CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 8-1-2012 09:04 PM | Show all posts
Kesan calar yang sepanjang 30cm itu diperhatikan dengan teliti oleh Harris. Dia terdiam agak lama merenung kesan calar itu. Aku ada langgar ranting kayukah pagi tadi? Tapi, Harris tidak pasti. Lalu, persoalan itu dibiarkan saja terbang di angin lalu. Harris terus masuk ke perut keretanya.

Harris mengundurkan keretanya dari kotak parkir untuk pulang. Seperti biasa, dia menjadi orang yang paling lambat balik dari pejabat. Azah, tepat jam 5.00 petang saja sudah menjinjing begnya keluar dari pejabat. Itu yang Harris nampak sewaktu Azah melintasi depan biliknya tadi.

Azah! Wajah gadis itu yang melanggarnya di hadapan lorong ke tandas segera menjelma di ruang mata. Wajah itu pucat, bersih, hidungnya merah, semerah bibirnya. Matanya, redup dan penuh belas. Barangkali dia menangis.

Akukah punca dia menangis? Hati Harris mula gusar. Keretanya sudah mula menyusur jalan pulang ke apartmentnya. Teruk sangatkah aku ni? Sampaikan dia menangis? Apa yang aku buat?  Dagunya diraup perlahan, sambil menghela nafas lemah. Wajah gadis itu masih bermain di ruang ingatannya.

Boleh dikatakan sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya, wajah Azah menjadi penghias ruang mindanya. Mungkin betul juga kata Azah. Apalah salahnya jika pihak syarikat saja yang menyediakan dokumen itu jika itu akan memudahkan kerja pihak syarikat nanti.

Betul juga kata Azah….tahun berganti tahun, bilangan kontena makin meningkat. Sudah pasti sesuatu pembaharuan patut dilakukan sejajar dengan peningkatan perniagaan. Hmmhh…Harris diam lemah.

Entah mengapa, rasa bencinya pada Mr. Joseph yang pernah menipunya semasa dia mula-mula bekerja di syarikat itu dahulu tidak dapat dikawal langsung setiap kali berhadapan dengan Mr. Joseph. Kali ini, Azah pula yang menjadi mangsa perasaan amarahnya itu.

Rasa bersalah mula menerpa dadanya. Harris diam lagi merenung jalan. Wajah sendu Azah dengan hidung yang merah dan mata yang bengkak langsung tidak dapat dibuang dari ingatannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2012 09:04 PM | Show all posts
cukup! len kali sambung lagi......
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 09:30 PM | Show all posts
Jenuh la harris nk pujuk azah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 09:48 PM | Show all posts
huhu..harris mmg beku laaa
kena pujuk la azah tu cepat2
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 10:35 PM | Show all posts
best..best!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 08:36 AM | Show all posts
agak2nya memang ramai eh lelaki species cam Harris yg hati batu nie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2012 09:55 AM | Show all posts
wuisshh .... melambak jantan cam tuh ....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 10:08 AM | Show all posts
HARRIS pujuk jelah AZAH kan senang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2012 11:16 AM | Show all posts
mata membaca, otak membayangkan apa yg dibaca.  best...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 12:22 PM | Show all posts
Fizz cepat sbg....haku tau ko bz tapi haku tetap kerja ko srh letak n3
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 01:19 PM | Show all posts
sambung please...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 01:36 PM | Show all posts
Salam.

Makin seronok pulak cerita ni.... Teruskan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 04:35 PM | Show all posts
kesian Azah jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 10:44 PM | Show all posts
bila harris nak hilang sejuk beku
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 12:40 AM | Show all posts
azahhh... bila harris mujuk nanti ko jual mahal tau... ajar sket mamat sejuk beku tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 01:38 PM | Show all posts
azahhh... bila harris mujuk nanti ko jual mahal tau... ajar sket mamat sejuk beku tuh...
asyriqa Post at 10-1-2012 00:40


hmm betul... betul  tu azah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2012 08:42 PM | Show all posts
Encik Rashid menggaru-garu kepalanya yang mula gatal. Selepas berbual dengan Ching, penyelaras jabatan sebentar tadi, dia kini di landa kebimbangan. Berita tentang hal-hal pejabat yang berlaku baru-baru ini merunsingkannya.

Sebetulnya, dia agak terkejut bila Ching melaporkan kepadanya bahawa Azah dan Harris sudah 3 kali bergaduh besar sewaktu ketiadaannya. Sepanjang dia berada di dalam pejabat, setakat ini dia tidaklah pula mendengar apa-apa perang mulut antara Azah dan Harris. 2 orang pekerja yang menjadi kepercayaannya.

Barangkali, jika dia ada, Azah dan Harris masih menaruh sedikit rasa segan dan hormat. Jadi, bila dia tiada, mereka berdua bertekak pula. Encik Rashid menopang dagunya bermenung. Fikirannya mula mencerna pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah pekerja bawahannya itu.

Azah dan Harris adalah dua orang pekerja yang berada di kedudukan tertinggi dalam carta organisasi jabatan itu. JIka mereka berdua tidak boleh bekerja bersama, bagaimana pula pandangan para pekerja bawahan. Mujurlah ada Ching yang memberitahunya tentang perkara ini. Hal ini kerana,  tempat kerja Ching terletak paling hampir dengan bilik kedua-dua pegawai itu.

Jadi, sebarang pertelingkahan, pastinya akan jelas kedengaran di telinga Ching. Kalau nak harapkan pekerja lain, takkan mungkin berita itu akan sampai ke pengetahuannya.

Encik Rashid menarik nafas panjang. Dia bimbang, jika hubungan kedua pekerja ini tidak baik, Harris akan berhenti kerja lebih awal dari notisnya. Azah, gadis itu meskipun masih baru, agak sukar dijangka perilakunya. Hmmm….Nafas lemah yang panjang dilepaskan. Tangan Encik Rashid pantas mendail 3 digit nombor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 08:43 PM | Show all posts
“Hello…Harris…jumpa saya sekarang. Panggil Azah sekali,” tutur Encik Rashid. Gagang telefon diletak kembali ke tempat asal. Sebuah plan sudah dirangka. Lagipun, plan ini lambat laun akan harus dilaksanakan juga. Jadi, gunakan saja kesempatan ini untuk membuat budak berdua tu baik semula.

Kedengaran derap tapak kaki menghampiri biliknya dari luar. Wajah Azah dan Harris muncul di pintu biliknya.

“Masuk..masuk…duduk,” Encik Rashid tersenyum sambil mempersilakan kedua pekerjanya duduk di hadapannya. Harris memberi  laluan kepada Azah duduk dahulu. Selepas Azah duduk dengan stabil di sebelah kirinya, barulah Harris duduk.

Encik Rashid tersenyum memandang keduanya sambil mengusap-usap janggutnya yang cuma sejemput. Janggut yang banyak gugur dari tumbuh!

“Ada apa bang?” soal Harris, sambil menyelesakan tubuhnya dengan kerusi empuk di hadapan meja bosnya. Azah di sebelah masih diam. Sejak dua tiga menjak ni, Azah memang enggan berbasa basi dengannya lagi. Merajuk barangkali. Takpun, masih marah….

“Begini….saya nak you berdua, review semua SOP yang ada. Then, kita akan refurbish semua SOP according to our current practices. Then, with that, kita nak apply for ISO untuk jabatan kita…” kata Encik Rashid sambil tersenyum.

Seperti selalu, dahi Azahlah yang akan paling banyak berkerut. Lagaknya, macam anak dara kena paksa kahwin dengan duda tua anak sepuluh! Harris pula, masih berlagak selamba. Dia bersandar sambil menyilangkan tangannya ke dada.

“Mana nak korek semua SOP tu Encik Rashid?” Azah sudah mula gelabah. Paling dia benci, bila dia terpaksa menggerudi semua dokumen-dokumen lama dari  beberapa pekerja lama di situ. Paling teruk, jika terpaksa meminta laporan-laporan itu semua dari si mamat beku disebelahnya ni! Ya hampun…janganlah hal itu terjadi! Tak sanggup dia makan hati lagi!

“SOP yang lama-lama awak ada simpan kan Harris?” soal Encik Rashid untuk mendapatkan kepastian. Harris tergelak kecil, lalu mengangguk.

Azah sudah berpeluh mendengar jawapan Harris. Ini bermakna, dia terpaksa menghadap muka Yang Berbahagia lagi Berhormat Encik Harris ni? Apa entah nama penuh si Harris ni, tak pernah pula diketahuinya!

Melihat anggukan Harris, Encik Rashid senyum. Dia kemudian bangun sambil membetulkan tali lehernya.

“So, saya bagi you masa 2 bulan. Boleh siapkan?” soal Encik Rashid. Harris dan Azah saling mengangguk serentak. Encik Rashid senyum senang hati. Usai kata-kata itu berakhir, Azah dan Harris sama-sama bangun memohon untuk mengundur diri.

Sebaik mereka keluar dari bilik itu, Encik Rashid memandang keduanya sambil mengulum senyum penuh makna.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 08:45 PM | Show all posts
Azah menelan pil panadol Actifast sebanyak 2 biji. Kalau ikutkan sakit kepalanya, mahu saja ditelan satu papan panadol itu. Botol air diletakkan semula ke dalam peti sejuk.

“Migrain lagi?” sapa Yani yang baru masuk ke dapur sambil terus menuju ke sinki. Cawan di tangan dibasuhnya sambil matanya memandang Azah. Kasihan dia melihat kawannya yang seorang itu. Selalu pulang dari kerja dengan muka yang tertekan.

Azah angguk perlahan. Dia beredar menuju ke ruang tamu. Terus direbahkan badannya di sofa ruang tamu. Shitah, yang sedang memeriksa buku latihan anak muridnya memandang ke arahnya.

“Kerja apa kau buat ni Azah. Orang lain pun kerja jugak. Tapi takdelah hari-hari migraine macam kau…” getus Shitah. Azah diam, kemudian memandang Yani yang tiba di ruang tamu pula.

“Entahlah! Kerja aku tu…taklah teruk sangat. Tapi….”

“Aku tau! Aku tau! Mesti kau tension dengan mamat ais beku tu lagi kan?” pintas Yani yang sudah acapkali mendengar cerita Azah. Shitah dan Yani sama-sama berpandangan.

“Kau berdua ni…dari dok bergaduh selalu….cubalah berbaik-baik sikit. Kau tu Azah, cubalah cool down sikit. Janganlah kepala angin sangat…” kata Shitah yang faham benar perangai Azah.

“Aku kau kata kepala angin???” kali ini Azah sudah bangun dari sofa sambil duduk menegak memandang Shitah. Shitah dan Yani tergelak kecil.

“Kan dah cakap…macam sarang tebuan….kena jolok sikit, mengamuk tak tentu pasal…” sambung Shitah pula. Azah baring semula. Dia memicit-micit kepalanya.

“Kalaulah tak kerana gaji aku yang mahal dan susah nak dapat kat company lain ni, aku dah lama berhenti kerja! Tak tahan aku nak kerja bawah mamat beku tu….” keluh Azah perlahan. Shitah dan Yani berpandangan sambil sama-sama saling mengulum senyum penuh makna.

Selaku teman serumah mereka berdua faham benar perangai Azah yang kepala angin. Doa mereka hanya satu, agar satu hari nanti sikap Azah itu akan berubah. Diam-diam, mereka juga teruja untuk mengenali lebih dekat lagi lelaki yang seringkali di gelar ‘mamat beku’ oleh Azah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 08:47 PM | Show all posts
Ching menampal notis yang baru diperolehinya dari Jabatan Sumber Manusia tengahari tadi. Din, Halim dan Harris sama-sama berkerumun membaca notis yang baru ditampal di papan notis.

‘PERLAWANAN FUTSAL CAMPURAN  ANTARA JABATAN’

“Hah! Apa lagi….saat yang ditunggu-tunggu telah tiba!” teriak Din gembira. Mereka membaca perincian notis itu lagi. Pekerja-pekerja lain kemudiannya menyusul tindakan mereka pula mengerumuni notis itu.

Harris beredar ke biliknya sambil diekori oleh Halim dan Din.  Pertandingan futsal campuran itu diadakan setahun sekali. Setiap pasukan harus mempunyai peserta lelaki dan wanita untuk menjadi pasukan yang lengkap. Tahun lepas, mereka terpaksa meng’import’ pemain perempuan dari jabatan lain memandang jabatan mereka tidak cukup kakitangan perempuan.

Namun kali ini, dengan adanya 3 orang pekerja perempuan termasuk Ching, sudah pasti mereka tidak perlu meng’import’ pemain luar lagi.  Waktu ini juga, mereka dapat melihat beberapa awek-awek panas di syarikat itu yang turun padang dan di’bantai’ teruk oleh beberapa kawan-kawan mereka yang nakal ‘terlampau’.

Pernah suatu masa dahulu, seorang kawan mereka yang nakal ‘terlampau’ ini, menendang bola sekuat-kuatnya kepada seorang peserta perempuan yang kebetulannya menjadi penjaga gol. Dahsyat sungguh bunyinya! Kasihannya bukan kepalang mereka kepada perempuan tersebut. Mujurlah badan perempuan itu agak besar. Kalaulah kurus melidi, rasanya sudah bersepai tulangnya di gawang gol.

“Nak masuk tak?” soal Halim kepada dua rakannya.

“Wajib! Aku nak jadi goal-keeper!” kata Din. Badannya memang gagah. Sesuai sangat untuk menjadi penjaga gol.

“Kau?” soal Halim kepada Harris. Harris senyum simpul sambil menggeleng. Jika dia masuk, dia perlu menjalani latihan selepas waktu kerja. Kerjanya pula akhir-akhir ini, banyak sedikit dari biasa.

“Malas ah! Letih…” kata Harris. Bahu Harris ditolak kasar oleh Din. Ini kali pertama Harris tidak menyertai pertandingan itu.

“Lain kali, telan lah tongkat ali banyak sikit!” usik Din. Serentak, ketawa mereka bertiga berhamburan di bilik Harris.

“Bahaya telan tongkat ali! Kau tak apalah sebab dah kahwin. Kalau aku yang minum, tak pasal-pasal menegak karang….kat mana aku nak tala…” Hahahahahahahahahh!!!! Sekali lagi ketawa mereka berhamburan dengan gurauan Harris yang berbaur lucah. Lelaki….tak ada benda lain yang melekat dalam kepala otak!

“Hoii!! Bising ah!!” Azah tiba-tiba muncul dihadapan mereka  dengan muka menyinga sambil menepuk tingkap kaca bilik Harris. Hendak tercabut tingkap kaca itu jadinya. Tawa mereka terhenti lantas mereka saling berpandangan. Masing-masing membuat mimic muka jejaka suci. Seolah-olah, bunyi bising tadi, bukan datangnya dari mereka.

“Azah!!! Masuk futsal!” arah Din tiba-tiba lalu terus menghampiri  Azah. Azah yang terpinga-pinga memandang Din.

“Futsal???” Azah tercengang. Sekilas lalu, Azah tahu Harris sedang merenungnya tajam dari lirikan matanya.

“Sini! Ikut abang…” pamit Din agar Azah mengekorinya. Din ingin menunjukkan notis itu kepada Azah. Harris pula terdiam, sambil merenung langkah Azah yang hilang bersama Din. Hatinya mula berbolak-balik dengan keputusan Din yang mahu menyuruh Azah menyertai pasukan jabatan itu. Hatinya benar-benar bimbang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.079932 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list