CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

Tareq nafi cuba bunuh Maliki

[Copy link]
Post time 21-12-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
13 pengawal peribadi akui  komplot\rBAGHDAD: Krisis politik Iraq bertambah serius selepas Presiden Nuri al-Maliki menuduh Naib Presidennya, Tareq al-Hashemi merancang pembunuhannya disusuli penafian pemimpin kanan itu dan menyebabkan blok parti sekular Iraqiya memutuskan untuk memboikot mesyuarat Kabinet.\r\n\n\n\n\rDua hari selepas tentera Amerika Syarikat berundur daripada pengurusan dalaman Iraq, keadaan politik negara Teluk itu  menjadi tidak menentu menjelang sambutan ulang tahun pertama pembentukan kerajaan perpaduan puak Sunnah, Syiah dan Kurdis.\r\r\n\n\n\n\nPerbalahan antara Maliki dan Tareq menyusuli kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Saleh al-Mutlaq, seorang Sunnah, menyifatkan Presiden sebagai ‘diktator baru’ Iraq.\rMaliki kemudian menggesa Saleh dipecat dan kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadap Tareq kelmarin. \rAhli perundangan bersetuju membincangkan usul pemecatan Saleh pada 3 Januari depan, manakala ada pemimpin kanan lain menggesa mereka berunding bagi menamatkan sengketa.\r“Saya bersumpah bahawa saya tidak pernah melakukan dosa terhadap warga Iraq,” kata Tareq pada sidang media di wilayah Kurdis, Arbil.\r\n\n\n\r“Saya cadang kes terhadap saya dibicarakan di Kurdistan. Saya sedia dibicarakan jika ia dipersetujui,” katanya ketika Rumah Putih turut gusar dengan perkembangan terbaru itu.\rDuta Amerika ke Iraq, James Jeffrey mengadakan pertemuan dengan pemimpin Iraq mengenainya, tetapi pejabat Maliki menolak untuk menarik balik dakwaan terhadap Tareq.\rSekurang-kurangnya 13 pengawal peribadi Tareq ditahan sejak beberapa minggu lalu. Pejabat Tareq berkata, tiga daripada mereka terus ditahan selain mengecam langkah anggota keselamatan mengadakan sekatan masuk ke rumahnya.\rTelevisyen rasmi menunjukkan rakaman pengakuan beberapa pengawal peribadi Tareq bahawa pemimpin merancang serangan ganas dan dibantu Naib Presiden.\rTareq turut menyarankan perwakilan Liga Arab turut sama dalam siasatan ke atasnya termasuk soal siasat selain menyifatkan pengakuan pengawal peribadi itu sebagai palsu dan ‘dipolitikkan.’\rSpeaker Parlimen dan Presiden Kurdis, Massud Barzani menggesa semua pihak  yang bertelagah memilih untuk ke meja rundingan. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.064774 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list