CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22167|Reply: 252

Jawatan JUSA, Turus akan diubah..

  [Copy link]
Post time 28-11-2011 09:02 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 27 Nov. - Skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam, peringkat JUSA dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.
Dengan cadangan itu bermakna, mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.
Utusan Malaysia difahamkan, jawatan yang terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.
KSU yang berada dalam kategori JUSA tertinggi dan Turus adalah sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat korporat.
Bagaimanapun tidak diketahui sama ada pengisian jawatan-jawatan tertinggi itu akan mengambil kira kouta berdasarkan kaum.
Satu taklimat kepada pegawai-pegawai peringkat utama dan ke atas telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) minggu lalu.
Difahamkan ia adalah sebahagian daripada program transformasi dalam perkhidmatan awam. Di bawah program itu Skim Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA).
Menurut satu sumber, di bawah sistem baru itu, kemasukan kakitangan untuk kategori itu akan dilakukan secara lateral.
Buat sementara, difahamkan lima buah kementerian telah dikenal pasti untuk dilaksanakan kaedah itu.
Dalam pada itu, Utusan juga difahamkan di bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak. Prestasi mereka akan dinilai dalam tempoh kontrak tersebut.
Dalam proses ini, menurut sumber itu, pihak dalam dan luar daripada perkhidmatan awam juga boleh memohon untuk mengisi jawatan tersebut.

Komen : susa sebenarnya nak masuk keje gomen ni, kena melalui SPA segala..  nanti jawatan Turus dgn JUSA semua orang dari swasta dapat, so nanti dorang EPF ada, pencen pun ada.. tapi at least dpt menambah baik la perkhidmatan kerajaan, I hope.. ni pendapat aku je yg tak beberapa memahami skim2 dlm perkhidmatan kerajaan dan jawatan dlm swasta.. otai2 sila komen..

Sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2011 09:45 AM | Show all posts
ni semua cadangan PEMANDU lah lah bw org swasta masuk dlm jawatan utama sektor awam ni.. jangan lps ni semua PTD boikot sudah lah pasal susah dah nak naik pangkat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 10:09 AM | Show all posts
Nak ke swasta join perkhidmatan awam yang gaji nya ciput, jangan harap la yang talented dlm swasta nak join perkhidmatan awam ni, hanya puak puak sayur je yang akan join dari swasta ke perkhidmatan awam

Ingat jusa c tu tinggi sangat ke gaji dia,
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 10:15 AM | Show all posts
aku sbrnye ada sdikit kmusykilan bila sebut psl epf & pencen.

kalau pencen - andaikata setahun selepas si A bersara dr kerajaan, dia meninggal dunia. Anak2 semua dah besar.
apa jadi dgn pencen dia? adakah waris akan terima pencen tu smpai bila2?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 10:15 AM | Show all posts
Reply 1# blackred99

Bagus gak cadangan ni....dapat gk tgk brapa ramai n brapa lama org swasta yg dbawa join gov n pegang JUSA dpt tahan ngan kerenah campurtangan Menteri dlm pentadbiran...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2011 10:16 AM | Show all posts
Reply 3# honam


    range gaji JUSA dgn Turus ni berape hek sebenarnye? sbb orang kate kalo da JUSA, kang pencen senang lenang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2011 10:18 AM | Show all posts
Reply 2# along3746


PEMANDU ni bijak..dorg pegi ke stiap Kementerian...suruh kemnterian buat pbentangan...then dorg bw blk...makeup skit2 slide...trus jd dorg punya idea.....last2 peg2. Kementerian melopong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2011 10:19 AM | Show all posts
Reply 5# cmf_shalom


    yep.. tapi dorang leh demand gaji ke? susa kot rasanye nak bg gaji standing swasta..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2011 10:19 AM | Show all posts
Reply  honam


    range gaji JUSA dgn Turus ni berape hek sebenarnye? sbb orang kate kalo da JU ...
blackred99 Post at 28-11-2011 10:16



    Takde nya pencen kalo setakat kerja dalam 2-5 tahun, yang kata swasta nak masuk perkhidmatan awam hanyalah kontrak
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 10:22 AM | Show all posts
Reply 8# blackred99

Psl gaji aku x sure...tp b4 ni mmg dh ada usaha bw brapa org dr swasta pegang GLS...tp ada diantaranya x smpai brapa bulan cabut lari...coz x tahan ngan kerenah campur tangan pak munteri...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 10:22 AM | Show all posts
Reply  along3746


PEMANDU ni bijak..dorg pegi ke stiap Kementerian...suruh kemnterian buat pbe ...
cmf_shalom Post at 28-11-2011 10:18



    Gaji pemandu mantap siutttt, associate director pemandu dah sama dengan gaji jusa A, tapi kerja tekan blacberry je
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 10:25 AM | Show all posts
Reply 11# honam

Tu la psl....lain kali if PEMANDU dtg ke kementerian...x payah n brief kaw2....kang x psl2 dorg curi idea..then dakwa tu idea dorg...taubat dah..hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 10:26 AM | Show all posts
tak pernah mimpi nak masuk kumpulan jusa.. dpt pencen gred 48 pun dah bersyukur.. klu sampai gred 52, itu bonus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2011 10:28 AM | Show all posts
Reply 11# honam


    senang btol kerja situ, ada keje kosong lg x?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 10:30 AM | Show all posts
ni salah satu cara nak nyahkan abg salim yang kena tangkap. semua kena residn lepas tu lantik semula contract basis.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 10:32 AM | Show all posts
Reply  honam


    senang btol kerja situ, ada keje kosong lg x?
blackred99 Post at 28-11-2011 10:28



    Hanya yang belajar dekat ober c je bleh masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2011 10:33 AM | Show all posts
aku x heran langsung.....geng2 ptd gak yg buat semua ni......aku agak je lah ni

ye lah, anak2 derang nak kena jaga jugak......masa muda x nak jadik ptd, tua2 baru nak masuk.....alang2 masuk, bleh masuk jadik jusa terus......kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 10:40 AM | Show all posts
baper ramai swasta yg nak dan tahan dgn kerenah higher management ni.
dok potpet bercakaran ideologi je lebih dari buat keje


gaji MD lebih tinggi dari JUSA C. mau ke deyols {:4_185:}
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 10:50 AM | Show all posts
ermmm....cadangan yg menarik. terfikir samada mampu x org swasta nak ikut budaya kerja set2 gomen ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 10:52 AM | Show all posts
Reply 19# NIXAR


Kita tunggu n lihat jer ler...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.082192 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list