|
DUDUK DI RUMAH
Duduk di rumah
Untuk kekang virus bercambah
Dengar arahan pihak diberi amanah
Usah panik dengan perintah
Kekal tenang jangan menggelabah
Diuji Allah
Insaf diri dan muhasabah
Ramai yang masih tiada hemah
Urusan berjalan walau ditegah
Mungkin tak efektif usaha mencegah
Ambil mudah isu bawa padah
Hakikat nyata masyarakat kurang endah
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
PERPADUAN MENGEKALKAN KEHARMONIAN
Perpaduan
Elemen penting kemakmuran
Rakyat perlu persefahaman
Pertingkat kualiti modal insan
Asas kepada kemajuan
Demokratik dalam tindakan
Ubah mentaliti perkauman
Ambil pengajaran peristiwa rusuhan
Natijah ikut gelora perasaan
Memupuk perpaduan
Era ke era adalah cabaran
Nikmat kemakmuran perlu dipertahan
Gah jadi modul rakyat pelbagai kebudayaan
Elak menabur bibik kebencian
Konsep kepimpinan melalui tauladan
Amalan baik perlu dikekalkan
Laksana zaman ke zaman
Kesinambungan visi jadi warisan
Anak bangsa teguh berpendirian
Negara maju menciptaan kejayaan
Kurangkan politik kepartian
Elok sama-sama fikirkan
Harapan rakyat jadi keutamaan
Agenda negara didahulukan
Rakyat digerak ke arah kemajuan
Menguna sains teknologi dalam urusan
Organisasi cakna akan keperluan
Nilai setiap perbelanjaan dikembalikan
Input output diseimbangkan
Aset negara memberi pulangan
Negara pasti sejahtera dan aman.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
JUST STAY AT HOME
Jangan ingkar perintah
Umum tahu ini satu kaedah
Semoga virus dapat dicegah
Terselamat dari wabak bawa padah
Sayangi diri dan keluarga
Tolong patuhi agenda
Ambil cakna seruan Menteri Perdana
Yakin usaha akan berjaya
Allah maha berkuasa
Turun ujian buat hambaNya
Hindari dari berkumpulan sini sana
Orang ramai perlu beri kerja sama
Menyokong usaha pemimpin negara
Elak dari jadi pembawa wabak bahaya
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goldkey at 20-3-2020 01:52 PM
PILIHAN DI TANGAN
Pada alam yang memesan
Iktibar ambil jadikan sempadan
Laluan ke kebun kelazatan
Impian semua makhluk Tuhan
Hindar perit nyalaan kedukaan
Akibat nafsu yang memesongkan
Nikmat mana ingin didustakan?
Dia beri panduan
Iblis musuh menyesatkan
Tadah tangan mohon dipermudahkan
Allah pasti memberi pertolongan
Nasib berubah atas usaha kaum berkenaan
Gagal bertindak itu satu kelemahan
Ambil langkah ikhtiar menyelesaikan
Nah! Baru tawakal kepada yang menciptakan.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
KITA JAGA KITA
Kita jaga kita
Impian masyarakat semua
Tolong ambil cakna
Arahan kawal pergerakan negara
Jangan keluar bersepah
Aktiviti hadkan di rumah
Gagal mematuhi satu jenayah
Akibatnya virus makin bercambah
Kita jaga kita
Indah saling mendoa
Tulus ikhlas mohon kepadaNya
Agar berakhir ujian menimpa
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
PENJARAKAN SOSIAL
Penting untuk pencegahan
Elak dari berdekatan
Nanti virus berjangkitan
Jarak akan kedudukan
Ambil langkah bertepatan
Ramai yang boleh faham
Amalan demi kebaikan
Kesihatan bukan hal main-main
Akibatnya ada yang terkorban
Nasib buruk boleh dihindarkan
Sepatutnya semua warga main peranan
Orang ramai tidak berkumpulan
Seharusnya duduk dalam kediaman
Ikut arahan pihak kerajaan
Aktiviti luar ditangguhkan
Laksana penuh keikhlasan.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ke Lima
Hari ke lima
Aktiviti bersama keluarga
Relaks menonton membaca
Informasi dikongsi dimedia
Kerana wabak berbahaya
Elak dari keluar merata
Lindungi kami ya Allah
Ikhtiar kami duduk di rumah
Mudahan wabak musnah
Ampuni kami yang lemah.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MAKCIK KIAH
Menteri Perdana
Ambil inisiatif umum bajet cakna
Keseluruhan rakyat dapat laba
Coronavirus menjejas agenda negara
Imbuhan membantu semua warga
Kurang bebanan setiap keluarga
Kembalikan kesejahteraan Malaysia
Ilahi limpahkan rahmat kepada kami semua
Agar kehidupan pulih seperti sedia kala
Hapuskan Covid-19 serata dunia.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BARISAN HADAPAN
Barisan Hadapan
Anda adalah pejuang harapan
Rawat pesakit dari bahaya jangkitan
Ingatkan warga patuh perintah kawalan
Sabar dengan kerenah pesakit kayangan
Akur berkhidmat demi keselamatan
Nasib sendiri jadi taruhan
Hanya Allah membalas jasa tuan puan
Amanah negara diutamakan
Doa kami mengiringi tugas kalian
Anggota perubatan mahupun keselamatan
Perjuangan anda moga diberkati tuhan
Akan berjaya melawan virus dari Wuhan
Nescaya akan dikembali kesejahteraan.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KEBIASAAN BAHARU
Kebiasaan Baharu
Elak wabak Covid-19 itu
Bersihkan tangan dan diri selalu
Interaksi sosial melalui maya perlu
Amalkan penjarakkan sosial yang diseru
Sistem kehidupan tak seperti dulu
Ada tatacara membendung isu
Antivirus belum ada yang ketemu
Negara di dunia ada yang buntu
Belum reda wabak menderu
Angka korban puluhan ribu
Hentikan wabak yang menyembilu
Ancaman warga segenap penjuru
Resam hidup diperbaharu
Umum perlu kekal berganding bahu
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU
Berguru demi ilmu
Elok diamalkan utk maju
Rebut peluang diseru
Gigih belajar ke mercu
Ummah harus bersatu
Relevan waktu ke waktu
Utk gapai kejayaan jitu
Demi masa
Elak tindak sia-sia
Mari membaca
Intelektual diperkaya
Institusi perlu membaja
Limpahkan ilmu ke dada
Modal insan terbina
Unggul aset negara,
Bina anak bangsa
Imej negara gah di mata dunia
Natijah pendidikan perkasa
Amalan baik masa ke masa
Generasi kini
Era globalisasi
Nantikan transformasi
Elemen teknologi
Ramuan tingkat prestasi
Akur dengan revolusi industri
Sistem perlu diperbaiki
Isu global ditangani
Bangsa berjaya
Akan tekal berusaha
Hadapi apa saja
Ambil cakna
Rintangan melanda
Ulung menyusun agenda.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MAMPUKAH?
Malaysia boleh
Amalkan penjarakan sosial
Menjaga keselamatan diri dan keluarga
Putuskan rantaian Covid-19 di luar sana
Umum masyarakat perlu peka
Kebolehjangkitan harus dikawal selia
Akibatnya semua sudah maklum boleh hilang nyawa
Hapuskan Covid-19 jadikan matlamat semua.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
PAK LONG MAIL
Pak Long Mail
Adakan sidang media saban hari
kerana wabak corona menghantui
Langkah demi langkah diperhalusi
Onak Covid-19 dihindari
Nasihat kepada netizen diberi
Gagal mematuhi SOP boleh jadi tragedi
Malaysia bersatu hati
Ambil cakna PKP
Ikuti setiap SOP
Lenyapkan Covid-19 dari bumi.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PAK NGAH HISHAM
Pak Ngah Hisham
Amat pihatin isu kesihatan
Kajian demi kajian dilakukan
Nasihat kepada netizen
Gempur Covid-19 habis-habisan
Amalkan normal baharu demi keselamatan
Hindari ruang sempit dan berkumpulan
Harus jaga kebersihan jadi amalan
Ingat musuh tak kelihatan
Sahut seruan KKM
Hidung mulut dilitupkan
Amal satu meter penjarakan
Mudahan terlindung dari jangkitan.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PAK LANG HAMID
Pak Lang Hamid nampak tegas
Anggotanya siap siaga bertugas
Ke ceruk mana pun mereka tuntas
Langgar SOP engkau kena
Anggotanya cari sampai ke tangga
Nahas kalau alasan hanya auta
Gari ke lokap semalam dua
Harus akur SOP dipinta
Akibat kegagalan boleh hilang nyawa
Mereka jaga kita
Ingkar PKP buruk padanya
Demikian harapan pemimpin negara.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PAK TEH RADZI
Pak Teh Radzi
Akur keperluan pendidikan terkini
Keselamatan murid diteliti
Telah digubal SOP
Era pasca PKP di titi
Harungi norma baharu berhati-hati
Ramai ibu bapa berasa ngeri
Ancaman wabak masih bermelodi
Dibimbangi jangkitan terjadi
Zaman perlu berhati-hati
Ikut SOP demi keselamatan diri.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PAK SU ZAFRUL
Pak Su Zafrul bijaksana
Ambil langkah jana ekonomi bangsa
Kembali ke landasan makmur bersama
Strategi demi strategi dirangka
Ubah suai landskap pembangunan negara
Zahirnya beliau sungguh cakna
Ambil maklum keperitan warga Malaysia
Fokus menagani isu pengangguran belia
Retetan wabak Covid-19 yang melanda
Ubah minda demi kemakmuran dicita
Lenyapkan dugaan membadai Malaysia.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PATI
Pendatang
Angkanya makin berkembang
Terjah dari sengap ruang
Ingin masuk mencari peluang
Pendatang
Ambil kesempatan mencari lubang
Tekong laut tekong darat jadi petualang
Import masuk tak kira malam siang
Pendatang
Adakala bawa malang
Terlibat dengan jenayah terancang
Impak negatif yang bukan kepalang
Pendatang
Andai tidak dihalang
Tentu musibah mendatang
Ingat sebelum jadi lintang pukang
Pendatang
Ambil langkah matang
Tekad desak ikut undang-undang
Implikasinya tidak berperang
Pendatang
Ada yang suka tunjuk belang
Tak kira walau laman orang
Insiden penguatkuasa diserang
Pendatang
Akurlah dengan undang-undang
Terjaga maruah dari jadi sumbang
Isytihar kemasukkan tindak matang.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goldkey at 16-7-2020 07:41 PM
MALAYSIA PRIHATIN
Malaysia tercinta
Aman makmur sejahtera
Laungan keramat Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Ampuh terngiang-ngiang ke telinga
Yang Dipertuan Agong payung negara
Sistem raja berperlembagaan diterima semua
India Melayu Cina
Akrab dalam perpaduan dibina
Pemimpin prihatin lagi cakna
Rakyat jelata rasa terbela
Impian makmur bersama
Hidup tanpa sengketa
Akan dikenang serata dunia
Tadbir urus yang dicita
Inilah Malaysia
Negara berdaulat bebas merdeka.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ELAK SEMBANG DEKAT
Elak sembang dekat
Langkah cegah jangkitan tepat
Amalkan penjarakan tanpa ralat
Kawalan kendiri perlu disemat
Semua lapisan masyarakat
Elok terus mendengar nasihat
Mencegah lebih baik dari merawat
Bahawa virus tak mampu dilihat
Akibat jangkitan komplikasinya melarat
Natijah yang perlu dihindar mendekat
Gagal mematuhi SOP pasti memudarat
DG Hisham sering peringat
Elak 3S agar selamat
Kekang Covid-19 jadi matlamat
Antivirus belum ditemui serata tempat
Terima kebiasaan baharu tanpa syarat.
CNM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|