CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: genot

Bahasa dan Etnik Mon di Thailand

[Copy link]
Post time 11-1-2012 01:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 11-1-2012 13:50
Rakaman videonya dibuat di Myanmar

Aliran Buddha Theravada disebarkan oleh orang Mon kep ...
genot Post at 10-1-2012 12:15



    Patut la nampak lebih maju n tenang berbanding Malaysia..kalau buat kat Malaysia mesti Melayu marah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2018 04:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lagi...
Mana bahagian yang mengesaskan Mon Khmer adalah Indigenous/Pribumi Kepulauan dan Dataran Melayu/Asia Tenggara ini...
Kenapa Mon tiada bernegara sendiri,sedangkan melayu mampu dan kuat untuk bernengara sendiri dan masih teguh dengan Raja-Rajanya yang berdaulat dan Berkuasa keatas Negeri Masing-masing dan Raja-Raja yang berasal dari garis Srivijaya masih lagi berkuasa antaranya Kedah, Perak dan Kelantan ....
Sedang Mon yang dikatakan cukup tua itu tidak bernegara keberadaannya dan tiada beraja kesudahannya .....
Berdasarkan Kajian Genom Project yang dijalankan oleh University of Singapura 2009 ,mengesahkan bahawa Melayu adalah Indeginuos Kepulauan Melayu dan dataran Indochina melebihi 60,000 ribu tahun silam,jadi Melayu adalah asli Pribumi Asia tenggara ini ...
begitu juga kajian Genom Mtdna yang jalankan oleh USM dan Puan Zaharah Sulaiman dari Team Arkeologi Malaysia juga mendapat hasil yang sama dan serupa ...
Pemetaan sejarah berdasarkan Kajian Lingualistik adalah tidak tepat,untuk membuktikan Penduduk mana adalah Pribumi Asia Tenggara .....
Jadi kesimpulan yang telah jelas dalam Kajian sejarah mutakhir adalah Mon,Khmer,Pyu,Loa,Die-Viet adalah Bangsa dari Selatan China atau dari Mongoloid yang migrate ke Kawasan Melayu/Indochina lebih awal dan dalam kumpulan yang pertama bertembung dengan Kerajaan Melayu Kuno dan juga turut membentuk Kerajaan Kuno mereka disamping Bangsa Melayu itu sendiri,Berdasarkan kronik Imperial China menjelaskan bahawa Bahasa Istana Funan adalah hampir sama dengan bahasa dijambi dan bukan mengatakan bahawa Bahasa di Istana funan itu Sangat Berbeza langsung dengan di Jambi sana, ini menunjukkan dengan jelas akan kaitan Melayu Funan dan Melayu Jambi dalam Kronik Imperial China Sejak kurun 3 masihi lagi ...
Manakala Bangsa Thai-Kadai  pula adalah imigran termuda Indichina yang datang kemudian dan berdasarkan Inkripsi Sakhothai II di Kota Sakhodaya jelas menyatakan bahawa sebelum Puak-Puak Cina Thai-Kadai datang berjaya membentuk negara mereka terlebih dahulu Menyerang Negara Kota Sri Sajjanalaya dan Sakhodaya dan berkonfrontasi dengan Penguasa Khmer dan berlaku peperangan dimana Puak Thai Kadai bergabung dengan Muang Rat yang juga berketurunan Thai-Kadai ....
dan Tentera gabungan ini Menang melawan Khmer lalu berjaya menduduki Kota Sakhodaya ...
Jadi disini dengan jelas menolak bangsa Mon adalah Indeginous Indochina meskipun mereka pernah mengasaskan kerajaan-kerajaan yang hebat seperti Dvaravati,Haripunjaya,Pegu,Hamsavati dan Lavopuri disini boleh dikatakan  berlaku interaksi antara Pemerintah Melayu dan Bangsawan Mon sehingga mereka berjaya membentuk kekuatan dan Pengaruh sehingga berjaya membentuk Negara Kota Mereka sendiri ......
Tiada pun cacatan menyatakan Srivijaya adalah Konfiderasi orang-orang Mon Khmer dari cacatan Imperial China,Arab,Parsi dan Alam Melayu sendiri seperti Kronik Sri Dharmaraja ....
Teori Migrasi out of Yunnan dan Migrasi Mongoloid untuk Indigenous Bangsa Melayu telah lama terbatal ....
Melayu adalah Pribumi ASLI ASIA TENGGARA INI.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan berdasarkan kajian semasa di Malaysia,Indonesia dan Thailand jelas menunjukkan pengaruh Melayu dalam Kerajaan Mon/Khmer itu terutamanya ketika zaman Maharaja Sujita yang menakluk Lavopori dan Haripunjaya di Thailand tengah sekarang berdekatan Chiang Mai yang juga dikenali Kerajaan  Lanna ....
Sebelum kewujudan Ayuttaya pada 1300 sudah wujud sebuah Negara Kota yang bergelar Syam Kot/Kuk melalui rekod di Khmer Kemboja Syam Kut/Kota merujuk kepada satu lagi etnik Melayu iaitu Champa yang dalam Sanskrit Cham dieja S sebagai C sebagai Srivijaya dieja Crivijaya Kota Tersebut jika dalam Melayu digelar Kota Cham yang juga dibawah Taklukan Sri Dharmaraja yang juga di disebut Mahidhara Court/Ketomala Dinasty juga termasuk dalam wilayah Kedatuan Srivijaya ....
Dan yang paling jelas penggunaan "Maulimalaraja" oleh Khmer Dinasti Lovek,Loas Dinasti Lanxang dan Ayuttaya Dinasti Sri Dharmaraja sebelum Kuasa Istana berpindah kepada Kerabat Sakhodaya/Sakhothai atas perkahwinan kerabat itu ....
Yang jelas Bangsa Mon/Khmer mengadaptasikan Sistem tulisan Sanskrit berbahasa Melayu kuno/Jawa/Khmer  Skrip ini ini dikenal sebagai skrip Kawi pengaruh Pallava  yang meluas digunakan Ketika era Funan dan Kedatuan Srivijaya seperti Piagam Ligor A dan Piagam Ligor B,Piagam Grahi,Piagam Prasat Han Chey(era Chen la),Piagam  Kedudukan Bukit
Piagam Prasat Khna, Piagam Prasat Trapan Run
Dan di Tanah Jawa pun bahkan bertebaran diseluruh Kepulauan Melayu ini,juga disebut Nusantara ...
Gelaran Maulimalaraja juga dipakai oleh Jayaviravarman,raja Kemboja ((1002-1006).Dia adalah abang kepada Udayadityavarman dan telah disebutkan dalam inskripsi Prasat Khna sebagai Sri Narapativiravarman.Prasasti dari Prasat Trapan Run memperkenalkan Jayaviravarman Sebagai Raja Mala (Maulimalaraja), menyambung salasilah dirinya kepada kerabat Sriwijaya, raja Sujita di dalam riwayat Mon.Sriwijaya,sebagaimana menurut catatan-catatan Khmer,merupakan 'negara penaung' kepada Empayar Angkor,malah bersama-sama mencorakkan politik Kemboja.Begitu indah peranan raja-raja Melayu pada masa dahulu di Indochina.Nama 'Raja Mala' terpahat dalam pelbagai batu bersurat di Indochina,menunjukkan sejarah bangsa Melayu adalah sejarah bertulis,bukan dongengan,cakap-cakap orang tua mahupun wasiat-wasiat orang mati yang sudah tentu ditokok-tambah sesedap rasa dari mulut ke mulut.
Berbalik kepada gelaran Maulimalaraja,sebenarnya gelaran ini bertitik tolak dari raja-raja Melayu purba yang memerintah pelbagai negarakota pada masa silam.Raja-raja Melayu ini mencapai prestij yang tinggi.Mereka amat bijak dalam perdagangan maritim.Jika anda mengatakan bahawa orang Bugis dan Sulu adalah penguasa lautan,orang Melayu adalah PENGURUS kepada penguasa lautan.Raja-raja Melayu membuka laluan perdagangan laut dan mengurusnya,kemudian orang Laut,Bugis dan Sulu berkhidmat kepada raja-raja Melayu.Legenda Khmer menyebutkan seorang raja yang berasal dari Kedah,disebut Prah Ketomala.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 06:17 AM | Show all posts
to be honest, pakcik ada campuran darah thai dan melahirkan anak anak yang chomel belaka thai campor melayu campor german. keh keh keh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.292197 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list