CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

Dengarnya...: Pelakon muda ‘kantoi’ menipu

[Copy link]
Post time 22-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NAK kata kurang cerdik, pelakon ini belajar sampai ke peringkat universiti. Nak kata bijak, perbuatannya itu tampak bodoh pula. \rAl-kisahnya si pelakon muda ini ‘menghilang’ ketika penggambaran sebuah drama. Selepas pengarah dan krew lama menunggu, jangankan batang hidung, pelakon ini tidak pula berusaha nak hubungi produksi. \r\n\n\n\n\rCubaan menghubungi telefon bimbitnya pula tak berhasil, memanjang ditutup.\r\r\n\n\n\n\nLantas jalan terakhir mereka hubungi ibunya yang kemudian memaklumkan anak gadisnya kurang sihat dan perlu rehat beberapa hari. Maka pihak produksi yang prihatin pun memberi pelepasan. Iyalah, orang sakit takkan nak paksa bekerja. \rKenalah prihatin selain perlu menjaga kebajikan semua yang terbabit dalam produksi ini.\rDipendekkan cerita selepas beberapa hari, pelakon ini kembali ke lokasi penggambaran. Cuma agak pelik sebab dia sibuk mengagihkan cenderamata kepada rakan artis lain yang menjayakan drama sama. Ole-ole itu dari luar negara malah barangkali terlepas cakap atau memang dia menghidap amnesia atau pelupa, tanpa rasa bersalah mengaku baru pulang dari luar negara. \rEh, tersedak jugalah rakan sekeliling. Bukankah beberapa hari lalu ibunya mengatakan dia sakit? Kenapa boleh sampai ke negara dot dot dot? Mungkin dia bersama teman istimewanya itu ke luar negara untuk sembuh. Sambil itu bolehlah membeli belah itu. Daripada rakan terdekat, dimaklumkan pemergiannya turut ditemani kekasih hati. Amboi, patutlah cepat sembuh sebab si dia ada bersama di tempat yang nyaman.\rSumber yang ‘terkena’ sama tu bercerita lagi, selepas ini jangan harap mereka mahu percaya dengan butiran yang keluar dari bibir seksinya tu. Kata mereka kalau sudah rasa berlakon sekadar suka-suka untuk popular, lupakanlah saja sebab di luar sana ramai lagi aktres berdisiplin. Tak pun lepas ni buka produksi sendiri, jadi boleh suka hati mahu datang atau tidak.\rKhabarnya, pelakon muda ini juga sudah berlagak semacam, lebih-lebih lagi kalau teman lelakinya datang dengan kereta mewah yang nilainya hampir RM1 juta. Nak menunjuklah tu! \rApapun, Cik Normah rasa lucu mendengar cerita lawak ini sampai terbayang muka pelakon muda itu tanpa rasa bersalah kepada krew dengan mengagihkan ole-ole. Mungkin dia rasa kalau tak bawa balik buah tangan dan edarkan kepada rakan nanti orang tak tahu pula dia ke luar negara. Apa-apalah cik adik...

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049603 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list