CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

AIR ASIA - PART 5 [update: SOMETHING BIG, 28/3/12, 00:00 (GMT +8)]

   Close [Copy link]
 Author| Post time 9-12-2011 08:31 PM | Show all posts
Reply 76# dee556


okay...
sebab aritu AA kata bila caj cek in kt kaunter dah dilaksanakan, semua org boleh buat web cek in kecuali yg perlukan bantuan sahaja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2011 08:38 PM | Show all posts
Reply 81# mijot

kalau international tak pasti pulak.
ini untuk domestik....even klu kita bawak wargatua perlu wheelchair pun dia org akan suruh guna kiosk.
lps tu baru pegi kaunter no 40 dn bwk boarding pass utk payment dan wheelchair.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 08:40 PM | Show all posts
ok...thanks kak dee..dh wat web check in...so kendian2 kalu kita nak add on..kene g kat manage my bo ...
amoyfazna Post at 9-12-2011 20:28


yup....klu sistem pening kita tak dpt buat thru manage my booking.
so, nk kena tipu sikit sistem ni....pegi web check dkt homepage tu dn masukkan detail yg perlu.
bila keluar page seterusnya yg klu tak silap detail pasal seat/bags bagai tu....situ buat tambahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2011 08:46 PM | Show all posts
Reply 82# dee556


pulak dah...
semuanya dah kita kena buat sendiri
AA punyai polisi ni asik berubah jer....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 08:48 PM | Show all posts
mijot............ini pengalaman adik akak.
dia balik KT minggu lepas.
akak even tanya dia masa ...
dee556 Post at 9-12-2011 20:19


Kak dee, nk tanya la... klu skrg saya da book utk adult & child. lepas tu klu nk tmbh just utk infant jer bole ker? sbb skrg sy tgh preggy 5 months. after deliver nt bru nk add on infant tuh...atau bole book just utk infant jer? web check in plak camner? bole ker kita buat dlu without infant tuh? 
   
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 08:58 PM | Show all posts
Reply 84# mijot

standardlah kalau ada perubahan.
kadang2 bank buat perubahan pun kita tak perasan.
AA ni sure kita perasan sbb hari2 ngadap.

tp benda gini mungkin asing dn menyusahkan bagi some people.
di luar negara yg low cost airlines gini adalah common.
pernah terbaca dlm forum jugak rasanya, ada forumer bgtau ada satu airlines tu semua passenger buat sendiri.
so klu orang Malaysia komplen adalah perkara standard sbb kita ni makan pun klu boleh nk disuap.
just my 2sen. tiada kena mengena dengan sesiapa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2011 09:02 PM | Show all posts
Kak dee, nk tanya la... klu skrg saya da book utk adult & child. lepas tu klu nk tmbh just utk i ...
iman66 Post at 9-12-2011 20:48


iman........akak ni dh tak ada anak kecik jadi base on pengalaman adik akak je.
dia ni esok nk fly pun dia boleh relaks. nasib opis AA dkt sini tak bukak malam, klu tdk mmg malam baru nk pegi beli tix/insuran baby dia. ikut kata dia, baby ni kita beli insuran je which is rm50/way. tak tahulah betul tdk yg infant punya dipanggil insuran.

pasal check in....dia ikut law yg kata ada infant kena pegi kaunter.
tapi buat buang masa je kata dia. dia check in dkt kiosk je.
baru ni pun akak perasan ada satu kiosk yg mcm khas utk yg passenger yg perlu bantuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2011 09:29 PM | Show all posts
cilok dr CI

AirAsia mansuh bayaran RM10 daftar masuk manual penerbangan antarabangsa


        7:34PM Dis 9, 2011       



AirAsia Bhd akan memansuhkan bayaran daftar masuk manual sebanyak RM10 untuk penerbangan antarabangsa pada bulan depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tan Sri Tony Fernandes hari ini.
   
Beliau berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu juga meninjau untuk menyemak semula caj kemudahan yang dikenakan terhadap penumpang AirAsia.

Fernandes, bagaimanapun berkata, bayaran daftar masuk akan kekal bagi penerbangan domestik memandangkan penerbangan berkenaan tanpa gangguan, oleh itu tiada sebab penumpang mendaftar masuk melalui lamanweb.
   
"Penerbangan antarabangsa memerlukan lebih banyak kertas dan proses pengenalan, jadi kami memutuskan untuk menghentikan mengenakan bayaran kepada penumpang," katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas merasmikan Pusat Pengembaraan dan Perkhidmatan ke-35 AirAsia, pusat sehenti bagi perkhidmatan dan perjalanan yang menawarkan tempahan penerbangan dan hotel serta pelancongan di KL City Walk, berhampiran Kuala Lumpur City Centre.

Fernandes berkata pusat berkenaan akan memudahkan penumpang AirAsia mendapat akses kepada jadual penerbangan, produk dan perkhidmatan.
   
"Walaupun pusat ini dikendalikan oleh pengusaha bebas, orang ramai boleh mengharapkan jaminan yang mereka diberi kebenaran sepenuhnya dan akan mematuhi standard perkhidmatan yang tinggi yang disediakan AirAsia.
   
"Pusat berkenaan direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelanggan di luar talian, mereka yang tanpa akses kepada laman web kami serta tidak dapat membuat tempahan di rumah," katanya.
   
Selain 35 outlet di Malaysia, pusat berkenaan juga beroperasi di China, Kemboja, Iran dan Vietnam.
   
Sementara itu, Fernandes berkata AirAsia menghentikan perkhidmatan pusat panggilannya di Malaysia mulai Mac tahun depan.

Katanya, perkhidmatan itu, yang disumber luar daripada firma lain, tidak mencatat keuntungan, dan jumlah jualan tidak ketara.
   
Menurutnya langkah itu akan menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan meja bantuan dalam talian syarikat penerangan tambang rendah atau pergi ke Pusat Perkhidmatan dan Perjalanan AirAsia yang terdekat.
   
"Pusat-pusat panggilan tidak dapat menampung asas dan kehendak pelanggan kami yang pesat berkembang. Kami menghentikan jualan di pusat itu empat bulan lepas dan kami akan menamatkan perkhidmatan pusat panggilan menjelang Mac 2012," katanya.

Fernandes berkata pusat-pusat panggilan menerima banyak panggilan palsu serta panggilan daripada pengguna yang tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan itu. Pusat itu ditubuhkan untuk menjual tiket penerbangan.
   
AirAsia juga mempunyai pusat-pusat panggilan di Indonesia, India, Thailand dan China.
   
"Pusat panggilan di Indonesia dan Thailand sudah diminta mengemukakan laporan sama ada pusat perkhidmatan itu masih diperlukan.
   
"Bagaimanapun kami akan mengekalkan pusat panggilan di China dan India berikutan AirAsia tidak mempunyai pejabat di sana.
   
"Pusat panggilan merupakan kaedah tradisional yang sudah sebati dengan penduduk di kedua-dua negara itu," kata Pengarah Komersil AirAsia Jasmine Lee.
   
Beliau berkata meskipun kos penjimatan operasi akibat penutupan pusat panggilan tidak ketara, jumlah itu boleh digunakan untuk meningkatkan modal insan dan merangsang promosi pasaran.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2011 09:30 PM | Show all posts
Reply 77# dee556


    itulah pasal.. sejak travel ke bandung tahun lepas terus mcm jatuh cinta pulak ngan aktiviti nih, dah jadi mcm krojer pulak nak hunting tiket murah tp semedang nan hadooo.. 2 hari lepas saja nak riki harga tiket, asalnya nak ke kuching jer,alih2 kuching lagik mahal dari nak ke jakarta..kuching rm7xx tp jakarta rm4xx saja utk 2 orang, itupun rm7 utk one way...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2011 09:33 PM | Show all posts
cilok dari CI lagi

AirAsia Akan Tutup Perkhidmatan Pusat Panggilan

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan menghentikan perkhidmatan pusat panggilannya di Malaysia mulai Mac tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Tan Sri Tony Fernandes, pada Jumaat.

Beliau berkata, perkhidmatan itu, yang disumber luar daripada firma lain, tidak mencatat keuntungan dan jumlah jualan tidak ketara.

Menurutnya, langkah itu akan menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan meja bantuan dalam talian syarikat penerangan tambang rendah atau pergi ke Pusat Perkhidmatan dan Perjalanan AirAsia yang terdekat.

"Pusat-pusat panggilan tidak dapat menampung asas dan kehendak pelanggan kami yang pesat berkembang. Kami menghentikan jualan di pusat itu empat bulan lepas dan kami akan menamatkan perkhidmatan pusat panggilan menjelang Mac 2012," katanya selepas membuka Pusat Perkhidmatan dan Perjalanan AirAsia di KL City Walk, dekat Kuala Lumpur City Centre.

Fernandes berkata, pusat-pusat panggilan menerima banyak panggilan palsu serta panggilan daripada pengguna yang tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan itu.

Pusat itu pada asalnya ditubuhkan untuk menjual tiket penerbangan.

AirAsia juga mempunyai pusat-pusat panggilan di Indonesia, India, Thailand dan China.

"Pusat panggilan di Indonesia dan Thailand sudah diminta mengemukakan laporan sama ada pusat perkhidmatan itu masih diperlukan.

"Bagaimanapun kami akan mengekalkan pusat panggilan di China dan India berikutan AirAsia tidak mempunyai pejabat di sana.

"Pusat panggilan merupakan kaedah tradisional yang sudah sebati dengan penduduk di kedua-dua negara itu," kata Pengarah Komersil AirAsia Jasmine Lee.

Beliau berkata, meskipun kos penjimatan operasi akibat penutupan pusat panggilan tidak ketara, jumlah itu boleh digunakan untuk meningkatkan modal insan dan merangsang promosi pasaran.- BERNAMA


- helo TF kata untung, kita bila tipon CS terpaksa dengar beberapa apa2 tah beberapa saat/minit sebelum panggilan diangkat
- sila updatekan dulu aduan secara online ko dulu...tgk kes refund, banjir kt bangkok, ramai yg konplen lambat...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 09:41 PM | Show all posts
Reply 90# mijot

perkhidmatan itu, yang disumber luar daripada firma lain


mijot............apa yg akak faham dr petikan tu, Call Center bukan dikendali oleh staff AA.
ianya dikendalikan oleh sort of syarikat bebas.
so.....faham2 je lah kualiti dan mutu maklumat yg kita dapat.
tak dinafikan ada jugak yang friendly dan helpful.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 09:44 PM | Show all posts
Reply 89# watie79

watie.............mcmana boleh dpt ke Jakarta begitu mahal?
akak tengok klu dr KL tu cuma rm72++ je kan??
akak nk ambik bulan 10 semalam tp date dr Kuching utk KL tak ngam.
lagipun akaun dh kering mlm td
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2011 09:45 PM | Show all posts
Reply 91# dee556

woo saya salah paham la ni
bukan apa kak, saya ni tgh geram dgn AA dan TF pasal diorg bising2 pasal kenaikkan airport tax tapi servis diorg pun ada jer yg tak kena...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 09:48 PM | Show all posts
Check in rumah br..
Sudah 5 tingkat rmh AA..
Setelah 1 hr stgh menahan nafsu.. Akhirnya sy tewas juga..
Sy dh t'beli tiket gi GC.. Dpt rm715 return..

Tapi yg curious nya, sy kena rm10 je fee bl byr guna CC..
Ms sy beli tiket korea kena rm16..
Lagi satu gi korea mmg x de fuel surcharge ek???
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 09:53 PM | Show all posts
Reply 93# mijot

AA dan TF pasal diorg bising2 pasal kenaikkan airport tax


napa pulak geram dgn AA dn TF pasal airport tax tu?
airport tax dikutip oleh MALAYSIA AIRPORT BERHAD dan merupakan pendapatan kepada mereka.
fasiliti airport kita tak boleh nak salahkan syarikat pernerbangan sebab mereka pun pengguna macam kita.
segala kedai atau kiosk di airport tu menyewa dari MAB tu.

jangan silap faham lagi. AA dan MAB adalah 2 entiti yang berbeza.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2011 10:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 9-12-2011 22:37

Reply 95# dee556

ye paham airport tax bukan dr AA...
setakat rm6 (domestik) sehala, lcct tu dah kira ok bagi saya walaupun rasa mcm station bas jer
kemudahan yg disediakan oklah....

tapi ni pasal kempen kenaikkan airport tax tu...
yg pihak AA dan TF suruh kita join kempen sekali dgn diorg...
ada yg dapat email, fb pasal benda alah ni....
amik gambar, buat poster pasal katakan tidak kepada kenaikkan airport tax...
tak pasal2 pengguna pun terjebak sekali dgn permainan diorg...

bagi saya biarlah AA selesai sendiri masalah ni dgn MAHB dan kerajaan..
tak payah nak libatkan penguna...
bila kita terlalu bergantung harap, kekadang kita percaya tanpa sedar sebenarnya pihak terlibat ada silap/kekurangannya...
tu pandang saya ar....sebab tu saya berang dgn TF ni...
kalau akak ada baca satu artikel, ada beberapa soklan yg pihak pengurusan AA tak boleh jawab...
nanti saya cari artikel tu balik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2011 10:34 PM | Show all posts
ni artikelnya

Airasia mahu jaminan



SEPANG 6 Dis. – AsiaAsia Bhd. (AsiaAsia) hari ini mahu Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) memberi jaminan dalam bentuk perjanjian perkhidmatan (SLA) sebelum berpindah ke KLIA2.

Ketua Komersialnya, Jasmine Lee, berkata, SLA itu akan memberikan gambaran jelas tentang tawaran perkhidmatan dan prosedur pengenaan bayaran serta peraturan yang dikenakan kepada pengendali penerbangan tambang murah itu pada masa depan.

Beliau mengakui AirAsia amat bimbang bahawa MAHB akan menaikkan caj-caj apabila pihaknya beroperasi di KLIA2 dengan dakwaan lapangan terbang baharu itu menanggung kos yang tinggi.

‘‘Tiada jaminan daripada MAHB bahawa ia tidak menaikkan kadar caj, sedangkan ia terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi membina KLIA2.

‘‘Kami tidak mahu beban kos yang tinggi itu ditanggung oleh AirAsia. SLA diperlukan supaya masalah semasa yang dihadapi kami tidak berlarutan di KLIA2 nanti,’’ kata beliau di sini pada sidang akhbar yang kemudiannya berubah menjadi medan perdebatan antara AirAsia dan pihak media.

Tan Sri Tony Fernandes selaku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia tidak hadir pada sidang akhbar itu tetapi diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi AirAsia, Bo Lingam, Juruterbang Pengurusan, Kapten Faresh Ishraf Mazputra dan Kapten Chin Nyok San dan Ketua Operasi AirAsiaX, Moses Devayanagam.

Lee mendakwa kegagalan MAHB menyediakan SLA di LCCT sedia ada menyebabkan pengendali lapangan terbang itu sewenang-wenangnya menaikkan caj-caj kepada AirAsia.

Bagaimanapun, ketika diminta mendedahkan caj-caj yang dimaksudkan itu, kesemua sembilan wakil AirAsia yang menghadiri sidang akhbar itu terdiam.


Setakat ini, kenaikan caj yang dikenakan kepada penumpang adalah caj perkhidmatan penumpang sebanyak RM7 berbanding RM25 sebelum ini dan dikenakan kepada penumpang antarabangsa sahaja.

Malah, caj pendaratan dan meletak pesawat yang akan dinaikkan pada 1 Januari 2012 dibenarkan oleh kerajaan selepas sembilan tahun.

Ketika ditanya media sama ada SLA boleh dijadikan sebagai jaminan bahawa AirAsia tidak akan menaikkan ‘caj-caj tersembunyi’, tiada seorang pun wakil syarikat penerbangan itu memberikan sebarang ulasan.

Sebaliknya, Ketua Serantau Komersial AirAsia, Kathleen Tan yang turut hadir berkata, AirAsia adalah sebuah syarikat penerbangan murah dan penumpang hanya perlu membayar perkhidmatan yang digunakan sahaja.

Persoalan berkaitan pengenaan yuran keselesaan dan daftar masuk yang dicaj kepada penumpang oleh AsiaAsia tidak dijawab.

Pada sidang akhbar itu, barisan pengurusan AirAsia itu terus mempertahankan kenyataan syarikat itu bahawa KLIA2 dibina di lokasi yang salah, sekali gus menyebabkan kos pembinaannya meningkat kepada RM3.9 bilion, seperti jangkaan awal AirAsia.

‘‘Kami, sebelum ini mencadangkan KLIA2 di bina di sebelah barat dan bukan utara kerana mengambil kira kedudukan tanah di lokasi sedia ada terlalu lembut dan memerlukan kos yang tinggi.

‘‘Bagaimanapun, cadangan kami dipandang sepi oleh MAHB, meskipun kerajaan telah meminta pembinaan KLIA2 dibuat secara bersama memandangkan kami akan menjadi peneraju utama terminal baharu itu,’’ kata Tan yang mendakwa pihaknya turut membuat kajian tanah di kawasan tersebut.

Fareh Ishraf mendakwa sekiranya KLIA2 dibina di lokasi cadangan asal, MAHB tidak perlu membina landasan ketiga.

Malah, beliau membayangkan AirAsia bakal menanggung beban peningkatan penggunaan minyak pesawat sebanyak RM40 juta menjelang 2015 berikutan dua landasan lapangan terbang KLIA2 tidak mempunyai akses jalan singkat antara satu sama lain.

‘‘Sehubungan itu, pesawat kami terpaksa melintas landasan, amalan yang tidak disukai oleh kebanyakan syarikat penerbangan kerana ia membabitkan kos minyak,’’ kata beliau.

Fareh Ishraf berkata, lokasi KLIA2 menjadi kebimbangan AirAsia kerana tidak mustahil struktur tanah yang lembut boleh menyebabkan berlaku keretakan pada landasan, akhirnya merugikan AirAsia.

Mengenai jambatan udara, Lingam mengulangi kenyataan bahawa syarikat penerbangan tambang murah itu tidak mahu menggunakan perkhidmatan tersebut.

Namun ketika media mempersoalkan sikap AirAsia yang lebih mempertahankan isu keselamatan penumpang di kawasan letak kereta berbanding keselamatan dan kemudahan untuk memasuki pesawat, beliau sekadar berkata: ‘‘Ia satu isu yang berbeza’’.

Pada sidang akhbar itu, Lee mengakui bahawa AirAsia memang bersetuju untuk menggunakan sistem bagasi automatik pada awalnya meskipun semalam syarikat itu menafikannya.

Katanya, selepas perbincangan kemudian diadakan dengan MAHB, AirAsia telah memutuskan menggunakan pilihan kedua iaitu sistem bagasi separa automatik.

Wakil AirAsia itu terdiam apabila pihak media menyatakan AirAsia tidak wajar mempersalahkan MAHB apabila ternyata kelewatan AsiaAsia memberikan maklum balas tentang sistem yang diingininya menyebabkan pengendali lapangan terbang itu telah membina sistem bagasi automatik di bangunan KLIA2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 10:38 PM | Show all posts
airine.........klu yg tambang 10sen tu, airine sepatutnya cuma bayar RM140.80 untuk 4orang.
sem ...
dee556 Post at 9-12-2011 15:45


airine.........klu yg tambang 10sen tu, airine sepatutnya cuma bayar RM140.80 untuk 4orang.
semua yg sistem letak default situ kita boleh TIDAKKAN.
esok nk fly baru tambah segala lugej, makanan dn insuran(klu nk ambik).
masa promo ni kita beli tiket sahaja. lepas tu buat web check in siap2 utk reserved seat.
akak buat gitu utk tiket2 yg akak dh ada walaupun nk peginya lambat lagi.

betul, sy pun dpt KL-KCH-KL = RM140.80 utk 4 org
nak tanya, yg underline tu.... web check in tu maksudnya kita x payah check in manual (pegi ke kaunter tu ke?)
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 10:48 PM | Show all posts
Reply  ctzuras74

ct..........akak pun tunggu promo after oktober ni.
yg ni akak dh terlepas byk ...
dee556 Post at 9-12-2011 15:47



   Kak dee ingat x dulu sy ckp sy x pandai beli tix online selama ni hsb yg booked. Kak dee suruh sy belaja...Bangganya saya tix promo semalam saya yg buat sendiri. Berjaya jgk akhirnya...i'm proud of myself...
Terpaksa la kak dee sejak hsb pjj ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 10:54 PM | Show all posts
Reply 98# slayang

web check in tu maksudnya kita x payah check in manual (pegi ke kaunter tu ke?)



sekarang ni destinasi tertentu je yg guna manual check in@kaunter.
utk domestik rasanya dh semua guna self check in (web, mobile dan kiosk).

so sini maksudnya kita boleh guna semua yg (..) sebgai kaedah check in.
klu tak ada beg yang nk dimasuk sebgai kargo, kita terus ke departure hall.
klu ada kita kena pegi 'bag drop counter' utk bagasi kita ditimbang dan dilabel sblm masuk kapalterbang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.273827 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list