CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

Padah buat cerita palsu

[Copy link]
Post time 27-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Wanita tipu suami bawa bom untuk selamatkan perkahwinan bawa bom ditahan\rLONDON: Seorang wanita ditahan selepas bertindak mereka cerita ada bom dalam sebuah pesawat semata-mata kerana mengesyaki suaminya menaiki kapal terbang itu untuk menemui wanita simpanannya.\r\n\n\n\n\rBiro Siasatan Persekutuan (FBI) menyatakan, Johnna Woolfolk menghubungi AirTran Airways bulan lalu dan memberitahu suaminya membawa bom menaiki pesawat. \r\r\n\n\n\n\nDia berbuat begitu atas alasan mahu menyelamatkan rumah tangganya yang dibina selama 30 tahun.\rTetapi, cubaannya yang dikatakan bertujuan ‘romantik’ tidak berlaku seperti dalam filem, lapor akhbar Daily Mail.\rSuami Johnna yang dipintas anggota keselamatan di lapangan terbang menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah rumah tangga pada masa itu.\rJohnna yang tidak mahu berpisah dengannya kini menghadapi dakwaan memberi maklumat palsu.\r\n\n\n\rEjen FBI, David Gates berkata, Johnna terus menangis selepas pihak berkuasa memperdengarkan rakaman perbualannya dengan syarikat kapal terbang itu.\r“Johnna mengakui tidak berfikir dengan betul ketika membuat panggilan itu selain tidak berniat mencederakan sesiapa,” kata Gates.\rJohnna yang menjaga ibunya yang uzur di kediaman pasangan itu di Lynwood berada dalam keadaan tertekan dan percaya masalah rumah tangganya berpunca daripada hubungan rahsia suaminya dengan wanita lain, kata peguamnya.\rDia dijangka mengaku salah dalam sesi keterangan 9 Januari depan, kata jurucakap pejabat Pendakwa Raya Amerika, Thom Mrozek.\r“Membuat ancaman terhadap syarikat penerbangan adalah kesalahan serius dan akan didakwa. \r“Penipuan seperti itu menyebabkan kerajaan rugi besar,” lapor akhbar Los Angeles Times yang memetik jurucakap FBI, Laura Eimiller. _ Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.388028 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list