Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
58492
View
1259
Reply

AURORA : Aishiteru TV9 - Bahagia jua akhirnya....

  [Copy link]

Author: adifrs       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-12-2011 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by adifrs at 1-3-2012 22:04



Pelakon : Afiq Muiz, Erin Malik, Izue Islam, Dato Jalaluddin Hassan, Wan Nor Azlin


Sinopsis :

Kisah bermula dengan Izrael, lakonan Afiq Muiz yang mempunyai tabiat suka berfoya-foya dan sering bertukar pasangan. Suatu hari ketika bersuka-ria di pub bersama rakan-rakan, Izrael ditahan oleh penguatkuasa kerana didapati memiliki pil ecstacy. Izrael bingung kerana dia sememangnya tidak pernah mengambil pil khayal itu dan hairan bagaimana pil itu boleh berada didalam poketnya. Akhirnya Izrael mendapat tahu ianya adalah kerja bekas teman wanitanya bernama Rania yang masih berdendam dengan Izrael kerana memutuskan hubungan cinta mereka

Datuk Izrael iaitu Leftenan Kolonel (B) Ismail merupakan seorang yang tegas dan telah menjamin Izrael tetapi dengan bersyarat. Izrael perlu menjalani perintah berkurung di rumah dan juga akan dimasukkan ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ini membuatkan Izrael berasa rimas kerana dia sering keluar rumah untuk berhibur.

Sehingga suatu hari, dia telah menyelinap mengikut rakan-rakannya bercuti ke Pulau Pangkor. Di satu perkampungan nelayan, Azira, lakonan Erin Malik, meratap sedih kerana terpaksa melepaskan sahabat baiknya Ammar melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Dalam diam, Azira menaruh hati terhadap Ammar tetapi segan untuk meluahkan hati. Ketika keluarga Ammar sibuk membuat kenduri kesyukuran, Azira telah menyelitkan surat cintanya ke dalam buku Ammar. Harapan Azira agar Ammar membaca surat tersebut dan membalas cintanya.

Izrael dan rakan-rakannya terserempak dengan Azira dan mereka mengusik Azira. Izrael yang sememangnya dikenali sebagai kaki perempuan dikalangan rakan-rakannya telah mengusik Azira yang mempunyai perwatakan yang cantik dan lembut. Sikap jual mahal Azira membuatkan Izrael semakin tertarik untuk mendekatinya. Pelbagai cara dilakukan oleh Izrael sehingga penduduk kampung menyangka Azira telah menggatal dengan pemuda dari bandar. Gara-gara mulut Muna yang suka menjaga tepi kain orang terutamanya Azira menguatkan lagi sangkaan buruk penduduk kampung terhadap Azira. Azmi, abang Azira yang bersikap baran telah mengamuk dan telah menggertak untuk mengahwinkan Azira dengan Izrael. Azira menjadi semakin tertekan!

Suatu hari Izrael telah menaiki bot nelayan dan terjatuh ke laut. Izrael berpura-pura lemas dan diselamatkan oleh Pak Aziz, bapa Azira. Izrael terpaksa berbuat begitu semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Azira. Pak Aziz simpati dengan Izrael dan membawanya pulang ke rumah. Azira tidak suka dengan kehadiran Izrael, begitu juga dengan Azmi. Izrael yang masih tidak berubah perangai tiba-tiba cuba memeluk dan mencium Azira ketika Azira ingin memberikan air kepada Izrael. Tanpa diduga, Azmi pulang pada waktu itu dan menyaksikan perbuatan tidak senonoh Izrael. Azmi begitu marah dan ingin memukul Azira, tetapi dihalang oleh Izrael yang tiba-tiba sahaja boleh bergerak. Ini membuatkan Azmi bertambah marah kerana Izrael sebenarnya berbohong dan tidak sakit.

Azmi mencabar Izrael untuk berkahwin dengan Azira dan ini membuatkan Izrael terjelepuk di lantai! Muna yang suka membawa mulut telah mendengar pekikan Azmi dan memberitahu seluruh kampung. Keluarga Azira berasa amat malu. Izrael pula terpaksa menelefon ibunya Puan Nora dan ini membuatkan ibunya terutamanya datuk Izrael menjadi terkejut.


jom kite tgk kesudahannya..........




Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2011 04:52 PM | Show all posts
macam best
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 08:23 AM | Show all posts
Ermm...nk kena tgok ni mcm menarik jew
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 08:48 AM | Show all posts
Napa tayang hari Rabu? Biasanya slot Aurora TV9 hari Khamis la.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-12-2011 08:56 AM | Show all posts
Reply 4# hayrin86


    ok...aku dah edit...{:4_237:}
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 09:09 AM | Show all posts
Reply  hayrin86


    ok...aku dah edit...
adifrs Post at 6-12-2011 08:56

SALAH TAIP rupanya. Ngam la tu. Rating penonton rancangan 999 di TV3 nampaknya dah lama berkurangan, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 10:07 AM | Show all posts
nama izrael tu..... dh x der nama lain lg ker nak pakai.... ish..ish..ish.... sesuai lah kot ngn wataknyer yg jahat tu... ending dia mesti last sekali izrael jadi baik n insaf, barulah azira terima dia... agaknyer kot....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 11:16 AM | Show all posts
ish ish ish mcm menarik jeeee
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 12:30 PM | Show all posts
mesti tengok nih film

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 01:32 PM | Show all posts
Alaaaaaaaaaaa, tak de pelakon perempuan yang lain ke????kenapa Erin???weeeee,
Baiklah dorng casting pelakon baru kalau mcm niiii.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 01:04 AM | Show all posts
pelakon2 sume fresh...hensem + cantik belaka
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 01:31 AM | Show all posts
nak tengok!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 09:08 AM | Show all posts
nih slot yg sama ngan tudung tweet tuh ker??
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-12-2011 09:31 AM | Show all posts
SALAH TAIP rupanya. Ngam la tu. Rating penonton rancangan 999 di TV3 nampaknya dah lama berkuranga ...
hayrin86 Post at 6-12-2011 09:09 AM



    999 tu aku mmg jarang tgk..tu pasal kurang kot...

    ehhh...rin, drama kali kedua sblm ni ko tgk tak endingnya???
    aki miss laaahhhh.....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-12-2011 09:31 AM | Show all posts
pelakon2 sume fresh...hensem + cantik belaka
dauswq Post at 7-12-2011 01:04 AM



    kannnn......bersemangat nak tgk...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-12-2011 09:33 AM | Show all posts
nih slot yg sama ngan tudung tweet tuh ker??
skymania Post at 7-12-2011 09:08 AM



    x lah sekai...tu slot telefilem ari rabu punye....

     ni bersiri 1 jam jekk....sekali seminggu...esok start....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 09:28 AM | Show all posts
999 tu aku mmg jarang tgk..tu pasal kurang kot...

    ehhh...rin, drama kali kedua sblm ni ko tgk tak endingnya???
    aki miss laaahhhh.....
adifrs Post at 7-12-2011 09:31

Of course la, maybe program 999 kat TV3 dah lama mengalami kemerosotan penonton, kan?

Drama Kali Kedua haku hanya tgk sebahagian saja babak penting.

Selain itu, asal saja musim Piala Dunia juga rating penonton 999 lagilah menjunam sebab waktu itu semua sibuk tgk aksi pasukan pilihan masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 09:42 PM | Show all posts
mmm... mmg camtu ke gaya azira tu? cam budak2 lak. wakakkaka. hari ni tertgk sket, setakat ni ok la.
mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 10:32 AM | Show all posts
semalam aku tertengok... best gak smpai x berganjak dr tv... suka tgk pelakon fresh2.. baru aku rasa segar.. xde laa mcm sesetengah drama, watak belasan pun nak amek yg dah kertu

btw, hero ni mcm ala2 muka pelakon karma tu kan? tp bkn dia kan?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-12-2011 11:14 AM | Show all posts
mmm... mmg camtu ke gaya azira tu? cam budak2 lak. wakakkaka. hari ni tertgk sket, setakat ni ok la. ...
hijau88 Post at 15-12-2011 09:42 PM



    ok eh....dah 2 epi... aku x tgk pun lagi...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-12-2011 11:15 AM | Show all posts
semalam aku tertengok... best gak smpai x berganjak dr tv... suka tgk pelakon fresh2.. baru aku ...
kupu2siang Post at 16-12-2011 10:32 AM



    bukan kot...hero aishiteru ni lagi cute...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 11:56 AM | Show all posts
bukan kot...hero aishiteru ni lagi cute...
adifrs Post at 16-12-2011 11:15



   aah cute2....

yg jd kwn sekampung azira tu izu islam eh?? lain ye dia cukur misai semua.....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-12-2011 12:07 PM | Show all posts
aah cute2....

yg jd kwn sekampung azira tu izu islam eh?? lain ye dia cukur misai semu ...
kupu2siang Post at 16-12-2011 11:56 AM



    haa..yg tu nmpak 'jambu'

   aku mmg rimas klu nmpak dia bermisai...cam ade yg x kene jek...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 01:37 PM | Show all posts
pelakon karma tu, azlee khairi, pelakon dingin lavenda, pssssst, tak sbr nak tgk dingin lavenda mlm ni.
pelakon aishiteru ni, afiq muiz, pelakon tudung tweet tu... hensem jgk kan.
tp, Izzu Islam tu lak, berlakon jdi halim dlm Gemilang... si orang_kampong minat kat dia ni. kuikuikui.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 03:54 PM | Show all posts
mmm... mmg camtu ke gaya azira tu? cam budak2 lak. wakakkaka. hari ni tertgk sket, setakat ni ok la. ...
hijau88 Post at 15-12-2011 21:42



kannn...mcm budak2 dengan gaya mulut die lagi tu


bez jugak cite ni..plakon sume fresh2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.069350s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list