CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2011 (LIMA 2011) 6-10 Disember

[Copy link]
 Author| Post time 3-12-2011 09:32 PM | Show all posts
Penduduk Perlis perlu tingkat imej pelancongan negeri menjelang LIMA


2011/12/03

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu penduduk Perlis terutama di sekitar Kuala Perlis bersedia sebaik mungkin meningkatkan imej pelancongan negeri menjelang Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 yang akan berlangsung selama lima hari bermula Selasa ini.

Baginda bertitah, melalui penganjuran LIMA 2011, sudah pasti ada pelancong yang mengambil kesempatan melawat keindahan Perlis kerana Kuala Perlis adalah pintu masuk utama ke Pulau Langkawi melalui jalan laut kerana jaraknya yang lebih dekat. "Pemilik premis sama ada agensi kerajaan, swasta dan milik persendirian perlu meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kerana Perlis khususnya Kuala Perlis adalah pintu masuk utama ke Langkawi melalui jalan laut," titah baginda sempena LIMA 2011 hari ini. Baginda bertitah, usaha meningkatkan kebersihan dan keceriaan ke paras optimum adalah strategi jangka pendek bersepadu menyambut kehadiran pelancong dan ia perlu berterusan sehingga menjelang akhir tahun ini dan selepas itu perancangan yang lebih holistik dan mantap perlu diadakan.

Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail juga mahu premis-premis makanan mempelbagaikan masakan dan hidangan supaya para pelancong dan orang ramai dapat menikmati lebih banyak pilihan makanan.

Selain pilihan makanan yang pelbagai, para pengusaha juga perlu bersikap profesional dan memberi layanan mesra kepada para pelanggan termasuk pelancong di samping menawarkan harga berpatutan, keenakan makanan dan layanan yang
pantas.

Baginda juga menyarankan, pihak yang terbabit dengan sektor perkhidmatan memastikan khidmat diberikan adalah efisyen, selesa dan bersifat mesra orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak, ibu mengandung dan warga emas.

Baginda bertitah, Kompleks Makanan Laut (Komalaut) dan Masjid Terapung Al Hussain di Kuala Perlis perlu dipromosikan secara besar-besaran sebagai tarikan baru sektor pelancongan.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) juga sedang memastikan kawasan persekitaran Kuala Perlis berada dalam keadaan yang lebih baik terutama di Laman Brasmana yang terletak berhampiran terminal feri Kuala Perlis kerana ia menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati makanan pada petang atau malam.

Sementara itu, tinjauan mendapati ada pelancong ke Pulau Langkawi tidak selesa dengan perbuatan pekerja tempat letak kereta yang mengejar kenderaan dengan motosikal bagi mendapatkan pelanggan supaya menggunakan khidmat parkir mereka.

Tinjauan juga mendapati beberapa lokasi tarikan pelancong di Perlis dibanjiri orang ramai pada hujung minggu termasuk Wang Kelian dan Padang Besar adalah destinasi membeli belah di pinggir sempadan Malaysia-Thailand. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2011 05:15 PM | Show all posts
LIMA 2011: Perkhidmatan udara, laut dan darat dijamin mencukupi


2011/12/04

LANGKAWI: Perkhidmatan udara, laut dan darat dijamin mencukupi bagi menampung permintaan semasa berlangsungnya Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 mulai Selasa ini.

Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Abdul Halim Othman, berkata walaupun tiada penerbangan tambahan dibuat oleh syarikat penerbangan yang mengadakan perkhidmatan ke pulau peranginan ini, syarikat penerbangan terbabit menggunakan pesawat lebih besar bagi menampung permintaan. "Sebanyak 24 penerbangan berjadual diadakan ke Langkawi setiap hari oleh beberapa syarikat," katanya kepada Bernama hari ini. Pada masa ini Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia, Firefly, Berjaya Air dan Silk Air Singapura mengadakan penerbangan setiap hari ke pulau bebas cukai itu.

Bagi laluan laut, perkhidmatan feri penumpang mencukupi dan jika ada permintaan, tambahan perjalanan akan diadakan.

Pengurus syarikat feri, Wong Sie Kiong, berkata lebih 20 feri sedang beroperasi dari Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Pulau Pinang ke Langkawi serta sebaliknya.

"Jika perlu, perkhidmatan akan dilanjutkan hingga waktu malam bagi membawa penumpang," katanya.

Sementara itu, Persatuan Tuan Empunya Pemandu Kereta Sewa dan Teksi Langkawi turut memberi jaminan perkhidmatan teksi mencukupi.

Naib Pengerusinya, Mohd Adnan Salleh, berkata perkhidmatan secukupnya akan diadakan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Matsirat dan Jeti Kuah.

Katanya, terdapat lebih 800 buah teksi beroperasi di Langkawi.

Beliau mengingatkan pemandu teksi supaya tidak mengambil kesempatan mengenakan tambang berlebihan daripada yang ditetapkan.

"Kita perlu menjaga imej Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa," katanya.

LIMA 2011 edisi ke-11 berlangsung dari 6 hingga 10 Disember, menyaksikan penyertaan lebih 400 syarikat dari 56 negara. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2011 05:18 PM | Show all posts
Lima '11: Angkasa Langkawi kembali meriah


2011/12/04



SEBAHAGIAN pesawat pejuang yang tiba untuk pertunjukan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, semalam.


LANGKAWI: Bahang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11) semakin dirasai apabila ruang angkasa Langkawi digegarkan dengan deruman enjin jet pejuang yang mengadakan latihan untuk pertunjukan aerobatik pada temasya yang bermula 6 Disember ini.

Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tiba di sini sejak dua hari lalu memulakan latihan mulai jam 11.30 pagi semalam menggunakan kira-kira 10 pesawat pejuang MiG-29 Fulcrum, Sukhoi dan F/A-18 Hornets.

Pada keseluruhannya, LIMA‘11 yang menerima sambutan menggalakkan daripada syarikat industri penerbangan dan perkapalan antarabangsa dan tempatan dijangka tetap meriah walaupun tanpa kehadiran pasukan aerobatik terkemuka Red Arrows.

Sementara itu, beberapa penduduk tempatan yang ditemui ketika menyaksikan latihan pertunjukan udara semalam, menyifatkan pameran dwitahunan itu sangat berfaedah kerana mendedahkan pelbagai teknologi terkini dalam industri penerbangan dan perkapalan.

Marzuki Daud, 51, berkata LIMA’11 mampu memberi rangsangan kepada rakyat Malaysia, khususnya generasi muda menyertai industri berteknologi tinggi, pada masa sama menambahkan rezeki penduduk tempatan.

“Bagaimanapun, saya tidak faham kenapa pameran udara tidak dibuka kepada umum mulai hari pertama iaitu Selasa ini,” katanya.

Rofitah Musa, 39, dari Kampung Bohor Chempedak di sini, berkata LIMA wajar diteruskan kerana ia memberi banyak manfaat kepada peniaga, orang awam dan pelajar.

“Sepatutnya pihak sekolah atau institusi pengajian tinggi menganjurkan lawatan ke Langkawi bagi memberi peluang pelajar mempelajari industri angkasa, penerbangan dan perkapalan,” katanya.

LIMA ‘11 yang mempamerkan komponen aeroangkasa berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Padang Matsirat, manakala segmen maritim di Awana Porto Malai, bakal menyaksikan penyertaan terbesar sejak 1991.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2011 05:45 PM | Show all posts
Persiapan LIMA sampai kemuncak


Petugas melakukan pemeriksaan terhadap dua buah pesawat pejuang yang bakal menyertai LIMA 2011 di Langkawi, semalam. - BERNAMA

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR 2 Dis. - Persiapan untuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) Ke-11 yang akan berlangsung 6 hingga 10 Disember ini, sudah berada di peringkat akhir.

Jawatankuasa Induk LIMA '11 berkata, LIMA kali ini akan menjadi edisi terbaik sepanjang penganjuran sejak 1991, kerana peningkatan menyeluruh daripada aspek penyertaan pempamer, pesawat dan kapal.

"Pameran tahun ini menunjukkan peningkatan 25 peratus berbanding sebelum ini dengan penyertaan lebih daripada 400 syarikat pempamer dari 54 negara.

"Selain itu, penyertaan 26 pesawat dan 12 kapal perang laut luar negara menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding penganjuran tahun 2009," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pameran LIMA yang dianjurkan dua tahun sekali ini mampu menjadi medan pertemuan pemimpin industri maritim dan aeroangkasa bagi merebut peluang perniagaan dalam industri tersebut di rantau Asia selain bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.

"Agensi keselamatan negara seperti Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menjadikan LIMA sebagai medium mengeratkan hubungan dengan agensi negara jiran," katanya.

LIMA 2011 yang diadakan di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dijangka bakal menerima 25,000 pelawat perdagangan, sekali gus mampu menjana pulangan pelancongan RM150 juta kepada negara.

Tetamu kerajaan dan pelawat perdagangan boleh berkunjung dari 6 hingga 8 Disember, manakala pengunjung awam berpeluang menyaksikan pesawat dan kapal perang canggih pada 9 hingga 10 Disember.

Tambahnya, pelbagai syarikat pesawat terkemuka luar negara seperti Boeing, Airbus, DCNS, Daewo, Blom and Voss, Embraer, Sikorsky, Gulfstream, Sukhoi, Navantia dan Dassault Aviation turut mempamerkan aset pertahanan dan komersial yang tercanggih di dunia pada penganjuran kali ini.

"Antara pesawat yang bakal menjadi tumpuan ialah pesawat pejuang F-18 Super Hornet buatan Amerika Syarikat, Eurofighter Typhoon (Eropah), Rafale (Perancis), Gripen (Sweden) dan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sukhoi SU-30.

"Selain itu, kapal terbang pengangkut C-17 Globemaster III, helikopter canggih Eurocopte Tiger HAD, Sikorsky S 92 dan AW 149 buatan Aygusta Westland akan turut menyertai pameran LIMA 2011," ujarnya.

Penganjuran kali ini akan diserikan dengan pertunjukan udara bermula 11.30 pagi hingga 1 petang dari 6 hingga 8 Disember, manakala dua sesi pertunjukan akan diadakan dari 9 hingga 10 Disember bermula 10 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 4 petang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2011 05:51 PM | Show all posts
Aksi helikopter tempur pada LIMA 2011


Eurocopter Tiger HAD

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Tiga buah helikopter tempur bakal beraksi di ruang angkasa Langkawi bagi mempamerkan kehebatan pada Pameran Aeroangkasa dan Maritim Langkawi 2011 (LIMA '11) yang bermula Selasa ini.

Helikopter Eurocopter Tiger HAD dan AgustaWestland AW129 merupakan helikopter penggempur termoden dalam kelasnya yang berupaya untuk memusnahkan kereta kebal dan kenderaan berperisai.

AH-61 pula adalah helikopter penyerang ringan dan tinjauan udara yang terbaharu dari firma Boeing bersaiz sederhana yang dilengkapi dengan sistem persenjataan roket serta sistem avionik moden.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2011 08:31 PM | Show all posts
pameran LIMA 2011 bermula esok..
jom pi langkawi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-12-2011 08:31 PM | Show all posts

PETUGAS dari syarikat Eurofighter Typhoon sibuk membuat persiapan menjelang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Langkawi, semalam. - Foto Shahrizal Md Noor
Dec 5, 2011 4:59 am
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2011 08:32 PM | Show all posts
igt tak kisah captain steve...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2011 08:36 PM | Show all posts
Jabatan, agensi kerajaan siap sedia jayakan LIMA 2011


2011/12/05

LANGKAWI: Jabatan dan agensi kerajaan yang terbabit dengan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA'11) yang bermula esok sudah membuat persediaan rapi dalam menjayakan acara itu.

Antara agensi dan jabatan yang terbabit adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Hospital Langkawi, Pejabat Kesihatan Langkawi dan Majlis Perbandaran Langkawi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Yaakob Hassan, berkata seramai 220 anggota dan pegawai ditugaskan bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada LIMA'11. "Empat pusat gerakan diadakan termasuk di Balai Pameran Mahsuri Antarabangsa Langkawi (MIEC) di Padang Matsirat, di Awana Porto Malai dan Kuala Teriang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, lebih 20 jentera, jet ski dan motosikal dari tanah besar dibawa ke Langkawi untuk membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Pengarah Hospital Daerah Langkawi, Dr Selahuddeen Abdul Aziz, berkata 258 kakitangan termasuk pakar, pembantu perubatan dan jururawat akan bertugas sepanjang LIMA'11.

Katanya, sebanyak 11 pasukan liputan perubatan ditubuhkan untuk memberi rawatan kepada orang ramai terutama di MIEC dan Awana Porto Malai.

Beliau berkata, pihak hospital sudah bersiap sedia untuk menerima pesakit dan jika perlu mendapat rawatan lanjut mereka akan dihantar ke hospital di tanah besar.

Sementara itu, operasi premis makanan di Langkawi ditingkatkan bagi memastikan makanan yang disediakan bersih dan berkualiti.

Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mansor Ismail, berkata premis itu membabitkan restoran, dapur hotel, kedai, gerai, pembekal dan pengimport bahan basah.

"Kita mahu pengusaha menyediakan makanan yang bersih dan berkualiti serta mengelak kejadian keracunan makanan," katanya.

Beliau berkata, seramai 90 kakitangan termasuk 36 petugas tambahan dari enam daerah di Kedah menyertai operasi mulai Jumaat lalu dan beberapa kedai makan diarah ditutup kerana tidak mematuhi arahan.

Bagi menjaga kebersihan persekitaran, Majlis Perbandaran Langkawi bersama syarikat pembersihan sisa pepejal, E-Idaman meningkatkan kerja-kerja kebersihan termasuk mengadakkan gotong-royong.

LIMA 2011 edisi ke-11 yang berlangsung dari 6 hingga 10 Disember menyaksikan penyertaan lebih 400 syarikat dari 56 negara. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2011 08:39 PM | Show all posts
LIMA 2011 bakal catat sejarah

Oleh Hardi Effendi Yaacob, Norakmah Mat Youb dan Hamzah Osman
bhnews@bharian.com.my
2011/12/05


  

  • PETUGAS dari syarikat Eurofighter Typhoon sibuk membuat persiapan menjelang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi di Langkawi, semalam.

  • PETUGAS dari syarikat Airbus turut membuat persiapan menjelang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi di Dewan Mahsuri.


Disertai 386 syarikat termasuk pengusaha industri pertahanan 33 negara

KUALA LUMPUR: Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2011 (LIMA 2011) yang membuka tirainya esok, bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menarik penyertaan lebih 386 syarikat, termasuk pengusaha industri pertahanan dari 33 negara sepanjang acara itu berlangsung sehingga 10 Disember ini.


Antara sudah mengesahkan penyertaan termasuk gergasi industri penerbangan dunia, Airbus dan Boeing, Bell Helicopters, Dassault, Gulfstream, Embraer, Eurocopter, Agusta Westland, Sikorsky dan Fincantieri, selain Sukhoi Corporation, antara syarikat pengeluar pesawat tempur termaju di dunia.

Tidak ketinggalan Daewoo Shipbuilding, syarikat pembinaan kapal laut terbesar Korea Selatan yang turut membuka ruang pamerannya sempena penganjuran LIMA edisi ke-11 kali ini, selain Navantia, Damen Shipyard, Blohm dan Voss, Lurssen, Goa Shipyard dan DCNS.

Pengarah Urusan HW Exhibition Sdn Bhd, Ahmad Dzuhri Abdul Wahab, berkata LIMA2011 bukan sekadar program pameran, malah ia sebagai medan pemasaran pelbagai produk terbaik dunia bagi ketiga-tiga industri – aeroangkasa, maritim dan pertahanan, sekali gus membina jenama serta meningkatkan peluang pelaburan di kalangan peserta.

Katanya, keseluruhan ruang pameran dan ruang komersial disediakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi sudah habis ditempah, sekali gus membuktikan penganjuran acara dwi-tahunan itu masih mampu menarik penyertaan dari seluruh dunia.

Beliau berkara, ini jelas menunjukkan LIMA masih relevan dengan perkembangan semasa, khusus dalam memangkin perkembangan industri aeroangkasa, maritim dan pertahanan negara.

“LIMA 2011 juga diyakini mampu menandingi LIMA2009 yang berjaya menarik hampir 400 syarikat pertahanan membabitkan 60 negara, 38,000 pelawat, 400 wartawan seluruh dunia dan 210 delegasi industri pertahanan antarabangsa,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Di LANGKAWI, segala persiapan menjelang acara berkenaan berjalan lancar, dengan 64 pesawat dan 12 kapal perang, termasuk dari luar negara sudah ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Jeti Awana Porto Malai. Baki 10 pesawat lagi dijadual tiba menjelang pameran itu berakhir.

Malaysia sebagai negara hos mempamerkan keseluruhannya 30 pesawat termasuk pesawat pemintas termoden dimilikinya, Sukhoi SU-30MKM bersama MiG-29N Fulcrum, F/A-18D Hornet dan Hawks 108/208. Turut dipamerkan model Fennec, Agusta A109, AW139, Dauphin, CL-415, MI-17, Mi-171 serta Super Lynx.

LIMA2011 yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan, selain mendapat sokongan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dijangka menerima 25,000 pelawat perdagangan, sekali gus menjana pulangan RM150 juta kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan pameran dwi tahunan itu kira-kira jam 9.30 pagi esok, sebelum disusuli pertunjukan Pasukan Aerobatik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Keris Sakti yang juga sebahagian daripada tarikan utama acara berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2011 08:49 PM | Show all posts
MOD pindahkan Thread nih ke Board MPSA.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2011 09:32 PM | Show all posts
LIMA '11 sedia terima pelawat


Ahmad Zahid Hamidi ketika mengadakan lawatan melihat persediaan LIMA 2011 di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) Langkawi, Kedah, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


LANGKAWI 4 Dis. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpuas hati dengan segala persiapan yang dibuat menjelang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA '11) yang bermula esok.

Beliau berkata, rakyat Malaysia bertuah kerana dapat menyaksikan LIMA kali ini kerana ia adalah yang terbesar selain jumlah penyertaan pempamer, pesawat dan kapal juga meningkat.

Sehingga kini katanya, 17 menteri pertahanan atau wakil masing-masing sudah mengesahkan kehadiran dan kemungkinan akan sampai esok.

"Ini merupakan lawatan saya ketiga di sini bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar," katanya ketika meninjau Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, penganjuran LIMA sangat relevan kerana selain melibatkan pemacu industri pertahanan dalam dan luar negara, banyak perjanjian persefahaman (MoU) juga akan ditandatangani.

"Kalau ada yang menganggap pameran antarabangsa ini tidak relevan, orang yang beranggapan itu sebenarnya yang tidak relevan," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2011 09:49 PM | Show all posts
Eurofighter Typhoon BAE dipamer di LIMA

KUALA LUMPUR 4 Dis. - BAE Systems, syarikat pertahanan dan keselamatan dunia, hari ini mengumumkan bahawa Eurofighter Typhoon akan dipamerkan pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) ke-11.

Eurofighter Typhoon, pesawat kombat pelbagai fungsi (MRCA) paling canggih di dunia, akan mengetengahkan keupayaannya dalam penerbangan pertunjukan.

Replika penuhnya akan dibuka untuk dipertontonkan kepada pengunjung LIMA, yang berlangsung dari 6 hingga 10 Disember ini.

Eurofighter kini digunakan oleh tentera udara Austria, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom dan Arab Saudi.

Pesawat itu dikeluarkan oleh BAE Systems dan tiga rakan Eropahnya, Cassidian Jerman dan Sepanyol, selain Alenia Aeronautica Itali.

Dengan LIMA 2011 dijangkakan yang terbaik dalam siri pamerannya, BAE Systems dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia merancang memperkukuh hubungan dan sokongan dalam pertahanan Malaysia pada masa akan datang dengan mempamerkan keupayaan senapang udara dan laut moden pada pameran itu.

"LIMA sentiasa merupakan acara penting dalam kalendar acara kami, setelah menyertai 11 pameran setakat ini.

"Ia merupakan acara yang penting dan platform utama BAE Systems memperkukuh hubungan dengan kerajaan Malaysia, menjalin hubungan yang memberi manfaat bersama dengan pemegang kepentingan industri serta mempamer pelbagai keupayaan kami," kata Pengarah Pembangunan Perniagaan Kumpulan BAE Systems Alan Garwood dalam satu kenyataan.

Selain Eurofighter Typhoon, pengunjung ke LIMA berpeluang menyaksikan produk dan perkhidmatan utama BAE Systems, termasuk senapang Bofors 40 Mk4 40mm dan Q-SIGHT, serta topi kaledar canggih (HMD).

Kedua-duanya akan dipamerkan pertama kali di Asia Tenggara selain model Jet Pelatih Canggih Hawk, generasi terbaharu pesawat latihan paling berjaya di dunia.

Menerusi hampir 1000 pesawat dijual atau ditempah, Hawk diguna untuk melatih juruterbang dari lebih 20 negara di dunia, termasuk Malaysia.

Selain itu, senapang Bofors 57Mk3 dan Lemur, sistem persenjataan kawalan remote akan dipamerkan di ruang pameran Boustead.

Q-SIGHT akan dipamerkan di ruang Carl Zeiss Optronics, rakan BAE Systems dalam pembangunan HMD Systems berprestasi tinggi.

BAE Systems sudah wujud di Malaysia selama lebih 20 tahun menerusi pembukaan ibu pejabat serantau Asia Tenggara di Kuala Lumpur.

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan BAE Systems di Malaysia, syarikat itu juga sedang mengenal pasti peranan pentingnya dalam ekonomi, teknologi dan pembangunan kapasiti di Malaysia bersama perusahaan kecil dan sederhana yang inovatif, agensi kerajaan serta institusi akademik utama. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 08:20 PM | Show all posts
Najib rasmi LIMA 2011


2011/12/06

LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi merasmikan Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim (LIMA 2011) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini yang bermula hari ini hingga 10 Disember ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. LIMA 2011 menyaksikan penyertaan 403 syarikat pempamer dari 56 negara termasuk 50 daripada 100 syarikat aerosangkasa dan maritim. Sebanyak 64 pesawat dan 59 kapal perang dipamerkan pada LIMA 2011.

LIMA 2009 menarik penyertaan hampir 400 syarikat pertahanan, 60 negara serta 38,000 pelawat, 400 wartawan dan 210 delegasi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 08:21 PM | Show all posts
LIMA 2011: Pasukan khas APMM pamer aksi memukau


2011/12/06

LANGKAWI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam
terpukau dengan aksi hebat dan tangkas pasukan khas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam pertunjukan yang diadakan di Awana Porto Malai, sebentar tadi.
Pertunjukan selama 30 minit itu diadakan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11) menunjukkan keupayaan agensi itu melaksanakan tanggungjawab menjaga perairan negara. Sejak ditubuhkan enam tahun lalu, pelbagai kejayaan dilakar khususnya dalam membanteras kegiatan jenayah atau yang membabitkan undang-undang maritim seperti penyeludupan.

Justeru, untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan, pelbagai usaha dilakukan oleh agensi itu antaranya, melalui latihan secara berterusan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 08:22 PM | Show all posts
PM lancar pasukan aerobatik Krisakti


2011/12/06

LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melancarkan pasukan profesional aerobatik pertama Malaysia dikenali Krisakti sempena Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim (LIMA 2011)  di sini.

Pelancaran itu diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) . Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Md Zin, Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud dan Eksekutif Ketua Pasukan, Datuk Halim Othman. Krisakti adalah milik Aerotree Defense & Services Sdn Bhd.

Juruterbang pasukan itu ialah Leftenan Kolonel Ghazali Yayah,  Mejar A John Sham, Mejar Shamsul Shahreen Isa, Mejar Abd Rahim Jusoh, Mejar Goh Keng Loon dan Mejar Mohd Indrashahrim Baharim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2011 08:22 PM | Show all posts
Malaysia berpotensi jadi hub pengeluaran produk maritim, aeroangkasa


2011/12/06

LANGKAWI: Malaysia berpotensi dibangunkan sebagai hub pengeluaran kelengkapan maritim dan aeroangkasa dunia berikutan wujud keyakinan pemain utama industri itu, khususnya dari Eropah dan Amerika terhadap kemampuan syarikat tempatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkembangan itu terbukti dengan peningkatan jumlah penyertaan dalam Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi 2011 (LIMA 2011), terutama membabitkan syarikat pempamer gergasi luar negara. "LIMA 2011 bukan sekadar acara pameran atau medan untuk mencari peluang perniagaan, sebaliknya memberi kesan secara langsung terhadap perkembangan sektor aeroangkasa dan maritim tempatan melalui pemindahan teknologi dan perkongsian kepakaran. "Ini jelas membuktikan keyakinan syarikat luar terbabit terhadap kemampuan anak tempatan, di mana peluang kerjasama itu harus dimanfaatkan untuk terus merangsang pertumbuhan sektor aeroangkasa dan maritim negara," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Pengerusi HW LIMA, Tan Sri Abdul Wahab Nawi selaku penganjur utama LIMA2011.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 08:24 PM | Show all posts

PESAWAT TUDM MiG 29 Smokey Bandit 'Squadron 17 membuat latihan sempena persembahan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11), semalam. - Foto Khairul Ghazali
Dec 6, 2011 8:20 am


KAPAL selam kedua negara, Kapal Diraja (KD) Tun Abdul Razak berlabuh di Awana Porto Malai, semalam sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11). - Foto Danial Saad
Dec 6, 2011 8:23 am


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat replika kapal layar tradisional selepas majlis perasmian Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA 2011) sambil diperhatikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi HW LIMA Sdn Bhd, Tan Sri Abdul Wahab Nawi. - Foto Shahrizal Md Noor
Dec 6, 2011 1:27 pm


GIMIK: Berlaku letupan sewaktu jet pejuang Eurofighter Thypoon membuat pertunjukan sebagai gimik pelancaran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA 2011) di Lapangan Terbang Antarabangsa Padang Mat Sirat, Langkawi, Kedah, hari ini. - Foto Abd Samad
Dec 6, 2011 3:17 pm
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 08:43 PM | Show all posts
Jom pegi.....   will be there on the 9th.
Tkt MAS dah habis, nasib ada AA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 08:48 PM | Show all posts
LIMA: Pengeluaran helikopter EC725 TUDM ditayangkan

06/12/2011
5:53pm


LANGKAWI 6 Dis. – Pengeluaran helikopter Eurocopter EC725 yang pertama bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditayangkan hari ini menerusi siaran langsung dari premis syarikat berkenaan di Marignane, Perancis.

Ia dipancarkan ke Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA 2011) untuk tontonan hadirin, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ini adalah pesawat pertama daripada 12 helikopter EC725 yang diperoleh Malaysia bagi misi mencari dan menyelamat mengikut terma kontrak yang dimeterai pada 2010.

"Kami ingin berkongsi saat bersejarah ini dengan Malaysia, memberi kepada hadirin di LIMA 2011 gambaran awal helikopter terkini yang akan berkhidmat di negara berkenaan dalam pelbagai operasi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eurocopter, Lutz Bertling.

Dalam siaran langsung dari ibu pejabat Eurocopter di Marignane dan tapak pengeluaran hari ini, pesawat berkenaan diperkenalkan oleh pasukan projek TUDM di tapak.

Eurocopter berkata, program pemerolehan itu berjalan mengikut jadual, dengan sejumlah lapan helikopter sedang dalam proses pengeluaran, dan pesawat pertama akan menjalani ujian penerbangan tidak lama lagi.

Penghantaran EC725 ke Malaysia akan bermula tahun depan dan diteruskan sehingga awal 2014. – Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.082968 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list