CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indeep

- Kes Settled -

   Close [Copy link]
Post time 13-1-2012 09:27 AM | Show all posts
hmmm... macam2 hal betul la. kan kisah dah settle. wat ape nak pening2 lg. biarkan itu urusan TT tu dgn Allah pulak. kte dah tolong dgn ikhlas kan. yg tak tolong nak panjang2kan cerita lagi kenapa? tak pasal2 macam nak cari gaduh pula. dah elok2 tolong orang nak dpt dosa pulak. rugi wo...

to MOMOD, senang cte next time jgn bg kes camni ade benang dlm porum. sudahnye jadi x settle juga. byk yg x puas hati. tp yg pelik, tolong idok, ckp je lebey. how???!!!

so, aktiviti kad MIDV utk tarbiyah encik TT ke nih? selamat kena dgr ceramah la TT yek... da wat salah kena la terima akibat. apepun semoga perkara ini tidak terjadi kepada kawan2 yg lain. kte belum tentu lagi hari esok kita macam mana kan... jgn cepat sgt judge.

ilalliqo' wa ma'a salamah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2012 09:34 AM | Show all posts
alasan setelah puas bejoli 6k
wekwek1 Post at 12-1-2012 15:40


berdosa buat pertuduhan tak berasas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:35 AM | Show all posts
sama jah...campro+lurtz=indeep..

kaka misai dgn adek pinoe...pun sama jugekk...
hunny_bunny Post at 12-1-2012 17:34


lain... ada yang dah sahkan mereka orang berbeza.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:49 AM | Show all posts
Harap TT bagi pencerahan :

aku copy paste dr forum sebelah;
ketupat79 Post at 12-1-2012 14:31



wuiyo... byk nye link... adik nak bace. semoga kisah ni menjadi iktibar buat yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:53 AM | Show all posts
kenapa semua tulis "No input file specified. " ???
adik x boleh nak tgk link tu semua...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:55 AM | Show all posts
Reply 1201# cikadik



kannn..... klu dh settle tu settle lah, xyah pjg2 nak korek2 lg dh.....yg len2 tu biarlah ia menjadi urusan TT dgn Allah SWT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2012 09:56 AM | Show all posts
kenapa semua tulis "No input file specified. " ???
adik x boleh nak tgk link tu semua...
cikadik Post at 13-1-2012 09:53


ko ada register forum sebelah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 09:59 AM | Show all posts
Aku tolong tepek citer rumah sebelah..............

aduh aku mula pening... camprofile tu dia juga ...
BATUAPI8888 Post at 13-1-2012 07:56


kelas uolss sesuai dgn nick batuapi
ada cerita baru plak...semalam baca mcm dah bebaik semua2 pihak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2012 10:01 AM | Show all posts
kelas uolss sesuai dgn nick batuapi
ada cerita baru plak...semalam baca mcm dah bebaik se ...
ketupat79 Post at 13-1-2012 09:59


aku baca kejap tadi ada yg update nombor along yg diberi adalah scammer cg juga
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 10:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by cikadik at 13-1-2012 10:22
Reply  cikadik



kannn..... klu dh settle tu settle lah, xyah pjg2 nak korek2 lg dh.....yg len ...
sjnkishka Post at 13-1-2012 09:55




kann.. sesungguhnya perasaan was-was itu tidak elok. x kn nak adik cari dalil dan tepek pulak.

sia2 je nanti dah ikhlas beri tp ungkit balik. Allah SWT lebih mengetahui dan dah aturkan begitu. lagipun kte tahu kan soal rezeki itu milik Allah jua. jika kita x beri pun, ia boleh diambil dgn pelbagai cara lain seperti dicuri ke... eksiden ke... kena always ikhlaskan diri bila memberi. jgn ungkit2. selebihnya urusan dia dgn ALLAH SWT.

and... kalau rezeki kita ade, kita akan dpt balik iallah lebih drp apa yg kita beri.

"tgn yg memberi lebih baik daripada yg menerima, tgn yg menerima lebih baik drpd yg meminta". berilah supaya hati kan lebih tenang, terhindar drpd penyakit kedekut. lagipun x de sape pun pakse semua orang tolong TT. tetapi perasaan nak tolong tu terbit dari hati kecil masing2. ingat ramai ke yg nak berhati mulia macam kawan2 semua??? lantaklah kalau orang kata kita bodoh sbb tolong orang yang menipu. tp pikirlah macam mana menyesal kalau kita x tolong orang yg betul2 memerlukan. mungkin dgn kerana rm10 kita itu dgn dia x dpt, hidup dia akan berakhir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 10:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by sourplum at 13-1-2012 10:31

Salam...

Kat CG sana tu belum ada apa2 update terbaru lagi setakat ni... Post2 yg kata Indeep=Camprofile dan macam2 tu lagi cuma tekaan/gurauan forumer2 kat sana macam kita2 kat sini dok speku/gurau macam2 jugak....  

Utk elak berlaku salah paham & ada pulak yg bergaduh kat sini, me close dulu ni thread ni ya... Kita tunggu jerla apa cerita terbaru nanti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 03:55 AM | Show all posts

sp

Post Last Edit by indeep at 15-1-2012 04:06

Salam..baru habis kerja. tadi x sempat nak reply kat CG thread dah close..rasanya saya reply di sini ok x?

berkenaan perabot, ada sedikit percanggahan sedikit saja cerita, mungkin akibat dari kurang komunikasi atau pun salah faham.

Benda ni dah dibincangkan tadi di Midvalley..

Royan jual perabot kat saya RM4k, memang betul. Tapi selepas itu dia nak jual balik kepada orang lain dengan harga RM3k, sebab saya x mampu bayar. Tapi waktu tu, ada duit sikit, saya bayar RM500 untuk RM3k tu, dan balance akan dibayar kemudian. So Royan setuju.

Dan apabila start berlaku kes along, saya pinjam duit dari persatuan penduduk RM2500, just untuk cover interest along, sebab nak pinjam RM6k x dapat. Kalau yang belum baca post saya sebelum ni, tempat tinggal saya ada 400 unit rumah, siap security (tp kdg2 mcm x ada) dan berpagar & ada kutipan sebanyak RM30 seorang untuk tujuan kegiatan penduduk atau untuk yang bermasalah.

Sebagai ahli baru, pengerusi ada bertanya "apa jaminan yang awak x akan tinggalkan taman ini dan lari kalau saya bagi pinjam duit RM2500 ni". Saya pun cakaplah, rumah saya tu barang banyak, perabot, katil, peti ais bla bla..Kalau nak lari, x akan saya nak tinggalkan barang2 tu semua. Dan kalau saya nak bawak lari barang2 tu semua, mesti saya akan bawa lori, dan security mesti lah check. Dan kat situ dah boleh kantoi saya lari. Jadi dengan alasan itu, saya pun dapat meminjam hanya RM2500 dari persatuan penduduk. X boleh lebih, sebab x dibenarkan. Maksimum.

RM2500 ini hanya mampu untuk bayar interest dan extend selama seminggu.

Jadi apabila saya dah keluar dari rumah malam tahun baru, dan menetap di bukit beruntung selama dekat 2 minggu, pengerusi dah jarang nampak saya. Dia selalu call tanya, ke mana saya? Kenapa dah jarang jumpa? Saya bagi alasan, ada kerja kat luar daerah.

Di waktu yang sama, sejak seminggu lepas Royan juga asyik bertanya tentang perabot nya sebab saya dah cakap tak mampu bayar dan dia boleh ambik balik. Sebenarnya kunci rumah saya dah bagi kat tangan dia, cuma x complete set. Ada satu kunci pagar besar saya x bagi kat dia, sebab biasanya pagar rumah x berkunci & kebetulan tuan rumah hanya bagi 1 kunci saja untuk pagar depan. Jadi masa nak keluar malam tahun baru tu, saya terpaksa juga mengunci pitu pagar depan, sebab saya takut kebarangkalian x dapat settle along boleh ceroboh sampai ke dalam rumah. Dan saya dah maklum kan kepada Roy, saya dah kunci dan dia dah x dapat masuk rumah tu untuk pindah barang.

Selama 1 minggu ni, bemacam2 alasan saya berikan kepada royan, apabila dia hendak mengambil kunci rumah. Ini adalah kesalahan saya yang juga menyusahkan dia. Sampai sekarang dia masih x faham, kenapa saya macam susah sangat nak berikan kunci tu kepadanya, dengan memberi alasan pelbagai. Yang sebenarnya, saya masih mencari masa yang sesuai untuk slow talk dengan pengerusi tentang hasrat saya untuk keluar dari situ kerana dah x mampu duduk di situ dan saya kena duduk di Bukit Beruntung. Ini kerana, kalau saya terus beri kunci rumah kepada Royan dan keluarkan barang itu, tanpa saya slow talk dengan pengerusi, ada kemungkinan besar pihak security akan menahan perabot itu keluar dari kawasan perumahan. Dan ini akan menyusahkan pihak Royan juga.

3 malam lepas, Roy akhirnya datang berjumpa dengan saya & minta kunci rumah. Saya dah minta maaf atas delay, dan saya berikan kunci tersebut kepadanya. Sebab dia kata ada buyer yang dah standby nak beli.

Jadi sebelum Roy ambil perabot tersebut, saya merasakan yang saya perlu memberitahu lebih awal kepada pihak pengerusi tentang hasrat saya untuk berpindah. Jadi kebetulan pengerusi telefon saya pagi 2 hari lepas, dan dia datang berjumpa saya malam untuk berbincang. Permulaan perbincangan, dia agak berkeras untuk mengambil perabot yang berada di rumah tersebut, sebagai ganti kepada duit RM2500 yang dipinjamkan. Saya cakap kepada pengerusi, perabot tu bukan saya punya sebab belum habis bayar, dan sebagai buktinya perabot tu bukan saya punya, saya bagi telefon untuk dia bercakap sendiri dengan Royan. Saya tidak mendengar apa butir perbincangan dengan jelas tapi kedengaran seperti dia dah standby lori depan rumah saya dan polis juga dah standby untuk pecah masuk rumah nak ambik perabot. Jadi apabila Royan dengar perkara tersebut, dari presiden dia terus ambil keputusan untuk call buyer dan memindahkan perabot pada malam itu juga lebih kurang pukul 12.00pm .

Selepas pengerusi bercakap dengan royan, dia pun dah berlembut hati. Dia kata, kalau ada kemampuan bayar lah sikit2 setiap bulan. Jadi masalah saya dah selesai, dan dia x akan claim lagi perabot tersebut.

Apa yang menjadi salah faham di sini, adalah

1. Royan beranggapan bahawa saya baru nak deal dengan pengerusi untuk jual perabot tersebut.
2. Royan beranggapan segala alasan yang saya berikan untuk melengahkan masa, adalah sebab saya nak jual perabot tersebut.
3. Royan beranggapan saya mencagar perabot tersebut kepada pengerusi.

Saya harap bro Royan ada membaca penjelasan dari saya ini, dan saya tahu yang salah tetap salah. Saya memang bersalah sebab melengahkan masa untuk royan mengambil perabot tersebut. Ini sudah menyusahkan pihak Royan dalam menguruskan penjualan nya.

Berkenaan perabot tu, dengan penjelasan yang diberikan di CG dari Roy, diharap dengar pula penjelasan dari saya.

Harap penjelasan di atas agak mudah difahami. Dan ini adalah merupakan post terakhir dari indeep@saya di Cari mahupun di CG.

1. Murahguru tidak membuka thread untuk meminta derma di CG. Tiada satu ayat pun pada thread starter yang menyatakan untuk minta derma. Tujuan nya adalah untuk memberitahu kepada anak2 murid Alieyfx kenapa cikgu mereka hilang. Pembaca thread sndiri yang sudi menderma untuk membantu. Semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki. Total derma di CG adalah RM2700. Jadi, kenapa kata SCAM kutip derma. Derma kan dah ikhlas ? dan memang tujuan untuk bayar along pada waktu tu. Report polis pun ada saya tunjukkan kepada beberapa member Cari rentetan dari kes pertama.

2. Saya bukan Tasya Gulung.

3. Saya adalah Phenomenonxy. Duit pool yang di collect untuk membeli EA. Dan EA telah saya serahkan kepada semua yang pool. Sila jangan tuduh tak pernah dapat EA tersebut. Jika EA tersebut tidak berfungsi dan mendatang hasil yang diharapkan, dah luar kuasa saya. Tiada jaminan untuk 100% mendapat untung dari Forex.

4. Saya adalah Lurtz.

Kenapa saya ada banyak sangat ID di CG. Kenapa tidak guna saja Murahguru? atau Phenomenonxy? atau Alieyfx? ID2 tersebut telah dicop sebagai scam, tanpa peluang untuk saya membela diri. Untuk menghalang tohmahan dari beribu pembaca bukan satu benda mudah.

Di harap agar tuhan mempermudahkan jalan untuk saya membaiki hidup saya. Saya tahu sepanjang tempoh 2 tahun dugaan yang saya alami, ada kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Jika melibatkan korang semua, harap maafkan saya.

Kepada mereka yang sudi menderma tempoh hari, terima kasih yang tak terhingga diucapkan. Tiada apa balasan yang mampu saya berikan, hanya Tuhan saja yang mampu memnabalasnya. Semoga korang akan sentiasa dimurahkan rezeki & diberkati.

sekian dari saya untuk Cari.

Assalamualaikum

*last post dari saya*
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:50 PM | Show all posts
Reply 1212# indeep


    Aku doakan ko bebenar insaf ngan kejadian neh...jangan nanti munvul plak id2 lain,modus operandi yg sama...

Mulakan hidup yg baru
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 11:09 PM | Show all posts
Salam...

1.  Me juga rasa me perlu buat sedikit penjelasan supaya forumer PP terutama mereka yg menyumbang tidak keliru bila baca post2 di forum CG berkenaan nama along TT yg didakwa sama dgn nama sorang scammer di forum tersebut..  Me dah buat penjelasan di thread borak PP tapi rasanya ia perlu dibuat lagi sekali di sini sbb tak ramai forumer PP yg membaca thread tersebut.... Me tidak pasti mrk yg membuat dakwaan ini merujuk kpd along mana tetapi sekiranya dakwaan mrk itu merujuk kpd kes di thread ini, dakwaan itu tidak benar... Tidak ada sebarang persamaan nama atau no akaun scammer tersebut dgn mana2 along TT...

Utk pencerahan, nama along2 TT adalah sebagaimana berikut :
1.  Ser Ah Moi
2.  Tan Boon Sian
3.  Yun Kim Ann
4.  Soh Cheang Shen
5.  Lee Bak Kheang
6.  Eng Wei Kit

Manakala nama scammer yg dimaksudkan di CG ialah sebagaimana berikut :
Lim kien peng 508177310157

2.  Mengenai thread sama dgn thread ini yg dibuka di Forum WC yg ditimbulkan di CG, ia telahpun dimaklumkan oleh TT di awal thread lagi jadi rasanya forumer2 PP yg mengikuti thread ini dr awal sudah sedia maklum ttg kewujudan thread tersebut..

Saya buka kat 2 forum..satu di WC & satu di sini, sebab x tahu mana ramai orang..kat WC senyap jer, kat sini jer ada yang response, syukurlah. sekurang2 nya ada juga insan yang menolong saya kat sini..


3.  Utk semua yg telah menyumbang samada dlm bentuk wang ringgit atau bantuan tenaga & masa kpd TT, semoga hidup anda diberkati & semoga ketulusan hati anda menghulur tangan memberi bantuan kepada insan yg anda percaya dlm kesusahan akan diberi ganjaran berganda olehNya... Kalaupun anda tidak mendapat balasan secara terus dr TT sendiri, ia mungkin akan datang dari insan lain dlm bentuk lain di masa yg lain... Insyaallah..  

4.  TQ jugak utk forumer2 CG & forumer CARI yg prihatin utk saling ingat mengingat sesama kita dgn memberi link2 di CG utk perhatian & rujukan di thread ini... Link2 yg diberi banyak membantu kita melihat & memahami kes ini dgn lebih jelas...

5.  Untuk TT, semoga kejatuhan & kegagalan yg anda alami hari ini akan memberi semangat kpd anda utk berdiri lebih tinggi masa depan... Walaupun anda menyatakan post diatas adalah post terakhir anda di forum ini, tetapi sekiranya satu hari nanti anda ingin berkongsi perkembangan terbaru anda dgn forumer2 disini terutama mrk yg pernah membantu anda, anda dialu2kan utk berbuat demikian...

6.  Sebagai penutup, utk makluman semua, selepas ini tiada lagi thread2 yg meminta sumbangan/bantuan samada utk individu atau mana2 badan dibenarkan dibuka di board ini... Selain ia melanggar peraturan forum, ia jugak utk mengelak berlaku salahfaham atau rasa tidak puas hati mana2 pihak...

TQ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.147592 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list