CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

Galeri: Pameran karya Jeihan Sukmantoro

[Copy link]
Post time 2-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sentuhan artis tersohor dari  Indonesia di KLAS\rINFO: Our Being\r\n\n\n\nLokasi: KL Lifestyle Art Space, Jalan Maarof, Kuala Lumpur\rTelefon: 019-3337668\rTarikh: sehingga 30 November\r\n\n\n\n\nKarya: 38\rGALERI KL Lifestyle Art Space (KLAS) buat julung kalinya membawa pameran catan salah seorang artis terbaik Indonesia, Jeihan Sukmantoro, pada Pameran Solo Our  Being yang berlangsung sehingga 30 November lalu. \rKetua Pegawai Eksekutif KLAS, Datuk Gary Thanasan berkata, sebagai salah seorang artis ternama dari negaranya, hasil karya Jeihan sering kali dilelong dalam pelbagai acara lelongan yang diadakan di sana.\r“Sebelum ini KLAS memberi tumpuan mempromosikan bakat artis tempatan, namun bagi memberi peluang kepada peminat seni catan untuk memiliki karya terbaik, kami membawa karya Jeihan yang turut diminati pelbagai lapisan masyarakat di negaranya,” katanya kepada Galeri ketika ditemui.\r\n\n\n\n\rGary berkata, karya Jeihan kebanyakannya menampilkan figura pernah menyertai acara lelongan seperti acara Sotheby’s, Larasti dan Borobudur serta turut diminati peminat seni dalam kalangan orang kenamaan.\r“Identiti dalam hasil catan oleh Jeihan ialah mata karakter wanita yang dihasilkannya akan diwarnakan dengan warna hitam dalam usaha memberi kesan besar terhadap karyanya,” katanya.\rSelain itu, kesan dua dimensi yang hadir dalam sesetengah karyanya pula seolah-olah meniru teknik permainan wayang kulit dan ini mudah dilakukan Jeihan memandangkan beliau pernah bercita-cita untuk menjadi dalang wayang kulit.\rJeihan dilahirkan pada 1983 di Ngampel, Boyolali, Jawa Tengah, memulakan kerjaya sebagai pelukis sebaik saja melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Bandung dalam bidang seni halus dan namanya melonjak selepas menyertai pameran bersama beberapa artis ternama anjuran Lembaga Kesenian Jakarta pada 1985.\r“Kerana minatnya yang mendalam dalam bidang seni, Jeihan turut banyak terbabit dalam bidang penulisan puisi dan teater di negaranya selain melukis. Sejak 1997, beliau lebih banyak menyelitkan unsur kerohanian dan banyak bermain dengan konsep minimalistik dalam karyanya,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.042557 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list