CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)

  [Copy link]
Post time 31-12-2011 12:05 AM | Show all posts
AL-Fatihah untuk kawan fizzi n mak cokolat... tazkziah... moga kalian tabah n sabar di atas kehilangan insan tersayang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2012 11:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by wawin at 1-1-2012 11:02

al fatihah. takziah kepada yang kehilangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2012 10:06 PM | Show all posts
Bengang dengan sikap Harris yang sungguh menjengkelkan, Azah tidak betah berada di dalam pejabat lagi. Segera dia meluru keluar dari pejabatnya menuju ke gudang yang terletak di belakang pejabat. Sewaktu keluar tadi, sengaja pintu pejabat dihempasnya sekuat mungkin. Biar Harris yang sedang duduk berhampiran pintu itu dengar!

Azah sudah hilang sabar kali ini. Lelaki itu memang mangkuk pecah! Dia fikir semua kerja sambil lewa, suka-suka cakap tak ada..lepas tu cakap ada pulak! Dia ingat aku ni tak ada kerja lain? Azah melewati pintu masuk gudang tanpa menghiraukan beberapa pasang mata yang memandangnya.

Mukanya yang masam mencuka saja buat semua orang takut hendak menegurnya. Ramesh yang selalu menegurnya pun, tidak jadi hendak berbuat demikian bila melihat bahasa tubuh Azah. Muka masam cemberut dengan tangan yang erat memeluk tubuh.

Azah menarik nafas dalam-dalam. Bengong punya Harris! Bodoh! Azah tidak peduli jika kata-kata cacinya melampau. Memang orang macam Harris tu, selayaknya dapat kata caci macam ni! Gumam hati Azah geram.

Sewaktu sampai ke pintu keluar gudang di hujung gudang pula, tiba-tiba kelibat Harris yang sedang menuju ke kantin kelihatan bersama Md. Noor. Harris menoleh seimbas lalu ke dalam gudang. Lalu ternampaklah Azah yang sedang ‘bersiar-siar’ di dalam gudang itu.

Azah mendengus kemudian segera berpaling kea rah lain. Aku dah naik menyampah tahap gila tengok muka kayu reput ni! Harris yang perasankan pandangan Azah yang mencemuhnya dalam diam, hanya sekadar menjeling.

Azah tidak dihiraukannya. Kakinya terus melangkah bersama lagak mukanya yang tenang. Peduli apa aku? Ada aku kisah??? Lantaklah dia kalau dia nak berangin satu badan pun! Macam mak nenek! Bentak hati Harris.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2012 10:07 PM | Show all posts
Sejak dari pergaduhan tempohari, Harris perasan yang Azah bersikap dingin padanya. Tengok mukanya pun tak nak. Makan pun tak nak ajak…Harris sedar, dia juga bersalah dalam soal itu. Tapi, untuk membuka mulut melontarkan kata-kata maaf, berat sungguh hatinya untuk berbuat demikian.

Kalau Azah lalu di depan biliknya pun, dikerlingnya pun tidak bilik Harris. Seolah-olah dalam bilik Harris ni ada puaka tebing biru yang sedang menunggu agaknya. Harris juga, dalam diam-diam cuba memperbaiki hubungan yang keruh itu juga.

Setiap kali Azah bersembang dengan Din ataupun sesiapa saja dalam pejabat itu, Harris akan mengambil kesempatan untuk menempel sama dalam perbualan itu. Niatnya satu. Mahu berbual seperti biasa dengan Azah. Tapi, lain pulak jadinya.

Tiap kali Harris masuk daun dalam geng mereka, Azah terus jadi bisu. Perbualan yang rancak akan bertukar menjadi perlahan sebaik dia tiba. Bukan Harris tidak perasan hal itu. Marah sungguh budak tu kat aku….

Hari ini pula, dia dan Azah dikehendaki mewakili jabatan mereka untuk menghadiri satu mesyuarat. Azah yang tiba agak lewat ke mesyuarat itu hampir-hampir tidak dapat duduk kerana bilangan kerusi yang terhad.

Lantas, Harris segera bertindak  menjadi hero. Waktu Azah masuk ke bilik mesyuarat, Harris segera bangun lalu memberikan kerusinya kepada Azah. Kemudian Harris sendiri keluar dari bilik mesyuarat mencari kerusi baru untuknya.

Dan Azah, terus saja duduk dengan muka selamba tanpa mengucapkan terima kasih. Harris duduk di sebelah Azah selepas mendapatkan kerusi dari unit berdekatan. Namun, Azah masih dingin juga terhadapnya.

Sabar sajalah Harris oii….Perempuan…macam kerak nasi. Keras-keras macam mana sekalipun, esok lusa lembutlah dia. Dan Harris juga percaya, sikap Azah itu tidak lama. Mereka berdua bekerja bersama, macam mana pun, pasti akan berjumpa setiap hari. Dan Azah harus bersedia menerima arahannya bila-bila masa selaku Assistant Head of Operation.

Tanpa sedar, Harris mengulum senyum simpul di dalam mesyuarat itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2012 10:07 PM | Show all posts
Masa yang berlalu menjadikan Azah semakin mahir dalam tugasannya. Tak susah bagi Azah kerana dia sendiri seorang yang cepat belajar. Lantaran itulah, sejak dari peristiwa pertengkaran tempohari, Azah sudah kurang bercakap dengan Harris.

Semua kerja dilakukannya sendiri. Jika dia tidak tahu tentang sebarang perkara, dia akan bertanya terus kepada pekerja bawahan. Tidak sekali-kali dia akan bertanya kepada Encik Rashid dan Harris si mamat beku yang sejuk dingin itu. Ceh! Macam iklan aiskrim pula!

Rasanya, setakat ini misinya untuk  tidak bercakap dengan Harris berjaya dilaksanakannya dengan cemerlang. Hmm…putih matalah orang tu, tak dapat bercakap dengan aku! Hahahahah!!! Azah senyum penuh makna.

Deringan telefon secara tiba-tiba membantutkan angan-angan Azah. Segera dia melihat kea rah telefon berwarna pinknya. Nama Aina segera terpapar di ruang skrin. Apa lagi budak ni….

“Hello…” sapa Azah sebaik panggilan di jawab. Diam. Tiada suara yang kedengaran. Kemudian terdengar bunyi sedu sedan di hujung talian pula. Berkerut dahi Azah berfikir. Kenapa ni??

“Aina….” panggil Azah perlahan.  Namun masih diam.

“Na…” panggilnya sekali lagi. Bunyi sedu sedan itu makin jelas kedengaran di telinganya. Azah mula tidak sedap hati.

“Kak ngah….boleh ambik Aina tak sekarang? Aina  kat KLCC….” kata Aina di hujung talian. Makin hairan hati Azah.

“Buat apa kat KLCC? ” soal Azah hairan. Aina diam sejenak sebelum menyambung kata-katanya.

“Aina dah clash dengan Shahrul….dia tinggalkan Aina kat KLCC ni sorang-sorang…” sedih suara Aina . Mata Azah membuntang luas. Nafasnya terhenti seketika.

“Kau jangan pergi mana-mana! Tunggu situ, ” tergesa-gesa, Azah meluru keluar dari pejabatnya dengan beg yang tak sempat di sandang ke bahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2012 10:08 PM | Show all posts
“Bodoh….bangang….” kutuk Azah lagi sambil memicit-micit kepalanya. Aina di sebelahnya diam tak berkutik. Dia pun sudah lali dengan perangai angin puting beliung kakak nombor duanya ini. Kalau dia sedang marah, memang macam –macam kata kesat akan keluar dari mulutnya. Padahal, mak dan abah sudah mengajar mereka agar menjadi lemah lembut.

Mereka empat beradik. Semuanya perempuan. Dan si nombor dua inilah yang kepala angin sedikit! Kalau Azah marah, memang mereka bertiga diam saja. Tidak berani bersuara.

“Dari dulu aku dah cakap, tak payah gatal-gatal nak bercinta. Umur kau tu, baru 19 tahun. Banyak lagi benda lain yang kau perlu buat! Ini, sibuk nak bercinta….Alih-alih, kena tinggal macam ni! Kau tak malu ke Aina…” marah Azah lagi.

Hatinya juga sakit bila mengenangkan adiknya diperlakukan sedemikian. Kalaulah dia dapat bertemu dengan si Shahrul itu sekarang, mahu saja di hadiahkan lelaki itu penampar. Biar bersepai gigi budak lelaki itu! Lelaki apa namanya kalau tinggalkan perempuan kat tepi jalan sorang-sorang! Sungguh tak bertanggungjawab!

Aina diam lagi. Dia tunduk. Hatinya tak sudah-sudah  menyesali perbuatannya. Tapi, mujurlah TUhan telah menunjukkan kepadanya sikap Shahrul yang sebenar. Kalaulah dia sudah berkahwin dengan Shahrul, kemudian Shahrul meninggalkannya seperti itu….mahu menangis seisi keluarganya nanti.

“Aina minta maaf kak Ngah…” tutur Aina perlahan. Kereta mereka sedang menghala ke asramanya di Kelana Jaya. Aina yang tidak berapa tahu selok belok Kuala Lumpur, terpaksa menghubungi Azah untuk menghantarnya pulang ke asrama. Kalau hendak harapkan dia mencari bas, entah-entah sampai tahun depan pun belum tentu sampai ke asrama.

“Lepas ni, jangan pandai-pandai nak keluar merayap. Kalau nak keluar jugak, bagitahu angah dulu. At least, aku tahu kau kat mana…Faham?” soal Azah. Marahnya dikawal. Hendak dimarahi adiknya pun, tak betul juga.  Azah menarik nafas resah, kemudian menghembus nafasnya lemah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-1-2012 10:08 PM | Show all posts
Harris masuk ke bilik Azah. Kosong! Komputer Azah masih terpasang. Barang-barangnya juga masih ada di atas meja. Ke mana budak ni pergi?

Harris keluar dari bilik itu lalu terus menuju ke arah Ching, penyelaras jabatan itu.

“Ada nampak Azah?” soal Harris. Biasanya, mana-mana pekerja akan memberitahu Ching jika mereka hendak keluar. Ching menggelengkan kepalanya, tanda tidak tahu. Harris mengetap bibir. Apa yang kau tahu??? Hendak saja ditanya soalan itu kepada Ching. Tapi Harris menapak pula ke meja Miah.

“Mana Azah?” soal Harris kepada Miah yang sedang menyusun timbunan kertas-kertas dihadapannya. Miah memandang Harris.

“Dia tak ada kat bilik dia ke?” itu pula jawapan Miah. Sekaligus menaikkan kemarahan Harris.

“Takde…” geleng Harris. Dia mahukan laporan dari Azah kerana Encik Rashid meminta darinya tadi.

“Aik? Entah…tak tahulah Ris…cuba kau tanya Din…” usul Miah pula. Harris mengetap bibir sambil menarik nafas geram.

“Eh…aku rasa dia keluar kot. Tadi, aku nampak dia galas beg keluar dari office ni…” Md. Noor tiba-tiba menyampuk. Harris berpaling memandang Md. Noor.

“Kemana?” soal Harris pelik.

“Ntah! Dia tak cakap pun…” balas Md. Noor lagi. Harris diam merenung pintu masuk pejabatnya.

“Rindu kat Azah ke?” perli Miah tiba-tiba. Serta merta, Harris terasa darah menyerbu ke mukanya. Cepat-cepat dia beredar dari tempat Miah dengan hati yang dengkel.

Sudahnya, sampai ke petang Harris menunggu Azah, namun gadis itu tak pulang-pulang!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 11:35 PM | Show all posts
haiiii entah bila gamaknya si harris ni nak jatuh cinta kat azah... asik perang dingin jep dorang nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2012 04:15 PM | Show all posts
baca 2 perenggan .... dah tau best
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 04:28 PM | Show all posts
ahhh sesuai harris dan azah ...sama-sama ...ada aku kesah
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 05:17 PM | Show all posts
kena tunggu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 08:24 PM | Show all posts
penantian satu penyeksaan waaaa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2012 08:54 PM | Show all posts
“Kau ke mana semalam?” belum sempat Azah hendak melabuhkan punggungnya ke kerusi, Harris sudah masuk ke biliknya pagi itu  sambil berdiri di hadapannya macam gangster. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya seperti selalu.

Azah dan Harris sama-sama berpandangan. Azah terkedu mendengar soalan Harris yang tegas manakala Harris pula masih menanti jawapan Azah. Gadis itu dilihat menelan air liur pekat.

“ Kot ye pun, tunggulah aku bernafas dulu….” rungut Azah. Dia menyimpan beg sandangnya di dalam laci mejanya. Awal pulak si Harris ni sampai hari ni….Jam di computer di kerling sepintas lalu. Pukul 8.03 pagi. Biasanya, mamat ni datang lambat….Musykil hati Azah dibuatnya.

“Jawab je la aku tanya tu….” marah Harris lagi. Azah menarik nafas resah.

“Aku ada emergency. So aku keluarlah…” kata Azah sambil memandang skrin computer. Dia enggan memandang wajah lelaki beku itu pagi-pagi ini. Nanti hilang pula semangatnya untuk bekerja hari ini.

“Kau boleh tak, lain kali, kalau nak keluar….bagitahu aku dulu! Takdelah aku tercari-cari kau…” marah Harris dalam nada perlahan. Din yang saat itu melewati mereka, terus masuk saja ke bilik Azah tanpa memperdulikan keadaan yang sedang berlaku. Bahu Harris terus dipeluknya.

“Yelah! Yelah! Aku minta maaf! Aku terlupa nak bagitau kau semalam….” tutur Azah perlahan. Dia tahu, dalam hal itu, dia yang bersalah.

Mendengar kata maaf dari mulut Azah, hati Harris menjadi sejuk sedikit. Namun, melihat Din yang berada di sebelahnya, menjadikan egonya naik kembali.

“Main suka-suka je keluar….” bebel Harris lagi. Hendak menunjukkan kemenangannya kali ini.  Din memandang keduanya.

“Kenapa ni?” soal Din prihatin. Atau lebih tepat, paparazzi yang setia mengambil tahu kisah suka duka pekerja-pekerja pejabat itu. Azah diam sahaja.

“Ni  ha…budak ni. Mengular time kerja. Pulak tu, tak bagitau orang…” perli Harris.

“Kalau nak mengular, memang tak payah bagitahu….” tempelak Azah perlahan. Harris pula yang memandang Azah tajam.

“Alah….sudah-sudahlah. Azah dah mintak maaf pun dah cukup baik! Janganlah garang sangat dengan Azah…kau ni Ris…..” Din tiba-tiba membela Azah pula. Azah menoleh, memandang Din. Din dan Azah saling berbalas senyum. Meluat Harris melihatnya.

“Takpe Azah…jangan ambik hati dengan Harris ni. Tengahari ni, abang belanja Azah makan, okey?” pujuk Din. Harris mengetap bibir geram.

“Betul? Kat mana?” soal Azah riang.

“Kita pergi makan rojak dan cendol kat seksyen 9 , nak?” soal Din.

“Nak!” riang Azah menjawab. Harris mendengus, lalu terus keluar dari bilik Azah, meninggalkan Azah dan Din yang kembali berbual.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2012 08:56 PM | Show all posts
Harris yang baru keluar dari keretanya merenung dua orang pekerja yang baru pulang dari makan tengahari. Sebaik pintu kereta ditutup, Harris berjalan beriringan dengan Halim dan Md. Noor. Ternyata, Din membawa Azah keluar berdua sahaja makan tengahari kali itu. Tak guna Din!

“Kau tengok tu….saudagar stokin bulu dah balik…” cemuh Halim sambil memandang Din yang berjalan di hadapan mereka bersama Azah. Md. Noor dan Halim sama-sama ketawa. Tapi Harris diam saja.

Nampaknya Din sudah pandai membawa Azah keluar secara berdua. Kalau dulu, mereka akan keluar beramai-ramai bersama Miah, Halim dan Md. Noor, tapi kali ini mereka keluar berdua saja! Advance!!!

Yang Azah pun satu…tak ada lelaki bujang lagikah dia hendak buat teman untuk makan bersama? Mengapa perlu keluar berdua dengan lelaki yang sudah ada anak 4 ini?

Harris mula mengatur rancangan jahatnya sekali lagi. Kali ini, akan dipastikan Azah pulang lewat! Senang lenang betul dia hari ni keluar makan dengan laki orang….Harris mula merangka kerja jahatnya untuk diberikan kepada Azah nanti.

Hari itu, Harris sengaja menunggu sehingga jam 5.00 petang berdenting. Tepat jam 5 petang saja, dia ke bilik Azah.

“Aku nak export  insurance claim report bulan lepas. ..” kata Harris tegas. Azah memandang muka Harris kaget.

“Bila nak?” soal Azah lagi.

“Pagi-pagi esok aku nak dah siap. Esok ada meeting dengan forwarder. Kau pun kena join sekali dalam meeting tu…” kata Harris tegas. Mukanya tetap memandang wajah Azah yang mula bertukar warna menjadi kemerah-merahan.

“ Kenapa kau tak mintak esok saja?” perli Azah geram. Dah nak balik, baru nak bagitahu? Tadi tak nak cakap awal-awal!

Harris diam, lalu terus keluar dari bilik itu. Ditinggalkannya Azah untuk menyiapkan laporan itu sendirian. Manakala Azah pula, berbakul-bakul makian dihamburkan buat Harris di dalam hati!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2012 08:57 PM | Show all posts
“So, mulai hari ni, anything regarding insurance claim, you just refer to Azah. She’ll be handling all the procedures and documentations. Tak payah cari I lagi..” kata Harris di akhir mesyuarat. Kata-kata Harris semalam menjadi kenyataan bila Azah benar-benar diheretnya sama ke dalam mesyuarat antara syarikatnya dan wakil dari pihak pengurusan kontena.

“Talking about documentation kan Harris…you all boleh tak provide all the documentations for insurance claim, cause now, the process are taking long time you know. Kalau you all dapat bagi documents awal, then we can finish the claim according to the timeframes. ..” pinta Mr. Joseph sambil memandang kea rah Harris. Gadis di sebelah Harris diam saja memerhati perbualan mereka.

“Berapa lama insurance company tetapkan? 60 hari from ETA kan? Tu dah cukup lama untuk you all buat…lagipun, semua documents ada pada you all..” balas Harris kurang bersetuju.

“Look Mr. Harris….you orang lama kat company ni. You pun tau, agents always submit their documents late. Sometimes, more than 60 days from ETA and we have to beg insurance company for consideration tau! I mean, this is not fair to us. You’re the one who want to make the claim, but we are providing the claim for you? By right, we only assist you, not doing the whole thing….” Kali ini Mr. Joseph pula yang tidak berpuas hati.

“No! We agreed before that all documentations will be doing by your side. I tak nak ungkit lagi bab ni. Kalau you nak…you boleh bincang dengan Azah cause she’s gonna take over this task. Just see how she wants to do it…” Harris kemudian memandang Mr. Joseph tajam.

Mr. Joseph memandang kea rah Azah. Mulutnya terkatup dengan kepala yang tergeleng-geleng.

“Okeylah….I discuss dengan Azah saja…” mereka bertiga bangun dan keluar dari bilik mesyuarat. Harris terus masuk ke biliknya selepas itu. Manakala Mr. Joseph pula terus mengekori Azah ke bilik Azah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2012 08:57 PM | Show all posts
“So, mulai hari ni, anything regarding insurance claim, you just refer to Azah. She’ll be handling all the procedures and documentations. Tak payah cari I lagi..” kata Harris di akhir mesyuarat. Kata-kata Harris semalam menjadi kenyataan bila Azah benar-benar diheretnya sama ke dalam mesyuarat antara syarikatnya dan wakil dari pihak pengurusan kontena.

“Talking about documentation kan Harris…you all boleh tak provide all the documentations for insurance claim, cause now, the process are taking long time you know. Kalau you all dapat bagi documents awal, then we can finish the claim according to the timeframes. ..” pinta Mr. Joseph sambil memandang kea rah Harris. Gadis di sebelah Harris diam saja memerhati perbualan mereka.

“Berapa lama insurance company tetapkan? 60 hari from ETA kan? Tu dah cukup lama untuk you all buat…lagipun, semua documents ada pada you all..” balas Harris kurang bersetuju.

“Look Mr. Harris….you orang lama kat company ni. You pun tau, agents always submit their documents late. Sometimes, more than 60 days from ETA and we have to beg insurance company for consideration tau! I mean, this is not fair to us. You’re the one who want to make the claim, but we are providing the claim for you? By right, we only assist you, not doing the whole thing….” Kali ini Mr. Joseph pula yang tidak berpuas hati.

“No! We agreed before that all documentations will be doing by your side. I tak nak ungkit lagi bab ni. Kalau you nak…you boleh bincang dengan Azah cause she’s gonna take over this task. Just see how she wants to do it…” Harris kemudian memandang Mr. Joseph tajam.

Mr. Joseph memandang kea rah Azah. Mulutnya terkatup dengan kepala yang tergeleng-geleng.

“Okeylah….I discuss dengan Azah saja…” mereka bertiga bangun dan keluar dari bilik mesyuarat. Harris terus masuk ke biliknya selepas itu. Manakala Mr. Joseph pula terus mengekori Azah ke bilik Azah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2012 08:58 PM | Show all posts
“You kena tolong kitorang Azah. You know what…agents always submit their documents late. That’s became problem pada kitaorang tau,” kata Mr. Joseph seraya menarik sebuah kerusi untuk membolehkan dia duduk di sebelah Azah.

Azah memandang Mr. Joseph. Sepanjang mesyuarat tadi, jelas pada penglihatannya hubungan antara Harris dan Mr. Joseph tidak begitu baik. Dua-dua pun degil.  Entah sebab apa, Azah sendiri tak tahu.

“Kenapa you tak minta dengan agents awal-awal?” soal Azah. Mr. Joseph dipandangnya.

“Heyy!!! You tau tak Azah…kitorang ni, represent your company tau! Kitorang actually tak ada kena mengena dengan agents. Kitorang tak boleh push agents. It’s you, that have to push all the agents!!! That’s why I said, you have the capacity to provide the documents, but you choose not to do!” tiba-tiba Mr. Joseph menengking Azah.

Azah terkedu memandang Mr. Joseph yang sudah bangun dari kerusi. Kemudian Mr. Joseph terus keluar dari biliknya menuju entah ke mana. Azah pula terpinga-pinga ditinggalkan setelah ditengking sebegitu.

Azah ternganga. Dia tunduk. Aku tahulah aku baru...tak tahu hujung pangkal. Tapi janganlah tengking aku macam ni!!! Arrgghhhhhhh!!!!! Azah menjerit sekuat -kuatnya di dalam hati. Hatinya yang berombak besar cuba dikawal sebaik mungkin. Namun, dia tetap merasakan mukanya semakin berbahang kerana marahnya yang turut naik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2012 09:01 PM | Show all posts
Tidak menunggu lama selepas pemergian Mr. Joseph, Azah terus bangun menuju ke bilik Harris. Terus saja Azah berdiri dekat dengan Harris lalu memandang lelaki itu tajam. Harris kelihatan sedang sibuk membuat kerjanya.

“Hmm??” begitu soal Harris kepada Azah tanpa memandang Azah. Matanya masih di skrin computer dengan jari-jarinya ligat menekan papan kekunci computer.

“Kau dengar si Joseph tu tengking aku tadi?” soal Azah kasar. Bilik mereka berdua cuma bersebelahan, pasti Harris telah mendengar. Harris angguk perlahan-lahan.

“Kenapa kita tak boleh prepare dokumen tu? Semua dokumen ada pada kita kan?”  soal Azah tegas sambil memandang Harris yang masih beku di hadapannya.  Harris diam, masih merenung papan kekunci computer sekali sekala diselangi dengan memandang skrin computer.

“Kau tak payah ubah apa-apa procedures. Dari dulu lagi, diorang yang kena prepare. Kalau diorang ada masalah nak sediakan, kenapa masa meeting dulu diorang sanggup?” ujar Harris acuh tak acuh. Masih enggan memandang Azah di sisinya kembali.

Sekali lagi Azah terasa amat geram dengan jawapan bersahaja Harris. Dia jawab macam tak ada apa-apa masalah yang berlaku! Padahal aku ni yang nak menanggung kata-kata marah dari forwarder nanti.

“Tahun bila diorang sign agreement tu pak cik?? Sekarang, kontena kita makin banyak. Tiap-tiap tahun pun kontena makin lama makin naik….Susah sangat ke nak prepare documents tu..”soal Azah keras. Kali ini, baru Harris menoleh memandang Azah.

“Kalau kau rajin sangat, kau buatlah! Yang kau nak marah-marah ni , kenapa?” soal Harris dengan nada suaranya yang tegas. Pandangan mereka sekali lagi bersatu. Ada riak tegang di wajah Harris.

Mendengar kata-kata Harris, entah mengapa Azah menjadi teramat geram. Air matanya sudah bergenang di tubir mata, menahan geram. Sudahlah tadi dia dimarahi oleh Mr. Joseph, sekarang, mamat beku itu sound direct kepada dia pula? Aku dikatanya marah-marah???

Kali ini, nafas Azah sudah naik turun. Rasanya dia tidak mampu lagi untuk menahan air mata yang mahu tumpah. Hati perempuan sepertinya, meskipun sukar untuk dicalarkan, tapi bila sekali terusik, tak mampu dia menahan empangan air matanya dari melimpah.

“Bengong!!!” hanya itu yang mampu Azah hamburkan di muka pintu bilik Harris. Terjungkit kening Harris dibuatnya bila melihat Azah yang tiba-tiba berlalu dari biliknya dengan tiba-tiba.

“Macam bagus!!!” bentak Harris yang tiba-tiba darjah kemarahannya mula meningkat. Pantas ditolak keyboard komputernya lalu dia terus keluar dari biliknya langsung keluar dari pejabat itu. Pintu pejabat dihempas sekuat hati. Tanda protes dengan tindakan Azah.

Pekerja-pekerja yang berada di pejabat itu berpandangan sesama sendiri sebaik Azah dan Harris menghilang dari pandangan mereka. Bukan mereka tidak dengar perbualan kasar di antara Harris dan Azah tadi.

Semuanya begitu jelas memandangkan suara Azah dan Harris sama-sama kuat. Miah memandang Din terpinga-pinga. Din jungkit bahu, sambil menggeleng. Tak mahu campur tangan antara Azah dan Harris.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2012 09:03 PM | Show all posts
Di bilik stor, Azah menghamburkan tangis semahu-mahunya. Dia mahu menangis sepuas-puasnya hari ini. Dia sudah lama bersabar dengan tingkah laku Harris yang sangat menjengkelkan itu! Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dicekiknya leher si Harris tu!

Azah menyeka airmata yang masih berbaki di matanya. Cepat-cepat dikesatnya dengan hujung blausnya.Ah! Bagaimanalah rupanya saat itu kan? Pasti matanya sekarang bengkak. Jadi, macammana dia hendak keluar dari bilik ini?

Azah merenung segenap isi ruang di dalam stor yang menyimpan fail-fail dan dokumen lama. Lama-lama di situ, bimbang nanti Encik Rashid mencarinya pula. Harris? Arhh…pergi jahanam dengan mamat beku tu! Siang malam pagi petang kerjanya menyakitkan hati orang!

Azah menepuk-nepuk pipinya. Dia bangun, kemudian keluar perlahan-lahan dari bilik stor. Matanya tertinjau-tinjau ke kiri ke kanan. Bimbang terserempak dengan mana- mana pekerja. Tak pasal-pasal, terlihat dek orang pula mukanya yang sembab kerana menangis ni. Hilang cun aku!

Azah mula menapak, mahu menuju ke tandas untuk mencuci muka. Dia berlari-lari anak menuju ke tandas. Sebaik tiba di lorong menuju ke  tandas, terus sahaja dia membelok.

Papp!!! Ahhh….Azah terlanggar seseorang. Matanya buntang memandang lelaki di depannya yang baru keluar dari jalan menuju tandas.

Harris yang juga baru keluar dari tandas lelaki terkejut bukan kepalang bila tiba-tiba badannya dirempuh seorang gadis. Dan gadis itu pula, adalah Azah. Mereka sama-sama terpaku. Kelu. Hilang bicara untuk seketika.

Aduhhhhhhhh…….Azah berlari mecicit masuk ke tandas perempuan yang terletak berhadapan dengan tandas lelaki sambil diperhatikan oleh Harris dengan tercengang-cengang. Malunya aku……kenapa mamat ais beku ni jugak yang aku nak langgar!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2012 09:04 PM | Show all posts
Azah keluar dari pagar syarikat menuju ke keretanya. Kawasan parkir kereta yang pagi tadi penuh kini sudah lengang. Nyata, ramai pekerja sudah pulang.

Azah terus menapak lagi menuju ke keretanya. Hatinya masih bengkak dengan perilaku Harris yang memang muka toya macam buaya tu. Tatkala melewati sebuah kereta, langkah Azah terbantut. Dia memerhati kereta Honda Civic berwarna hitam yang masih tersadai di tebing jalan.

Huhuhu…Azah mengukir senyum sinis sendirian. Niat jahatnya mula datang. Azah berpaling ke belakang memerhati kawasan sekelilingnya. Manalah tahu , kalau-kalau ada pekerja lain juga yang mahu pulang sepertinya.

Namun, saat itu peluang yang ada bagaikan memberi kebenaran kepada Azah untuk melaksanakan rancangan jahatnya. Azah senyum lagi. Kunci keretanya yang masih dipegang dipandang lama. Bibirnya mengukir senyum lebar.

Perlahan-lahan, kereta Honda Civic berwarna hitam itu dihampiri. Kunci ditangan Azah, dilayangkan ke badan kereta Honda Civic tersebut sekeras-kerasnya.

Sreetttttttttt……bunyi kunci yang diseret di kereta itu jelas kedengaran di telinga Azah. Hahahhaa…Azah senyum puas sebaik melihat kesan calar sepanjang 30 cm di badan kereta tersebut.

Ambik kau! Kau ingat kau boleh main-main dengan aku? Jangan buat aku marah ya Encik Harris! Aku boleh bertukar jadi  Ariel Sharon kalau mood aku tak baik!

Azah pandang ke sekelilngnya sekilas pandang. Tiada orang! Senyuman Azah kian lebar, lalu dia cepat-cepat menghala ke keretanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.498838 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list