CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: reyust

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!!

  [Copy link]
Post time 1-12-2011 06:05 PM | Show all posts
kt opis i, opis boy pun haderrrr pc sendiri..

bagusla kalau betul2 mcm ni...buang semua org gomen yg malas, kuat ampu, kuat makan, rentikan la proses seniority diutamakn.i feel like shit when work with these people...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2011 06:14 PM | Show all posts
Penilaian prestasi kabarnya pemarkahan akan dibuat oleh kakitangan bawahan juga..
Anak buah akan menilai bos..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 06:33 PM | Show all posts
Penilaian prestasi kabarnya pemarkahan akan dibuat oleh kakitangan bawahan juga..
Anak buah akan me ...
cikilala Post at 1-12-2011 18:14



   so kalau mcm tu...mesti akan ada situasi mcm kat Srwk dulu...U help me..me will help you....lantaklar prestasi mcmana pun kan...asalkn kedua2 nya akan dpt kenaikan gaji yg tinggi...alasan yg plg kerap didengar...kalau boss bg markah tinggi & naikkan gaji saya pun bukannya boss rugi satu sen pun...duit tu duit gomen buka duit boss..
lainlar kalau keje dgn swasta...big boss swasta amat kritikal nak bg kenaikan gaji kat staf2 dia...mana2 yg cemerlang akan diberi kenaikan gaji atau bonus..kalau tak staf tu akan cabut gi keje kat company lain kan..kalau yg tak cemerlang tu..tunggular nasib ko either diberi peluang utk baiki prestasi ataupun diberhentikan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 06:42 PM | Show all posts
aku suka polisi yg tak efisen tu brenti jaa....pasni nmpk la ex-gomen mai mintak keja kat swasta lak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2011 06:42 PM | Show all posts
driver pun starting gaji RM3k?itu dah masuk elaun ke belum?
cyclotron Post at 1-12-2011 17:03



    yg ini pun aku musykil gak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2011 06:44 PM | Show all posts
gaji KSN 50000????

gaji premier 40 000...tu dia aih..
amir1976 Post at 1-12-2011 18:05



    diorg ni akan diambil dari sektor swasta dan bertraf kontrak dengar khabarnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2011 06:48 PM | Show all posts
Reply 3# yuenmie


    betul aku pun pk cam gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2011 06:52 PM | Show all posts
SEDIKIT LG INFO MENGENAI SBPA (DICEDOK DARI CARIGOLD.FORUM) :

Assalamualaikum w.b.t selamat petang..maaf lambat..byk tugasan diluar hari ni..ini adalah berdasarkan pemahaman saya apabila JPA (TKKPPA,Pembangunan) dan (Ketua Bahagian Saraan JPA) memberikan ucapan..maaf kerana salinan slaid tidak diberikan Pegawai JPA. Jadi kiranya maaf sekiranya info diberikan mungkin lain (base on pemahaman saya sahaja n note yg dicatat).JPA menyatakn Kementerian Pelajaran adalah next stop mereka. Saya dari Jabatan PDRM. So, skop taklimat banyak berlegar kepada PDRM..amat kurang isu penjawat awam lain..dan PGT juga tidak dihuraikan dengan jelas.

1. Opsyen ditawarkan dalam tempoh 15 hari (16 Disember - 31 Disember 2011).

2. Berkuatkuasa pada 1 Januari 2012.

3.3. Penilaian Markah Penjawat Awam
markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut
a. Markah 95% keatas - kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% - kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % - tiada kenaikan
d. Markah 70 % - di syorkan tamat perkhidmatan - tidak dijelaskan oleh Pegawai JPA.

4.Pengurangan pengambilan jawatan baru.

5. Dasar baru bagi Penjawat Awam yang memiliki kemahiran tetapi tidak dapat berkembang di jawatan asal. Contoh jabatan saya: (Pegawai Pangkat ASP ada kemahiran mengendalikan kapal terbang.akan diberikan gaji setaraf DSP) - Bagus untuk mereka yang mempunyai kemahiran or skills.

6. Bagi kerani macam saya; JPA hanya menunjukkan sedikit info mengenai perubahan gaji..jadi sy cuma dapat tumpukan perhatian kepada gred N17.

7. Gaji permulaan N17 SSM RM870.38, dan apabila menerima opsyen SBPA kelak akan mendapat P1 RM 955 dan jadual gaji sebaris adalah sehingga T18. Bermakna pelarasan gaji sebanyak RM135.

8. Bagi mereka yang menolak SBPA, mereka akan dikekalkan dibawah SSM, menerima gaji SSM dan dasar kenaikan pangkat (N17 perlu 15 tahun untuk ke Gred N22) adalah digunapakai seperti mana biasa.

9. Yang saya nampak, PDRM banyak mendapat pelarasan,,contoh:bayangkan KONST dari gaji basic 8++ akan mendapat sehingga 1+++ untuk T1.

10. JPA akan meneruskan pada tahun 2013 dengan menyemak kadar imbuhan dan elaun sedia ada. Samada elaun akan dimansuhkan, ditambah baik, wallahualam..kita selesaikan satu persatu. Bajet untuk SBPA adalah melibatkan sebanyak RM 3 bilion.

11. Tempoh pengesahan dalam perkhidmatan lebih singkat @ 6 bulan. Persoalan (sekiranya dah sah..laporan penilaian markah @ LNPT macamana nk kira..kejam oo kalo mula2 masuk xperform..dpt bos mcm haram.)

12. Pergerakan Gaji Tahunan macam biasa (bln 1,4,8,12) tetapi dalam sistem gaji sebaris..akan ada sistem "bracketting" - xjelas sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2011 06:53 PM | Show all posts
dgr kata esok kuar SBPA
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 06:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by wirazam at 1-12-2011 19:00

MALAYSIA BELANJA JUTAAN RINGGIT KEPENTINGAN PENJAWAT AWAM
Bernama
30/11/2011


PUTRAJAYA, 30 Nov (Bernama) -- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang berkata tidak ada kerajaan lain di dunia melainkan Malaysia yang sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk faedah penjawat awamnya.

Penjawat awam di negara ini amat bertuah dengan pelbagai peluang yang disediakan kerajaan bagi melanjutkan pelajaran selain menjalani latihan dan kursus jangka pendek atau jangka panjang di dalam mahupun di luar negara, katanya selepas menerima anugerah Felo Intan 2011, di sini, pada Rabu.

"Ini bukan kempen pilihan raya. Saya ada bersembang dengan kawan dalam perkhidmatan awam dari luar negara dan mereka mengatakan tidak ada kerajaan lain di dunia yang melaksanakan program latihan sebegitu rupa.

"Terima kasih kepada kerajaan dan saya tidak ada rungutan ke atas layanan kerajaan kepada saya," kata Dr Zulkurnain ketika berucap pada majlis Anugerah Felo Intan dan Penyampaian Diploma Intan 2011, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Upacara penganugerahan Felo Intan 2011 itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan.

Pada majlis itu seramai 648 penjawat awam turut menerima diploma Intan iaitu 59 orang graduan dari Diploma Sains Pengurusan manakala 589 graduan menerima Diploma Pengurusan Awam.

Turut hadir ialah Felo Intan, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Pengarah Intan Dr Aminuddin Hassim.

Dr Zulkurnain, 61, yang merupakan bekas Pengarah Intan (1999), Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (2004-2006) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran (2006-2010) berkata, tanpa biasiswa kerajaan, beliau tidak mungkin melepasi sekolah menengah dan seterusnya melanjutkan pelajaran sehingga memperoleh ijazah Doktor falsafah (PHd) dalam bidang Sains Politik (Pembangunan) dari Leeds University, England pada 1989.

Katanya, penjawat awam perlu memegang tujuh prinsip untuk berjaya iaitu; integriti yang tinggi, mampu mewujudkan perimbangan dalam pelbagai pendekatan, keupayaan berfikir, pengolahan dan berkomunikasi, bersedia untuk terus belajar, rajin dan bersyukur serta sentiasa bersabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 07:01 PM | Show all posts
bestnya kalau dpt jadi staf gomen
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 07:02 PM | Show all posts
Pemakluman Awal Penempatan Dan Hebahan Serentak Pekeliling SBPA Di Portal/Laman Web JPA, MAMPU Dan Semua Kementerian   


Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.

Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan  capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2011 07:03 PM | Show all posts
Diploma kat Intan nie utk P&P jer kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2011 07:08 PM | Show all posts
untuk sokongan dh abis degree pun belum dpt surat kelulusan cuti belajar separuh gaji...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 07:12 PM | Show all posts
Reply 33# reyust


    Ada 2 diploma kat INTAN, diploma pengurusan awam dan diploma sains pengurusan.. Dua2 untuk kumpulan p&p.. Dpa tu kursus wajib untuk ptd sah jawatan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 07:26 PM | Show all posts
Reply 19# albronzzo

aku nak like statement ko ni....

benda ni akan mengakibatkan org2 yg buat keje betul2,tp tak pandai ngampu gaji ciput....banding keje tak jalan,mengampu no 1,menjatuhkan org lain lagi,gaji mencanak2 naiknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2011 07:28 PM | Show all posts
PELAKSANA TU GRED41 KOT

PENGURUSAN N PROFESIONAL TU SENIOR OFFICER KOT ATAU DALAM SWASTA TARAP MANAGER LA KOT

TAKKAN FRESH GRAD MASUK GOMEN GAJI 6K KOT?

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 07:35 PM | Show all posts

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!!

PELAKSANA TU GRED41 KOT

PENGURUSAN N PROFESIONAL TU SENIOR OFFICER KOT ATAU DALAM SWASTA TARAP MA ...
bronok Post at 1-12-2011 11:28


Dun think so..rasanya pelaksana tu kumpulan sokongan.sbb DG 41 sekarang pun bwh kategori pengurusan dan profesional.takkan tukar nama kot.abis tu kump sokongan bwh apa?


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 07:48 PM | Show all posts
Dun think so..rasanya pelaksana tu kumpulan sokongan.sbb DG 41 sekarang pun bwh kategori penguru ...
MamaMima711 Post at 1-12-2011 19:35



   aku rasa2 mcm sokongan pu bawah pelaksana cuma ketua pelaksana tu dari gred 41...thats why gaji pelaksana tu dia letak RM3K...pecahan kecil dia tak bg lagi kan..aku rasa..busuk2 staf sokongan 2 akan dapt dlm RM1.2K lebih. sokongan 1 akan dapat dlm RM2K ..

sifir dia mcm nih kot:

gred yg perlu Degree --> RM3K ++
gred yg perlu Diploma --> RM 2K ++
Gred yg ada SPM --> RM1k ++

tp pada aku yg perlu degree tu kena at least RM3.5 K sbb diaorg nak kena byr balik pinjaman PTPTN yg lebih byk dr yg ada diploma..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 08:16 PM | Show all posts
bagus la....yang jd bos mesti naik gaji tinggi setiap tahun sebab orang bawah penat buat kerja tp kredit bos sorg ja dpt....

bos takkan kasik >95% markah kat staf ramai2 walaupun layak sebab nnt kos pentadbiran naik mendadak. biar bos shj naik gaji sedangkan bawahannya dapat naik biasa2 ja.

bos....bos semua betul, bawahan semua salah.

tak percaya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.072636 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list