CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330702|Reply: 128

Kisah - kisah pornografi di Malaysia (18sx)

   Close [Copy link]
Post time 14-12-2011 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by kudapadi at 26-1-2012 22:07

ISBN 983-9814-00-1
Cetakan Kedua, November 1992
(Pendedahan berani aktres Zarina Zainuddin (1992)

Penulis: Seri Bayu
Penerbit: Boulevard Publishing

Biografi yang menceritakan kisah hidup pelakon Zarina Zainuddin ini diterbitkan tidak lama selepas tersebarnya gambar bogelbeliau pada 1991. Buku bersaiz kecil ini mengandungi 91 mukasurat yangturut memuatkan gambar-gambar Zarina sebagai model, pelakon dan jugagambar-gambar bersama keluarga dan zaman kanak-kanak beliau. Matlamatpenerbitan buku ini bertujuan menceritakan apa yang sebenarnya terjadisehingga mencetuskan salah satu kontroversi terbesardunia hiburan Malaysia ketika itu. Mungkin juga untuk membersihkansedikit nama dan maruah Zarina yang telah tercemar dan memberitahu padaumum bahawa beliau sebenarnya menjadi mangsa khianat dan tipu dayapihak yang tidak bertanggung jawab. Seperti mana biografi lain, kisahbermula dengan kelahiran beliau pada 1970, zaman persekolahan era1980-an, sehinggalah detik hitam pada satu sesi fotografi majalah, danbagaimana mula tersebarnya gambar-gambar bogel tersebut setelah beliautidak mampu membayar wang ugutan. Kisah ini semua ditulis semula oleh Seri Bayu, seorang penulis lirik lagu-lagu pop yang begitu terkenal pada era 1980-an.

sumber: http://arkibnegara.blogspot.com/ ... -aktres-zarina.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2011 04:32 PM | Show all posts

Kalendar Zarina Zainuddin (1993)

Post Last Edit by kudapadi at 15-12-2011 11:19

Nama Zarina Zainuddin sememangnya menjadi topik besar dunia hiburan sepanjang 1992. Dalam tahun 1993 pula terdapat usaha mengharamkan semua hasil lakonan beliau daripada ditayangkan. Pada Januari '93, majalah Media Hiburan memulakan edisi tahun baru dengan menghadiahkan poster kalendar besar (4 x mukasurat majalah) ini kepada para pelanggan mereka.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 04:36 PM | Show all posts
Kisah 2 :
Disket artis bogel (1994)

Pada 1994, apabila akhbar Harian Metro memaparkan tajuk besar "Disket Artis Bogel" pada muka hadapannya, hanya satu nama artis yang boleh dikaitkan dengan berita tersebut iaitu Zarina Zainuddin walaupun nama beliau tidak dinyatakan. Walaupun kes gambar bogel Zarina mula terbongkar pada 1991 tetapi tiga tahun kemudian pun masyarakat terutamanya peminat hiburan tempatan masih memperkatakan mengenainya, mungkin kerana kes sebegitu amat jarang berlaku dan ia telah diberi publisiti yang agak meluas oleh wartawan hiburan. Apabila lebih ramai orang yang tahu mengenai gambar bogel tersebut, maka permintaan untuk melihatnya telah dijadikan suatu perniagaan oleh pihak tertentu.

Disket, yang disifatkan oleh Harian Metro ketika itu sebagai "peralatan canggih", telah dijadikan medium baru untuk penyebaran bahan lucah dalam zaman I.T. ketika itu. Harian Metro melaporkan bahawa terdapat "lebih 30 gambar artis berkenaan", dan "hanya beberapa keping menunjukkan artis berkenaan berbogel manakala selebihnya adalah gambar separuh bogel dan berpakaian seksi", di mana "gambar artis berkenaan berpakaian seksi itu dipercayai disalin daripada majalah hiburan tempatan". Disket artis bogel tersebut dilaporkan dijual di beberapa kedai pengedar perisian komputer di Kuala Lumpur dan telah tersebar ke "seluruh negara", di mana Harian Metro tidak lupa untuk menegaskan bahawa "seluruh negara" itu adalah "termasuk di Pantai Timur" (Nota: Laporan berita itu ditulis seolah-olah ia berlaku di Kuala Terengganu)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 04:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 04:39 PM | Show all posts
Disket artis bogel (1994)
Pada 1994, apabila akhbar Harian Metro memaparkan tajuk besar "Disket Artis Bogel" pada muka hadapannya, hanya satu nama artis yang boleh dikaitkan dengan berita tersebut iaitu Zarina Zainuddin walaupun nama beliau tidak dinyatakan. Walaupun kes gambar bogel Zarina mula terbongkar pada 1991 tetapi tiga tahun kemudian pun masyarakat terutamanya peminat hiburan tempatan masih memperkatakan mengenainya, mungkin kerana kes sebegitu amat jarang berlaku dan ia telah diberi publisiti yang agak meluas oleh wartawan hiburan. Apabila lebih ramai orang yang tahu mengenai gambar bogel tersebut, maka permintaan untuk melihatnya telah dijadikan suatu perniagaan oleh pihak tertentu.

Disket, yang disifatkan oleh Harian Metro ketika itu sebagai "peralatan canggih", telah dijadikan medium baru untuk penyebaran bahan lucah dalam zaman I.T. ketika itu. Harian Metro melaporkan bahawa terdapat "lebih 30 gambar artis berkenaan", dan "hanya beberapa keping menunjukkan artis berkenaan berbogel manakala selebihnya adalah gambar separuh bogel dan berpakaian seksi", di mana "gambar artis berkenaan berpakaian seksi itu dipercayai disalin daripada majalah hiburan tempatan". Disket artis bogel tersebut dilaporkan dijual di beberapa kedai pengedar perisian komputer di Kuala Lumpur dan telah tersebar ke "seluruh negara", di mana Harian Metro tidak lupa untuk menegaskan bahawa "seluruh negara" itu adalah "termasuk di Pantai Timur" (Nota: Laporan berita itu ditulis seolah-olah ia berlaku di Kuala Terengganu)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 04:39 PM | Show all posts

Adegan bogel dalam filem Debu-Debu Kasih (1995)

Post Last Edit by kudapadi at 14-12-2011 15:41

Filem Debu-Debu Kasih (1995) yang bertemakan drama romantik telah diterbitkan dan diarahkan oleh Pansha(Panchacharam), seorang penerbit filem tempatan yang terkenal sejak1980-an dengan syarikat Panshah Film dan kemudiannya Berjaya Filem.Debu-Debu Kasih ialah filem kedua arahan Pansha, dan filem itumemperkenalkan Sham (Visa) dan Aida Aris sebagai pelakon utama.

Selepasmencetuskan kontroversi pada 1993 dengan filem terbitannya, Perempuan,Isteri & .....? (arahan U-Wei Saari), Pansha sekali lagi tampildengan sebuah filem yang tidak kurang panasnya di mana rekaan poster filem Debu-Debu Kasih memperlihatkan Sham dan Aida sedang berpelukan. Poster tersebut yang diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah mendapat kritikan kerana dianggap "mempunyai unsur-unsur yang mengghairahkan". Pihak kerajaan negeri Kelantanpula mengambil langkah yang lebih drastik apabila mengarahkan supayasebahagian daripada poster itu yang memaparkan gambar Aida ditutup. Disebalik kontroversi tersebut,filem Debu-Debu Kasih sebenarnya tidak begitu berjaya menarik perhatianpara penonton apabila cuma membuat kutipan tiket lebih RM300,000 sahaja.

Jadi, apa yang lebih mencuri perhatian dalam filem Debu-Debu Kasih selain daripada adegan Syam menyelamatkan (ya lah tu) Aida daripada mati lemas?

Memang ada adegan ala seksi - berkemban kain batik oleh Aida dan Raja Azura, serta aksi mereka bermandi-manda di laut (tentunya dalam pakaian yang bersesuaian dengan lokasi) sebelum ditegur oleh orang alim yang selalu saja ada dalam filem-filem yang berlokasikan Terengganu. Itu semua normal. Cuma satu adegan yang agak mengganggu fikiran ialah apabila terdapatnya aksi bogel yang melibatkan seorang pelakon lelaki, berkemungkinan masih berstatus kanak-kanak!Jika kita melihat akhbar dan majalah termasuk yang terbaru, gambarbogel walaupun oleh kanak-kanak sememangnya wajib ditapis, di manabahagian kemaluan mereka akan dikaburkan atau dipadam. Tetapi Panshasebagai pengarah filemDebu-Debu Kasih tanpa teragak-agak telah merakamkan aksi bogel sepertidi bawah yang telah diluluskan oleh LPF tanpa sebarang tapisan.



Pelakon di atas telah dikreditkan sebagai Adik Kamarul. Wataknya dinamakan sebagai "Adik Mandi"
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-12-2011 04:42 PM | Show all posts
Hilangnya artis simbol seks (1993)
Di Malaysia istilah "simbol seks" biasanya dikaitkan dengan penyanyi atau pelakon (umumnya disebut sebagai artis) yang sering tampil dengan gaya seksi atau mempunyai daya tarikan seksual. Walau bagaimanapun, hampir keseluruhan penulis hiburan tempatan akan menggunakan istilah simbol seks hanya untuk artis perempuan sahaja.

Apabila membicarakan tentang simbol seks, secara tipikalnya hanya artis (terutamanya perempuan) yang akan dikaitkan dengan istilah tersebut dan bukannya golongan selebriti lain seperti pemuzik, pengarah filem, bintang sukan, model, personaliti televisyen dan sebagainya. Mungkin juga kerana hanya artis yang dilihat lebih gemar berketerampilan seksi berbanding golongan selebriti lain, atau lebih tepat lagi hanya artis sahaja yang sebenarnya sering ditonjolkan oleh media cetak terutamanya akhbar tabloid dan majalah hiburan dalam gaya yang membolehkan mereka digelar sebagai simbol seks. Dalam erti kata lain, akhbar tabloid dan majalah hiburan sebenarnya mencipta artis simbol seks serta membantu mereka mengekalkan gelaran tersebut. Artis simbol seks tidak wujud dengan sendirinya.

Penciptaan artis simbol seks dianggap penting dalam membantu melariskan jualan akhbar tabloid dan majalah hiburan serta produk-produk keluaran artis tersebut seperti album dan filem. Dekad 1970-an hingga 1990-an adalah era penciptaan artis simbol seks tempatan. Istilah simbol seks secara umumnya mungkin dianggap sebagai provokatif (terutamanya pada masa kini di mana ia tidak lagi digunakan dengan meluas) tetapi di Malaysia pada suatu ketika dahulu gelaran simbol seks diterima sebagai sesuatu yang lumrah dan tidak bersifat mencerca. Antara artis yang pernah digelar sebagai simbol seks dalam tahun 1980-an ialah seperti Maria Arshad, Noorkumalasari, Sahara Yaakob, Noreen Noor dan Rosnah Mohd Noor. Apabila mereka tidak lagi aktif dalam bidang hiburan pada awal 1990-an, maka pihak media cetak pun memulakan penciptaan artis simbol seks generasi baru seperti Zarina Zainuddin, Sofia Jane, Ramziela dan Nor Albaniah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 04:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2011 04:44 PM | Show all posts
Ning Baizura dalam majalah FHM (2000)
Penyanyi dan pelakon Ning Baizura telah ditemubual untuk cerita muka depan majalah FHM edisi Malaysia keluaran ke-19 yang terbit pada Julai 2000. Kini setelah hampir 11 tahun berlalu, orang ramai dan wartawan hiburan masih sering mengaitkan temubualnya yang berterus terang dalam majalah berbahasa Inggeris itu apabila mereka ingin memperkatakan tentang Ning Baizura.

Walaupun realitinya imej Ning dalam majalah FHM itu digambarkan dengan begitu seksi, tetapi apa yang lebih mengejutkan beberapa pihak ialah pendedahan mengenai fantasi atau angan-angannya yang dianggap sebagai tidak bermoral.

"What's your biggest unfulfilled fantasy?"
"I know it'll never happen but it involves five guys and me, all at the same time"

Para pembaca biasa majalah FHM ketika itu nampaknya tidak begitu kisah dengan apa yang Ning perkatakan kerana mereka sudah biasa dengan isi kandungan sebegitu, malah memahami unsur nakal dan gurauan dalam setiap temubual yang pernah disiarkan. Di sebalik tanggapan umum bahawa Ning menampilkan imej seksi yang keterlaluan, majoriti pembaca FHM sebaliknya tidak pernah memilih Ning dalam undian 100 Sexiest Women In The World!

"I'd win the Best Butt award! Maybe my lips would win as well"

Isu sebenarnya hanya timbul beberapa minggu kemudian apabila seorang penulis ruangan pojok Usik-Usik dalam akhbar Mingguan Malaysia yang bernama Miss Ribut (kemungkinan besar seorang lelaki) telah menceritakan perihal kawannya yang menceritakan kepadanya mengenai temubual Ning tersebut. Peranan Miss Ribut dalam isu itu ialah memberitahu kepada para pembacanya dengan mengalih bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu beberapa petikan temubual yang terkandung dalam majalah FHM tersebut, terutamanya berkenaan dengan fantasi Ning yang dikatakan tidak bermoral.

Apa yang gagal diterjemahkan oleh Miss Ribut ialah ayat terakhir Ning dalam temubual tersebut iaitu:

"Afterall, fantasy's just a fantasy. Haha"

Fantasi hanyalah sekadar fantasi. Perkataan terakhir iaitu "Haha" amat penting untuk diterjemahkan supaya pembaca faham bahawa apa yang diperkatakan sebelum itu semuanya adalah gurauan semata-mata. Malangnya sasaran pembaca Usik-Usik bersama Miss Ribut khasnya dan pembaca Mingguan Malaysia umumnya (yang distereotaipkan sebagai mudah melatah atau sentap) tidak diberitahu mengenai penamat temubual tersebut dan gagal menerima nada gurauan itu sehingga mereka semua terpaksa mempercayai bahawa Ning benar-benar serius mengenai fantasinya itu. Tapi tidak mengapa, kerana Miss Ribut juga sebenarnya hanyalah watak rekaan atau fantasi, dan tulisan oleh watak yang tidak beridentiti sebegitulah yang majoriti masyarakat golongan pertengahan gemarkan sebagai bacaan hujung minggu mereka sambil menonton Mat Kay Po (satu lagi watak tidak beridentiti) dalam rancangan Melodi di TV3. Usik-Usik tersebut tepat ke sasaran.

"Being a young Malay singer means that the tabloid press is just waiting for you to make a mistake so that they can jump in and tear you to shreds"

Nota tambahan 1:
Pada masa yang sama, Julai 2000, sebuah lagi majalah berbahasa Inggeris tempatan iaitu Etc turut menimbulkan sedikit kegemparan tetapi tidak mendapat perhatian Miss Ribut. Muka depan majalah tersebut menampilkan 2 orang DJ radio lelaki Hitz FM iaitu Fly Guy dan Lil' Kev dalam solekan wanita dan berpakaian pramugari. Fotografi di muka surat dalam juga menampilkan mereka berdua dalam beberapa lagi pakaian wanita termasuk gaun hijau ala Jennifer Lopez dan sut renang merah ala Baywatch.

Nota tambahan 2:
Setahun kemudian Ning Baizura turut ditampilkan pada muka depan majalah Sentiasa Manja, juga dalam gaya yang hampir sama seksinya dengan majalah FHM, iaitu dengan mendedahkan bahagian dada dan perut, serta menampakkan pakaian dalam berwarna keemasan dan pusat yang bertindik. Seperti mana majalah hiburan berbahasa Melayu yang lain, terdapat beberapa tulisan (contohnya "Grrr...") yang melindungi bahagian strategik pada gambar utama sebagai satu bentuk penapisan.

Nota tambahan 3:
Beberapa tahun kemudian, majalah URTV (di bawah syarikat penerbitan yang sama dengan Mingguan Malaysia) yang berbahasa Melayu telah menyiarkan temubual bersama pelakon komedi Syanie yang menceritakan tentang fantasinya yang ingin berpakaian bikini apabila berjaya menguruskan badan. Tidak cukup dengan tulisan, majalah tersebut telah memvisualkan fantasi Syanie itu ke dalam bentuk lukisan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 04:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 04:45 PM | Show all posts
Jacinta Lee dalam majalah Playboy (1986)
Seorang model tempatan yang juga bekas pemenang tempat kedua pertandingan Miss Malaysia, Jacinta Lee, telah menggemparkan negara apabila dilaporkan bahawa 5 keping gambarnya termasuk 1 gambar poster muka tengah, semuanya dalam keadaan berbogel ("topless", "braless"), telah disiarkan dalam majalah Playboy edisi Hong Kong keluaran bulan November 1986. Majalah Playboy diharamkan penjualannya di Malaysia, Brunei & Singapura.

Jacinta yang ketika itu berusia 26 tahun menerima bayaran sebanyak $26,000 untuk setiap keping gambar yang disiarkan. Sejak penyiaran gambar-gambar bogel tersebut, Jacinta menerima banyak tawaran untuk membintangi filem di Hong Kong. Walau bagaimanapun kerjaya dan prestasi lakonannya tidak begitu membanggakan. Antara filem yang dilakonkan oleh Jacinta ialah Keys To Freedom (1988), Angel II (1988), The Dadah Connection (1990), Kelisa (1992) dan The Deadly Disciple (2001)

Jacinta bersara daripada dunia model dan hiburan setelah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki Melayu yang dirahsiakan identitinya.

Nota tambahan:
Hampir 20 tahun kemudian, iaitu pada April 2006, model dan pelakon tempatan, Amber Chia, telah muncul dalam keluaran pertama majalah Playboy edisi Indonesia. Ruangan Celebrity dalam majalah tersebut memaparkan 8 mukasurat gambar Amber yang berpakaian seksi tetapi tiada langsung aksi dia berbogel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 04:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 04:50 PM | Show all posts
Bekas Miss Malaysia - Selina Pereira (2007)
Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-50 tahun, majalah Off The Edge keluaran September 2007 telah menemubual pelbagai golongan masyarakat tempatan bagi mengetahui kisah di sebalik kehidupan mereka. Salah seorang yang ditemubual ialah Selina Pereira yang diperkenalkan sebagai seorang suri rumah berusia 41 tahun. Selina juga merupakan bekas ratu cantik Miss Malaysia pada suatu ketika dahulu (tahun tidak dinyatakan). "Bekas" bermaksud beliau pernah dimahkotakan sebagai Miss Malaysia dan kemudiannya gelaran tersebut telah ditarik kembali. Selina dikatakan 'bersalah' kerana terlibat merakamkan gambar bogel ("nude photographs") dan tidak layak untuk bergelar Miss Malaysia. Komen Selina mengenai kisah silamnya, "I don't have any regrets in life. If things didn't happen the way it did, my life would not turn out to be the way it is now. I was young then, and people make mistakes. The only difference is just how big". Sambung Selina lagi yang lebih senang berfikiran positif, "At least I am one of the most remembered pageant winners"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 04:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 04:51 PM | Show all posts
Kontroversi tayangan filem x-rated (1972)
Filem x-rated (atau berklasifikasi X) umumnya merujuk kepada filem yang bertemakan seks atau mengandungi adegan-adegan yang sangat melampau dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Filem-filem sebegitu juga digelar sebagai filem dewasa dan Malaysia mengharamkan semua filem x-rated, jadi pengkelasan filem dalam kategori X sememangnya tidak wujud pada masa kini.

Gambar di atas menunjukkan para penonton sedang menunggu di luar bangunan pawagam Odeon di Kuala Lumpur untuk menonton filem Sex And Life, iaitu sebuah filem x-rated! Ia berlaku pada sekitar awal 1970-an.

Menurut kajian seorang sarjana bernama Tripat Narayanan mengenai penayangan filem di Malaysia di antara tahun 1970 hingga 1973, filem-filem x-rated pernah ditayangkan di Malaysia pada awal 1970-an, di mana pada ketika itu pihak penapis filem sedang cuba untuk memperkenalkan sistem pengkelasan filem, dan filem-filem x-rated seperti Sex And Life, X-Phobia, Old Man's Biological Urge dan lain-lain telah dilepaskan untuk tayangan di pawagam sebagai satu bentuk eksperimen atau percubaan. Seperti yang dijangka, banyak pihak dan orang ramai yang membantah tindakan tersebut. Maka pada 1972 sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk bagi mengkaji mengenai kontroversi isu seks dan keganasan dalam filem. Hasilnya selepas itu semua filem x-rated telah diharamkan di Malaysia.

Nota tambahan:
Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia mengambil masa yang terlalu lama untuk memperkenalkan sebuah sistem pengkelasan filem. Hanya pada 1996 filem-filem yang ditayangkan di Malaysia mula diklasifikasikan sama ada untuk tontonan Umum (U) atau 18 Tahun Ke Atas (18SG, 18SX, 18PA, 18PL). Pada 2008 klasifikasi PG13 mula diperkenalkan, manakala pada 2010 klasifikasi 18 pula diperkenalkan bagi menggantikan keempat-empat klasifikasi 18 Tahun Ke Atas yang asal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 04:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2011 04:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by kudapadi at 14-12-2011 15:54

Soundtrack Panggilan Pulau (1994)
Pada tahun 1994, filem Panggilan Pulau (asalnya lakonan P. Ramlee dan Normadiah pada 1954) telah dibikin semula oleh pengarah dan pelakon Ahmad Fauzee. Pembikinan semula filem tersebut adalah atas dasar minat Ahmad Fauzee yang begitu mendalam kepada filem klasik terutamanya yang dilakonkan oleh P. Ramlee. Malah Ahmad Fauzee mendaftarkan nama syarikat penerbitan filemnya sebagai Studio Jalan Ampas Sdn Bhd!

Untuk melengkapkan filem Panggilan Pulau versi baru itu, sebuah album petikan lagu-lagu dari filem (soundtrack) telah diterbitkan oleh syarikat rakaman Musicland. Apabila album tersebut berada di pasaran, ia telah mengejutkan banyak pihak yang merasakan bahawa gambar kulit depan album tersebut agak erotik atau memberahikan. Gambar yang dimaksudkan itu menunjukkan Ahmad Fauzee hampir mencium leher Sharmaine Farouk yang kepalanya berkeadaan terlentok sambil matanya terpejam. Sememangnya ia suatu rekaan kulit album yang mampu menarik perhatian ramai, walaupun agak kurang jelas tentang apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh gambar tersebut mengenai isi kandungan album dan filem itu.

Kontroversi tersebut telah menyebabkan pihak syarikat rakaman menarik balik jualan album itu lalu menggantikan kulit album asal itu dengan kulit album rekaan terbaru yang memaparkan gambar-gambar pelakon filem versi lama dan baru. Selain itu, tempoh tayangan filem Panggilan Pulau versi baru itu yang bermula pada 29 September 1994 turut menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai, kerana tayangannya dihentikan secara tiba-tiba hanya selepas beberapa hari tayangan tanpa diberi sebarang penjelasan. Ada pihak menimbulkan spekulasi bahawa pembikinan semula filem itu tidak mendapat kebenaran daripada pemegang hakcipta asalnya iaitu syarikat Shaw Brothers Ltd hingga memaksa tayangannya dihentikan supaya tidak disaman. Walau bagaimanapun, spekulasi tersebut lenyap begitu sahaja tanpa jawapan yang pasti.

Pada awal 2000-an, syarikat Cipta Video Sdn Bhd telah menerbitkan VCD filem Panggilan Pulau versi 1994. Apa yang agak mengejutkan peminat filem tempatan ialah apabila kulit depan VCD tersebut menggunakan gambar asal kulit album soundtrack yang pernah mencetuskan kontroversi dahulu. Apa yang lebih menarik perhatian mengenai kulit VCD itu ialah bagaimana pereka bentuknya telah mengubahsuai gambar asal tersebut dengan menjauhkan jarak kedudukan kepala Ahmad Fauzee dengan leher Sharmaine Farouk, dan kemudiannya menambah efek seolah-olah gambar tersebut terkoyak. Kulit VCD itu tidak mencetuskan kontroversi. Sama ada masyarakat 2000-an sudah lebih berfikiran terbuka, atau pengubahsuaian gambar itu berjaya mengejek tindakan pengharamannya pada 1994.

Sesiapa yang belum menonton filem Panggilan Pulau versi 1994 mungkin tertanya-tanya benarkah terdapatnya adegan cium leher yang mencetuskan kontroversi itu? Jawapannya: tiada. Ahmad Fauzee tidak mencium leher Sharmaine Farouk, dia cuma mencium bibirnya sahaja!


Kulit album soundtrack rekaan baru (kiri) dan Kulit VCD (kanan)


Adegan daripada filem
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 04:56 PM | Show all posts
FHM 100 Sexiest Women (2006)


Majalah FHM Malaysia meneruskan keluaran khas tahunan siri 100 Sexiest Women In The World yang telah dipilih oleh para pembacanya. Berikut adalah senarai selebriti wanita tempatan (Malaysia, Singapura, Brunei & Indonesia) dan nombor kedudukan mereka dalam siri pemilihan 100 wanita paling seksi di dunia bagi tahun 2006.

4. Hannah Tan
9. Amber Chia
10. Denise Keller (Singapore)
14. Daphne Iking
18. Jojo Struys
20. Sarah Tan (Singapore)
25. Maya Karin
35. Marion Caunter
43. Gloria Ting (Miss Malaysia World 2004)
49. Yasmin Hani
54. Emmeline Ng (Miss Malaysia World 2005)
58. Dhanya Nambiar (TV host)
59. Teh Choy Wan & May Wan (TV host & model)
61. Sazzy Falak
66. Nita (Malaysian Idol finalist)
72. Dawn Yeo (Singapore)
77. Chermaine Poo (2nd runner up Miss Malaysia Universe 2005)
95. Elaine Daly (Miss Malaysia Universe 2003)
99. Nasha Aziz

* nama bold = pertama kali masuk senarai

Selebriti wanita nombor 1 paling seksi 2006 ialah Scarlett Johansson.


Amber Chia, Yasmin Hani & Elaine Daly

Nota tambahan:
Pada tahun 2007, majalah FHM Malaysia telah menukar nama keluaran khas tahunan 100 Sexiest Women In The World kepada 100 Most Wanted Women In The World. Tidak dapat dipastikan sama ada penukaran nama tersebut adalah atas kehendak mereka sendiri atau atas arahan pihak berkuasa. Sekiranya melihat kepada aspek pemasaran, tentulah perkataan Sexiest akan lebih menarik perhatian ramai pembaca berbanding perkataan Most Wanted. Jadi kemungkinan besar perkataan Sexiest tidak lagi dibenarkan untuk keluaran khas FHM Malaysia ini selepas tahun 2006. Selaras dengan penukaran nama tersebut, keluaran khas 100 Most Wanted Women In The World 2007 dan seterusnya tidak lagi diterbitkan dalam buku yang berasingan tetapi telah dijadikan sebahagian daripada isi kandungan majalah yang biasa.

Berikut adalah nombor kedudukan paling atas bagi selebriti wanita tempatan dalam pemilihan 100 Most Wanted Women In The World 2007 hingga 2010:

2007 - Yasmin Hani (no. 9)
2008 - Sarah Mui Lian (no. 3)
2009 - Pamela & Vanessa Chong (no. 1)
2010 - Hannah Tan (no. 1)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 04:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 04:58 PM | Show all posts
RTM haramkan lagu Paul Lekakis (1991)
31 Januari 1991, sebelum tarikh itu perkataan kungfu mungkin tak begitu diketahui ramai. Malah lirik lagu-lagu yang mengandungi perkataan tersebut juga bebas disiarkan oleh sesetengah siaran radio yang kurang peka. Buktinya, lagu berjudul Boom Boom, Let's Go Back To My Room nyanyian penyanyi Amerika, Paul Lekakis yang menjadi begitu popular ketika itu, hinggakan Paul sendiri hadir mempromosi albumnya di Kuala Lumpur.

Lagu "Boom Boom" mengandungi lirik seperti "Everytime you kungfu with me, The kungfu is a boom boom, Can you see it's kungfu queen me, and feel my desire", di siarkan tanpa tapisan oleh stesen radio RTM sehinggalah mendapat teguran daripada seorang pendengar. Menariknya lagi, pendengar tersebut menghantar faksimili kepada Utusan Malaysia lirik lagu tersebut berserta terjemahan Bahasa Melayu yang ditulisnya sendiri! Yang kemudiannya disiarkan tanpa tapisan oleh akhbar tersebut! Contoh terjemahan: "Kali kedua kau datang kepadaku, Persetubuhan itu sangat boom boom".
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.064212 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list