CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18820|Reply: 49

[Penerbit] ** NB KARA **

[Copy link]
Post time 27-11-2011 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by attokz at 20-4-2012 15:03



NB Kara Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat penerbitan novel milik penulis prolifik tanahair Puan Norhayati Berahim yang ditubuhkan pada tahun 2004.

Selain daripada mengeluarkan novel-novel bermutu hasil nukilan beliau sendiri, syarikat ini juga menyokong bakat-bakat penulis baru yang berpotensi untuk diketengahkan d dalam dunia penulisan negara. Novel-novel di bawah NB Kara tidak spesifik pada satu genre sahaja bahkan meliputi pelbagai genre penceritaan yang menekankan aspek kekeluargaan, persahabatan, percintaan, persaudaraan, kejiranan, keagamaan, kemasyarakatan dan banyak lagi yang boleh membangunkan minda para pembaca.

Harapan NB Kara setiap kali selepas para pembaca membaca karya-karya di bawah syarikat ini ialah supaya nilai-nilai murni yang cuba diterapkan di dalam setiap naskhah dapat memberi satu impak positif dalam kehidupan dan pembacaan itu bukan sekadar kosong semata-mata.

LAMAN WEB: http://www.nbkara.com.my/web/

BLOG: http://novelnbkara.blogspot.com/

FACEBOOK: http://www.facebook.com/pages/NB-Kara-Sdn-Bhd/285943297249?sk=wall

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2011 04:06 PM | Show all posts


ENTAHLAH MARIA... sampai bilalah aku mahu menjadi seperti ini? Sampai bilalah aku mahu terperangkap dalam tubuh seorang lelaki yang aku cipta sendiri? Aku dihina kerana fizikal aku. Bahkan kau tahu bukan, orang yang aku sayangi sanggup mencerca dan menjatuhkan air muka aku sampai begitu sekali.”Sudah bertahun-tahun Maria cuba mengubah Zulfa, namun nyata masih lagi gagal. Zulfa tidak akan berubah dengan paksaan. Dia yakin suatu masa nanti, gadis itu akan menjadi gadis yang sejati. Akan berubah dengan kehendaknya sendiri.

CINTA JANGAN KAU PERGI / NORHAYATI BERAHIM

ISBN 978-983-42115-5-4

Harga :- Semenanjung – RM20.90  Sabah / Sarawak – RM23.90



CINTA KALUT / FATEN ANUR

“Rina, Riz belum kahwin...” Terpaku Rina mendengar kata-kata Mukhriz yang kelihatan tenang. Belum kahwin? Habis kenapa Aidil itu dikatakan anaknya? Apakah Aidil anak angkat! Tiba-tiba senyuman Mukhriz mati. Jantung dan nafasnya seakan terhenti. Mukhriz bingkas bangun dari kerusi. Matanya tertancap ke satu arah. Kelibat seseorang yang amat dikenalinya. “Julia!” Sebaris nama yang keluar daripada mulut Mukhriz menimbulkan tanda tanya di hati Rina. Siapa Julia? Kenapa Mukhriz nampak kalut? Terbeliak Rina apabila melihat Mukhriz menegur wanita itu. Masing-masing seperti terkejut. Kemudian mereka saling berpeluk-pelukan seperti melepaskan rindu yang sudah lama terpendam. Rina terkejut dengan situasi yang berlaku. Adakah itu isteri Mukhriz? Pelbagai prasangka muncul di benak Rina. Siapakah perempuan tersebut dan apakah kaitannya dengan Mukhriz?

CINTA KALUT / FATEN ANUR

ISBN 978-967-5229-29-9

Harga :- Semenanjung – RM25.00  Sabah / Sarawak – RM28.00
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2011 04:07 PM | Show all posts


MENUNGGU KERETA API / NORHAYATI BERAHIM

Zarul sudah selamat dinikahkan. Karina tahu, berendam air mata darah pun, segalanya tidak mungkin dapat ditarik balik. Biarlah… biarlah lelaki itu bahagia. Tetapi, bahagiakah Zarul kalau perkahwinan itu bukan dengan relanya? Dia berkahwin dengan kakak ipar sendiri!

Kasihan lelaki itu. Lelaki yang mengajak dia berkahwin lari. Lelaki yang telah diikat kaki dan tangannya.

Tuhan, barulah dia tahu betapa deritanya putus cinta. Betapa deritanya perasaan yang berkecamuk ini. Zarul tidak putus-putus menelefonnya, tidak putus-putus menghantar SMS kepadanya. Dia membaca SMS itu tetapi dia tidak membalasnya. Dia mahu menjauh. Bagi dia, itu sahaja jalan terbaik buatnya. Melupakan dan waktu akan membantunya.

MENUNGGU KERETA API / NORHAYATI BERAHIM

ISBN 978-967-5229-31-2

Harga :- Semenanjung – RM29.50 Sabah / Sarawak – RM32.50



KEMILAU MENTARI / ZURAIDAH OTHMAN

Ah... cinta! Apa ada pada cinta? Hanya kesengsaraan! Hatinya menjerit menidakkan segalanya. Dendam yang menyala cuba memadamkan perasaan cintanya. Tak guna aku mengecap bahagia bercinta jika derita Kak Zati tidak kubalas. Kakinya terus merapati Fatin. Dia sudah nekad. Gadis itu akan dijadikan mangsa. Biar keluarganya kucar-kacir... biar ibunya berendam air mata... biar abangnya menanggung sengsara dan biar ayahnya mati!  

KEMILAU MENTARI / ZURAIDAH OTHMAN

ISBN 978-967-5229-30-5

Harga :-Semenanjung – RM19.90 Sabah/Sarawak – RM22.90
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2011 04:08 PM | Show all posts


COKLAT PENYEK / NORHAYATI BERAHIM

        “Pantun apa yang kau tahu, Pie-Pie?” Tanya Habibah. Dia merasakan pantun tersebut begitu cantik sekali. Itik gantung di Petaling Street

Banyak makan perut sakit!         

Sampuk Habibah. Haha… mereka semua mentertawakan Pie-Pie yang tidak pernah peduli dikutuk dan disakat oleh rakan-rakannya.         

“Itu pantun nak kenakan aku! Dengar pantun aku lagi sedap!”

Orang baik, orang sabar

Kena makan bila lapar

Ketawa mereka mendengar pantun Pie-Pie. Kalau pasal makan, dialah jaguh!

COKLAT PENYEK / NORHAYATI BERAHIM

ISBN 978-967-5229-

Harga :-Semenanjung – RM14.90 Sabah / Sarawak – RM17.90

Buku Siri Bacaan Kanak-Kanak

[img][/img]

SETELAH DILUKAI / SA’ADIAH ANI

ATILIA –

Salahkah seorang anak menerima pemberian daripada seorang ayah?’ Atilia berbicara sendiri. Walaupun jauh di sudut hati dia terpaksa akur bahawa Dato’ Mukriz memberikan segalanya bukan bermaksud pemberian daripada seorang ayah, tetapi seorang lelaki yang akan menjahanamkan hidupnya sebagaimana musnahnya hidup Mama Zah di tangan lelaki itu suatu ketika dahulu. Atilia memejamkan matanya. Betapa pahitnya laluan hidup yang terpaksa ditempuhinya, namun dia tiada pilihan lain kecuali menelannya walau dengan penuh kepayahan. Itulah hakikat kehidupan. Tanpa disedari menitis jua air matanya. Seorang ayah yang tidak pernah memeluknya, berbahagia dengan saat kelahirannya, membesarkannya dengan penuh kasih sayang… sebaliknya apabila diketemukan hanya tersemat keinginan yang tidak terkawal.

LUQMAN –

Man, aku rasa kau perlu datang ke kelab malam di Bukit Bintang ni sekarang.” “Ada apa, akukan sedang bercuti ni. Lagipun itu kawasan kau, bukan kawasan aku.” Cif Inspektor Luqman menjawab serius. Lenanya terganggu dengan panggilan telefon itu tadi. “Aku rasa gadis yang separuh sedar ni sama dengan potret yang kau letakkan atas meja dalam pejabat kau.” Suara itu masih tegas. “Kau biar betul!” Mata Cif Inspektor Luqman yang masih memberat tadi tiba-tiba sahaja mencerlang apabila mendengar berita tentang Atilia. Apa yang dibuat oleh Atilia? Kenapa Atilia berada separuh sedar? Kenapa dengan gadis yang dicintainya itu? Luqman menjadi buntu..

SETELAH DILUKAI / SA’ADIAH ANI

ISBN 978-967-5229-26-8

Harga :- Semenanjung – RM19.90  Sabah / Sarawak – RM22.90
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 08:18 PM | Show all posts
adus, kenapa cover novel keluaran NB skrg tak menarik...
pastu banyak guna gambar anak dan suami NB...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 10:00 AM | Show all posts
Reply 5# mijot

{:4_182:} {:4_182:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2011 06:23 PM | Show all posts
Reply 5# mijot


   eh yer ker..?..
xperla..nak save bajet...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 12:43 PM | Show all posts
Setakat nie, keluaran NB Kara yang aku beli cuma buku SERASI DIHATI & TUHAN LEBIH TAHU. Dua2 hasil penulisan NORA ISMAIL (Rose Harissa). Tapi buku NB aku xder pun beli....

Dua2 mmg serasi dlm ati aku. Jalan citer ok, watak ok. Dan paling buat aku suka bila wajah2 hero dlm citer tu hasil tangan penulis nie sendiri. Sebenarnya aku tau pun NI & RH adalah org yang sama. AKu beli SERASI DIHATI sbb aku suka cover dia gambar apple ijau. Blh gitu? Hehehe... Bila dah settle, bukak2 google nak carik suma buku penulis nie, barulah aku tau NI & RH adalah org yg sama....

Setakat nie suma buku2 novel dia keluaran Alaf21 & NB Kara mmg aku ader. Skrang nie ngah layan citer DAN CINTA PUN TERSENYUM. Blum abis lagi, so tak blh nak komen. Cuma menarik sbb combination Indonesia & Malaysia. Walaupun cuma baca dialog2 dlm buku, aku rasa mcm aku dok tgk drama kat tv plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2011 08:47 PM | Show all posts
terbaru
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 02:37 PM | Show all posts
penah beli buku NB, Tajuk nye sakitnya sayang...agaknye la lupa lak..,
best boleh baca ulang2..tak boring cuma cover je la x menyerlah
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 11:07 PM | Show all posts

Asyik Sang Puteri

dah bac blom novel ni? Isy..best sangat2.. tak sangka penulis baru ada yang sangat berbakat. mula2 Gamble je beli ni.. first try.. agak jarang membeli buku penulis baru tapi entah, kat PWTC aritu, terdetik nak beli.. mujur berbaloi-baloi.. terima kasih Nurasikin Arsad..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 11:24 PM | Show all posts
cba cite...novel nie berkisar psl pe ye?
cintan cintun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 11:40 PM | Show all posts
Kalau novel bukan pasal cintan-cintun, takkanlah orang beli...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 12:32 AM | Show all posts
sebab tu tanya...
mna la den tau...kot2 thriller...fantasi ke??
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 01:58 AM | Show all posts
terbitan mana?
infonya tak lengkap tapi buka thread...
kalau terbitan NB kara, post jer dlm thread novel terbitan NB kara...
nanti aku gabung dgn thread NB kara yg sediaada...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 12:14 PM | Show all posts
Kalau novel bukan pasal cintan-cintun, takkanlah orang beli...
meritokrasi Post at 10-2-2012 23:40



tak semua suka baca cintan cintun
saya tak beli novel2 cinta
saya lebih suka thriller n sc. fiction n fantasy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2012 01:06 PM | Show all posts
Reply 6# beldandy

aku pn sma...kekadang gi kat tempt2 novel tu rsa janggal la klu awek2 memerhati....
aku pn rsa janggal je....nak je ckp kat awek2 tersbut..."sya nk cri novel2 thriller & fiksyen je...bukan cintan cintun"


nak je sruh mna2 bookstore buat partition utk novel2 tersbut...heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 08:23 PM | Show all posts
thread digabungkan....

lain kali sebelum buka thread baru, sila pastikan 'SEARCH' dulu ada tak senarai penulisnya...
jika penulis dah terbitkan karya melebihi 4 karya, baru boleh buka thread khas mengenai karya beliau...jika kurang 4 karya, post jer kt thread penerbit..
kerjasama dihargai
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 02:31 PM | Show all posts
Reply  beldandy

aku pn sma...kekadang gi kat tempt2 novel tu rsa janggal la klu awek2 memerhati. ...
chaoyunjie Post at 11-2-2012 13:06


kannn?
biasanya kalau kat bookstore besor2 tu mmg ada diff section...cuma tu tuk english aje..yang malay readings ni rojak aje derang susun.

thread digabungkan....

lain kali sebelum buka thread baru, sila pastikan 'SEARCH' dulu ada tak se ...
mijot Post at 11-2-2012 20:23


mahu LIKE 8 juta kali!
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 10:54 PM | Show all posts
Reply 12# chaoyunjie


    pasal ikatan persahabatan yang sangat utuh.. diselitkan sedikit kisah cinta.. normal la tu.. dalam kehidupan mesti ada cinta.. yang menarik, ia mengupas tentang kehidupan misteri dan fakta yang nyata..mmm..suspen dan membuatkan orang tak sabar nak mengetahui cerita selanjutnya.. bacalah.. feel sendiri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.096267 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list