Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
19922
View
98
Reply

CARI 2011 Best K-Drama

[Copy link]

Author: dauswq       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-12-2011 12:29 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dauswq at 30-12-2011 22:21






1. Scent of Woman
CAST: Lee Dong Wook, Kim Sun Ah, Uhm Ki Joon, Seo Hye Rim
THREAD RASMI


Drama ni aku rate plg sedih sekali untuk tahun ini (but not the best drama )disebabkan lakonan mantap Kim Sun Ah sebagai penghidap kanser pankreas, Yeon Jae yang berdepan dengan saat -saat kematian. Dia cuba habiskan sisa2  hidup untuk mencari ketenangan jiwa dan akhirnya dengan secara tidak sengaja, dia menemui cinta. Namun fikirnya apalah cinta jika mati juga jawapannya....adakah mereka akan bersama walaupun Ji Wook menyedari bahawa pertama hatinya akan mati jua suatu masa nanti? Anyway i enjoyed the drama a lot becoz i love the chemistry among the lead! Tarian tango yang begitu mengasyikkan.

  
2. 49 Days
CAST: Lee Yo Won, Nam Gyu Ri, Jo Hyun Jae, Jung II Woo
THREAD RASMI


Drama ni antara drama tersedih untuk tahun ini dan antara drama terbaik tahun ini. Kisahnya bermula apabila seorang gadis, Ji Hyun yang periang tetiba ditimpa kemalangan dan rohnya ditarik. Pada masa itu juga, scheduler yang bertanggungjawab memberi dia pilihan samaada nak mati terus atau mencari tiga orang yang betul-betul ikhlas menangis kerananya dalam masa 49 hari. Dia memilih syarat 49 hari itu. Dalam tempoh tersebut, roh dia menghuni badan seorang wanita, Yi Kung yang hidup segan, mati tak mahu. Tiada siapa yang tahu dia masih"hidup" dalam badan orang lain sampai satu ketika kawan lelakinya, Hang Kang cuba membongkar misteri roh Ji Hyun yang berada di badan Yi Kung. Sebenarnya Hang Kang sudah lama jatuh cinta dengan Ji Hyun tapi tidak berpeluang meluahkannya. Dapatkan Hang Kang dan Ji hyun bersama? Apakah cabaran dihadapi Ji Hyun semasa menghuni badan Yi Kung?

  

3. My Princess
CAST: Kim Tae Hee, Song Seung Hun, Park Ye Jin, Ryu So Young
THREAD RASMI

Drama ini bagi aku agak boring sampai epi 14, aku berhenti tengok Drama mengisahkan seorang gadis yang tiba-tiba dijadikan puteri selepas terjumpanya memoir yang ditulis sendiri datuk kepada gadis tersebut. Aku cerita sket je kot sebab tak berapa impress dengan drama ini... Aku hanya ingat bila Tae Hee tercirit sebab terpaksa tahan berak nak tunggu pompuan sorang lagi tu keluar dari rumah boyfriend yang ditumpangnya itu.





4. Lie To Me
CAST: Kang Ji Wan, Yoo Eun Hee, Sung Joon, Joo Yun Hee
THREAD RASMI

Lie To Me antara drama yang "ok" bagi pandangan aku, tak boring dan masih boleh layan. Ah Jung, pekerja berkhidmat yang berkhidmat dengan Kementerian Perlancongan digosipkan bercinta dengan hartawan hotel terkemuka, Ki Jun setelah dia secara tak sengaja menipu tentang hubungan cintanya dengan Ki Jun di hadapan kawan baiknya, dalang penyebar gosip tersebut. Atas sebab itu, mereka bersetuju sain kontrak sebagai suami isteri bayangan untuk menutup gosip itu. Tidak lama selepas itu, mereka jatuh cinta...Dapatkah mereka mempertahankan cinta walaupun status hidup mereka yang jauh berbeza?


   

5. Protect The Boss
CAST: Choi Kang Hee, Ji Sung, Kim Jae Joong, Wang Ji Hye
THREAD RASMI


Drama ini bagi aku sangat kelakar dan dua lead ini memang comedian yang bagus. Tapi populariti Jae Joong seperti menutupi aura cinta kedua-dua lead tersebut sehingga yang didiskas di laman-laman forum majoritinya Jae Jong semata-mata. Agaknya rupa Jisung = Rahmat Megat orang tak berapa kenan kot.  Drama ni drama komedi terbaik tahun ini mengisahkan seorang anak orang kaya, Ji Heon yang terpaksa ambilalih syarikat walaupun dia tak mau sehinggalah muncul seorang gadis dari kalangan gangster, Eun Seol yang bukan sahaja bertindak menjadi setiausahanya, malah membantunya mengatasi masalah penyakit sosialnya. Pada masa yang lain, sepupunya sedang mengintai jawatan utama syarikat dan juga "crush" terhadap gadis yang sama. Siapakah yang berjaya mencuri hati Eun Seol? Siapakah yang akan mempelopori syarikat itu akhirnya?

   

6. Me Too Flower
CAST: Yoon Si Yoon, Lee Ji Ah, Han Go Eun, Jo Min Ki, Seo Hye Rim
ME TOO FLOWER


Drama ini agak slow tetapi yang menarik pasal drama ini adalah kisah cinta antara polis wanita, Bong Sun dengan seorang undercover boss, Jae Hee yang menghadapi pelbagai rintangan akibat dihalang oleh orang ketiga yang juga merupakan rakan sejawat syarikat yang sama. I don't get how their love may flourish till now by looking at their completely different profession. Anyway, scene romantik yang ditunjukkan sangat menarik dan adakalanya terlampau cute terutamanya masa Jae Hee angkat teddy bear sebab nak pujuk Bong Sun. Avvy yang tengah aku pakai sekarang dari drama ni gak. Aku belum abis lagi tengok sebab tengah tunggu 3 sub episod yang terakhir.

   

7. The Greatest Love
CAST: Gong Hyo Jin, Cha Seung Won, Yoon In Na, Yoon Kye Sang, Lee Seung Gi

Hasil nukilan dua beradik Hong menjanjikan drama yang menarik untuk sajian penonton k-drama selain My Girl, Sassy Girl Vhun Yang dan My Girlfriend is Guminho...konsep drama yang dipertontonkan tidak pernah jemu dan penonton pastinya bergelak ketawa apabila menonton drama ini. But, aku ade sedikit janggal dengan kolobrasi kedua-dua pelakon tua ini yang mana pelakon lelakinya tidaklah jambu dan pelakon pompuan tidaklah cantik tuk dibuat bahan rembesan, tetapi jalan cerita mengenepikan segalanya (still till I don't like the lead actress)...drama ni antara terbaik tahun ini mengisahkan bekas idol yang dicemuh masyarakat kerana dilanda pelbagai gosip buruk yang menjunamkan popularitinya sehinggalah dia menemui pelakon lelaki yang sangat popular dan bercinta secara rahsia tanpa pengetahuan "public" dengannya. Nak tau kisah lanjut drama ini, silalah lapangkan masa anda untuk tengok!


     

8. Princess Man
CAST: Park Shi Hoo, Moon Chae Won, Song Jong Ho, Kim Young Chol
THREAD RASMI

Pada pandangan aku, drama ini ialah drama paling menarik pada tahun 2011. Bukan sahaja dari jalan cerita, tetapi lakonan mantap para pelakon yang bersungguh-sungguh menjadikan drama ini . Tidak lupa juga OST yang banyak membantu menaikkan aroma histrocial drama . Drama ini mengisahkan seorang putera raja Su Yang yang terlalu "crave" terhadap takhta emperor sehinggalah beliau menjustikasikan pembunuhan sebagai cara mudah untuk naik takhta. Beliau bersaing ngan perdana menteri berpengaruh pada masa itu dan mengugut untuk membunuhnya jika tidak menyokong beliau sebagai emperor. Ironiknya, kedua-dua anak mereka, Se Ryung dan Seung Yoo sudah jatuh cinta sesama sendiri. Apabila perdana menteri itu dibunuh, anaknya, Seung Yoo bersumpah akan membalas dendam atas kematian bapanya itu. Seung Yoo dari seorang yang romantik bertukar kepada seorang yang sangat berdendam. Dia nekad untuk membunuh musuhnya itu sehingga dia terpaksa berdepan dengan orang yang dicintainya, anak kepada musuhnya itu. Adakah dia akan membunuh orang yang dicintainya sebagai pembalasan dendam terhadap musuhnya? Dapatkan cinta mengatasi dendam kesumat? Saksikan kisah "Uda dan Dara" versi korea dan pastinya anda terhibur!

  
9. Warrior Baek Dong So
CAST: Ji Chang Wook, Yoo Seung Ho, Yoon Si Yi, Choi Min Soo
THREAD RASMI

Sebenarnya aku tak tengok lagi drama ini tapi sambutan yang hangat dari kalangan forumer CARI, aku tuliskan juga sedikit sinopsisnya...Kisahnya mengenai seorang pahlawan bernama Baek Dong So yang mengasas sekolah martial art untuk membantu Raja Jeongjo menangani beberapa pembunuh upahan yang ditugaskan untuk membunuhnya. Kalau nak tambah apa-apa, skymaniam sila bagitahu yek!


10. Tree With Deep Roots
CAST: Jang Hyuk, Song Joong Ki, Han Suk Yu
THREAD RASMI

Drama ini antara drama saeguk paling popular selain Princess Man dan Warrior Baek Dong So. Drama ini mengisahkan pembunuhan bersiri yang berlaku di zaman pemerintahan SeJong, antara emperor Korea yang paling disegani. Pada masa yang sama, Chae Yoon tersalah sangka bahawa bapa kandungnya itu dibunuh raja SeJong dan berazam untuk membalas dendam dengan membunuh raja itu sendiri. Pelbagai cara digunakan, adakah dia berjaya?   To be honest, aku tak berapa interested dengan drama ini sebab kurangnya adegan cinta-mencintai..aku berhenti tengok sehingga episod ke-4
Multiple Polls: ( Max 5 choices ), Total 53 Users voted View Voters
12.00% (18)
16.00% (24)
5.33% (8)
3.33% (5)
5.33% (8)
2.00% (3)
10.67% (16)
8.67% (13)
3.33% (5)
1.33% (2)
7.33% (11)
3.33% (5)
2.00% (3)
0.00% (0)
0.00% (0)
1.33% (2)
0.67% (1)
0.67% (1)
0.67% (1)
6.00% (9)
4.00% (6)
4.00% (6)
1.33% (2)
0.67% (1)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-12-2011 02:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 30-12-2011 22:23

   

11. City Hunter
CAST: Lee Min Ho, Park Min Young, Lee Jong Hyuk
THREAD RASMI


Drama ini antara drama yang terbaik untuk tahun ini (not the best drama yet). Aku suka tengok drama ini sebab Park Min Young, she was incredible actress plus cutie too.... Drama ini mengisahkan budak lelaki, Yoon Sung yang dididik sejak kecil oleh bapa angkatnya untuk membalas dendam terhadap orang yang membunuh ayah kandungnya. Apabila dia sudah menjangkaui usia remaja, dia dihantar ke Korea untuk mencari lima orang poltician bertanggungjawab mengarah askar-askar South Korea yang ditugaskan untuk menyiapkan misi menyeludup masuk North Korea dibunuh dan dipadamkan kewujudannya. Yoong Sung menyamar sebagai pakar IT Blue House dan pada masa yang sama dia membalas dendam terhadap lima orang itu dengan cara sendiri - mengaibkan mereka di depan rakyat. Secara tidak sengaja, dia berjumpa dengan Kim Na Na dan jatuh cinta dengannya. Menariknya pasal drama ini ialah bagaimana ia menjadikan Lee Min Ho dalam sisi yang berbeza sebagai agen undercover yang "cool" dengan imej jambunya. Surprisingly, boleh pulak kedua-dua lead actor ini bercinta di luar lokasi penggambaran sampai di'snap' oleh paparazzi.

   

12. Man of Honor/Glory Jane
CAST: Park Min Young, Chun Jun Myung, Lee Ja Woo
THREAD RASMI


Another Park Min Young's drama which I anticipated a lot. However, drama ini tidak menjanjikan adegan romantis yang berlebih-lebihan malah ia fokus terhadap bagaimana Jae In, Young Kwang dan Seo In Oh merealisasikan impian masing-masing. What make kurang meminati drama ini sebab jalan cerita bermula dengan Young Kwang sebagai pemain baseball. Kemudian, diorang terpaksa bersara atas kekangan masing-masing. Then, Jae In daripada seorang jururawat dilucutkan jawatan atas sebab tatatertib,  cuba mencari keluarga kandungnya dan dia tersilap anggap bahawa bapa Young Kwang adalah bapanya sendiri. Pada masa yang sama, ada temuduga terbuka dibuat di syarikat GeongDo dan diorang sama-sama join. As I said, drama ini pasal Jae In atau Young Kwang? Anyway drama ini menggunakan producer, scriptwirter dan director yang sama yang menghasilkan drama hit - Baker King Tak Goo pada tahun lepas dan sedikit sebanyak bayangan Baker King Tak Goo masih dapat dilihat di dalam Man of Honor.

   

13. Hearstrings/ You've Fallen for Me
CAST: Park Shin Hye, Jung Yong Hwa, Song Chang Ui, Song Hi Hyun
THREAD RASMI

Drama ini aku ancipated a lot sebab kedua-dua pelakonnya "fresh-look" tetapi lain pula jadinya. AKu tengok setakat episod 1 which is quite boring episod...Ada orang kata jalan cerita menarik selepas beberapa episod, ada  masa nanti baru aku tengok la kot. Drama ini quite popular di laman "online watch" sehingga ada yang mengatakan drama terbaik pada tahun ini. Ia mengisahkan dua orang musician dari latar belakang genre muzik yang berbeza. Bagaimana cinta terputik antara mereka?

     

14. Poseidon
CAST: Choi Si Won, Lee Si Young, Lee Sun Jae
THREAD RASMI

-No description unless given-

      

15. Can't Lose
CAST: Choi Ji Woo, Yoon Sang Hyun, Jong Mi Rung
THREAD RASMI

-No description unless given-

        

16. Can You Hear My Heart
CAST: Kim Jae Won, Hwang Jung Eum, Nam Gung Min
THREAD RASMI

-No description unless given-


         

17. Midas
THREAD RASMI
CAST: Jang Hyuk, Kim Hee Ae, No Ming Woo


-No description unless given-

            

18. Thousand Day Promise
CAST: Kim Rae Won, So Ae


-No description unless given-

            

19. Baby Faced Beauty
CAST: Jang Nara, Choi Daniel, Ryu Jin
THREAD RASMI

Jang Na Ra is also my favorite actress all-the-time. Tapi sayangnya drama ni tak berapa menarik sebab karakter Lee So Young agak lemah dan berlainan dengan karakter cheerful yang dimainkan oleh Jang Na Ra dalam drama sebelum ini. Choi Daniel bagi aku tak sama cantik dipadankan dengan Jang Nara, boleh gituh? Drama ini mengisahkan seorang pereka fesyen, So Young yang underrated disebabkan dia tidak mendapat pendidikan sehinggalah dia menemui pekerja syarikat brand terkemuka, Jin Wook dan CEOnya, Ji Seung II yang menawarnya bekerja di bawah syarikat itu.

              

20. Flower Boys Ramyun Shop
CAST: Jung In Woo, Lee Chun Ah, Lee Ki Woo
THREAD RASMI


Drama ini agak popular lately sebab banyak pretty boys kot:@...Mengisahkan seorang pelajar universit, Eun Bi yang mengimpikan untuk menjadi guru sekolah. Dia bertemu dengan anak orang kaya, Chi Soo sehinggalah mereka dipaksa bekerja di dalam kedai mee ramyun yang dikendalikan oleh pekerja yang malas, Kang Hyuk. Pelbagai cara digunakan untuk menarik pelanggan...dan bagaimana 2 pretty boy ini bercinta dengan gadis di dalam kedai ramyun yang sama?
Drama ini akan aku tengok nanti~


               

21. Thorn Birds
CAST: Han Hye Jin, Joo Sang Wook, Kim Min Jung

-No description unless given-

               

22. Dream High
CAST: Suzy, Kim Soo Hyun, Taecyeon 2PM, Ham Eun Jung, Uhm Ki Joon
THREAD RASMI

Dream High boleh dikatakan antara drama paling laku pada tahun ini. Hampir kesemua pelakonnya adalah idol group kecuali Kim So Hyun. Drama ini mengisahkan 6 anak muda cuba merealisasikan impian masing-masing untuk menjadi musican yang berjaya dalam industri muzik Korea. Aku tak tengok lagi, so tak leh nak komen

                 

23. Miss Ripley
CAST: Lee Dae Hee, Kim Seung Woo, Mickey Yoon Chun
THREAD RASMI

Drama melodrama ini berkisarkan tentang Jang Mi Ri, pelacur berketurunan Korea yang melarikan diri dari Japan dan bertemu dengan dua orang yang berpengaruh di Korea. Yutaka dan Myun Hoon yang sudah berkeluarga masing2 jatuh cinta pada Jang mi Ri tetapi mereka tidak menyedari niat jahat sebenar gadis tersebut. Jang Mi Ri terpaksa hidup dalam penipuan disebabkan hidupnya suakr semasa kecil dan dia akan berbuat apa sahaja untuk "survive". Bagi aku, drama ini agak bosan walaupun cast dia okay..Lee Dae Hee not that outstanding in this drama. Yoon Chun pulak bajet hensem..Satu lagik, ost orkestra sangat mengganggu konsentrasi aku and not blended well with the drama flow Oleh itu, aku takat tengok sampai episod 4 sebab tak tahan...


                 

24. The Musical
CAST: Goo Hye Sun, Choi Daniel, Park Ki Woong
THREAD RASMI

-No description unless given-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-12-2011 02:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 30-12-2011 11:36

Sila pilih drama feveret korang taun lepas....
dan jgn lupa senaraikn juga drama yang korang sudah tengok

(a) top 5 drama pilihan korang

(b)plg layan abesss

(c) plg outstanding

(d)plg meruntun kalbu

(e)plg dibenci

(f) plg bosan....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-12-2011 02:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 30-12-2011 11:41

-SUMMARY-

Finished watching
1. Lie To Me
2. Princess Man
3. Scent of Woman
4. The Greatest Love
5. City Hunter
6. Protect The Boss
7. 49 Days

Stopped Watching
1. My Princess
2. Miss Ripley
3. Heartstrings
4. Baby Faced Beauty

Ongoing
1. Me Too Flower
2. Man of Honor

(a)
top 5 drama pilihan (terbaik ikut turutan)

1. Princess's Man
2. Scent Of Woman
3. 49 Days
4. The Greatest Love
5. City Hunter

(b)plg layan abesss

Scent Of Woman, Me Too Flower, Protect The Boss, The Greatest Love, City Hunter

(c) plg outstanding

Princess's Man

(d)plg meruntun kalbu

Scent Of Woman, 49 Days

(e)plg dibenci


Miss Ripley
My Princess
Baby Faced Beauty

(f) plg bosan....


My Princess

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 12:26 PM | Show all posts
cam besa paling best..opkos warrior baek dong soo...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-12-2011 01:47 PM | Show all posts
Reply 5# skymania

sky boleh tak listkan drama yg kau dh tgk abis sepnjang 2011...

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 02:08 PM | Show all posts
Reply 6# dauswq


   mls...sbb mood tak baik neh!:@
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 03:27 PM | Show all posts
WOW.............ikut list tuh.......24 drama kan, lisa tgk 15 drama drpdnya
adoooooiiiiiii baru perasan thn nih makin laju lisa follow drama2 nih

ok, summary lisa lak..........

15 drama yg lisa follow & tgk itu ialah..........
Scent Of Woman        
49 Days        
My Princess        
Lie To Me        
Protect the Boss        
City Hunter        
Man of Honor/Glory Jane        
Heartstrings        
Poseidon        
Can't Lose        
Midas        
Baby Faced Beauty        
Dream High        
Miss Ripley        
The Musical

TGK DGN JAYANYA - HABIS EPI.
1-Scent Of Woman        
2-49 Days        
3-My Princess        
4-Lie To Me        
5-Protect the Boss        
6-City Hunter        
7-Heartstrings        
8-Midas        
9-Dream High        
10-Miss Ripley        


TGK SEKERAT / BEBERAPA EPI START JE DAH STOP TGK
1-Poseidon (dlod dah abis semua tp tgk smpi epi. 6 je terus stop)
2-Can't Lose (dlod abis semua epi. tp tgk hanya 2 epi sahaja, bosan citer ttg suami isteri je)
3- Baby Faced Beauty (dlod abis semua epi. tp tgk smpi epi. 4 je terus stop cos jalan citer too BOSAN)


TENGAH FOLLOW IN SLOW2
1- Man of Honor/Glory Jane
2- The Musical


BYK KALI ULANG TGK
Scent Of Woman
Heartstrings        


(a) top 5 drama pilihan (terbaik ikut turutan)
1. Scent Of Woman (BEST EVER, gandingan my fav artis LDW & KSA, tgk byk kali pun tak bosan)
2. Heartstrings (BEST, lagu2 best, citer tak byk fikir, byk dialog menarik, YH hensem)
3. Miss Ripley (suka sgt Dae Hae, citer yg nak sgt apa ending)
4. Protect the Boss (lawak yg kena tmpt, best)
5. 49 Days (sedih, layan sebab nak tau apa jadi)


(b)plg layan abesss
Scent Of Woman
Heartstrings        
Protect The Boss


(c) plg outstanding
Scent Of Woman
Heartstrings
Miss Ripley


(d)plg meruntun kalbu
Scent Of Woman
49 Days
Miss Ripley


(e)plg dibenci
Poseidon (bosaaaaannnnnnnnnnnn)
Can't Lose (bosannnnnnnnn)


(f) plg bosan....
Baby Faced Beauty
City Hunter        
Poseidon        
Can't Lose        
(mungkin lisa kurang suka citer cam City Hunter - detective blablabla,
so w/pun abis tgk citer nih tp mmg bosan nak abiskan
& just tgk utk abiskan tahu ending sahaja,
CAN'T LOSE - bosan amat2, sebab tgk pun sebab minat choi ji woo)
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 08:31 PM | Show all posts
ala kena senarai gak ke? baiklah tuan

drama yg telah habis layan:
warrior baek dong soo (of kozzzzzzz)
city hunter
the greatest love
49 days

tgk sekerat jalan..pastu dah buleh predict apa yg terjadi seterusnya
protect the boss
deep rooted tree
lie to me
scent of a woman (wp lee dong wook oppa ada..tp ntah takde mood...hehe)
heartstring (wp lead actors aku minat..tp ntah nape tak habis)

tgk sekerat..berhenti pastu sambung tgk ke ep akhir sahaja (tgk lompat2)
poseidon ( wp bekas laki berlakon tp takde mood nak tgk..kahkahkah )
baby faced beauty
dream high (wp ramai idol)

belum tgk 1 ep sekalipun dah donlot dan akan layan selo2 bila dah complete
princess man
flower boy ramyun shop

tak layan dan tak donlot (tunggu kuar kat tv atau minta sedekah kat kawan nnt )
selain yg disenaraikan diatas

(a) top 5 drama pilihan korang
1- warrior baek dong soo
2. 49 days
3. city hunter
4. the greatest love
5. scent of a woman

(b)plg layan abesss
warrior baek dong soo

(c) plg outstanding
warrior baek dong soo

(d)plg meruntun kalbu
warrior baek dong soo
49 days

(e)plg dibenci
lie to me
poseidon

(f) plg bosan....
lie to me
heartstring
baby faced beauty

sekian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-12-2011 09:13 PM | Show all posts
oh skrg ni akak lisa menjuarai ngan total 10 buah drama yg ditontonnya...banyaknya
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-12-2011 09:14 PM | Show all posts
Reply 9# honey_jelly

kenapa tetibe kau nak tgk warrior baek dong so tu erk? setahu aku drama tu tak tayang kt KBSW kan?
boleh citerkan sket..mane tau aku tetibe minat nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 09:17 PM | Show all posts
Reply 11# dauswq

aku donlot lah..pastu kat cenel one hd ada tayang..motip tanya :@

aku suker citer2 pasal pahlawan2 nih..ditambah smer cast pun best.orait? ..terailah tgk..kalo tak menepati citarasa jgnlah marah aku yek
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-12-2011 09:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 30-12-2011 21:21

Reply 12# honey_jelly

tp princess man kau tak tgk plak choyyy

nak tgk majoriti pilih drama apa kt sini..
baru lah nak tgk...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-12-2011 09:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 30-12-2011 21:27

Reply 12# honey_jelly

selalu drama pilihan skymaniam ni thrilling ler....tak mengecewakan

uols tak nak tmbh apa ke description kt ats?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 09:25 PM | Show all posts
Reply 13# dauswq

ini mesti ko tgk apa yg aku vote kan

princess man tgk sekali lalu..tak kosentret sgt..tp buleh agak menarik citernya..kebetulan ada tertengok sepintas lalu kat kbsw..tu pun dah tgh2..so ai tunggu donlot complete baru nak layan sepenuh hati...kena tunggu giliran..bykkkk plak list drama nak kena sedut..belum masuk tv series omputih lagi..anime..movies, variety shows etc..adehhhh..kena upgrade kot stimix rumah nehh biar laju skit

motif tanya macam2 nih...iskkkk :@
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 09:27 PM | Show all posts
Reply 14# dauswq

alaaaaa...letak desription? sekai jelah yg buat
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-12-2011 09:29 PM | Show all posts
Reply 15# honey_jelly

aku nak survey...azam aku nak abiskan 15 drama setahun, mampoo?

tp tular byk sgt nak tgk kekdahnye...
10 drama yg dh ditgk ni oklah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 09:36 PM | Show all posts
Reply 17# dauswq

15 drama setahun? perghh..mmg tak buat keje lain lah ko....aku nak buat 5 setahun pun seksa

kena betul2 ada mood baru boleh layan....aku byk layan japanese drama sbb  jumlah ep dgn masa tak berapa panjang..ataupun tv series..kalau koreannya drama buat marathon mmg tak tido lah aku ..pegi opis dgn panda eyes

aku byk donlot je..tgk belakang kira..yg penting koleksi
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 10:14 PM | Show all posts
oh skrg ni akak lisa menjuarai ngan total 10 buah drama yg ditontonnya...banyaknya
dauswq Post at 30-12-2011 09:13 PM



    jap......naper citer A Thousand Days' Promise tak masuk list???
kuar thn 2011 nih gak dah abis pun........

kalau ini kira, lisa tmbh satu lagi laaa citer nih
jadi 11 drama abis tgk
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 10:18 PM | Show all posts
Reply  honey_jelly

kenapa tetibe kau nak tgk warrior baek dong so tu erk? setahu aku drama tu ta ...
dauswq Post at 30-12-2011 09:14 PM



    baru lisa sedari.........lisa kureeeeng pada citer2 warrior2......zaman2 dolo2 & citer2 detective2 kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.102097s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list