CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: neotoxin

Proton Exora Bold/Prime (With CFE) - Update picture & Spec (Image heavy)

[Copy link]
Post time 20-12-2011 11:40 AM | Show all posts
Dah test drive exora bold ni,  mmg best, lebih pick up dari exora biasa.
Mula2 ingat nak trade in dgn kereta gen2, tapi wife tak kasi, sebab dia ckp gen2 tu bnyk kenangan, ialah, dari mula kenal sampai anak dah 2, mmg bnyk kenangan..

Kalau nak bayar downpayment, mana aku nak cari, bukannye bleh kuar epf.. aku dah tangkap maut ngan exora bold  ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2011 05:09 PM | Show all posts
Nak gaduh pg Track laa...

Produa ALZA x masuk list KEE geng???
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 03:35 PM | Show all posts
Reply 36# al-asil

new exora boleh sampai max torque ngn hp dgn rpm rendah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 03:46 PM | Show all posts
wow bestnya exora..



Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 04:08 PM | Show all posts
sedikit figure ye kawan2

1.6 exora CFE         
max torque 205@2000rpm
max hp 138@5000rpm
k ...
al-asil Post at 18-12-2011 08:10


ape yg aku perasan... conti MPV max torque @ low rpm termasuk la exora ni & jepun nye MPV max torque standard la kene rpm lebih...

fuHhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 04:34 PM | Show all posts
Reply 45# metalique

kalau ikut dalam list tu, mpv2 yg conti bleh dapat figure tu sebab semua yg conti tu ada soft turbo. mpv2 yg jepon/korea tu semua enjin biasa je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2012 06:17 PM | Show all posts
dari paultan

The Exora Prime is priced at RM88,998.

tepets Post at 15-12-2011 22:18



    almost same price with grand livina..  still haku pilih  grand livina between booth.. thehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 11:06 PM | Show all posts
exora...exora bila aku mampu nak beli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2012 11:30 AM | Show all posts
wow bestnya exora..
freekey Post at 3-1-2012 15:46


ko dah kawen ke priki?{:4_181:}


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 03:07 PM | Show all posts
on paper, nampak cam power exora nieh.. tapi bila test drive, terasa cam kureng jer.. anyway, tu yg haku rasa lar.. mungkin sebab haku selalu bawak kete yg cc tinggi kot..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 04:45 PM | Show all posts
Reply 7# mycos79





Engine Camparison?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 05:57 PM | Show all posts
apesal info 1.6 CFE nampak mcm pelik...ada 2000-4000 keta lain takde...FC plak ada @..keta lain pun takde gak...ni betul ke standard formal verification?

kata exora nak masuk turbo..mana engine turbonya..nak gak tengok???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2012 06:54 PM | Show all posts
Reply 52# dualchicks

spec

gambar siput turbo ada kat page belakang2
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 07:02 PM | Show all posts
gambar spec kat atas tu yang lama ada kesalahan yang betul boleh tgk kat sini http://www.proton-edar.com.my/Ex ... s-%282%29.aspx#info
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 02:11 PM | Show all posts
credit = http://funtastickodesign.wordpress.com/


Soalan & Jawapan mengenai enjin Campro CFE 1.6L                                                        Posted by campromania on January 9, 2012

                                       
                                                       

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Proton melalui unit Powertrain & Media yang telah memenuhi permintaan saya supaya ia dapat dikongsikan & disampaikan kepada pembaca blog serta orang ramai, amnya. Ini merupakan inisiatif terbaru dari Funtasticko Design untuk memberi maklumat dengan lebih lanjut mengenai enjin terbaru dari Proton iaitu Campro CFE 1.6L. Saya telah mengajukan beberapa soalan kepada pihak Powertrain Proton & ini adalah soalan serta jawapan yang diberikan :

1.      Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan CFE? Ceritakan secara ringkas.
CFE ialah ringkasan kepada Charged Fuel Efficiency. Secara ringkasnya, enjin CFE ini memberikan tenaga seperti sebuah enjin 2.0 liter ketika diperlukan tetapi memberikan pulangan penggunaan minyak yang baik di dalam keadaan pemanduan santai, seperti memandu di lebuhraya, ketika melahu atau ketika memandu di dalam kesesakan lalulintas.


2.      Adakah CFE ini enjin baru sepenuhnya ataupun masih lagi berasaskan enjin Campro tetapi dengan beberapa pengubahsuaian?
Enjin 1.6 liter Campro CFE dibina berdasarkan enjin Campro tetapi dengan peratusan besar pembaharuan yang terdiri dari komponen unik kepada enjin CFE sahaja.


3.      Boleh ceritakan apa yang telah diubahsuai untuk enjin CFE ini? Ceritakan secara ringkas bahagian yang telah diubahsuai dan sebab-sebab pengubahsuaian.
Antara pengubahsuaian yang dilakukan ialah komponen-komponen utama seperti aci engkol, aci sesondol, rod penyambung, blok silinder dan kepala silinder enjin telah ditukar kepada rekabentuk baru.


4.      Bagaimana cara CFE berfungsi?
CFE sebenarnya berfungsi di atas dasar mampatan paksaan (forced induction). Ia menggunakan daya gas ekzos berkelajuan tinggi untuk memusingkan pemampat yang akan kemudian memaksa lebih banyak udara luar masuk ke dalam kebuk pembakaran.
Udara tambahan itu akan dibekalkan dengan bahan api yang secukupnya untuk menjana lebih banyak tenaga. Hasilnya,  enjin  1.6 liter Campro CFE mampu memberikan kuasa kuda seperti sebuah enjin 2.0 liter tanpa sistem mampatan paksaan.
Kelebihan enjin 1.6 liter Campro CFE ini ialah sistem pemampat hanya beroperasi selepas 2,000 RPM. Bila enjin bergerak di bawah paras tersebut, penggunaan bahan bakar akan menjadi lebih rendah dari enjin 2.0 liter.


5.      Apa perbezaan antara Low Pressure Turbo (lazimnya dikenali sebagai Low Inertia Turbo) dan High Pressure Turbo (atau High Inertia Turbo)?
Low Pressure Turbo atau LPT menggunakan turbin yang kecil dan mampu beroperasi dengan halaju gas ekzos yang rendah (RPM enjin rendah). Oleh kerana itu, ia menghasilkan pemampatan (boost) yang rendah.
High Pressure Turbo pula memerlukan halaju gas ekzos yang lebih tinggi kerana turbin yang lebih besar. Hasilnya, mampatan yang lebih tinggi.
Enjin CFE menggunakan LPT kerana fokus lebih kepada daya kilas yang tinggi pada RPM yang rendah (low end torque). Ini akan membantu dari segi pecutan yang lebih mantap dan penggunaan minyak yang lebih rendah.


6.      Kenapa Proton memilih unit turbin dari Borg Warner? Apakah kelebihannya?
Pilihan dilakukan berdasarkan rekacipta, kualiti dan harga yang berpatutan.


7.      Apakah ada tambahan CVVT atau VVT pada CFE? Jika ada, apakah fungsinya?
Enjin 1.6 liter Campro CFE menggunakan teknologi injap VVT untuk mengoptimakan laluan udara segar ke dalam enjin pada RPM rendah dan tinggi. VVT juga membantu mengurangkan penggunaan minyak dan mengurangkan pencemaran udara kerana pembakaran adalah lebih lengkap.

8.      Bagaimana untuk mendapatkan kuasa maksimum CFE dan cara untuk mendapatkan penjimatan minyak yang optimum semasa memandu?
Cara terbaik ialah mengekalkan kelajuan putaran enjin di bawah paras 2,000 RPM agar sistem mampatan paksaan tidak beroperasi.
Namun dalam keadaan di mana tenaga diperlukan, pendikit perlu ditekan rapat ke lantai supaya sistem transmisi CVT boleh menurunkan nisbahnya agar enjin beroperasi pada 5,500 RPM untuk kuasa maksimum.


9.      Adakan CFE mempunyai “turbo lag” sepertimana enjin-enjin turbo yang lain dan bagaimana Proton mengatasinya jika ada?
Penggunaan LPT membantu enjin 1.6 liter Campro CFE ini untuk beroperasi selancar enjin N/A (tanpa sistem mampatan paksaan).



10. Apakah kelebihan CFE berbanding dengan enjin VVTI, VTEC, MIVEC, DVVT dan turbo yang lain? Ini akan membantu memperbetulkan “mindset” rakyat Malaysia yang selama ini terlalu teruja dengan teknolgi Jepun ini.
Sistem VVTI, VTEC, MIVEC dan DVVT adalah sistem-sistem teknlogi injap yang membantu pernafasan enjin pada RPM rendah atau tinggi. Enjin 1.6 liter Campro CFE menggabungkan teknologi injap VVT dan sistem mampatan paksaan untuk prestasi enjin yang baik pada sebarang kelajuan enjin.


11. Adakah kos penyelenggaraan CFE tinggi jika berlaku sebarang kerosakan?
Seperti enjin lain, enjin 1.6 liter Campro CFE memerlukan penyelenggaraan seperti yang disarankan di dalam Buku Panduan Pemilik (Owner’s Manual) dan Buku Servis Berkala (Periodic Maintenance Book). Dengan penjagaan rapi, enjin CFE ini tidak akan mendatangkan sebarang masalah dan kos penyelenggaran direka agar tidak begitu berbeza dengan enjin Campro biasa.


12. Apakah perancangan unit powertrain Proton pada masa depan? Adakah akan ada teknologi baru akan diperkenalkan?
PROTON mempunyai perancangan untuk memperkenalkan teknologi terbaru dan akan mengumumkannya bila tiba masa yang sesuai.


13. Berikan tips/petua untuk penjagaan enjin CFE supaya sentiasa dalam keadaan terbaik.
Seperti yang dinyatakan di dalam jawapan kepada soalan No. 11, pengguna disarankan mengikut jadual penyelenggaraan berkala yang ditetapkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 04:01 PM | Show all posts
enjin VVTI, VTEC, MIVEC, DVVT dan turbo yang lain? ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2012 10:48 PM | Show all posts
aq berminat..exora prime.nak tuko dgn avanza yg leper nih...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 10:31 AM | Show all posts
waa cam besh jer cik exora yg dah wat operation 'luar' dan 'dalam' ni..tapi den tak cukup pitih nak beli....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 10:46 AM | Show all posts
slagi kalo logo tu proton.. org Mesia ni ttp kate tak bagus.... bior pun pkai enjin Bimmer skali pun..

tapi kalo ade logo H & T.... kompem bagus... bior pon enjin biasa2 jer...

tapi kalo ade bau2 bacang ngan T or M... kompem jd bagus balik
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 10:56 AM | Show all posts
agak2 gilo tak den dah ado exora nak boli satu laie?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.529262 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list