|
TARIKH 10 Muharam mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan bersama seperti dicatatkan Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Mukasyafatul Qulub. Antara peristiwa dikaitkan dengan tarikh itu ialah dicipta Nabi Adam dan dimasukkan Adam ke dalam syurga.\rDicipta arasy, kursi, langit, matahari, bulan, bintang; dilahirkan Nabi Ibrahim; diselamatkan Nabi Ibrahim daripada api Namrud; selamatnya Musa dan pengikutnya; lemasnya Firaun; dilahirkan Nabi Isa dan mendaratnya kapal Nabi Nuh di atas bukit Judy.\r\n\n\n\n\rPeristiwa lain ialah Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar; dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun; Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas buta; dikeluarkan Nabi Yusuf dari telaga buta; disembuhkan Nabi Ayub daripada penyakitnya dan hujan yang pertama dari langit membasahi bumi.\r\r\n\n\n\n\nPeristiwa paling popular dan sering menjadi perbahasan menjelang 10 Muharam ialah terbunuhnya cucu Nabi SAW, Saidina Hussain di Karbala.\rSelain memperingati peristiwa itu, kedatangan 10 Muharam turut dirai umat Islam dengan melakukan puasa sunat atau lebih dikenali sebagai hari Asyura. Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berpuasa pada hari itu kerana ia mempunyai kelebihan.\rDaripada Aisyah, katanya: “Biasanya orang Quraisy ketika jahiliah berpuasa pada hari Asyura dan Nabi SAW pun berpuasa. Ketika tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga.” (Hadis riwayat Muslim)\rDiriwayatkan daripada Ibnu Abbas, katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan buatlah perbezaan padanya (daripada) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadis riwayat Ahmad) \r\n\n\nUlama menyebut, hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu’a (9 Muharam) untuk membezakan amalan orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam).\rDigalakkan juga berpuasa pada 9 Muharam sebagai langkah berhati-hati kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Dengan itu, hari 9 Muharam dalam pengiraan adalah hari ke-10 Muharam.\rBagi maksud menyambung puasa hari Asyura dengan satu hari puasa lain kerana tegahan Rasulullah SAW iaitu berpuasa satu hari saja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidak menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari pada hari Asyura. \rImam Syafie menyebutkan dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imlak disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu’a), ke-10 (Asyura) dan ke-11 Muharam.\rAbu Qatadah al-Anshari berkata, Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab Baginda: “Semoga dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang. Kemudian Nabi ditanya pula puasa hari Asyura (10 Muharam). Jawab Baginda: “Semoga dapat menghapuskan dosa tahun lalu.” (Hadis riwayat Muslim) \rAllah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya termasuk peluang melakukan amal ibadat tertentu dengan pahala berlipat ganda berbanding amalan dilakukan pada waktu biasa. Contohnya, Allah memuliakan bulan Muharam dan menggalakkan kita berpuasa sunat. \rDiriwayatkan daripada Mu’awiyah Abu Sufyan, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ini adalah hari Asyura dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka sesiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dan sesiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa).” (Hadis riwayat Bukhari)\rPeluang ini mungkin dipandang remeh bagi orang yang tidak mengetahui kelebihannya tetapi hakikat itulah nilai yang menentukan sejauh manakah kepekaan seseorang Muslim mencari keredaan Allah SWT dengan tidak mensia-siakan nikmat sihat dan kelapangan waktu dikurniakan padanya.\rOleh itu, marilah bersama menyahut seruan Rasulullah SAW ini mudah-mudahan ketakwaan kita kepada Allah SWT semakin meningkat.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|