CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Belian lewat lonjak harga saham

[Copy link]
Post time 29-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pembelian pengurus dana melaraskan  portfolio dorong peningkatan pasaranSAHAM di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras tinggi semalam ekoran kegiatan belian lewat, kata peniaga.\n\n\n\n  FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup 1,504.11, meningkat 3.20 mata atau 0.21 peratus, disokong kenaikan di kaunter berwajaran tinggi.\n\n\n\n\n\n  Dalam nota penyelidikannya, Hong Leong Investment Bank berkata indeks utama itu berkemungkinan mengakhiri tahun ini pada paras 1,500 mata, didorong kejayaan melepasi paras halangan dan bacaan teknikal positif serta kegiatan membeli bagi menghias akaun. Indeks Kewangan naik 24.46 mata kepada 13,374.22, Indeks Perladangan naik 27.15 mata kepada 8,068.86 dan Indeks Perusahaan menokok 22.37 mata kepada 2,708.02.Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas mengukuh 27.92 mata kepada 10,318.69, Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 meningkat 68.14 mata kepada 11,436.30 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace naik 39.24 mata kepada 4,054.80.Jumlah dagangan bertambah kepada 1.27 bilion saham bernilai RM904.21 juta daripada 993.75 juta saham bernilai RM743.83 juta yang dicatatkan semalam.\n\n\nSuasana pasaran positif apabila saham untung mengatasi rugi 385 berbanding 314.Katanya, meskipun bursa tempatan meningkat dalam dagangan lewat, namun sentimen masih lemah sejajar prestasi pasaran Asia yang menyaksikan dagangan menyusut disebabkan sebilangan besar pelabur tidak memasuki pasaran kerana bercuti pada akhir tahun.“Pasaran akan meneruskan dagangan berjajaran kecil minggu ini menjelang berakhirnya tahun ini,” katanya sambil menambah  kenaikan mungkin disebabkan pembelian pengurus dana untuk melaraskan portfolio masing-masing.Antara kaunter cergas, 1 Utopia susut setengah sen kepada 7.5 sen, Proton-Waran Opsyen Belian susut dua sen kepada 47.5 sen manakala JCY-Waran Opsyen Belian naik tujuh sen kepada 44 sen.Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank kekal pada RM8.34, Sime Darby turun sesen kepada RM8.99 manakala CIMB meningkat lima sen kepada RM7.10.Jumlah dagangan di Pasaran Utama bertambah kepada 614.35 juta saham bernilai RM771.79 juta daripada 540.14 juta saham bernilai RM647.33 juta.Pasaran ACE mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 362.93 juta unit bernilai RM37.42 juta daripada 179.61 juta unit bernilai RM22.94 juta.Waran meningkat jumlahnya kepada 292.32 juta saham bernilai RM92.51 juta daripada 272.79 juta  bernilai RM72.9 juta, sebelumnya.Barangan pengguna menguasai 84.68 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 123.1 juta, pembinaan 24.92 juta, perdagangan dan perkhidmatan 193.1 juta, teknologi 44.33 juta, prasarana 8.93 juta, kewangan 51.6 juta, hotel 384,800 juta, harta 42.95 juta, perladangan 20.1 juta, perlombongan tiada, REIT 1.9 juta dan dana tertutup 16,900. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.174991 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list