CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 40697|Reply: 67

Sejarah Roti Federal '' Bilal '' (The Federal Bakery)

[Copy link]
Post time 31-12-2011 02:59 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by HangPC2 at 13-1-2012 01:27

103 tahun ' roti cerut '



Peminat roti sandwic keluaran Federal Bakery yang telah berusia lebih 100 tahun bukan sahaja terdiri daripada orang kebanyakan bahkan kerabat diraja.







SEMASA Peristiwa 13 Mei 1969, Federal Bakery menjadi salah satu kilang yang menyalurkan sumber makanan kepada penduduk sekitar Kuala Lumpur.



SEJARAH Kuala Lumpur bermula pada tahun 1857 apabila bijih timah ditemui Raja Abdullah di kawasan Ampang. Hasil penemuan sumber alam itu menarik minat peniaga untuk menjual barangan keperluan kepada pelombong-pelombong bijih.

Mereka mendirikan kedai-kedai di pertemuan Sungai Klang dan Gombak sehinggalah pada tahun 1880 apabila Kuala Lumpur menjadi ibu negeri Selangor.

Perkembangan itu menyaksikan semakin banyak bangunan dibina manakala jumlah penduduk semakin bertambah. Situasi itu mendorong seorang lelaki membuka sebuah kilang roti.

Kilang itu ialah The Federal Bakery yang dibuka pada tahun 1906 dan masih kukuh bertapak di ibu negara walaupun sudah berusia lebih 100 tahun.

Diasaskan oleh Mohd. Yusof Ahmad Shah, kisah perniagaan Federal Bakery bukan mudah.

Bersama 11 orang rakan, Yusof menjual roti menggunakan sampan dan basikal.

Potong kepala

“ Keuntungan yang diperoleh seharian digunakan bagi membeli bahan mentah untuk jualan keesokan harinya dan proses itu berterusan.

“ Terdapat 11 orang lagi yang turut menjual roti namun hanya datuk saya yang mengambil keputusan membina kilang roti.

“ Tidak lama kemudian kilang ini diwariskan kepada bapa saya, Abdul Wahab, ketika dia berusia 18 tahun.





MASHOOD ABDUL WAHAB


“ Saya pula mengambil alih daripada bapa pada tahun 1976 walaupun pada mulanya berasa kekok untuk menceburi bidang pembuatan roti.

“ Malah hanya saya seorang daripada lapan adik-beradik yang meneruskan perniagaan ini, ” kata pemilik Federal Bakery kini, Mashood Abdul Wahab ketika ditemui di pejabatnya di Bulatan Loke Yew, Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujarnya lagi, Federal Bakery sebenarnya telah melalui pelbagai peristiwa suka dan duka untuk terus bertahan.

“ Semasa British menjajah negara, kebanyakan kilang roti yang beroperasi menamatkan perniagaan mereka kerana kesukaran mendapatkan bekalan.

“ Bagaimanapun, bapa saya mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dengan menawarkan sumber makanan kepada mereka dan pihak British pula menyalurkan bahan mentah kepadanya, ” katanya.

Semasa pemerintahan Jepun dan Darurat, kesukaran lain pula melanda.

“ Pihak tentera Jepun pernah mengugut untuk memotong kepala bapa saya jika dia memberikan makanan kepada British. Tetapi bapa saya membuat perkara yang serupa seperti datuk dengan membekalkan makanan kepada pihak Jepun pula.

“ Semasa Peristiwa 13 Mei 1969, Federal Bakery merupakan salah satu kilang yang menyalurkan sumber makanan kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur.

“ Malah kawasan kilang dikawal tentera 24 jam sehari dan segala urusan keluar masuk perlu melalui proses yang ketat, ” katanya yang tidak dapat melupakan peristiwa itu.


Resipi rahsia




PENGGUNAAN teknologi moden membolehkan penghasilan roti keluaran Federal Bakery lebih pantas berbanding dahulu.


Walaupun terpaksa bersaing dengan kilang-kilang roti yang lebih besar, Federal Bakery tidak pernah gentar.

Rahsianya, kata Mashood ialah resipi asal milik datuknya yang masih digunakan sehingga kini.

“ Bukan kaum wanita sahaja suka mengumpul dan menyimpan resipi masakan, saya juga menyimpan dan mereka cipta resipi-resipi baru khususnya dalam pembuatan roti.

“ Buku yang berusia lebih 100 tahun ini masih elok dalam simpanan saya dan akan menjadi rujukan anak-anak saya kelak apabila mereka mewarisi perniagaan turun-temurun ini.

“ Malah pelanggan yang sudah biasa dengan resipi lama sering memberi ingatan supaya tidak menukar kepada ramuan baru sehingga ada yang sanggup datang ke kilang, ” katanya ketawa.

Mashood memberitahu, pembuatan roti pada masa dahulu lebih sukar berbanding sekarang yang menggunakan teknologi moden.

“ Bapa sering menceritakan kepada saya betapa susahnya untuk membuat sebuku roti berbanding sekarang yang mempunyai pelbagai peralatan canggih yang mempercepatkan prosesnya.

“ Ini kerana pada zaman dahulu proses membuat roti mengambil masa selama sembilan jam berbanding tiga jam sahaja kini kerana pada waktu itu yis yang membolehkan tepung cepat kembang belum digunakan.

“ Sebaliknya mereka pakai sejenis bunga yang membolehkan tepung kembang tetapi ia tidak secepat yis. Tambahan pula, mereka membakar roti menggunakan arang dan kayu api sahaja, ” katanya lagi.


15 jam


Uniknya, bagi mengetahui sama ada roti itu sudah masak atau belum, mereka mengukurnya dengan menghisap cerut.

Sekiranya cerut yang dihisap telah habis, roti yang dibakar sudah boleh dikeluarkan daripada ketuhar. Masa yang diambil ialah sembilan jam dan keseluruhan masa proses sebelum roti siap diedar ialah 15 jam.

Kini, pekerja hanya memutar tombol penentu masa pada ketuhar dan hanya menunggu roti tersebut masak dalam jangka masa kurang dua jam.

Federal Bakery merupakan syarikat pemilik beragama Islam tertua di Malaysia dan kini mempunyai 40 orang pekerja.

“ Kami turut menghasilkan roti sandwic berharga RM1.60 sebanyak 40,000 sehari dan bagi roti berkrim pula sebanyak 100,000 biji.

“ Pasaran pula ialah sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Pahang yang mewakili lima peratus industri roti di negara ini dengan kekuatan 45 buah lori dan 250 orang vendor yang dilantik, ” katanya yakin.

Bicaranya, antara pelanggan roti keluaran syarikatnya ialah keluarga diraja Kelantan dan Perlis. Malah bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak adalah antara pelanggan utamanya dahulu.

“ Bagi keluarga diraja, pemandu mereka akan datang ke kilang di Sungai Besi seminggu sekali untuk mengambil stok. Mungkin kerana roti sandwic yang Federal Bakery hasilkan lebih lembut berbanding pengeluar roti lain.

“ Federal Bakery juga menghasilkan roti Perancis yang jarang syarikat roti buat kerana prosesnya yang sukar dan kini kilang ini telah menghasilkan 30 jenis roti seperti roti sandwic, ban berperisa ban kelapa, ” ujarnya.



- Kosmo -



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2011 03:06 AM | Show all posts
wahhhh,
roti federal!
masa kecik2 dulu roti ni la best makan dengan kaya takpon jem strawberi..
kat ipoh takde pun
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 03:16 AM | Show all posts
Femes roti ni
Teguh perniagaan theyols walaopun tepaksa besaing ngan Gardenia bagai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2011 03:19 AM | Show all posts
Century-old area famed for its wares



By FAZLEENA AZIZ
Photos by CHUA KOK HWA



MASJID INDIA, a thriving, bustling area known as Kuala Lumpur's Little India, is almost synonymous with textiles, jewellery and food outlet.

It is regarded by some as a shopping heaven and, according to the Kuala Lumpur and Selangor Indian Chamber of Commerce and Industry (KLSICCI), is home to one of the highest valued properties in Kuala Lumpur.

Over the years, many businesses have become hallmarks of the area, choosing to stay because of the location and the crowds that throng there every day.




Cosy : The interior of the Federal Bakery gives visitors a nostalgic feel.


This year, Federal Bakery celebrates its 101st year in business and it was one of the first bakeries to be set up in the area and still stands tall.

Mohammed Ibrahim, 65, has been with the bakery since 1954, when he started as a baker.


I am a cashier now but back then I was baking cakes. People come here because of the taste.

“ We get a mix of people but most are regular customers. “ It is an honour to still be in the Masjid India area '' .

Zainal Dewa, 45, visits Federal Bakery twice a week. “ I love the breads and the teh tarik here. I have yet to taste buns or tea as good as the ones here '' .

“ Although there are many modern cafes around KL, this old cafe environment is cosy and brings a nostalgic feeling you will not experience elsewhere '' , he said.

V.Ramu, 21, works at a flower shop in Masjid India and believes that it is a place for great things.

“ You can get anything here and, if you have a business here, you can make money. Our shop has been around for 30 years '' .



- The Star -



Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 06:14 AM | Show all posts
xernah rasa...tapi org2 cakap buat roti bakar sedap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2011 10:41 AM | Show all posts
saya selalu tiap-tiap pagi beli roti '' Federal Bakery - Ban Kon '' harga RM 0.70.... sedap... walaupun ada roti pesaing macam Gardenia dan Massimo....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2011 05:30 PM | Show all posts

pehh{:4_189:} ujan ujan ne mkn cecah ngan sop ..puhh! heavens wa chap sama luu{:4_243:}
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 05:44 PM | Show all posts
kedai2 cina2 kt kg aku selalu wat roti bakar guna roti ni, sapu ngan butter dan jem,memang mabeles,terangkat beb..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2011 05:45 PM | Show all posts
kedai2 cina2 kt kg aku selalu wat roti bakar guna roti ni, sapu ngan butter dan jem,memang mabeles,terangkat beb..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 06:09 PM | Show all posts
Restoran Bilal kat Jalan TAR pun dia punya bisness jugak
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 09:41 AM | Show all posts
keh kahwin abang dan kakak saya juga ditempah di federal bakery. Ayah saya dulu selalu bawak balik roti dari kedai ni. Hmm kenangan dulu2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 02:41 PM | Show all posts
Reply 1# HangPC2


   
Uniknya, bagi mengetahui sama ada roti itu sudah masak atau belum, mereka mengukurnya dengan menghisap cerut.

Sekiranya cerut yang dihisap telah habis, roti yang dibakar sudah boleh dikeluarkan daripada ketuhar. Masa yang diambil ialah sembilan jam dan keseluruhan masa proses sebelum roti siap diedar ialah 15 jam.


perghfffffft isap sebatang cerut sampai sembilang jam, panjang mana agaknya cerut tu ye, ke isap tapi tak nyala cerut, macam le bila tanya sama orang akuk, bape jauh masuk dalam hutan, jawab tok bathin,tak jauh punyak adakla dalm sebatang rokok gulung,dengar cam dkt je walhal rokok tu bila bakar sedut dua tiga kali pastu padam, lama sekali nyala balik, pastu padam, memanglah kalau dari Perlis sampai Johor pun tk habes punye isap
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 05:26 PM | Show all posts
xpernah makan dan tahu pun roti ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2012 01:47 PM | Show all posts
dekat Tengah KL atau Pekan senang cari Roti Federal  tapi luar dari KL susah nak pasal banyak kedai dah tak jual Roti Federal....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 08:22 PM | Show all posts
Aku suka roti keras Perancis tu, walaupun tawar tp tetap tiada tandingan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 09:16 PM | Show all posts
kilang federal ni dulu kat bulatan loke yew kan? masih kat sana ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 09:53 AM | Show all posts
orang utara panggil ni roti benggali..aku pon tatao pasaipa nama dia roti benggali..kalau kat bukit mertajam ada satu kilang dia depan hospital tue..kalau p beli panas2 baru keluaq oven tak dan sampai rumah habih dah roti tue..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 10:50 AM | Show all posts
pehh ujan ujan ne mkn cecah ngan sop ..puhh! heavens wa chap sama luu
bluezink Post at 31-12-2011 17:30



   


comelnya tangan budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 10:59 AM | Show all posts
comelnya tangan budak ni
VirginLady Post at 4-1-2012 10:50


tangan pun ada chumill gak ker....peliknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2012 11:24 AM | Show all posts
kilang federal ni dulu kat bulatan loke yew kan? masih kat sana ke?
prettyuglybabe Post at 3-1-2012 21:16




ada lagi...


Rahsia resipi 100 tahun



Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI


30/05/2008





UTUH... Bangunan Federal Bakery di Jalan Loke Yew di ibu negara.



KUALA LUMPUR 29 Mei - Sejarah ibu negara bermula pada tahun 1857 apabila bijih timah ditemui oleh Raja Abdullah di kawasan Ampang yang kemudiannya menarik minat peniaga untuk menjual barangan keperluan kepada pelombong bijih di kawasan itu.

Golongan peniaga itu mendirikan kedai-kedai di pertemuan Sungai Klang dan Gombak sehinggalah pada tahun 1880, Kuala Lumpur menjadi ibu negeri Selangor.

Perkembangan itu menyaksikan semakin banyak bangunan dibina dan jumlah penduduknya juga semakin bertambah.

Pertambahan penduduk itu bermakna permintaan terhadap makanan juga meningkat dan ia mendorong seorang lelaki membuka kilang roti.

Kilang itu ialah The Federal Bakery yang dibuka pada tahun 1906 dan masih kukuh bertapak di ibu negara walaupun sudah berusia 102 tahun.

Walaupun bangunannya masih yang lama tetapi ia telah diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi satu ' landmark ' kepada warga kota terutama apabila bangunan itu dicat dengan pelbagai warna terang.

Pemiliknya, Mashood Wahab berkata, beliau berbangga kerana kilang warisan keluarganya masih beroperasi walaupun pernah melalui pelbagai peristiwa dan zaman suka dan duka.

Malah, walaupun terpaksa bersaing dengan kilang-kilang roti yang lebih besar dan memasarkan jenama roti terkenal, Federal Bakery tidak pernah mengaku kalah.

Rahsianya, kata beliau, ialah resipi asal milik datuknya yang berusia lebih 100 tahun yang masih digunakan sehingga ke hari ini.

" Jika anda fikir hanya kaum wanita sahaja suka mengumpul dan menyimpan resipi masakan, anda silap kerana saya juga menyimpan dan mereka cipta resipi-resipi baru khususnya dalam pembuatan roti.

" Buku yang berusia lebih 100 ini masih elok dalam simpanan saya dan akan menjadi rujukan anak-anak saya kelak yang bakal mewarisi perniagaan turun-temurun ini, " jelasnya.

Menurut Mashood, walaupun roti Federal Bakery menggunakan resipi lama namun keenakan rasanya masih terpelihara dan pasti memenuhi cita rasa pengguna masa kini.

Menceritakan sejarah kilang itu, beliau berkata, kilang itu dibuka oleh datuknya dan diwariskan kepada bapanya, Abdul Wahab Mohamad Yusuff ketika berusia 18 tahun.

Katanya, kepayahan bapanya menyambung perniagaan keluarga itu membakar semangatnya untuk meneruskan perniagaan tersebut walaupun adikberadiknya yang lain tidak berminat menyambung perniagaan tersebut.

Ujarnya, walaupun pada mulanya beliau merasa kekok untuk menceburi bidang pembuatan roti tersebut, namun dia akhirnya berjaya memperkembangkan perniagaan tersebut sehingga kini.

Jelasnya, banyak perbezaan pembuatan roti pada masa dahulu dan kini memandangkan teknologi masa kini lebih canggih dan moden berbanding 100 tahun dahulu.

" Bapa sering menceritakan kepada saya betapa susahnya untuk membuat sebuku roti berbanding sekarang yang mempunyai pelbagai peralatan canggih yang mempercepatkan prosesnya.

" Ini kerana, pada zaman dulu proses membuat roti memakan masa sembilan jam berbanding kini hanya memakan masa tiga jam sahaja kerana pada masa lalu, tiada lagi penggunaan yis yang membolehkan tepung cepat kembang.

" Dulu bapa menggunakan cerut untuk memastikan tempoh masa membakar roti yang betul. Sekiranya cerut yang dihisap telah habis, maka roti yang dibakarnya sudah boleh dikeluarkan dari ketuhar.

" Namun kini, pekerja hanya memutar tombol penentu masa pada ketuhar dan kemudian hanya tunggu roti tersebut masak. Lihatlah betapa senangnya membuat roti sekarang, " katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kilangnya di Bulatan Loke Yew di sini baru-baru ini.

Ujarnya, semasa bapanya mengusahakan kilang tersebut, hanya terdapat 11 orang pekerja sahaja dan mereka merupakan rakan kongsi bapanya.

Namun, jelasnya, lama-kelamaan hanya bapanya sahaja yang bertahan untuk meneruskan perniagaan terbabit memandangkan terlalu banyak cabaran yang terpaksa dihadapi.

" Sewaktu British menjajah negara, kebanyakan kilang roti yang beroperasi menamatkan perniagaan mereka memandangkan kesukaran mendapatkan bekalan.

" Bagaimanapun, bapa saya mengadakan kerjasama dengan kerajaan British pada waktu itu dengan menawarkan sumber makanan kepada mereka dan British pula menyalurkan bahan mentah kepadanya.

" Oleh yang demikian, perniagaan bapa saya terselamat sehinggalah Jepun pula memerintah dan bapa juga melakukan perkara yang sama kepada mereka," jelasnya.

Tambahnya, semasa peristiwa 13 Mei 1969 di mana negara diisytiharkan darurat, Federal Bakery adalah satu-satunya kilang yang menyalurkan sumber makanan kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur.

Jelasnya, pelbagai cabaran lagi yang dilalui oleh bapanya sepanjang mengusahakan kilang tersebut yang menjadikan Mashood lebih bersemangat untuk menyambung perniagaan itu.

Menurutnya, Federal Bakery adalah satu-satunya kilang roti yang dimiliki oleh pemilik beragama Islam yang telah diusahakan sejak 100 tahun lebih di negara ini.

Ditanya apakah roti yang menjadi kegemaran pelanggannya sehingga kini, Mashood berkata, sejak dulu sehingga kini, roti sandwich sentiasa menjadi kegemaran ramai.

Menurutnya, walaupun banyak pilihan jenama lain, namun pelanggannya mengakui roti sandwich tersebut berbeza daripada yang lain.

" Saya mempunyai hampir 60 pekerja yang terlatih di kilang bagi menghasilkan pelbagai jenis roti termasuk roti berperisa yang menjadi pilihan generasi muda.

" Bagaimanapun, keluaran tertinggi setakat ini adalah roti sandwich iaitu sebanyak 12,000 bungkus sehari.

" Kepakaran pekerja-pekerja serta kehebatan resipi lama menjadikan roti tersebut masih diminati oleh pelanggan terutamanya warga tua, " jelasnya.

Ditanya mengenai perancangan masa depan, Mashood bercadang memperkembangkan perniagaannya sehingga ke seluruh negara.

Menurutnya, setakat ini, dia hanya mempunyai tiga cawangan sahaja iaitu di Pasar raya Maidin USJ, Jalan Ampang dan Bulatan Loke Yew.

Jelasnya, dia berharap dapat menambah lagi cawangannya memandangkan permintaan terhadap bekalan roti semakin meningkat.

" Walaupun pasaran kami hanya melibatkan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, namun permintaan semakin menggalakkan.

" Kebiasaan roti kami diambil oleh penjaja roti bermotosikal dan ada juga yang diletakkan di kedai-kedai roti.

" Jadi, saya berharap Federal Bakery dapat berkembang ke seluruh negara selepas ini, " katanya.

Mashood berkata, cabaran untuk menguruskan perniagaan yang paling besar sekarang ini ialah kenaikan mendadak kos bahan mentah.

" Harga barang mentah sering melonjak naik menyebabkan kos roti meningkat, tambahan pula roti sandwich adalah barang kawalan, jadi tidak boleh dinaikkan harga.

" Oleh sebab itu, kami terpaksa mencipta roti-roti baru yang mempunyai pelbagai perisa untuk menambahkan pendapatan dan memberi pilihan kepada pengguna, " katanya.



- Utusan Malaysia -



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.128116 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list