View: 132|Reply: 0
|
Gabenor dedah sebab tahan peminat punk
[Copy link]
|
|
Remaja Aceh dididik semula, dibantu dapat kerja\rBANDA ACEH: Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf, kelmarin mempertahankan tindakan polis menahan sekumpulan peminat muzik punk untuk menjalani kursus gaya hidup dan pendidikan moral dengan menyifatkan tindakan itu sebagai keprihatinan kerajaan tempatan dan bukannya pencabulan hak asasi manusia.\r\n\n\n\n\rPolis menahan 64 pengikut gaya punk itu awal bulan ini dalam satu serbuan di konsert amal di Banda Aceh. Mereka kemudian dihantar ke balai polis di luar bandar raya itu untuk menerima kursus baru pendidikan selama beberapa hari.\r\r\n\n\n\n\nPada masa sama, rambut mereka dicukur dan diperlukan menjalani latihan disiplin ala tentera.\rPihak berkuasa di sini berkata, kumpulan punk itu terbabit dalam gaya hidup yang bertentangan undang-undang Syariah yang dilaksanakan di Aceh.\rIrwandi yang bercakap kepada wartawan di Jakarta, berkata 700 peminat punk tinggal di Aceh dan biasanya makan seta tidur di tepi jalan atau di tempat letak kenderaan selain tidak mempunyai pekerjaan, pendidikan sama ada sekular atau agama.\r“Walaupun itu hak mereka, kerajaan perlu memikirkan masa depan mereka. Bolehkah sekadar menjadi punk ketika muda? Bagaimana jika mereka gagal mendapat pekerjaan? Apa akan jadi pada mereka,” tanya Irwandi.\r\n\n\n\rKatanya lagi, pegawai polis di Aceh memberi kursus panduan hidup kepada anggota punk yang ditahan. \rSelepas tempoh pendidikan itu, katanya, polis membantu mereka mencari pekerjaan bersesuaian atau memberi biasiswa pendidikan untuk meneruskan persekolahan.\r“Mereka tidak dilayan seperti ini kerana melanggar kod berpakaian, Islam tidak melarang umatnya berpakaian seperti punk. Orang ramai mengaitkan pendidikan baru itu dengan undang-undang Syariah di Aceh tetapi ia sebenarnya tiada kaitan langsung,” katanya.\rKatanya, polis mungkin terus bertindak ke atas peminat punk. Contohnya, dalam kes peminat punk yang ditahan, mereka memberi maklumat tidak tepat apabila memohon permit mengadakan konsert amal.\rSelain itu, sebahagian daripada mereka mungkin menggunakan dadah, katanya lagi. Irwandi turut mengecam beberapa bantahan yang diadakan berikutan tindakan polis Aceh, termasuk di luar negara.\r“Apa kena mengena dunia luar dengan perkara ini. Tiada negara membenarkan rakyatnya mencabul hak asasi manusia tetapi kita tidak boleh menjadi hamba kepada nilai orang di luar negara,” katanya. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|