CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

Harapan Livonia

[Copy link]
Post time 6-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Tidak sia-siakan bakat, mahu lebih dikenali\rKALAU selama ini banyak bakat realiti TV dari Sabah atau Sarawak memang diakui menonjol dalam bidang nyanyian, lain pula dengan Livonia yang menceburi lakonan pula.\r\n\n\n\n \rMasih muda, solo dan bersemangat dalam bidang seni, Livonia seperti bakat baru lain tidak mahu ketinggalan untuk mengukir nama sebagai anak seni, iaitu pelakon TV atau filem.\r\r\n\n\n\n\nMemang namanya baru, kurang dikenali namun gadis Sarawak ini sedang menunggu masa untuk menjadi perhatian penerbit dan sutradara filem mahupun drama. Juara program realiti Pilih Kasih musim kedua, ketika ini menerima banyak bimbingan secara langsung atau tidak langsung daripada sutradara dan pelakon berpengalaman, Erma Fatimah.\rMahu mengikut langkah Neelofa, Fathia, Miera Liyana mahupun Anzalnan yang cepat melonjak menjadi bualan ramai walaupun dianggap baru, dia juga mahu membuktikan bakatnya dalam program realiti tidak disia-siakan. \rBertemu pemilik nama sebenar Livonia Ricky Guing, 20, pada satu sesi undangan fotografi di Studio Balai Berita, NSTP, baru-baru ini, memang tidak banyak boleh dikongsi bersama gadis yang senang dipanggil Nia ini berkenaan perjalanan seni kerana namanya masih tidak biasa disebut media.\rSetakat ini dia pernah berlakon dalam telefilem Antara Maghrib dan Isyak arahan Erma selain berdebar menunggu kemunculan filem pertama yang dibintanginya iaitu Azura 2 diarahkan oleh Aziz M Osman. \r\n\n\n\rGadis ini meraih kejayaan dengan cukup sederhana dan tidak kisah lambat naik asalkan ia berpandukan ‘jalan selamat’ yang tidak merosakkan imej atau nama baik keluarganya. Timbul satu pertanyaan kenapa pakej lengkap seperti ketinggian, raut wajah indah dan disusuli bakat tidak mampu menarik minat mana-mana ‘orang kuat’ industri untuk menyuntingnya sebagai ‘bunga’ filem?\rHanya mencalitkan gincu warna merah jambu, berseluar jeans  gaya ranggi dan baju blouse potongan sederhana, kecantikan yang dimiliki cukup asli dan sentuhan solekan kemas  dari Syafiq Ayman lebih menyerlahkan wajah yang sedia rupawan ini.\r“Saya akui lapan bulan itu sepatutnya sudah mampu melonjakkan nama saya. Mungkin belum ada rezeki dan peluang secukupnya untuk saya naik sehingga menjadi perhatian pengarah dan penerbit. Lagipun, saya cuba untuk mengelakkan daripada cerita kontroversi walaupun itu mungkin itu boleh mempercepatkan nama saya dikenali,” katanya ramah berbicara.\rSesekali menguis  rambut panjang yang mengurai menutupi dahinya,  Livonia memberitahu dia lebih bersyukur kerana hasratnya untuk berada dalam bidang seni akhirnya direstui keluarga terutama ayah tersayang.\r“Sebenarnya, hajat saya untuk berada dalam dunia seni pernah dihalang ayah kerana dia tidak mahu saya tertipu. Ibu pula sentiasa memberi sokongan dan akhirnya saya dapat membuktikan pada ayah bahawa program pilih kasih yang saya sertai itu adalah program yang betul dan bukan mahu menipu anak gadis yang dikhuatiri ayah,” kata pemenang Miss Borneo Beautiful 2009 berkenaan laluan seninya.\rTurut menjadi juara ratu cantik Bidayuh, Livonia menambah penyertaannya dalam pentas Pilih Kasih itu pada mulanya  hanya sekadar  suka-suka dan membantu rakan baiknya yang teruja untuk menjadi pelakon.\r“Saya hanya mahu teman rakan untuk ke sesi uji bakat di Kuching. Kebetulan setiap peserta yang hadir memerlukan pasangan untuk membaca skrip dan melakonkan watak yang diberikan. Saya mendapat watak ibu tua manakala rakan pula sebagai anak.\r“Tidak sangka pula saya yang terpilih dan bukan rakan saya itu. Sebaik dihubungi pihak penganjur, hati saya mula tidak tenteram dan berdebar-debar untuk memberitahu hasrat hati untuk ke Kuala Lumpur menyertai program itu. \r“Akhirnya saya berterus terang kepada ayah dan katakan padanya berkenaan perkara sebenar,” kata pelajar jurusan perhotelan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kuching, Sarawak ini.\rBerusaha jadi pelakon berdisiplin\rBERBICARA adakah dia sudah lama memasang impian untuk bergelar pelakon, anak ketiga daripada lima beradik ini berterus terang memberitahu hasrat hatinya yang sebenar.\r“Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi pelakon dan menyimpan cita-cita untuk menjadi juruterbang wanita pertama dari Sarawak. \r“Tetapi untuk melaksanakan perkara itu, ia bukan sesuatu yang mudah kerana kos perbelanjaan amat tinggi dan atas sebab itu saya melupakan hasrat hati dan memilih untuk berada dalam bidang perhotelan,” katanya.\rGemar pada rona warna hitam dan merah, gadis yang cintakan aktiviti lasak seperti sukan tinju ini, memberitahu jika ditanya adakah dia mahu terus berada dalam dunia lakonan dan menjadikan ia sebagai kerjaya, dia sendiri masih mencari arah itu.\r“Buat masa ini, lakonan hanyalah kerja sambilan. Saya masih simpan cita-cita menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi. Selepas itu, barulah saya akan memikirkan ia sama ada menjadikan kerjaya ini sebagai bidang serius.\r“Saya akui berlakon bukanlah mudah dan perlu memberikan komitmen yang tinggi terutama daripada segi masa. Ini kerana jika kita gagal mengikut masa, ia bukan saja menyusahkan kita tetapi semua krew produksi,” katanya yang mahu menjadi artis berdisiplin sambil menambah jika dalam masa terdekat ini ada tawaran filem atau drama, dia akan mengambil peluang itu sebaik mungkin dan tidak kisah  diberikan apa saja watak.\rKatanya, setakat ini dia sedang membintangi drama muzikal berjudul Inspirasi Varsiti arahan Erma Fatima sebanyak 26 episod.\r“Saya memegang watak sebagai Cinta dan bergandingan bersama Nabil Zamanhuri. Ia sebuah kisah pelajar kolej yang mana memerlukan saya menari,” katanya yang sebelum ini turut berlakon dalam drama Antara Maghrib dan Isyak dan memegang watak isteri kedua bersama pelakon seperti Liza Abdullah dan Watie Elite.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.043314 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list