CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Mari Menulis Puisi Akrostik

  [Copy link]
 Author| Post time 9-6-2019 09:55 PM | Show all posts
ORANG ASLI

Orang asli
Rasmi penduduk negara ini
Amat malang kebajikan mereka dinafi
Natijah kerenah birokrasi
Gagal melindungi kaum peribumi

Ambil iktibar atas apa yang terjadi
Selidik dan segera perbaiki
Lindungi mereka di negara sendiri
InsyaAllah dijauhkan segala tragedi.

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2019 01:18 PM | Show all posts
BAPA AYAH ABAH

Betapa
Agung pergorbanan bapa
Pagi petang siang malam berusaha
Agar anak isteri terbela

Ayah
Yang tak kenal lelah
Ampuh menggalas amanah
Harmonikan keluarga tanpa kerenah

Abah
Berterusan tabah
Anak-anak harta terindah
Harus dididik jadi soleh solehah.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2019 07:58 PM | Show all posts
LISA SURIHANI

Lisa Surihani
Insan yang terpilih
Suburkan pohon silaturahim
Amalan teramat mulia

Salam sejahtera
Ukhwah ampuh terbina
Rangkaian jalinan kerjasama
Ikatan saudara seagama
Halakah mencari reda
Anggun melunas agenda
National Kindness Week
Interaksi yang berbekas di jiwa.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2019 07:59 PM | Show all posts
CHOI SIWON

Cakna
Hidup akan bermakna
"Oso Oseyo" Choi Siwon
Inilah Kajang High School

Salam Sejahtera
Indah andai saling mendoa
Wadah capai sejahtera
Obor pengusir duka
Nasib pasti seceria sang suria.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2019 09:52 PM | Show all posts
TIDUR

Tidur
Istilah untuk yang pasif
Dirangsang tak aktif
Usik juga tak sensitif
Rugilah andai tidak produktif

CNM
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 07:32 PM | Show all posts
Cinta
Ini kah petanda
Naluri hati yang
Tak dapat melupakan
Apa yang terjadi antara kita
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-7-2019 09:40 PM | Show all posts
DEMAM DENGGI

Deman Denggi
Elak nyamuk mendekati
Mungkin kurangkan risiko dijangkiti
Ambil langkah lindungi famili
Memerangi Aedes punca tragedi

Di mana pun wabak terjadi
Era globalisasi tak terkecuali
Natijah kebersihan kurang dipeduli
Gagal memusnah tempat aedes beroperasi
Gagal memain peranan membasmi
Indeks kes kematian melonjak tinggi.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2019 05:59 PM | Show all posts
PEMUISI

Pengukir bait bahasa alam maya
Era globalisasi merentas masa
Merona indah rangkap kata
Ulung menyusun ayat bermakna
Interaksi tanpa bersua muka
Sama-sama berpesan ke jalan diredaNya
Indah hidup andai saling mendoa

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2019 02:21 PM | Show all posts
GADUH

Gaduh
Amalan purba
Ditolak yang rasional
Untung tiada
Hanya musibah menimpa...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2019 09:12 PM | Show all posts
RASIS

Rasis perlu dikikis
Amalan menolak harmonis
Sering mengembur prejudis
Institusi kian berkudis
Sejahtera makin menipis...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2019 05:31 PM | Show all posts
MULUT LIDAH

Mulut dan lidah itu
Umum seantero Tanah Melayu tahu
Lontar pandangan mengeliru
Usah melayan yang tak berilmu
Tindak memecah belah yang padu

Lebih baik rapatkan saf bersatu
Ikat kejat hati yang bercelaru
Damaikan yang berseteru
Aman makmur negara maju
Harapan seluruh bangsaku

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2019 07:56 PM | Show all posts
JAWATAN

Jawatan
Ada yang gila jawatan
Waktu ke waktu mengejar impian
Ada yang salah guna jawatan
Tekan sana sini untuk ke depan
Ada yang pening kerana jawatan
Nak baiki tadbir urus ke landasan.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2019 10:05 PM | Show all posts
BASIKAL LAJAK

Basikal Lajak
Ambil iktibar sebelum terjebak
Sesuatu yang bahayakan anak-anak
Ibu bapa usah menempelak
Keprihatinan masyarakat perlu digalak
Anak-anak perlu dijinak
Lebih bertanggungjawab dalam bertindak

Lalai sejenak
Akibatnya menyesak
Jangan dah terhenyak
Akal baharu tersentak
Kesal dahulu tindak selayak...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 08:42 AM | Show all posts
Edited by Goldkey at 28-1-2020 08:55 AM

KORONAVIRUS

Koronavirus
Onar manusia pencetus
Ramai gelisah dek virus
Organisme pembunuh meletus
Natijah tindak segelitir yang rakus
Amalan hidup harian tak berberus
Vaksin belum ada buat menimbus
Ingat pesan Ilahi dalam mengurus
Rosak alam hidupan dan mungkin pupus
Umum masyarakat kian terjerlus
Sistem kehidupan perlu dimulus

CNM
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 10:23 AM | Show all posts
RABU

Resah mencari rentak
Agar tak silap langkah
Biar harini terluka
Usah ditangisi duka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2020 05:45 PM | Show all posts
WANITA

Wanita
Amanah Yang Esa
Nasihat dengan lembut bicara
InsyaAllah dengar wanita berbudi bahasa
Terbit saling hormat menghormati sesama
Aman makmur sejahtera.

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2020 09:44 AM | Show all posts
COVID19

Covid19
Onak kehidupan
Virus jadi igauan
Ilahi didik jaga kebersihan
Dalam era bersaing kecanggihan
1 dunia diuji penularan
9 purnama belum tentu berkesudahan

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2020 01:58 PM | Show all posts
KAWALAN PERGERAKAN

Kawalan pergerakan
Akibat virus makin mengancam
Warga diminta berehat dalam kediaman
Aktiviti luar dihadkan
Lantaran usaha menyekat penularan
Ambil cakna perintah kerajaan
Nasihat KKM demi kesejahteraan

Patut akan arahan
Elak dari keluar sembarangan
Rehat rawat disaran
Gerhana wabak pasti dilenyapkan
Esok lusa mudahan ada sinar kelegaan
Rakyat kembali meneruskan kehidupan
Ambil pengajaran perlu jaga kebersihan
Kekalutan dek golongan tiada kepekaan
Amalan baik tidak diamalkan
Natijahnya satu dunia tertekan...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2020 11:49 AM | Show all posts
DUDUK DI RUMAH

Duduk di rumah
Untuk kekang virus bercambah
Dengar arahan pihak diberi amanah
Usah panik dengan perintah
Kekal tenang jangan menggelabah

Diuji Allah
Insaf diri dan muhasabah

Ramai yang masih tiada hemah
Urusan berjalan walau ditegah
Mungkin tak efektif usaha mencegah
Ambil mudah isu bawa padah
Hakikat nyata masyarakat kurang endah

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2020 03:41 PM | Show all posts
PERPADUAN MENGEKALKAN KEHARMONIAN

Perpaduan
Elemen penting kemakmuran
Rakyat perlu persefahaman
Pertingkat kualiti modal insan
Asas kepada kemajuan
Demokratik dalam tindakan
Ubah mentaliti perkauman
Ambil pengajaran peristiwa rusuhan
Natijah ikut gelora perasaan

Memupuk perpaduan
Era ke era adalah cabaran
Nikmat kemakmuran perlu dipertahan
Gah jadi modul rakyat pelbagai kebudayaan
Elak menabur bibik kebencian
Konsep kepimpinan melalui tauladan
Amalan baik perlu dikekalkan
Laksana zaman ke zaman
Kesinambungan visi jadi warisan
Anak bangsa teguh berpendirian
Negara maju menciptaan kejayaan

Kurangkan politik kepartian
Elok sama-sama fikirkan
Harapan rakyat jadi keutamaan
Agenda negara didahulukan
Rakyat digerak ke arah kemajuan
Menguna sains teknologi dalam urusan
Organisasi cakna akan keperluan
Nilai setiap perbelanjaan dikembalikan
Input output diseimbangkan
Aset negara memberi pulangan
Negara pasti sejahtera dan aman.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.064059 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list