja isteri
jadi penawar himpitan hati.

Duhai wanita
akurlah kehendak lelaki
bukan para rupa yang dicari
ramah mesra layanan manja yang diingini
tentu kamu akan ditahta di hati.

Duhai wanita
tambatlah lelaki
dengan air tangan kamu yang sejati
kenyangkan perut dan batinnya hari-hari
pasti dia tak lari.

Duhai wanita
sayangi lelaki
kerana dia pelengkap hidup dari Ilahi
jangan ada benci
pupuk diri menyayangi lelaki.

Goldkey, 19/12/11, 13.13 pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2011 04:46 PM | Show all posts
Aku sayang Dia

Aku sayang Dia
dari remaja sampai ke tua
kasihku tertumpah padanya
cintaku terikat padanya
Ya Allah
kurniakan bahagia
buat kami berdua
menjadi hamba-Mu yang kaya dengan rasa cinta
dalam limpahan keberkatan dan keredhaan-Mu.

Goldkey, 19/12/11, 15.48 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 04:48 PM | Show all posts


Duhai burung

Duhai burung dalam sangkar
kamu sudah berteman
usah bersiulan memasang denak
memikat kawanan yang terbang bebas
setialah pada yang satu
itu lebih bermakna bagimu.

Goldkey, 19/12/11, 16.13 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 04:54 PM | Show all posts


Tak berteman

Jangan jadi macam rimau
mengaum sana sini
sudahnya tak berteman
garang biar bertempat
sudahnya merempat
tiada siapa nak dekat.

Goldkey 19/12/11, 16.20 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 05:00 PM | Show all posts


Sengketa

Alangkah ruginya bersengketa
seorang di atas seorang di bawah
waktu yang singkat ini
alangkah baiknya diisi dengan hal yang indah-indah
bercinta bercumbu rayu
nikmat dunia yang dianugerahkan-Nya
rebutlah
kerana di sana kita belum tentu bahagia.

Goldkey, 19/12/11, 16.40 pm
BBB
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.472555 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list