apa ciri2 G&G ? aku nampak kt Damansara Emas ada guard kt bhgian depan, tp ada satu ...
aiharanaoki Post at 13-1-2012 10:26
itu bukan G&G. itu pakatan penduduk upah sekuriti (bayar murah) utk letak kon2. klu G&G seluruh perumahan berpagar, ada CCTV di setiap entrance & exit.
What is a 'Gated and Guarded Community'?
A 'Gated and Guarded Community' in Malaysia generally refers to a residential community with secured, gated and guarded surroundings. It can be a building (condominium usually) or a cluster of houses (a certain housing scheme, a 'taman') which is surrounded by a fence or wall on a perimeter, with access being limited and controlled with certain security measures such as guards, surveillance patrol and 24/7 CCTV or surveillance. Guardhouses and gates are usually erected at the entrances and visitors are required to identify themselves before they are allowed to enter the area.
klu baca paper majoriti kes pecah masuk & samun adalah melibatkan rumah2 teres & semi D. contoh terbaru rmh wardina.
Dalam kejadian 3 pagi itu, tiga penjenayah bersenjata terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat beliau. Beliau berkata suaminya dipukul oleh penjenayah terbabit di bahagian muka dan kaki sebelum diikat. “Ketika itu saya tidur berseorangan di bilik tidur utama kerana saya demam. Disebabkan itu, suami saya, Ikhwan Johari, 36, tidur bersama anak bongsu lelaki saya, Imran Ar-Razi, 3. “Salah seorang penjenayah telah menarik selimut saya, lalu mengarahkan saya bangun dari tidur sementara penjenayah lain membawa kesemua ahli keluarga berkumpul dan pembantu rumah di bilik tidur utama,” katanya.
Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?
Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.
Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.
Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.
Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.
Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.
“Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.
Stressss... tension ar kalo pikiq pasal nak beli rumah nie...
Dah nak masuk sebulan lebih aku sebok survey survey rumah kat area Klang, Shah Alam, Puncak Perdana... Puncak Alam...
Area Puncak Perdana... rega rumah yang brand new skrg dah melambung lambung. Paling murah pun rumah saiz standard biasa, starting price RM299K...
Kalo kat area Puncak Alam lak... starting price ~RM245K...
Kalo kat Shah Alam... jangan harap nak dapat rumah yang rega RM300K ke bawah... kalo nak gak, pi ar area Jalan Kebun, area Bukit Naga... Bukit Rimau... ada projek kecil kecilan (kawasan perumahan setompok setompok) ... standard umah teres setingkat with at least 3 bilik tidur + 1 bilik air... starting rega rumah dalam lingkungan RM165K ... tapi tu ar, kawasan sekitar samada ladang kelapa sawit or semak samun or hutan hutan kecil or umah umah kampung...
Kat area Bandar Bukit Raja lak (developer ialah Sime Darby)... rega umah paling murah pun RM260K... rumah teres ssetingkat.... jenis jenis umah lain ada yang mencecah RM1 juta...
La nie tgh usha usha umah teres 2n hand.
Esok nak jumpa seller kat area shah alam.. dia nak tunjuk umah teres (3+1) kat area Sect 18... ada umah 2nd hand dia nak jual RM190K...
sbb tu aku prefer kondo. memang kondo pun ada org pecah masuk. tp very seldom, kecuali flat kos ...
tobby Post at 13-1-2012 10:37
Yang gated punya resort home pun tidak selamat.
Rumah kenalan saya di country resort pun aman sahaja di masuki perompak, nasib baik tidak di apa apa kan, just ikat dan ambil barang.
Sect 18 bukan ke Felda pprt sedikit? Saya pernah tinggal di sana semasa menuntut di kolej ...
Changa Post at 15-1-2012 23:46
felda felda ar... janji dapat beli umah sendiri daripada dok menyewa or menumpang umah parent
at least ada aset... kalo rega rumah tu dah naik karang, jual ar balik.. nak beli banglo ker... mansion ker... istana ker... beli ar tapi kalo dok umah mahal giler babeng pun, bukannya leh bawak masuk kubur pun ...
Area Puncak Perdana... rega rumah yang brand new skrg dah melambung lambung. Paling murah pun rumah saiz standard biasa, starting price RM299K...
HaMiZiE Post at 15-1-2012 23:38
still ok. klu penang rmh teres 2 tingkat rega 600k ++ . tu pun consider murah dah tu.
exceli beli umah ni mmg very good investment... especially kat lembah klang...
cam umah flat kat sect 7... time baru bukak dulu (awal thn 2000), rega RM45K jer... sorang kawan aku beli umah kat area sect 7 thn 2006 ngan rega RM65K... skrg ni, ada owner nak jual umah flat kat sect 7 ni ngan rega RM140K... ... gilerrrrr... tu pun ada buyerrr gakkkk ....
tapi sect 7 n mmg strategik giler arrr... ada ICITY, General Spital Shah Alam still in progress... pusat komersial mmg berkembang lajus jer kat area nieee...
pikir balik kitaran bubble burst ni ok.yelahh orang2 yang baru nk hidup bleh beli umah sebab bubble dah pecah.yang jadik masalhnya bila bubble tak pecah2 yang mana patut dah pecah tapi ada tgn2 hold jgn bagi pecah.
jenuh la orang2 muda nak pikap folow rega umah yang naik dan naik nih..