CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Mari Menulis Puisi Akrostik

  [Copy link]
 Author| Post time 4-1-2014 12:57 PM | Show all posts
DAMIA IRSALINA

Dengan serba kekurangan
Anak ini punya semangat tinggi
Mahu maju sama seperti insan lain
Ingin kecapi alam persekolahan terindah
Alam yang dikenang sepanjang kehidupan

Inilah contoh terbaik
Ramai yang berkemapuan normal
Salah pilih jalan
Anggap sekolah penjara menyusahkan
Leka dengan budaya merosakkan
Ilmu dikesampingkan
Natijahnya gagal dalam kehidupan
Akibat tiada kesedaran.

CNM, 3/1/14, BBBangi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2014 09:41 PM | Show all posts
PDRM - Tan Sri Khalid Abu Bakar

Pelbagai
Operasi dilaksanakan
Langkah pastikan keselamatan
Itulah pengorbanan
Sangat membanggakan

Dari Perlis hingga ke Sabah
Impikan kedamaian
Ramai yang bergantung harap
Anggota PDRM bertindak cekap
Jaga dari kejadian jenayah
Ancaman yang kian bertambah

Malaysia
Aman denganmu
Lupakan kutukan
Anggap ia cabaran
Yang tahu menghargai
Sangat ramai mengerti
Insan-insan sepertimu
Anggota yang sangat berjasa.

CNM, 24/3/14, BBB. Last edited by Goldkey on 24-3-2014 11:54 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2014 10:53 AM | Show all posts
KOMUNITI SEJAHTERA KOMITMEN KAMI
Tan Sri Khalid Abu Bakar
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Kesungguhan Polis Diraja
Organisasi keselamatan utama
Menjaga keamanan negara
Untuk kesejahteraan bangsa
Nekad mempetaruhkan nyawa
Insan-insan yang berjasa
Tempuhi onak duri
Ingin memastikan warga dilindungi

Sekalung tahniah
Engkau selayaknya terima
Jasa dan bakti pada bangsa
Allah saja membalasnya
Hari ini hari bermakna
Terakam kata ucapan mengharga
Engkau semua kami berbangga
Rasa selamat dari jenayah tercela
Amat selesa hidup di Malaysia

Kami
Orang yang memahami
Moga kalian diberkati
Ibadah kalian diredai
Teruskan berjuang untuk pertiwi
Menjulang amanah diberi
Engkau laksana sepenuh hati
Nafikan tuduhan membuta tuli

Kami doakan
Anggota PDRM dimuliakan
Moga terus tabah berkorban
Institusi kalian dimartabatkan.

CNM, 25/3/14, BBB.

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS 2014
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 04:32 PM | Show all posts
Muhammad Firdaus Dullah

Moga hidupmu terbela
Umurmu masih muda
Hadapi dengan tabah jiwa
Anggap yang terjadi ujian dunia
Mengajar erti kasih sayang sempurna
Melakar sejarah negara
Anak-anak sepertimu ramai tak dijaga
Dibiar tanpa perhatian sewajarnya.

Firdaus
Indah namamu
Riak wajah lesu
Dibiar tak berbantu
Aku sungguh pilu
Untung operasi PATI ketemu
Sekurang bantuan tiba buatmu.

Dato' Menteri
Usahakan agar tragedi tak berulang lagi
Lancarkan program mendekati
Laksanakan langkah mengunjungi
Anak-anak OKU ini
Harapanku, bertindaklah duhai menteri.

CNM, 22/6/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2014 02:28 AM | Show all posts
Datuk Sharifah Aini (Al-Fatihah)

Datuk telah pergi
Allah lebih menyayangi
Tempatkan dia di firdausi
Usah tangisi
Kerana dia menemui Ilahi.

Seorang berbakat besar
Hiburkan masyarakat tanpa gentar
Alunan suara mendebar
Rentak lagu mencabar
Indah karya diperdengar
Filemnya mencapai sasar
Anugerah yang maha besar
Hilanglah seorang penghibur sebenar.

Ampuni dosa-dosanya
Inilah takdir hidup di dunia
Nafas terhenti tiba masanya
Itulah nokhtah kehidupan kita.

CNM, 5/7/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2014 08:33 AM | Show all posts
OGOS

Ogos datang lagi
Gerhana zaman penjajah berlalu
Ogos jadi saksi
Sebuah negara bebas merdeka.

CNM, 30/7/14
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-8-2014 11:30 PM | Show all posts
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Di sini
Ingin aku nukilkan puisi

Satu rasa dari lubuk jiwa
Isi hati yang mekar di dada
Naluri yang berkembang masa ke masa
Inilah citra dan cita

Lelah pemimpin berpadu tenaga
Ampuh kata di meja bicara
Hinggap rasa percaya
Impian bebas dari sengsara
Runtuhan budaya
Nasib malang yang menimpa
Yakini rakyat jelata
Akan tiba saat bergembira

Semangat merdeka membara
Elusan rasa pada bangsa
Bunga-bunga bakti pada negara
Unggul marak demi agama
Akan kubaja
Hingga ke hujung nyawa

Cinta yang bercahaya
Indah mewarna kanvas merdeka
Namun harus waspada
Tikaman angkara
Agenda musuh melaga.

CNM, 17/8/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2014 12:07 PM | Show all posts
KORBAN

Korban segala
Organisasi juga individu
Reda-Nya dicari
Bersihkan diri
Amalan para nabi
Nikmat tak terperi.

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2014 07:47 AM | Show all posts


KRITIK

Kenapa ditulis KR!TIK?
Rosak khazanah bangsa
Istilah perlu dijaga
Tunjuk yang sebenarnya
Imej pejuang bahasa
Kekalkan! Di mana jua.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 09:59 PM | Show all posts
Sajak

Sajak maya
Alunan bicara dalam bait kata
Jalinan gaya bahasa
Adunan mesej dari minda
Kongsian bermakna jika dicerna.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 03:00 PM | Show all posts
Banjir

Betapa
Allah menguji kita
Nestapa bah melanda
Jerih saudara mara
Ilahi mengatur segala
Reda-Nya menyelamat alam semesta.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2015 08:35 PM | Show all posts
ZIARAH

Ziarah
Itu tanda ukhuwah
Amalan disukai Allah
Rasulullah contoh terindah
Ajar ziarah menziarah
Hayati penuh hemah.

CNM, 15/3/15
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 10:21 PM | Show all posts
Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Guru
Umum tahu
Rencamnya tugas di bahu
Untuk anak didik dahaga ilmu.

Membina ilmu
Elemen utama tugas cikgu
Mendidik tanpa rasa jemu
Berusaha dari waktu ke waktu
Insaniah diterap ke kalbu
Nasihat didengarkan selalu
Anak didik bertambah mutu.

Ilmu itu perlu
Laluan untuk ke mercu
Memperbaiki diri untuk maju
Usaha dengan padu lagi jitu.

Murabbi segalanya mesti tahu
Elok sediakan diri dengan info terbaru
Natijahnya anak didik merujuk gedung ilmu
Yang terbuku terjawab dek ilmu guru
Elak dari pandangan bercelaru
Masyarakat berkeyakinan dengan cikgu
Pengetahuan luas sangat membantu
Umpama penyuluh jalan buntu
Resah anak didik tak melulu
Nasihat guru menyelesai isu
Anak didik tersenyum selalu
Kerana guru pembimbing menunggu
Adakan pertemuan bila-bila perlu
Nadi memacu ilmu.

Akhlak turut dipacu
Kemenjadian murid diteraju
Hayati nilai sudah tentu
Limpahkan kejayaan diburu
Amanat kerajaan dipangku
Kerja kuat demi Malaysiaku.

CNM, 18/3/15.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 08:51 PM | Show all posts
BARU KU TAHU

Baruku tahu
Apa yang berlaku
Remang senja bertamu
Unggas menyeru

Kelam kelabu
Untaian bintang beribu

Tampak tepu
Aku pun baru tahu
Hening malam kian berlalu
Unggas kembali berlagu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 02:04 PM | Show all posts
IMPIAN

Ingin ku berlari terhempas beku realiti
Menjulang tinggi erti jati diri
Perasaanku biarkan cair sendiri
Indah hanya dimata mereka
Antara realiti dan fantasi
Namaku harus diukir meniti abadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2015 08:28 PM | Show all posts
CIKGU
C-ungkil potensi
I-stiqamah memberi
K-alis diperli
G-igih meneladani
U-mum ketahui.
CNM, 15/5/15
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2015 07:42 AM | Show all posts
ENAMBELAS MAY

Enambelas May
Nurani tersenyum penuh erti
Anak didik menghargai
Mengingati sumbangan diberi
Berbudi kepada pertiwi
Elak tingkah kontroversi
Lonjak prestasi dan kualiti
Amalan terpuji disenangi
Seluruh alam mengetahui.

Maha suci Ilahi
Anugerahkan kami
Yang mengerti lagi menghormati.

CNM, 16 May 2015
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2015 07:30 PM | Show all posts
TUN MAHATHIR

Tun Mahathir mantan perdana menteri
Umum mengenali jasa dan budi
Negarawan disegani

Membangunkan negara ke mercu tertinggi
Aman makmur dikecapi
Harumkan negara di era globalisasi
Ampuh mentadbir penuh dedikasi
Terbilang dek tadbir urus menjadi
Harapan rakyat dijadikan inspirasi
Idea mendahului zaman terbukti
Rekod memerintah sukar ditandingi.

CNM, 15/7/15
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2015 03:12 PM | Show all posts
MALAYSIA SEHATI SEJIWA

Malaysia
Ampuh di persada dunia
Lantunan usaha teraju bangsa
Anjur pembangunan buat rakyat jelata
Yang terbukti mencapai agenda
Sosial ekonomi terlonjak ke menara
Insani terbina berlandas ajaran agama
Anggun di mata dunia.

Sehati
Ego ditolak ke tepi
Hayati erti kemerdekaan sejati
Amanat bapa kemerdekaan digenggami
Tunjang kecemelangan dikecapi
Imbalan selayak dinikmati.

Sejiwa
Etika satu bangsa satu negara
Jelmakan dalam tingkah bicara
Institusi keluarga terbela
Warga masyarakat bahagia
Anugerah bangsa merdeka.

CNM, 26/7/15
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 08:12 PM | Show all posts
JATUH

Jatuh
Akibat sikap angkuh
Tiada strategi ampuh
Untuk menambah teguh
Hanya realiti kian mengeruh.

CNM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.094841 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list