CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bluezink

Kim Jong Il dan Korea Utara

[Copy link]
Post time 27-12-2011 10:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2011 10:41 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 10:43 AM | Show all posts
Diplomatik ayam goreng







DASAR pintu tertutup sejak sekian lama menyaksikan rakyat Korea Utara terpaksa berbaris panjang hanya untuk mendapatkan makanan import yang terhad.



SEOUL - Jalinan antara kerajaan mungkin sesuatu yang mustahil namun usahawan Korea Selatan menemui cara terbaik memenangi hati warga Korea Utara - melalui perut mereka.

Pemilik rangkaian restoran ayam goreng, Choi Won-ho pernah dikatakan akan mengalami kegagalan apabila beliau mula membuka cawangan pertamanya di negara tentera itu pada tahun lalu.

Namun dengan keberanian dan kesungguhan, kini dia bersedia untuk membuka kedai keduanya dengan pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada elit Korea Utara di Pyongyang.

Dengan 70 buah cawangan di Korea Selatan, dia melebarkan empayar bisnes francais di salah sebuah kawasan 'tidak mesra' dan penuh kerahsiaan di ibu kota negara jiran komunis itu.

Kedai yang dibuka sejak tahun lalu itu kini menjadi kegilaan sembilan juta penduduk Pyongyang malah diletakkan dalam Program Makanan Dunia ekoran isu kebuluran musim sejuk.

"Walaupun polisi negara itu cukup ketat, penduduk ibu kota ini sanggup berbaris panjang di depan kedai saya dan keuntungan diperoleh setiap hari boleh mencecah AS$1,000," katanya.






PENDUDUK negara komunis Korea Utara diasuh untuk banyak bergantung kepada pemerintah dalam setiap perkara harian dan tidak melawan pihak berkuasa.



Malah di sebalik rejim Korea Utara mengehadkan zon industri menggunakan aliran wang modal dari Korea Selatan, Won-ho pula berhasrat membuka cawangan kedua juga di Pyongyang.

Hubungan dua seteru Korea berjiran itu mulai renggang ekoran kemenangan kerajaan konservatif pimpinan Presiden Lee Myung-bak dalam pilihan raya umum pada Februari lalu.

Kerajaan komunis itu bertindak memutuskan semua hubungan rasmi antara pegawai pihak berkuasa bahkan membekukan pelancongan merentasi sempadan negara.



- Agensi / Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 10:46 AM | Show all posts
Pyongyang




The Juche Monument






The Childrens' Palace





Mansudae - perhaps the 'holiest' place in North Korea






105 Tower



May 1st Stadium




Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 10:47 AM | Show all posts
Korean Workers Party Foundation Monument



Pyeongyang Railway Station



Street Scenes



Street Scenes contd





The Triumph Arch



The USS Pueblo (captured in the 1970s)



The War Cemetery



The Pyeongyang Metro continued



The Reunification Monument



The Goryeo Hotel




Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 10:52 AM | Show all posts
Pengalaman Berkunjung Ke Korea Utara



Luar Negara : 24 Oktober 2006   



Oleh : Mohamed Abdullah



SUKAR bagi seseorang meramalkan apa yang boleh dijangka daripada lawatan ke Korea Utara.

Persiapan paling rapi yang boleh dilakukan ialah dengan membaca sebanyak mungkin mengenainya.

Sedikit demi sedikit anda mula mendapat gambaran tentang negara ini. Saya melawat Pyongyang pada Mac tahun lalu.

Tujuan utama saya ke sana ialah untuk membuat liputan bagi perlawanan pertama Korea Utara dengan Bahrain dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2006.

Semangat warga Korea ketika itu tinggi.

Meskipun tewas 1-2 di tangan Jepun dalam perlawanan pembukaan, mereka menerima pujian dunia hasil persembahan memberangsangkan.

Kemenangan menentang Bahrain akan meletakkan mereka dalam kedudukan baik untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia.

Melebihi itu, perlawanan Korea Utara menentang Bahrain itu amat bersejarah.

Ia merupakan kali pertama tayangan langsung disiarkan menerusi satelit dari Pyongyang. Mungkinkah, secara perlahan-lahan, Korea Utara mula membuka pintunya kepada dunia?

Semasa membuat persiapan bagi lawatan itu, saya cepat sedar bahawa segala-galanya di Korea Utara berkisar kepada pemimpin agung mereka, Kim Il-Sung, yang meninggal dunia dalam 1994.

Nama beliau bererti ' matahari ' .

Tahun dalam kalendar Korea Utara bermula pada hari kelahiran beliau.

Menaiki pesawat ke Korea Utara juga merupakan pengalaman unik.

Tiada penerbangan langsung dari Singapura ke negara itu.

Justeru, saya perlu ke Beijing, China, dan kemudian ke Pyongyang.

Penerbangan masuk dan keluar dari Pyongyang hanya tersedia pada dinihari setiap Selasa dan Sabtu.

Pesawat kebangsaan Korea Utara ialah Air Koryo.

Menaiki pesawat itu sendiri merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ia merupakan pesawat jenis lama Soviet dengan tempat duduk yang hanya setakat memainkan peranan sebagai pengalas punggung penumpang.

Bagi saya, ia ibarat memasuki sebuah kapsul masa yang membawa saya kembali ke era 1970-an.

Sebelum menaiki pesawat, kami disuruh mematikan telefon bimbit.

Setelah melakukan demikian, saya sedar saya tidak akan melihat telefon bimbit saya itu lagi selama hampir seminggu.

Ini kerana semua telefon bimbit, radio, buku dan bahan lain yang dilihat sebagai mampu 'merosakkan' minda warga Korea Utara mesti diserahkan di lapangan terbang Pyongyang.

Perjalanan dari Beijing ke Pyongyang memakan masa 90 minit.

Namun, bagi saya ia ibarat seumur hidup.

Satu-satunya hiburan di dalam pesawat ialah sistem hubungan awam yang memainkan lagu-lagu mengagungkan sumbangan Kim.

Selamat datang ke Korea Utara ! Saya menginap di Hotel Potonggang - satu-satunya hotel di Korea Utara yang menayangkan saluran antarabangsa, sekali gus memastikan saya terselamat daripada kebosanan yang membuntukan.

Selain daripada menonton televisyen, tiada apa yang boleh dilakukan warga asing di situ.

Jalan-jalan raya begitu gelap pada waktu malam.

Saya diberitahu ia bagi memastikan tidak banyak kegiatan yang boleh dilakukan selepas matahari terbenam.

Jika anda tidak suka menonton televisyen, anda boleh memilih koleksi buku-buku dalam bahasa Inggeris mengenai pemimpin agung itu dan bayangkan bagaimana beliau mampu memencilkan Korea Utara daripada dunia.

Ada sebuah buku yang menarik perhatian saya: Kim Il-Sung - The Great Man of the Century (Kim Il-Sung - Pemimpin Agung Abad Ini).

Menjelang perlawanan itu, saya dapati layanan rakyat Korea Utara begitu mesra.

Mereka nampak gembira menerima kunjungan saya dan saya mampu meneroka Pyongyang bersama kru penggambaran dengan mudah.

Antaranya, kami mampu merakamkan Menara Juche - sebuah lambang berdikari Korea yang dibina dalam 1982.

Setiap batu yang digunakan untuk membina menara itu melambangkan sehari dalam hidup Kim Il-Sung.

Kemudian, kami dibawa melihat patung Kim sendiri.

Perasaan melihat patung itu sukar saya gambarkan.

Selepas empat hari di Pyongyang, segalanya berjalan lancar. Namun, baru sahaja saya mula mesra dengan hos saya, segalanya berubah selepas perlawanan tersebut.

Lebih 55,000 warga Pyongyang membanjiri Stadium Kim Il Sung hanya untuk melihat pasukan mereka tewas 1-2 kepada Bahrain.

Ia merupakan perlawanan yang panas baran dengan Korea Utara dan penyokong mereka sentiasa menentang keputusan pengadil. Selepas perlawanan itu, saya dan krew terus di hantar pulang ke hotel.

Senyuman dan kemesraan yang kami rasakan sebelum perlawanan itu sudah tiada lagi.

Tiba-tiba, kelakuan mereka seolah-olah mereka tidak mengenali kami. Bahkan mereka melayan kami ibarat musuh.

Keesokan harinya, janji hendak membawa kami ke Makam Kim Il-Sung dibatalkan.

Sebaliknya kami dibawa terus ke lapangan terbang.

Saya cuba berbual-bual dengan hos saya tadi tetapi saya tidak dilayan.

Setibanya di lapangan terbang, sebelum memasuki ruang pelepasan, hos saya tadi tiba-tiba bersuara:

' Awak tahu, kami cuba menerima orang luar meskipun mereka tidak istimewa seperti kami. Tapi apa yang berlaku ? Kamu semua menipu dan menafikan apa yang sepatutnya milik kami. Kami lebih baik daripada Bahrain dan seharusnya memenangani perlawanan semalam. '

Saya terpaku, tidak mampu memberi jawapan.

Mungkin pada saat itu membisu adalah pilihan terbaik.

Kini, setiap kali saya menatap visa Korea Utara yang terlekat di pasport saya, ia benar-benar ' keajaiban kesembilan dunia ' - bagaimana negara itu boleh wujud sebegitu cara.

Bagaimana sebuah masyarakat boleh memencilkan dirinya dalam era moden ini? Apa yang dilakukan Kim Il-Sung tidak mungkin dapat ditandingi.

Beliau berjaya menaikkan martabatnya ke status Tuhan di mata rakyatnya dan mempengaruhi mereka dengan ideologi yang tidak masuk akal kepada warga dunia.

Bagaimana anda memahami seseorang seperti itu ? Bagaimana anda mahu berunding dengan mereka ?




Nota: Penulis seorang penerbit bersekutu bagi rancangan televisyen serantau, Football Asia



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2011 12:25 PM | Show all posts
Lebih 55,000 warga Pyongyang membanjiri Stadium Kim Il Sung hanya untuk melihat pasukan mereka tewas 1-2 kepada Bahrain.

Ia merupakan perlawanan yang panas baran dengan Korea Utara dan penyokong mereka sentiasa menentang keputusan pengadil. Selepas perlawanan itu, saya dan krew terus di hantar pulang ke hotel.

Senyuman dan kemesraan yang kami rasakan sebelum perlawanan itu sudah tiada lagi.

Tiba-tiba, kelakuan mereka seolah-olah mereka tidak mengenali kami. Bahkan mereka melayan kami ibarat musuh.


Macam Indonesia, tapi Indonesia negara terpencil jugak kah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 02:08 PM | Show all posts
Macam Indonesia, tapi Indonesia negara terpencil jugak kah?
genot Post at 27-12-2011 12:25



Baru-baru nih....





http://www.youtube.com/watch?v=y3vdREFhe2g
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2011 12:41 AM | Show all posts
tgk aziz79 teringat lagu endless rain..
alestorm Post at 24-12-2011 20:20



    endless rain at North Korea
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 04:46 AM | Show all posts
4. Di Korea Utara hanya golongan tertentu sahaja dibenarkan mempunyai akses internet yg terhad dan k ...
HangPC2 Post at 25-12-2011 23:45



   Yang saya baca, teknologi internet kat North korea sangat maju dan pantas. Cuma sistem dia limit dalam negera diorang je, versi sendiri yang tak bolih akses dunia luar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 07:56 AM | Show all posts
Yang saya baca, teknologi internet kat North korea sangat maju dan pantas. Cuma sistem dia  ...
Percival Post at 28-12-2011 04:46


laju sbb tak ramai orang boleh guna
kat sana juga ada pasaraya yg jual barang2 keluaran barat tapi hanya golongan kelas atasan sahaja boleh beli
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 09:45 AM | Show all posts
bila baca, rasa takut & simpati kat rakyak NK ni... betapa kebelakangnya dorang.. lgpun kebanyakkan dorang atheis.. bila takde pegangan agama, pegangan hidup, ni la jadiknya. dah tu sumenya nak dorang je betul... menakutkan..

mcmne la nasib jong-il kat bawah sana tu kan? huhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 10:22 AM | Show all posts
Reply 70# Percival



bukan Internet tapi Intranet.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 11:53 AM | Show all posts
jom melancong kat korea...agak2 pasti ada KN-pop...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2011 12:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by bluezink at 29-12-2011 00:39


Kim Jong Il Funeral in North Korea







Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 12:15 PM | Show all posts
taksubnye kat pemimpin derang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2011 04:22 PM | Show all posts
lebih kurang jugak macam sistem politik kat sini cuma ideologi politik mungkin berbeza...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 04:24 PM | Show all posts
lebih kurang jugak macam sistem politik kat sini cuma ideologi politik mungkin berbeza...
genot Post at 29-12-2011 16:22


yeahhh thats true
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 04:25 PM | Show all posts
Kim Jong Il Funeral in North Korea
bluezink Post at 29-12-2011 00:12





mamat sebelah tu cam jeles jerk kawan dia nanges lebih sikit dari dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 04:29 PM | Show all posts
tengok macam Menangis tak ikhlas jer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.526500 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list