CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26027|Reply: 27

Kesalahan Peribahasa: Harapkan PEGAR, Melepaskan batok, Mata Ke Ranjang dll

[Copy link]
Post time 1-1-2012 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by seribulan at 4-7-2012 07:08

Saya terbaca di blog ini [http://bedaduz2.blogspot.com/201 ... gar-makan-padi.html] tentang kesalahan penggunaan peribahasa bahasa melayu.

1. Antaranya ialah Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi. Yang sebenarnya ialah Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi. Kesilapan yang berlaku disebabkan terjemahan dari tulisan jawi (bahasa melayu yg dahulu) ke tulisan rumi.

PEGAR, adalah sejenis burung yg biasanya digunakan utk menghalau binatang perosak di sawah padi. Jadi peribahasa tersebut bertepatan dengan maksudnya yang disebenar, diharapkan burung pegar menjaga padi dari dimakan binatang perosak tetapi pegar pulak yang makan padi tuannya.

2. Yang kedua, Melepaskan BATUK ditangga. Peribahasa yang sebenar adalah Melepaskan BATOK ditangga. Kesilapan berlaku juga disebabkan penterjemahan dari ejaan jawi ke rumi.

BATOK, adalah alat yang digunakan untuk mencebok air ditepi tangga. Menurut komen di artikel tersebut, batok adalah bahasa jawa yang bermaksud TEMPURUNG. Memang batok ini diperbuat dari tempurung kelapa. Rumah kampung dulu-dulu biasa ada guri berisi air di sebelah tangga kerana mereka biasa tak pakai kasut/selipar. Jadi nak naik rumah kena basuh kaki. Jadi peribahasa Melepaskan batok ditangga bertepatan dengan kerja yang sambil lewa dan kerja hanya separuh jalan.

3. Ada komen dari pembaca membetulkan penggunaan MENJOLOK mata, yang sebenarnya MENCOLOK mata






Ayuh kita betulkan penggunaan bahasa yang betul dalam pertuturan harian demi generasi hadapan!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2012 06:33 PM | Show all posts
nice info..

cuma nak tanya utk diguna dalam penulisan, adakah peribahasa yg betul ini diterima pakai dlm DBP?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2012 06:44 PM | Show all posts
Reply 2# bungasakura

Saya pun tak pasti, tapi bila membaca komen2 diblog tersebut ramai yang bertanya samada DBP mengambil cakna hal seperti ini atau tidak. Bagi saya ini satu kesalahan/kesilapan yang teramat serius terhadap keintelektualan bahasa Melayu. DBP seharusnya bertangungjawab untuk membetulkan kesalahan/kesilapan tersebut. Buku-buku rujukan dan teks bagi sekolah rendah dan menengah termasuk di peringkat universiti harus diperbetulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 06:49 PM | Show all posts
Reply 3# lowgil


   
oohh jika begitu peribahasa harapkan pegar, pegar makan padi itu sesuai utk DBP...(bergurau okeh)

maaf nak bertanya lagi, bagaimana penulis asal tahu kesalahan tersebut..ada rujukan ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2012 06:49 PM | Show all posts
Burung Pegar


Batok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2012 06:52 PM | Show all posts
Reply 4# bungasakura

hehe...sesuai jugak tu peribahasa utk DBP

cuba tengok dekat blog yg saya letak link tu, yang perasan hal ini adalah Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei.
sumber: http://bedaduz2.blogspot.com/2011/12/harapkan-pegar-pegar-makan-padi.html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2012 07:02 PM | Show all posts
Reply 6# lowgil


   
oohh..saya dh baca blog tuh
tapi tak dinyatakan asal usulnya atau rujukan berpaut

di bahagian komentar ada tambahan maklumat lagi diberikan
n salah seorang dr mereka pon ada bagi link untk masuk satu blog lain ttg asal-usul bahasa
tapi sayang tak boleh access sbb utk selected readers sahaja..

newai thanks!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 01:21 AM | Show all posts
mencolok mata tuh mmg ada.. tp 2 peribahasa di atas baru dgr... pegar n batok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 02:23 PM | Show all posts
teringat dulu masa zaman sekolah...ada soalan peperiksaan  pasal mencolok mata....Kalau org yang tak tau mungkin akan jawab menjolok mata..sebenarnya jawapanya mencolok mata...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 02:27 PM | Show all posts
Dah bertahun-tahun tinggalkan sekolah, baru tahu pasal ni. Itupun ada kawan yang cerita. Padahal peribahasa 'pagar makan padi', peribahasa wajib semua orang tahu yet takde orang nak pertikaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 03:04 PM | Show all posts
Thanks for the info....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:16 PM | Show all posts
kat skolah belajar yang salah la selama ini... harapkan pagar, pagar mkn padi, patut la rasa mcm x make sense peribahasa ni...dulu terpikir mcm mana pagar boleh mkn padi??... akhirnya baru ku tahu yg sebenarnya... harapkan burung pegar ni baru la boleh dicerna otak pemikiran logik ku
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:25 PM | Show all posts
rasanya isu ni ada masuk dalam paper kosmo ker sinar.. dbp dah jawab isu ni.. dbp xnk wat pembetulan dengan alasan kemungkinan peribahasa lama selalunya ada unsur kiasan..  nanti sy tuliskan jwapan dari pihak dbp tu..

kalau perkara ni benar seperti yg didakwa saudara rashid tu, pihak dbp kena la buat pembetulan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:34 PM | Show all posts
Ayam Pegar adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Ayam Pegar adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Ayam Pegar tidak bergigi.

Ia makan padi, buah dan haiwan kecil.

kalaulah burung pegar ni yg dimaksudkan dalam peribahsa tersebut, baru la logik.. ingat lg masa kecik, dlam buku peribahsa bergambar, ada lukisan pagar yg bermata dan bermulut sedang makan padi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 09:42 AM | Show all posts
good info. saya pon baru tahu ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2012 10:39 PM | Show all posts
Reply 13# hanasensei

sensei, bila nak bg jawapan dari dbp tu... tak terbaca pulak yg diorg dah tahu sebenarnya... kenapa taknak ubah padahal ini satu kesalahan yg serius juga utk perkembangan bahasa melayu...mmm..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2012 09:10 PM | Show all posts
Reply 16# lowgil

sori2... dh lama x log in

nasib baik x buang paper kosmo tu lagi.,
ni kenyataan dbp (kosmo, 15 januari 2012)
"kontroversi kesalahan dua peribahasa lama yang didakwa disalah tafsir gara-gara kesilapan terjemahan tulisan Jawi kepada bahasa Rumi dinafikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Ketua Pengarahnya, Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata, ejaan kedua-dua peribahasa itu tidak perlu diubah seperti pendapat yang disebarkan menerusi Internet.
menurut Termuzi, ejaan bagi setiap perkataan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.
ejaan bahasa Melayu menggunakan sisitem pelarasan vokal antara abjad A dan U. Jadi perkataan 'batok' salah dari segi pelarasan vokal. maka kita perlu menggunakan ayat itu dengan ejaan batuk',jelasnya ketika dihubungi semalam.
.....................................
memang pegar itu bermaksud burung. secara logik, kita tidak boleh mengharapkan burung menjaga padi kerana sudah tentu burung akan makan padi.
peribahasa atau pantun  di dalam bahasa Melayu kebanyakannya menggunakan kiasan. ia tidak akan menjelaskan secara terus kerana peribahasa melambangkan budaya, pandangan dan kehidupan masyarakat Melayu.


bagaimanapun, beliau bersetuju dengan makna batok iaitu alat penceduk air basuh kaki tetapi bertegas ia tetap perlu dieja batuk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2012 09:47 AM | Show all posts
Reply  lowgil

bagaimanapun, beliau bersetuju dengan makna batok iaitu alat penceduk air basuh kaki tetapi bertegas ia tetap perlu dieja batuk.
hanasensei Post at 13-1-2012 21:10


la dah bersetuju makna perkataan tersebut , TAPI EGO tak nak ubah... diorang ada kuasa tapi tu la... benda ni akan berlarutan mengelirukan dari generasi ke generasi,

batuk

batok

2 perkataan yg mempunyai erti yg sangat berlainan walaupun sebutannya sama.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 08:12 PM | Show all posts
Reply 18# lowgil

tu lah..kalau mcm tu buang jer huruf 'o' kalau nak wat pelarasan vokal... abes tu perkataan lompat jd lumpat,  dbp sepatutnya berbincang n perbetulkan, bukannya kita nk kondem pun kat dbp, lg salute ader la, sebab sentiasa perbaiki kesalahan.. kalau dah salah tu kena la perbetulkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 02:25 PM | Show all posts
Reply 19# hanasensei

tu la org2 besar dia lebih rela pertahan EGO, padahal kalau dibetulkan mmg kita lg hormat kpd DBP

Sesuailah peribahasa Harapkan Pegar, Pegar makan padi ditujukan kepada DBP, harapkan DBP menjaga keintelektualan bahasa melayu, DBP sendiri ego untuk tidak membetulkan kesalahan.


Isu ini kalau dijadikan kajian ilmiah/thesis doctorate pun bagus ni..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.071237 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list