CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

LESTARY : Vanilla Coklat [SETIAP SELASA, 9 PM, TV3]

   Close [Copy link]
Post time 4-1-2012 12:29 AM | Show all posts
sinopsis....sapa tak mau spoiler...sila scrol terus ke bawah yee....

Sinopsis Vanilla Coklat :

Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.

Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.

Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 12:34 AM | Show all posts
sinopsis....sapa tak mau spoiler...sila scrol terus ke bawah yee....

Sinopsis Vanilla Coklat :
  ...
manggis Post at 4-1-2012 00:29


iols menantikan saat ZARAMIR jatuh cinta. mesti comel kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 12:38 AM | Show all posts
nk tgk cite nih... x kaku kan pelakonnye.. n cara sebutan x annoying kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 12:41 AM | Show all posts
nk tgk cite nih... x kaku kan pelakonnye.. n cara sebutan x annoying kan
lonso Post at 4-1-2012 00:38


tgk jelah lonso, citer nih best n relax...cume iols xb'kenan ckit dgn skrip aiman tuh, kejap i, kejap saya, kejap amir (kalau cakap dgn zara. poning je) tp so far ok lah. aiman pun ok jeh.nampak la yg dia nih sesuai b'lakon dr myanyi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 12:49 AM | Show all posts
tgk jelah lonso, citer nih best n relax...cume iols xb'kenan ckit dgn skrip aiman tuh, kejap i,  ...
saaya Post at 4-1-2012 00:41


bakal hero malayalah kekdahnye.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:16 AM | Show all posts
sinopsis....sapa tak mau spoiler...sila scrol terus ke bawah yee....

Sinopsis Vanilla Coklat :
  ...
manggis Post at 4-1-2012 00:29



ok..aku dh terbaca..tak sabo nak tahu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2012 09:24 AM | Show all posts
sinopsis....sapa tak mau spoiler...sila scrol terus ke bawah yee....

Sinopsis Vanilla Coklat :
  ...
manggis Post at 4-1-2012 00:29



wah... sure sweet  scene zaramir honeymoon kt genting highland tu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:34 AM | Show all posts
Reply 112# arisa_imamura


    ha'ah.. cute je mak pak si zara tu memasak sama2 kt dapur.. macam bebetul je situasi kt umah camtu... tak kekok langsung tengok bapaknye main campak2 je bawang bagai dalam kuali. hehe..

yg si zara ngan amir tu pulak.. okla.. siap kene gambo pre wed lagi tu.. tapi muka.. muncung sejengkal! ingatkan pesal la tetiba si amir datang umah zara.. upanye jemput zara nk gi amik gambo.. hehe.. comel2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 09:53 AM | Show all posts
bakal hero malayalah kekdahnye.....
lonso Post at 4-1-2012 00:49


rupa dah ada dah, bakat pun boleh tahan n boleh dgilap lagi...xdpt jd pnyanyi, jd plakon pun okay lah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 10:01 AM | Show all posts
sinopsis....sapa tak mau spoiler...sila scrol terus ke bawah yee....

Sinopsis Vanilla Coklat :
  ...
manggis Post at 4-1-2012 00:29

x sbr nk tunggu dierang g honeymoon...mesti lg lawak...smlm pon bagai nk rak gak aku gelak...ngn gelagak mak ayah dierangnyer...yg mse lepas pre wedding 2...mak zara ckp 'sesuai' 2 mmg lawak ar...{:4_241:}
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 10:02 AM | Show all posts
rupa dah ada dah, bakat pun boleh tahan n boleh dgilap lagi...xdpt jd pnyanyi, jd plakon pun oka ...
saaya Post at 4-1-2012 09:53

yap amir nie klu byk lagi dpt tawaran berlakon mmg bole g jauh ar...die belakon pon best x kayu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 10:05 AM | Show all posts
yap amir nie klu byk lagi dpt tawaran berlakon mmg bole g jauh ar...die belakon pon best x kayu... ...
sue87 Post at 4-1-2012 10:02


kannnn, iols pun enjoy je tgk lakonan dy.wlpn dlu xenjoy tgk dy mnynyi......pelapis2 muda yg harus dgilap lg bakatnya nih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 11:00 AM | Show all posts
x sbr nk tunggu dierang g honeymoon...mesti lg lawak...smlm pon bagai nk rak gak aku gelak...ngn g ...
sue87 Post at 4-1-2012 10:01



terus lupa ngan watak ku salmi dalam cite nie...takde dah dengar ku salmi menjerit2....sapa bapak izara ni...selamba je berlakon...dah mcm tak berlakon lak rasanya...mcm betul2 je...rasanya izara lagi rapat dgn ayah dia dari maknya....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 11:23 AM | Show all posts
Reply  arisa_imamura


    ha'ah.. cute je mak pak si zara tu memasak sama2 kt dapur.. macam beb ...
talapia Post at 4/1/2012 09:34 AM


scene2 realiti mcm ni la iols suke tgk dlm drama...menggambarkan hubungan kekeluargaan yg rapat..bukan scene realiti lain yg buat kita lebih sakit jantung jerk
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 11:29 AM | Show all posts
Reply 133# manggis


    dengan mak dia selamba je dok jelir2 lidah... so kiranye dorang ni happy family la.. anak yg pandai.. tak bimbo... almaklum.. anak doktor.. lawa lak tu.. tapi satu je.. keras ati n tak baper macam pompuan sangat.. hehe

yg si amir pulak.. standard anak2 dato'.. tp still tak ilang kasih sayang mak pak.. bukan stok2 anak jahanam la..

so far ok je citer ni... tak payah nk pk2.. berteka teki tekuk bagai apa akan jadi next episode.. menonton dengan santai selepas aku letih tengok TD... hehe..

aiman tu.. lakonan yg rileks2 camni okla dia berlakon. nanti2 cuba bagi watak2 berat lak kt dia.. latih dia elok2... sure leh meletups... izara tu.. masa jadi fiona dlm sofiya dah ok dah... watak jahat dia cemerlang.. nk tgk watak2 sedih lak nanti. klau watak2 muda remaja dia biasa bawak... cer ubah dia soh bawak watak gadis melayu terakhir gitu.. hehe.. sebab biasanye si izara ni watak dia jenis kasar2 sebab dia pon kt luar mmg kasar2 org nye...  walaupon finalis dewi remaja.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 12:00 PM | Show all posts
Reply  manggis


    dengan mak dia selamba je dok jelir2 lidah... so kiranye dorang ni happy fa ...
talapia Post at 4-1-2012 11:29



santai je tengok citer nih kan...xprlu nak tension2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 12:05 PM | Show all posts
Reply  manggis


    dengan mak dia selamba je dok jelir2 lidah... so kiranye dorang ni happy fa ...
talapia Post at 4-1-2012 11:29



ckp pasal jelir2 lidah ni..baru teringat smlm..

selamber giler mak ngan anak..nmpak realiti sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 12:34 PM | Show all posts
termiss epi 3....



Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 02:34 PM | Show all posts
aiman ni kalau kena wataknya & bakat digilap lagi, boleh pergi jauh.
muka dh ada. lagi2 kat malaysia ni kurang plakon y umur 20an untuk bawa watak2 baik ke, klakar ke, jahat ke.
muka y sama je.
wish u all the best la aiman..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 03:41 PM | Show all posts
tgk jelah lonso, citer nih best n relax...cume iols xb'kenan ckit dgn skrip aiman tuh, kejap i,  ...
saaya Post at 4-1-2012 12:41 AM


tumpang nyelit!!!!


a'ah, tang ni mmg aku dok gelak2 la... ada masa dorg ber saya awak je. tp biler dah masuk level tinggi dorg nyer gaduh, dah bertukar ke I you.... hahahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.064137 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list