CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EmakBonda

Salam Perkenalan... Bermulanya cerita EmakBonda

    [Copy link]
Post time 14-12-2011 11:17 PM | Show all posts
EmakBonda ada bukak a few threads kan...  rasanya baik mintak mod merge sebab nanti kompius lak forumer nak gi thread mana satu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2011 11:25 PM | Show all posts
Assalamualaikum 7teen:  Alhamdullillah EmakBonda sihat. Tapi sentiasa kena berwaspada dan kekal dalam ibadat. Sebab bila kita lupa Allah, syaitan akan merapati kita. Macam kes saya, tak boleh terlampau suka, sedih dan marah. Eh awak pun kena maca saya ke 7teen?
Miz_Sunshine: Seingat saya, saya tak ada baca apa2 ayat. Itu yang pelik masa Pak Long tanya tu.
Eyansss: Saya sokong. Kita kadang2 tak sedar pun. Tah2 saya ada teria dalam mimpi. Kalau dalam mimpi, macamana kita nak kawalkan kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 11:31 PM | Show all posts
Eyansss... Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 08:46 AM | Show all posts
  napa byk sgt thread ko bukak neh?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 08:53 AM | Show all posts
Thread dh dimerged...

harap pasneh apa2 citer berkaitan pengalaman TT.. leh je boh lam neh... Tkyah bukak thread2 baru dah.. Thread neh dh jadi mcm "rumah"  khas TT...  

Harap maklum... TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 07:52 PM | Show all posts
Tq BabeYSHa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-12-2011 09:47 PM | Show all posts
Salam semua... EmakBonda ada bercerita pasal Pak Long two days ago, so now EmakBonda nak bercerita pasal Ustaz Amin (bukan nama sebenar). Disebabkan saya ingat2 lupa dan kekadang tu tak sedar apa yang berlaku, citer saya kali ini berdasarkan apa yang suami saya citer kat saya ye. Sebelum itu... Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tujuan saya bercerita ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk berkongsi pengalaman bersama forumer2 yang lain.

Kita mula ye... Satu hari tu saya dapat number ustaz Amin dari kawan yang berubat dgn dia. Selepas berjumpa Ustaz Amin kawan saya nampak ok lar berbanding dulu. So, saya call lar ustaz tu. Hebatnya, saya tak yah berubat kat tempat dia, dia boleh mengubat kat tempat kita. So lepas buat temujanji, husband saya gi lar jemput dia dekat tempat yang dijanjikan. Saya pun ikut jemput gak... Otw gi rumah kami, keta terasa berat sangat. Ustaz Amin berseloroh, ada ramai ke yang ikut? Hish! Takan siang2 pun ada kan? Agak-agak ah, pelik keadaan ni. Kebetulan zohor pun dah masuk, so ustaz amin pun solat berjemaah dengan kami.

Rawatan pun bermula... Ustaz Amin memulakan rawatan dengan bertanya apa masalah saya. Saya pun cerita lah pasal mimpi, paklong, pengalaman2 lain dari A-Z plus, yang saya dah dengar mp3 ruqyah dan bagaimana airmata bercucuran akibat mengantuk gila babas dgr mp3 tu. Ustaz Amin tersenyum saja mendengar.

Ustaz Amin pun mulakan bacaan ruqyahnya, tak lama pun... kata suami saya, muka saya mula2 berubah jadi garang, past muka takut, pastu sedihnya... saya menangis teresak2, pastu saya mengilai lepas tu saya buat muka selamba (yang ni rasa tak 'masuk' pun, saya selalu buat muka ni kat bos saya... ) Saya sedar tapi saya tak boleh nak kawal perlakuan saya. Kaki dah kena kunci tapi badan saya berpusing ikut arah jam. Yang saya dengar ayat2 yang ustaz amin baca macam kuat sangat kat telnga saya. Suami saya kata saya melawan sambil tutup telinga. Muka garang dan boleh nampak mata saya benci dekat ustaz tu. Tak lama lepas tu, ayah dan mak datang, automatik buat muka kesian. mintak tolong dengan ayah dan emak. melolong-lolong mendayu dayu. Mak saya dah berlinangan air mata dah tengok saya.

Bila ustaz tu tanya, SIAPA KAU? KENAPA KAU KACAU HAMBA ALLAH INI?
Saya jawab - KO PEDULI APA?
Ustaz: KAU NI ISLAM KE KAFIR?
Saya: (diam...)
Ustaz: Terus membaca ayat perjanjian nabi sulaiman dgn jin
Saya: (menangis...) JANGAN JANGAN... AKU SAYANG DIA, JANGAN JANGAN!!!
Ustaz: BAIK KAU KELUAR SEKARANG! KAU DAH LUPA PERJANJIAN KAU DENGAN NABI SULAIMAN?!            
Saya: (menangis...) Tak nak... aku sayang dia (berenti) KO JANGAN KACAU AKUHHH!!!
Ustaz: OOO... RAMAI RUPANYA! BERAPA RAMAI KAU KAT DALAM TU?
Saya: APA KAU PEDULI? SUKU SAKAT AKU RAMAI. (mengilai)
Ustaz: DEGIL YA? (Bisik dengan suami)
Korang penah tak mandi ais? Haaah... saya kena mandi ais. SEJUK GILA WEH! Suami saya mandikan! Ustaz tu pesan habiskan air ais dalam besen besar tu dan jangan sesekali kesian kat saya, so melolong lolong lar saya mintak tolong kesejukkan. sampai nangis suami saya kesiankan saya. Tapikan... later part air ais tu jadi panas weh. Tadinya jerit sejuk... pastu jerit panas!!! Seksa! Habis mandi tuh... Badan rasa ringan sangat. Ustaz Amin pesan jangan lupa tutup aurat, solat jangan tinggal, kalau sedih, gembira, marah tu jangan over - benda tu senang masuk balik. Perbanyakkan ibadah, itu pendinding kita. Kalau kita lupa ibadah, syaitan takan lupa kita (Hish! naik pulak bulu roma nih)

Anyways... later saya citer pulak rawatan susulan saya ye. Skrg ni nak gi minum teh tarik pasal badan dah start seram sejuk, tak suka lar tu orang citer pasal dia... Hish!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 10:21 PM | Show all posts
Salam semua... EmakBonda ada bercerita pasal Pak Long two days ago, so now EmakBonda nak  ...
EmakBonda Post at 15-12-2011 21:47



   dah start seram sejuk ? yg seram sejuk tu tuan bdn atau pun dekor yg kt dlm tu ?
dah dlm keadaan mcm tu.. gunakanlah masa yg ada ini utk rapatkan diri kpd pencipta kita..
pujilah Dia dgn hati yg ikhlas.. lakukanlah ibadahNya juga dgn hati yg ikhlas..
banyakkanlah zikrullah.. mohon & berdoa terus kpdNya..

insyallah jalan penyelesaian itu pasti ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2011 10:53 PM | Show all posts
Fyi... kisah2 EmakBonda ni antara 3-4 tahun lepas, jumpa Ustaz Amin tahun lepas then ada rawatan susulan... nanti saya citer kan lengkali. Sejak akhir2 ni dan sejak bercerita kat forum ni rasa seram sejuk datang balik... so nak kena bekam darah n panggil ustaz balik nih!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 11:13 PM | Show all posts
Reply 49# EmakBonda

Assalamualaikum,EmakBonda...Macam biasalah tue..Diorang bukannya suka kalau keaiban diorang kita tayangkan di hadapan khalayak umum..Diorang kan low profile..


Sama jugak macam saya..Masa nak bukak cerita tuelah,tangan menggeletar..Nak taip cerita pengalaman pun kadang-kadang jadi lambat sebab nak kene check 2-3 kali sebab mesti ada yang 'memainkan' kita..Rasa lenguh-lenguh seluruh sendi tue memang dah lumrah lah kan..Kalau namanya nak bukak cerita,memang banyak dugaannya..Wallahualam~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2011 11:42 PM | Show all posts
Wa'alaikumsalam, 7teen... SAMA CASE ngan EmakBonda. Contohnya my 1st post. Kan ke dah check 5-6 kali tapi gagal gak. Derang suka memainkan saya! You know, This is my 1st time jumpa sahabat yang sama case ngan saya. Lengkali boleh cerita pasal pengalaman masing2 ye... Atleast I am not alone dan rasa cam alien dah. Gembira in a weird way
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 11:55 PM | Show all posts
Reply 51# EmakBonda

EmakBonda..Kalau sudi singgah-singgah lah di teratak usang saya...Di sana saya luahkan semua pengalaman-pengalaman saya..Lagipun saya memang nak settle kan semua pun sebelum saya dapat keputusan SPM bulan Mac tahun depan..Saya neyh masih lagi anak ingusan yang belum kenal dunia ini sepenuhnya..Nak kata 1/40 pun belum lagi saya kenali..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2011 12:11 AM | Show all posts
Whoa! Patutlah 7teen, memang betul pun yeah? EmakBonda beruur 17, 19 tahun dulu. Hehehe! Tapi baru sedar utk berubat. Kenapa lama sangat? EmakBonda study far far far away. Dari dip, degree byk ke master. Next year insyaallah phd. 7teen take care k, you have a bright future a head of you. Saya akan singgah ke your place nanti senang2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2011 11:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by EmakBonda at 17-12-2011 11:32

Salam sumer... . Aritu EmakBonda dah citer pasal rawatan Ruqyah dan mandi ais Ustaz Amin. Rawatan susulan akan menyusuli dalam tempoh 4 minggu selepas itu. Mentara tu, saya dan keluarga perlu perbanyakkan ibadah, jangan bagi ruang untuk mereka2 tu datang balik.

Dalam pada tu, korang ingat tak list mimpi2 saya kat page pertama saya? Ok, ok, bagi yang malas nak tgk; meh meh saya citer balik ye. ok, jom start:

...Ada orang ketuk pintu rumah dan bagi salam. Tengok2 ada lelaki muda, rambut pacak2 ada depan pintu. Orangnya kacak, cerah kulitnya. Saya pun cam biasa kenal ngan dia. Macam kengkawan saya jer. Dia tanya saya dah siap ke belom? Saya tanya nak ke mana, dia tak jawab... instead, dia tanya mana hubby saya mana? Saya tanya napa? Dia kata, kita ni nak selamatkan dialah ni (hubby saya). Pelikkan? Pastu, saya naik keta (dalam keta ada my hubby yang tengah tdo n saya tengah pangku baby bogel) tapi keta tu terbang, siap boleh nampak orang naik kuda putih bersayap tgh terbang. Kira tu pengangkutan kat sana. Bila sampai destinasi, lelaki memula tadi ketuk cermin keta, tanya hubby saya dan tegaskan, kita ni nak selamatkan dia (hubby) nih! Pastu saya terjaga, penat... rasa macam lama sangat mimpi tu. tgk jam baru pukul 2 lebih.

Pastu teringat, lelaki tu cakap nak selamatkan my hubby? kenapa ye? Saya renung hubby saya yang tdo balak sebelah saya. Tapikan... dalam samar2 tu saya tgk muka suami saya tukar jadi tengkorak lah pulak!

HISH! JANGAN KACAU LAKI AKU!!! Saya terus tampar muka suami saya.
Suami saya bingkas bangun menjerit - NAPE NI?!!
Sori sori - Muka awak jadi tengkorak tadi
Huh? Awak mengigau tu... dah dah tidur balik, kan ustaz Amin kata dah takde apa2.
Tapi, tapi... betul saya nampak muka awak cam tengkorak tadi
TIDO!!!
... ok...

Rasa-rasa otai2 yang master pasal mimpi2 ni boleh tak bantu, sapa lelaki tu ye? Dalam mimpi2 saya selalu ada watak dia, kekadang perempuan dan baby bogel & kekadang tuk perempuan saya. Makin peliklah... Dan setiap kali saya bercerita dalam forum ni, mesti rasa seram sejuk cam sekarang nih... HISH! jangaaaannn kaaaccaauuu aaakkkkuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 02:46 PM | Show all posts
erkk..serammnye bace lebih2 pasal mimpi ni... btw, sy pon salu mimpi pelik2 n kwn2 ckap saya kuat ngigau, kadang2 mcm mengilai.. takot plak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 03:29 PM | Show all posts
x payah takut ngan benda2 tu..
kita mahluk allah.. dia pun mahluk yg dijadikan oleh allah...
takutlah kita hanya pada allah..

"Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman."
(Surah. Ali-‘Imran ayat 175)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2011 04:30 PM | Show all posts
Betul apa LeEd tu cakap day2. EmakBonda, dah lama2 kena ini dah takde seram, tapi geram dengan dekor ni. Kekadang siap marah kat they all. Ada sekali tu saya nak balik, ikut route biasa kat Federal highway Shah Alam. Lalu jer kat satu tempat ni keta jadi berat sangat, tgk lar klu hand break tak lepas ke. Tak jugak. Last2, baca 3 kul 3X, azan kuat2 - pastu marah they all, kata AKU NAK BALIK RUMAH!!! KAU JANGAN IKUT AKU! KAMI ORANG ISLAM, KAMI SOLAT 5 WAKTU, KANG KAU TERBAKAR KARANG! masa tu timbul keberanian u, elok habis EmakBonda jerit tu, keta ringan serta-merta. Haish! Macam2, bila kerja kena battle ngan orang, bila balik ke battle ngan setan!
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2011 09:40 PM | Show all posts
Reply 54# EmakBonda


Tengah lena tidur, tetibe kena penampor sedas free dari bini. Sodaaaap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2011 10:21 PM | Show all posts
Eh eh... EmakBonda kena cepat2 menceritakan masalah hubby EmakBonda nih. Klu tidak ramai kawan2 dekat forum Peribadi salah sangka dekat my hubby.

Ok ok. Mana nak mula ye?. Hah! Lemme explain. 4 tahun dulu my hubby kena vss aka buang keja dan secara tak langsung it effects my economy keluarga. Sejak hari tu, EmakBonda telah ambil alih sebagai ketua keluarga dan my husband tak keje. Jangan marah, jangan marah. Ada sebab hubby saya tak keje. Bagi yang telah mengikuti cerita EmakBonda dari awal, tentu perasan yang EmakBonda dapat mimpi2 pelik tu during the time hubby saya kena vss. Siang tadi saya ada cerita pasal lelaki yang datang dalam mimpi saya cakap nak selamatkan hubby saya kan?

Ok, lepas saya mimpi tu, saya terus buat appointment awal untuk berjumpa Ustaz Amin tapi, Ustaz Amin berada di Brunei pulak jadi dia serahkan tugas tu pada rakannya Ustaz Faisal. Tapi nak dijadikan cerita, 2 hari lepas tu, Atuk perempuan saya datang... fyi, tuk perempuan saya ni mengubat orang menggunakan ilmu putih. Sebelum nak mengubat orang, dia akan berwudhuk dulu dan dia ni walaupun umur dah 84 thn, masih boleh lagi gi kelas alquran dan baca yassin kat masjid tiap2 hari khamis malam jumaat. kita yang sihat wal'afiat ni jer kekadang gagal dok?

Anyways, Atuk ni macam tau jer saya tgh susah... Memula, biasalah kena marah sebab tak balik jumpa dia. Yelah, dia dok mengubat orang, cucu sendiri tak boleh ubatkan. Tapi, kita ni pulak tak nak susahkan dia. So, bermulalah saya berubat dengan atuk. Saya cerita ngan atuk sumer mimpi, dia suruh pilih kain, cincin, muka abang jadi tengkorak, ular hitam, ular kecik, singa berbulu emas, perempuan nak bagi baby, mimpi lelaki uda misteri tu - sumer lah. Atuk tanya napa tak citer ngan mak ngan ayah, saya kata dah citer tapi derang tak percaya. Terus mak ngan ayah kena tegur ngan atuk! And then, Atuk pun dok diam.... Kami pun tunggu dengan penuh debaran
Korang pun mesti nak tau kan? Jawapannya paaaannnnjjjaaangg sangat. Tapi biar saya mulakan dengan pasal mimpi saya dengan lelaki muda tu. Atuk kata, lelaki muda tu cuba bantu rumahtangga kami. Dia mungkin 'sahabat' saya tapi tak pernah kacau. Dia lindungi saya dari jauh daripada saya kecik lagi, pasal tu dia tak pernah muncul until kehidupan saya jadi amat sukar lately nih. Bayangkan saya penah warded 2 kali sebab high blood pressure, third stage dah. Saya sangat bersyukur saya tak collapse. Menurut atuk, sahabat saya cuba bagitau ada pemisah dkt dalam badan saya. Katanya pemisah ni jahat. Pemisah ni panggil suku sakat dia masuk menghuni badan saya. Hubby saya pulak, alhamdullillah badan dia kuat. Tapi yang tak bestnya, asal ada orang hantar jer, tentu lah gi kat saya. Ropernya, ramai lar yang dengki dgn kebahagian kami sekeluarga. Sampai kat tempat kerja hubby pun ada org tanam benda. Benda tu, ramai-ramai duduk kat bahu hubby saya nak bagi malas buat kerja. Siap nak bagi sampai hubby saya sengsara. Tapi bila drg dah achieve objective drg untuk buat hubby saya kena berenti keje, derang sangkut lagi kat husband saya suami tak dapat kerja. That's why,pergi interview mana2 sumer tak dapat. Bayangkanlah dalam masa 4 tahun takan 1 kerja pun tak dapat kan? Mustahilkan?!
Masa atuk tgh 'menengok' tu sesekali dia cakap slow - ye ye saya faham... nanti saya cakap dengan dia, tapi kekadang tu dia menepis - hish! jangan kacau, aku nak tengok cucu aku...! Lama u, nak tengok kan sumer mimpi saya tu. Pakat lar saya ni cucu atuk. Klu tak, mesti dia tak buat punya!
Begitulah citer mengenai mimpi lelaki misteri tu... lengkali EmakBonda bercerita pasal mimpi2 saya yang lain dan rawatan ngan ustaz Faisal. Atuk kata, bagus juga berubat ngan ustaz tu, atleast ada orang yang tgk2kan cucu dia sebab dia jauh. Tapi EmakBonda tau, atuk scan dari jauh jer... kan atuk?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2011 08:20 AM | Show all posts
ermm..  sronok btul baca cite mak bonda nih...
sy tak pnah laa come across bebenda cmni, alhamdulillah...
harap2 nye tak akan laa...  sbb sy ni tak berani....  taaaaaaakuuuutttt...  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.078116 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list