"Majlis Pelancaran MFace telah berlangsung di Double Tree Hotel di sini malam tadi. MFace merupakan produk keluaran Syarikat milik AC Mizal dengan usahasama MBI International, sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di dunia."
Aku check MBI International ( http://www.mbiv2u.com/mobile/home.html ) tak penah dengar pun product derang ni (kalo mmg femes, mintak maaf la ye... semorang yg aku kenal pakai BB, Iphone, Samsung ala2 big 5 je... so far tak penah lagi la nampak saper2 pakai MBI, Nepal jaga pintu gate pun pakai BB tau... ) .....
pastu mengikut company profile :
"MBI is a group of companies engaged in various businesses in plantation, marketing, consulting and research of the castor oil, textile, fashion industry, mobile phones and consumer electronics products businesses in Malaysia as well as abroad."
macam takde kene mengene pun pasal keje2 micro blogging memblogging ni ...
kredit : klpos.com
MFace Bukti Kejayaan Anak Malaysia. Thursday, 22 December 2011 02:58 Radhi Razak
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Majlis Pelancaran Laman Sosial Pertama keluaran Malaysia MFace berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran puluhan media. Malah program tersebut turut dihadiri 60 artis tempatan bagi menyokong produk keluaran Dato' AC Mizal tersebut. AC Mizal dalam ucapannya memberitahu, MFace adalah satu usaha beliau dalam membuktikan kemampuan anak Malaysia mengeluarkan produk sendiri yang mampu bersaing dengan produk-produk lain termasuklah Laman Sosial No. 1 Dunia, Facebook. Mengakui ianya satu langkah yang mencabar, AC walaubagaimanapun mendakwa MFace mempunyai daya tarikan dan kelebihan yang tersendiri dengan penggunaan yang lebih efektif. [VIDEO DI SINI]
Rata-rata artis yang hadir turut akan menjadikan MFace sebagai salah satu platform utama perhubungan bersama peminat-peminat mereka. Antara selebriti tersebut adalah Adlin Aman Ramli, Linda Rafar, Azza Elite, Hazama, Ariel, Afdlin Shauki dan ramai lagi. Ariel AF7 yang merupakan salah seorang individu yang hampir dengan AC berkata, beliau amat kagum dengan kejayaan AC Mizal sehingga mencapai ke tahap yang tinggi sebegini. AC kata beliau telah menjadi inspirasi rakyat Malaysia untuk mengorak langkah memajukan diri dan beliau akan mengambilnya sebagai salah satu tanda arah dalam mencapai kegemilangan dalam bidang seni yang diceburi. [VIDEO TEMURAMAH BERSAMA ARIEL] Reaksi yang sama turut diberikan Azza Elite yang terkejut dengan keberanian beliau mencipta satu Laman Sosial sedemikian dan tidak pernah terfikir akan ada anak tempatan yang mampu melakukannya. "Azza turut mendoakan kejayaan Abang AC dan akan terus menyokong usaha beliau." katanya.
Majlis Pelancaran MFace telah berlangsung di Double Tree Hotel di sini malam tadi. MFace merupakan produk keluaran Syarikat milik AC Mizal dengan usahasama MBI International, sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di dunia. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Laman Sosial MFace boleh mendaftar di http://mface.me/ |