Quote: manjalara_01 posted on 4-1-2014 12:46 PM 
Salam semua..
lame dh manja x masuk..board..ni...
Salam.... rajin2 la masuk dan meriahkan board ni....
Quote: nampaknye manja akan add..doa ni..dlm doa lepas solat manja..
cause..i need it...desperado sgt...sat luahan prasaan...
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)
1. Bab taqdir ni bab ghaib.... kita tak tahu, dan kita minta yang baik-baik.... ada taqdir yang boleh ubah, ada taqdir yang tak boleh ubah. Doa yang jadi asbab boleh ubah taqdir, termasuk dalam taqdir yang boleh ubah.
2. Bab panjang umur ni ada penjelasannya.... hadith di atas bukan bermaksud untuk kita supaya berdoa panjang umur, hadith di atas anjurkan kita berdoa (apa-apa yang baik) dan buat amalan baik. Atas sebab doa yang baik dan amalan yang baik, maka akan dapat keberkatan hidup yang lebih. Keberkatan inilah yang dimaksudkan dengan 'panjang umur'. Contoh, dalam sehari biasanya boleh buat baik 100 perkara. Berkat doa, dalam sehari boleh buat 1000 amalan baik... masa tu sama, tapi keberkatan masa tu dapat lebih.
Ajal kita, dah ditentukan, tak akan diawalkan atau dilewatkan. Cuma, dari berkat doa dan amalan baik, kita mungkin boleh rasa kehidupan kita yang panjang....
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلا يَسْتَقْدِمُونَ
Dan bagi setiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
(Al-A’raf, 34)
Hadith berkaitan konsep ‘Panjang Umur’
حدثني إبراهيم بن المنذر حدثنا محمد بن معن قال حدثني أبي عن سعيد ابن أبي سعيد عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: "سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ( من سره أن يبسط له في رزقه وأن ينسأ له في أثره فليصل رحمه".
Sesiapa yang suka untuk diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung silaturrahim (hubungan kekeluargaan)
(Sahih Bukhari)
Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (rah), menyatakan konsep ‘panjang umur’ dalam hadith ini bermaksud seseorang itu diberi keberkatan dalam umurnya dengan diberikan taufiq untuk melakukan ketaatan dan mengisi waktu dengan apa yang diberi manfaat kepadanya pada hari akhirat.
Imam al-Hafiz Ibn Hajar membuat contoh ‘keberkatan umur’ yang dimaksudkan ialah sepertimana Allah SWT memberikan malam Lailatul Qadar kepada umat ini bagi menyamai ibadah umat terdahulu yang panjang-panjang umur mereka. Maka, samalah sebagaimana orang yang menyambung silaturahim, mereka diberi taufiq untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan dijaga oleh Allah daripada melakukan maksiat dan dikekalkan ingatan orang terhadapnya selepas kematiannya kerana silaturahim tadi. Di antara taufiq yang diberikan kepada orang yang menyambung silaturrahim itu seperti ilmu yang dimanfaatkan selepas kematiannya, sedekah jariah dan zuriat yang soleh yang sentiasa mendoakannya. (Fathul Bari; Juzuk 10: hlm. 416)
Ibn Hajar juga menyatakan terdapat satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani dalam kitabnya ‘al-Shagir’; ketika mana disebut hadith di atas di hadapan Rasulullah s.a.w., maka Rasulullah s.a.w. bersabda; “Ia bukan bermaksud dilewatkan ajal, tetapi ia bermaksud seseorang lelaki diberikan zuriat yang soleh yang sentiasa berdoa untuknya selepas kematiannya.” Imam al-Tabrani meriwayatkan hadith yang marfu’ dalam kitabnya ‘al-Kabir’ yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah tidak akan melewatkan ajal seseorang apabila ia telah sampai.”
Ibn Faurak secara pasti (jazam) menyatakan maksud panjang umur itu ialah menghilangkan penyakit atau kecacatan pada orang yang menyambung silaturrahim pada aspek minda dan akalnya. Pendapat ini juga dipegang oleh pengarang kitab Umdah al-Qari yang turut mensyarahkan hadith Bukhari. (Lihat Umdah al-Qari, Jilid 22, hlm 91).
WAllahu a'lam
7-1-2014 10:18 AM mnm77