CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Ulasan Pasaran: FBM KLCI ditutup lebih rendah

[Copy link]
Post time 21-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
  Kebimbangan krisis hutang Eropah wujud suasana negatif pasaran serantau\rPRESTASI pasaran saham di Bursa Malaysia mencatatkan penutupan di paras lebih rendah semalam ekoran jualan cergas di kebanyakan kaunter mewah menjelang cuti akhir tahun.\r\n\n\n\n\r  Ekoran persekitaran ekonomi di luar negara yang goyah, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 12.61 mata atau 0.853 peratus kepada 1,465.17. \r  Ia dibuka pada 1,475.87, dan berlegar antara 1,464.31 hingga 1,476.41 sepanjang dagangan semalam.\r\n\n\n\n\n\rKetua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata pasaran tempatan mengalami tekanan ekoran sentimen negatif dalam kebanyakan pasaran serantau berikutan kebimbangan yang memuncak kemungkinan situasi hutang kerajaan Eropah bertambah buruk. \r“Fitch Ratings meletakkan penarafan kredit tujuh negara Eropah dalam pemerhatian menurunkan penarafan ditambah kemungkinan Standard & Poor akan menurunkan penarafan bagi 15 negara anggota zon euro esok,” katanya.\rBeliau berkata, prospek pasaran global menjadi bertambah suram apabila indeks pengurus pembelian perkilangan China menunjukkan kegiatan kilangnya berkurangan pada Disember. \rSaham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 429 berbanding 328 manakala 299 kaunter tidak berubah dan 424 yang lain tidak diniagakan.\rJumlah dagangan mencatat peningkatan sedikit kepada 1.642 bilion saham bernilai RM738.23 juta daripada 1.601 bilion saham bernilai RM1.03 bilion semalam.\rIndeks Kewangan turun 98.39 mata kepada 13,080.61, Indeks Perladangan susut 38.95 mata kepada 7,849.12 dan Indeks Perusahaan merosot 14.97 mata kepada 2,650.37.\rIndeks FBM Emas jatuh 66.391 mata kepada 10,050.52, Indeks FBM Mid 70 turun 3.109 mata kepada 11,077.44 dan Indeks FBM Ace susut 21.19 mata kepada 4,079.58.\rAntara kaunter cergas, Astral Supreme turun 1.5 sen kepada 20.5 sen dan JCY naik tiga sen kepada 91 sen.  \rBagi, saham berwajaran tinggi, Maybank menokok dua sen kepada RM8.24, CIMB turun 15 sen kepada RM6.90, Sime Darby susut dua sen kepada RM8.99 dan Axiata jatuh satu sen kepada RM4.99.  \rJumlah dagangan dalam pasaran utama bertambah kepada 944.79 juta saham bernilai RM679.44 juta daripada 810.38 juta saham bernilai RM886.46 juta yang dicatatkan kelmarin.\rPasaran ACE mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 358.76 juta saham bernilai RM27.98 juta daripada 367.85 juta saham bernilai RM54.035 juta yang diurus niaga sebelumnya. \rWaran mengecil jumlahnya kepada 335.96 juta saham bernilai RM30.32 juta daripada 397.208 juta unit bernilai RM67.953 juta kelmarin.\rBarangan pengguna menyumbang 158.69 juta saham yang diniagakan dalam pasaran utama, barangan perusahaan 288.82 juta, pembinaan 59.19 juta, perdagangan dan perkhidmatan 215.13 juta, teknologi 53.49 juta, prasarana 16.04 juta, kewangan 56.90 juta, hotel 332,400, harta 67.18 juta, perladangan 20.84 juta, perlombongan tiada, REIT 5.25 juta dan dana tertutup 83,200. –  BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.076698 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list