CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88623|Reply: 751

Shila Hamzah gosip bercinta dgn sharnaz Kah hari itu?

  [Copy link]
Post time 15-12-2011 11:54 PM | Show all posts |Read mode
Saya ingat ingat lupa ttg gosip minah ini, namun tadi saya ada nampak wanita ini berjalan dgn sharnaz ke apa nama mamat berlakon drama itu.

Namun bertiga, ada wanita remaja lain bersama mereka untuk cover line. Mungkin adik perempuan sharnaz itu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2011 12:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nadia90 at 16-12-2011 00:12

Shila Amzah Sedang Mengenali Hati Sharnaz Ahmad




KUALA LUMPUR, 13 DISEMBER 2011: Penyanyi, Shila Amzah, 21, akui sedang mengenali hati budi pelakon Sharnaz Ahmad atau Sharnaz Basir Ahmad, 26, yang sebelum ini hangat dikaitkan dengan gosip bersama.


Bukan hendak menafikan hubungan cintanya dengan jejaka tersebut, tetapi pelatun lagu Patah Seribu itu berkata, hubungan mereka masih diperingkat awal untuk dikategorikan sebagai bercinta.


"Saya benar-benar mula mengenali Sharnaz dan berkawan dengannya sejak dia berlakon dalam klip video single, Patah Seribu, Julai lalu.


"Apa yang boleh saya katakan, kami kini memang berkawan rapat dan ketika ini adalah peringkat untuk kami mengenali hati budi masing-masing.


"Saya suka berkawan dengannya kerana kami senang dan selesa untuk berbicara apa sahaja. Saya dapati juga kami serasi dan ngam apatah lagi dia seorang yang pandai membawa diri dalam apa jua situasi.


"Namun saya tak rasa kami akan pergi jauh dalam masa terdekat, kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.


"Lagipun terlalu sukar untuk mengungkap kata cinta itu kerana ianya akan datang sekali dengan komitmen. Terus-terang buat masa sekarang saya belum bersedia untuk memberikan komitmen itu," katanya ketika dihubungi murai.com.my


Bagaimanapun, Shila Amzah berkata dia tidak menolak jika pada masa akan datang, dia ditakdirkan untuk mempunyai hubungan serius iaitu bercinta dengan jejaka tersebut.


"Sebenarnya selepas bekerjasama menjayakan klip video Patah Seribu, kami tidak lagi berjumpa sehinggalah kami dipertemukan kembali ketika Anugerah Skrin 2011 yang lalu.

"Kebetulan pula, kami lalu di karpet merah secara serentak dan seiringan. Masing-masing pula memakai pakaian dari tema warna yang sama iaitu unggu.


"Kami tak merancang untuk memilih warna baju yang sama. Tapi bila saya tanya kepadanya mengapa memilih unggu, rupa-rupanya warna tersebut adalah warna kegemarannya.


"Saya sudah dapat mengagak, orang atau pihak media sudah mula membuat andaian yang kami ada hubungan cinta walaupun hakikatnya tidak.

"Namun kita tidak boleh menjangka dengan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.


"Tapi apa-apa pun biarlah saya ambil masa untuk mengenalinya luar dan dalam sebelum meneruskan hubungan cinta yang serius ," tambahnya lagi.


Selepas Anugerah Skrin 2011, pasangan dua sejoli itu kemudiannya turut tampil berpasangan ketika majlis Fun Fearless and Fabulous anjuran majalah fesyen dan gaya hidup Cosmopolitan, baru-baru ini.


Shila Amzah kini sedang dalam proses untuk menyiapakn album studio penuh miliknya yang dijangka lahir pada Mac tahun hadapan.

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:08 AM | Show all posts
theyols mmg klu berjalan2 selalu bawak siapa2 katanya tak nak kena gosip :@

ai hate yu chilla
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:08 AM | Show all posts
Sharnaaz Akui Tertarik Dengan Shila Amzah



Sharnaaz Ahmad
PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad, 26, mengakui tertarik dan selesa berkawan rapat dengan Shila Amzah, 21, kerana penyanyi itu memiliki kriteria-kriteria wanita idamannya yang layak dijadikan sebagai calon isteri.

Sharnaaz berkata, hubungan akrab yang dijalinkan sejak terlibat dalam klip video “single” lagu penyanyi itu, Patah Seribu, turut direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

"Baik daripada pihak keluarga Shila mahupun keluarga saya, mereka menerima perhubungan akrab ini dengan baik tetapi kami belum sampai ke tahap bercinta tau.

"Masih terlalu awal untuk menjalinkan hubungan itu (cinta) kerana masing-masing mempunyai matlamat tersendiri dalam mengejar impian kami. Tambah pula Shila masih muda dan semestinya banyak perkara yang perlu dia laksanakan untuk mengumuhkan kerjaya nyanyiannya itu," katanya yang ditemui pada pelancaran drama Bicara Hati di Ampwalk, di sini, Khamis.

Tambah Sharnaaz, hubungan akrab antaranya dan Shila timbul kerana anak kepada penyanyi ND Lala itu memiliki karakter yang sama dengannya iaitu seorang yang 'gila-gila' tetapi berfikiran jauh mengenai perancangan masa hadapan.

"Walaupun berada di bidang yang berbeza, matlamat kami adalah sama. Apabila saya bercerita tentang keterujaan saya dalam lakonan, dia pula berkongsi cerita tentang kerjayanya itu dan saya lihat kami begitu serasi," ujarnya.


Shila Amzah
Beritahu pelakon yang ingin menamatkan zaman bujangnya sebelum usia 30 tahun itu, dia dan Shila belum pernah keluar berdua-duaan sebaliknya mereka sering ditemani ibu atau salah seorang daripada keluarga Shila.

Sharnaaz juga kagum dengan cara didikan yang diterima Shila yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan.

Sementara itu, Sharnaaz bersama pelakon Christina Suzanne, Marsha Londoh dan Lash Mokhtar bakal muncul dengan sebuah drama yang diadaptasi daripada sebuah novel, Bicara Hati, arahan Osman Ali, yang masih lagi dalam penggambaran.

Bicara Hati mengisahkan tentang kisah cinta yang terjalin kerana wang dan kuasa di mana Tengku Shahran, lakonan Sharnaaz terpaksa berkahwin secara kontrak dengan Zahlia (Christina).

Drama sebanyak 26 episod itu akan bersiaran setiap Selasa, pukul 9 malam, mulai 3 Januari tahun depan menerusi saluran Astro Prima (105).
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:08 AM | Show all posts
bang chanaz , mek jing tak merestui hubungan uols berdua :@ :@ :@

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2011 12:15 AM | Show all posts
sharnaaz kacak orangnya....
mirip bintang bollywood...
shila amzah pun comel...
suara pun sedap...
kalau mereka bercinta pun bagi abang memang sesuailah....
harap harap kekal ke jinjang pelamin...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:22 AM | Show all posts
theyols mmg klu berjalan2 selalu bawak siapa2 katanya tak nak kena gosip

ai hate yu chilla :lo ...
jingga007 Post at 16-12-2011 12:08 AM


HEPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP!!!!:@ :@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2011 12:26 AM | Show all posts
HEPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP!!!!
bayieng Post at 16-12-2011 00:22



    alamakkk kakak chilla dah mai
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:27 AM | Show all posts
alamakkk kakak chilla dah mai
jingga007 Post at 16-12-2011 12:26 AM


smp ke sini uols ngata adik iolssss
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:30 AM | Show all posts
Reply 10# bayieng


    haishhh

aiols ok je la dgn adik uols tu... kecoli dgn bab2 chanaz aiols jmp chilla ok jahhh xda nk cakar rimau dkt dia pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:32 AM | Show all posts
Reply  bayieng


    haishhh

aiols ok je la dgn adik uols tu... kecoli dgn bab2 chanaz  ...
jingga007 Post at 16-12-2011 12:30 AM


calar sikit je adik iols tu....uols jaga...iols koyakkan result SPM uols nnt. erkkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:33 AM | Show all posts
mereka berjalan bertiga sbb bila berdua2an akan ada orang ketiga iaitu syaitan
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:34 AM | Show all posts
Aku suka klu dkrg jd kapel!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:35 AM | Show all posts
Reply 12# bayieng


    haishh dari ai cakar chilla... baik ai cakar chanaz ... aummm


heppp apa kena mengena result spm ai dgn chilla
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2011 12:37 AM | Show all posts
Anyway ramai lah pula artis artis mencapub di klcc minggu ini.
Minggu ini saya ada lihat ifa Radziah , tomok, shila,sharnaz dan pasangan paling meletup norman dan memey.

Secara jujur nya memey dan norman sgt sepadan , mereka nampak lebih hensem dan cantik di luar sana. Memey pun tinggi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2011 12:38 AM | Show all posts
Reply  bayieng


    haishh dari ai cakar chilla... baik ai cakar chanaz ... aummm


he ...
jingga007 Post at 16-12-2011 12:35 AM


saje je...xde bahan lain dh nk buat modal ugutan

uols nk cakar chanazz kt bhgn dada kan?? ala2 cakaran harimau lomentik gitteww. errkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:38 AM | Show all posts
...asal aku x pernah jupe artis...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2011 12:39 AM | Show all posts
saje je...xde bahan lain dh nk buat modal ugutan

uols nk cakar chanazz kt bhgn dada kan??  ...
bayieng Post at 16-12-2011 00:38



   kejissss sgt

errr noks dada heols bervulu okes.... tak sanggup nk cakar... takut tertarik vulu dada heols...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2011 12:41 AM | Show all posts
Sharnaz itu agak tinggi, tgk dalam drama apa entah dahulu, sindarella? Mcm kateik sahaja.

Dan agak kelam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.140550 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list