CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139927|Reply: 1496

ULANGAN RNCGN TV9 DI TV3 : ARIANA MIKHAIL [NORA DANISH,SEIN,RIZMAN]

  [Copy link]
Post time 2-1-2012 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 8-3-2012 21:58

Drama sebanyak 15 episod dalam slot Ratu pada hari Isnin dan Selasa, 8.30 malam. Membariskan Nora Danish, Sein, Rizman Khuzaimi. Berlatar belakangkan Paris. Tentang Dhia melonjakkkan nama Nora Danish so mari kita lihat lakonan beliau kali ini..................

bideo promo

Last edited by eddlisa_uyuk on 17-4-2013 09:36 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2012 02:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by lonso at 11-1-2012 09:48



Drama romantik, Ariana Mikhail yang dibintangi oleh dua pelakon muda berbakat besar, Nora Danish dan Syed Hussein Bin Syed Mustafa (Sein), bakal menemui anda semua melalui slot Ratu pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam bermula 16 Januari ini.

Kisah ”Ariana Mikhail” bermula apabila Mikhail (Sein) yang telah tamat pengajiannya di London telah pergi bercuti di Paris bersama sahabat karibnya, Jamil (Riezman Khuzaimi). Semasa percutian itu, Mikhail berniat untuk mencari teman wanita berbangsa Perancis tetapi dia ditakdirkan bertemu dengan Ariana (Nora Danish) yang kebetulan singgah bercuti di Paris sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang mempunyai lulusan hiasan dalaman bercuti seorang diri kerana ingin mencari pengalaman dalam dunia hiasan di Eropah.

Pertemuan pertama berlaku apabila Ariana bertembung dengan Mikhail dan ini telah membuat Ariana sangat marah kerana Mikhail langsung tidak meminta maaf kepadanya.
Ketika inilah Mikhail dan Jamil mendapat tahu bahawa Ariana merupakan seorang warganegara Malaysia juga. Insiden kedua yang mempertemukan mereka adalah apabila Ariana menyelamatkan Mikhail daripada dimarahi oleh seorang lelaki apabila dia cuba berkenalan dengan seorang wanita Perancis. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya.
Bagi membalas budi, Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail berkali-kali memberitahu Jamil untuk tidak membuang masa dengan Ariana kerana misi mereka adalah untuk mencari wanita Perancis bukan Melayu. Jamil menasihatkan Mikhail supaya jangan bongkak kerana nanti dia akan tergila-gilakan Ariana.

Bak kata orang tua-tua, “Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang.” Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.
Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.

Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail…

Apakah isi kandungan surat tersebut? Ke manakah Ariana dan mengapa dia menghilang begitu sahaja dengan seribu tanda tanya? Mari kita sama-sama ikuti jalan cerita romantis “Ariana Mikhail” bermula 16 Januari ini pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 08:40 PM | Show all posts
Wajib Tonton. Sbb Nora & Sein

Comelnya Nora kat gambar tu. Patut pun Adi rasa susah nak bertentang mata dgn Nora
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 09:29 PM | Show all posts
dah lama tak tengok Riezman kat TV. berlakon kat Paris eh. kelasss. kalau dulu-dulu London memanjang. sekarang dah ada drama kat Spain, Paris bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 10:20 PM | Show all posts
menarikkkk

nora sangat comeeiiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 11:07 PM | Show all posts
harap2 lee citer nie best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2012 11:30 PM | Show all posts
Fasha pon ngah shooting kat Paris kan citer slot apa ntah...amboi berlwn2 Paris 2 org nie...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 08:48 AM | Show all posts
yeay, citer baru ND - tp 15 episod je.

kena tengok ni - hrp2 x lupa time ni sbb 8.30pm saya selalu sibuk kat dapur.  

jom sama2 meroyan kat sini pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2012 09:31 AM | Show all posts
wajib tonton juga....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2012 10:37 AM | Show all posts
kena tgk.. fenomena nora danishkan skunk..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 08:47 PM | Show all posts
Reply 10# lonso

dahsyat tul lonso, baik avvy n siggy...2dua tentang dhia
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 08:58 PM | Show all posts
Wajib Tonton. Sbb Nora & Sein

Comelnya Nora kat gambar tu. Patut pun Adi rasa susah nak bertenta ...
kueeni Post at 2-1-2012 20:40


Tapi aku lagi suka gambar profile lonso..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2012 08:58 PM | Show all posts
Reply  lonso

dahsyat tul lonso, baik avvy n siggy...2dua tentang dhia
eda_daus Post at 3-1-2012 20:47



part nihlah meks naness... beria2 tau.. masa zikir peluk si dhia time dhia tito.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2012 08:59 PM | Show all posts
Tapi aku lagi suka gambar profile lonso..hehe
jokie Post at 3-1-2012 20:58






gigih mekss prntscreen tau
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 09:04 PM | Show all posts
arap nora dlm drama neh tak mengecewakan...btw..takde sinopsis ker???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2012 09:07 PM | Show all posts
arap nora dlm drama neh tak mengecewakan...btw..takde sinopsis ker???
skymania Post at 3-1-2012 21:04


setakat nih takde lagi nti ak korek2 kat alam maya nih.. mana tau ada ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2012 10:41 PM | Show all posts
Reply 12# jokie


    Kannnn

   Pun suka sgt gambar profile Lonso. Romantik sgt. Terbaikkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 03:25 PM | Show all posts
laaaa...ini je info pasal drama ni...??

sinops ka...apa ka..tadak...????

p/s: apa status Sein ni skrg..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2012 03:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by lonso at 11-1-2012 09:49

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 08:28 PM | Show all posts
tggu citer ni la plop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.066975 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list