CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indeep

- Kes Settled -

   Close [Copy link]
Post time 6-1-2012 06:45 PM | Show all posts
Off topic*

Mak aihh siggy..Serabut hingga 15/1
camrey Post at 6/1/2012 18:06


kann..nak beramas mesra pun tak sempat...
tp tu siyes punya serabut tau kemeri..cuma tak involve ah long laa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2012 07:21 PM | Show all posts
Reply 979# indeep


Alhamdulillah...
Buat sementara waktu, jgn buang nombor tepon along tu sbb besar kemungkinan dia akan akan call TT lagi dalam masa terdekat nih
Diorg call tu bukan nak ugut, tp dia akan offer pinjaman lagi
Kalau along tu call, jwb jer, cakap jer elok2 ngan diorg, bagi tau u punya kewangan dah ok dan tak perlu pinjaman buat masa sekarang, kalau perlu nnt u akan call diorg..
ckp jer mcm tu TAPI JGN PLAK BERANGAN NAK PINJAM LAGI OK!!!

p/s: aku tak pernah pinjam ngn along..tp camana aku tau?...hehe biarlah rahsia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 07:50 PM | Show all posts
aku tak tahu kalau ini adalah scam atau sebaliknya..

dekat forum ni , mamat ni citer dia hutang along dan perlukan duit manakala dekat forum carigold , dia kata dia perlukan duit sebab kena halau dengan mak mertua dia...

korang semua boleh baca citer dkt sini..


Bagaimana lah agaknya pengakhiran kisah sedih hidup aku ni?

Ya Allah. Hanya kepada mu lah aku berserah, dan hanya kepadamu lah aku bermohon. Sesungguhnya tiada langsung daya bagi aku untuk menghalang segala yang Kau telah rancangkan pada ku, namun aku bermohon agar aku diberikan kekuatan untuk menempuhi segala yang bakal aku lalui. Amin.

Assalamualaikum..

Pagi Ahad ni iaitu lusa, bermulalah siri baru dalam hidup aku. Aku akan memulakan langkah kaki aku keluar dari rumah yang aku diami waktu ni (rumah mertua aku), berjalan menuju ke Stesen Bas Larkin yang terletak kira-kira 15km jaraknya. Sampai sana nanti, aku akan naik mana2 bas ekspress ke KL. Tapi memandangkan saat ini poket aku yang cuma tinggal duit syiling aja, aku terpaksalah menebalkan muka dulu dekat sana, mintak simpati dengan siapa2 , supaya dapat aku raih RM25-30 untuk bayar tiket ke KL. Sampai kat KL nanti, aku akan fikir cara lain pula untuk meneruskan hidup.

Apa yang terjadi pada aku ni ???

Aku dah tinggal di rumah mertua aku sejak 2 tahun yang lepas. Tapi semalam, selepas sedikit perselisihan faham dan puas aku kena sound dan dihina, aku akhirnya dihalau keluar oleh ibu mertua aku sendiri. Aku dah kena halau on the spot semalam, tapi isteri aku back up dan minta tangguh dulu sebab aku tak ready. Isteri aku memang menyebelahi aku sebab dia tahu segala masalah aku, namun kemarahan Ibu mertua aku sudah sampai kemuncak, last2 dia suruh aku berambus pagi Ahad ni. Sementara tu, dia dan bapa mertua aku tak akan balik ke rumah tu selagi aku ada, dan dia pergi tinggal dengan kakak ipar aku. Dia juga melarang aku membawa pergi puteri sulungku yang berumur baru 1 tahun tu, dan juga bini aku keluar ikut aku. Sebab alasanya takut aku tak boleh bagi makan & tempat tinggal kat diorang. Bini aku memang nak ikut aku sekali ke mana saja aku pergi, dan memang aku pun nak bawa dia, tapi apakan daya, masalah kewangan mengekang aku.

Mungkin korang tertanya-tanya, apa masalah sebenarnya yang berlaku pada aku ?

Dengan membuka thread ini dan meluahkan apa yang aku alami sekarang ini, aku tidak berniat untuk mempersendakan hidup aku sendiri, atau orang disekeliling aku termasuk seluruh ahli keluarga aku..Aku sedar selepas korang baca ni nanti, mungkin ada yang ketawa sinis, mencemuh, atau mungkin ada juga yang bersimpati dengan kisah aku ni..Jadi terpulanglah, aku sudah tak tahu nak buat apa lagi. Cuma niat dengan perkongsian ini, mungkin ada nasihat, cadangan atau pertolongan yang boleh aku terima dari rakan sekalian.

Jadi ada baiknya aku cerita sikit flow hidup aku secara ringkas, sehinggalah kepada apa yang terjadi pada aku saat & ketika aku menaip ni.

Sebelum aku berkahwin tahun 2008, aku menetap & mencari makan di Kuala Lumpur sejak lebih 10 tahun 1996-2007. Aku hanya berkelulusan SPM saja lepas jadi drop out UM. Umur 20 tahun aku dah start kerja, sebab malas nak sambung belajar, dan aku memilih bidang sales & marketing sebab aku memang minat buat sales. Tempat kerja pertama aku Toshiba Tele dynamics, dan di situlah aku mengasah bakat aku dalam bidang sales terutama dalam office automation product. Selepas beberapa tahun di Toshiba, aku bertukar tempat kerja kerana dapat better offer dari sebuah syarikat bumiputra yang terlibat dalam trading & construction dengan govt . Tapi job scope aku masih lagi dalam bidang sales, dan income aku jadi lebih tingggi sebab komisyen based on project, x salah aku 3-4% juga lah. So purata income aku masa umur 24 atau 25 tu, adalah sekitar rm4-5k sebulan. Memang sales aku banyak sebab aku banyak contact kat govt, direct nego , sebut harga atau tender, mudah aja aku adjust...Overall hidup aku untuk 30 tahun pertama, consider ok lah walaupun ada sedikit tercalar dengan kisah kena reject dari UM masa umur 19 tahun.

Bila umur aku dah masuk 32 tahun, duit pun dah cukup, tahun 2008 aku kawin dengan wife aku. Aruah orang tua aku pun datang juga ke Johor masa tu dari Kelantan, majlis agak meriah juga lah. Habis la dalam RM15k duit , tu kira normal lah kan. Lepas kawin aku balik semula ke KL bawak bini aku sekali. Masa tu dah bermula lah episode sedih hidup aku. Bermula dengan kena Scam dek projek Lintah yang tengah heboh masa tu, habis jugak la dekat RM5k. Pastu kena scam lagi dengan skim prepaid murah oleh penganjur di Shah Alam. Masa ni bukan aku aja telingkup, member2 aku pun ramai yang kena. Habis lagi duit aku dekat RM4-5K. Masa tu juga prestasi kerja aku pun dah drop, tiap2 bulan sales target dah tak boleh capai sebab aku dok sibuk dengan bisnes2 luar nie. Biasa lah, kerja sales kalau quota dah tak boleh achived lebih 6 bulan, company akan mempersilakan kita out lah. So, kerja aku pun dah berhenti, side bisnes pun terlingkup, jadi aku decide “time to move on”.

Tak sampai setahun aku dgn wife duk kat KL, aku decide untuk balik ke JB sebab masa tu aku dah tawar hati dok kat KL. Masa tu juga orang tua aku meninggal dunia, jadi nak balik Kelantan pun cuma tinggal adik aku dgn bini dia aja. So aku dah nekad balik ke Johor, duduk dengan keluarga bini aku @ mertua buat sementara waktu sebelum cari rumah sendiri. Keluarga mertua aku memang mengalu-alukan lah masa tu, sebab cuma mak & bapa mertua aja yang ada kat rumah. Kakak ipar aku dah kawin & dah duduk asing.
Jadi pertengahan 2009 aku dan wife pindah JB. Tahun pertama aku tinggal dengan mertua, semua tak ada masalah. Belanja dapur, segala jenis bil, semua aku dapat tanggung, dan kerja baru aku di sebuah syarikat construction bumiputra pun makin kukuh lah, sebab aku selalu dapat kan diorang projek. Dan masa tu juga aku mula berjinak-jinak dengan forex, dan memang masyuk lah masa tu. Kereta pun dapat aku tukar ke kereta baru, brand je sama Proton. Selepas setahun, bila ekonomi aku dah mula kukuh balik, aku decide nak pindah keluar, tapi mertua aku agak keberatan nak bagi. Diorang suruh stay dengan diorang. Bila memikirkan pasal perasaan orang tua nie, aku pun ok ajalah. Jadi aku terus aja stay di rumah mertua aku. Lagipun diorang tak bekerja, cuma mengharapkan duit pencen saja. Boleh juga aku bantu meringankan beban diorang.

......

Sekian


boleh baca kisah sedih disini ..
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=279935
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 07:59 PM | Show all posts
aku tak tahu kalau ini adalah scam atau sebaliknya..

dekat forum ni , mamat ni citer dia hutang a ...
fazamania Post at 6-1-2012 19:50


khatamkan thread ni dulu...ape yg ko tulis ni semua dah ade
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:03 PM | Show all posts
Reply 979# indeep

alhamdulillah semua dh selamat.. cuma ai curious, u dok online ni kat cc ker atau guna laptop sendirik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2012 08:04 PM | Show all posts
Reply  indeep


Alhamdulillah...
Buat sementara waktu, jgn buang nombor tepon along tu sbb besa ...
judygee Post at 6-1-2012 19:21


Minta jauh dah dari diorang nie..Insyaallah x kan terjebak lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2012 08:09 PM | Show all posts
Minta jauh dah dari diorang nie..Insyaallah x kan terjebak lagi..
indeep Post at 6-1-2012 20:04



dah duduk bersama dengan mertua ke ?
mertua dah tak maki hamun ?
bil2 tunggakan semua dah bayar  ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:11 PM | Show all posts
kisah hutang along dah setel...

camne plak dengan masalah peribadi dekat carigold tu ?

last masuk dekat carigold pun 14/11/2011...

wah , nampaknya hutang along ni setel dulu lah ya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2012 08:11 PM | Show all posts
dah duduk bersama dengan mertua ke ?
mertua dah tak maki hamun ?
bil2 tunggakan semua dah ba ...
fazamania Post at 6-1-2012 20:09


dah duduk asing. belum lagi settle, nak settle main problem dulu
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:14 PM | Show all posts
Reply 986# indeep


    so malam ni ko jumpa makcik sha ngn kengkawan skolah lama ko ker??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2012 08:17 PM | Show all posts
Reply  indeep


    so malam ni ko jumpa makcik sha ngn kengkawan skolah lama ko ker??
blazzard Post at 6-1-2012 20:14


hahaha..makcik sha nak jumpa ? tapi malu lah keadaan macam ni bro..keluar rumah bawak 2 helai baju, 1 kain pelikat dan satu seluar. tahap musafir berkelana dah ni. Dah seminggu , hari ni pakai, terus basuh.. Bangla pun lagi banyak baju hehe..tgk ar esok lusa nak balik umah kejap ambik pakaian.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:18 PM | Show all posts
Reply 989# indeep


   silap reply
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:20 PM | Show all posts
Reply 988# fazamania


     cuba baca posting momod me  #851 pg 35   
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:21 PM | Show all posts
Reply 991# indeep


    tuh si campro ckp..ok la tuh sumer dah setel..pasni nak kena pujuk bini plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2012 08:23 PM | Show all posts
Reply  indeep


    tuh si campro ckp..ok la tuh sumer dah setel..pasni nak kena pujuk bini plak ...
blazzard Post at 6-1-2012 20:21



   sekarang dah boleh urus soal rumah tangga dengan tenang dah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:25 PM | Show all posts
Reply  sya_sugar_sugar

actually mmg ada gath yg dlm perancangan...

sapa2 yg mau info lanjut s ...
awan_kelabu Post at 6-1-2012 05:04 PM

Baguslah kalau warga thread borak PP pun ada rancangan nak buat gath... Boleh gabungkan dgn rancangan nak jumpa Indeep ni lagi senang... Lagipun, ada beberapa org forumer yg aktif kat thread borak tu yg ikut memberi sumbangan kepada Indeep...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2012 08:27 PM | Show all posts
hahaha..makcik sha nak jumpa ? tapi malu lah keadaan macam ni bro..keluar rumah bawak 2 helai ba ...
indeep Post at 6-1-2012 08:17 PM

Macamana dgn rancangan Campro nak temukan u dgn forumer2 PP lain...?  Boleh ke jumpa..?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:31 PM | Show all posts
alhamdulillah sume dah settle eh.arap TT mulakan hidup baru +jangan terjebak dengan along lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:45 PM | Show all posts
alhamdulillah..........indeep kene byk berterima kasih pada yg tolong.. budi mereka awk jgn sesekali lupa time susah depa tolong.. time depa susah awak kene tlg w/pun skit..terimalah pantung mekss

pisang emas dibawa belayar,
masak sebijik didalam peti,
htg emas boleh dibayar,
htg budi di bawa MATI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2012 08:53 PM | Show all posts
Macamana dgn rancangan Campro nak temukan u dgn forumer2 PP lain...?  Boleh ke jumpa..?
sourplum Post at 6-1-2012 20:27



hehe..insyaallah boleh..tapi jangan tengok atas bawah dah lah nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.142456 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list