CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16117|Reply: 95

Hantu Yang Menggelapkan Wang Negara RM 880 billion (Updated 24#-28#)

[Copy link]
Post time 3-1-2012 04:23 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cyber20 at 4-1-2012 02:34

Jalil Ibrahim dilahirkan di Melaka. Dia merupakan pelajar yang pandai. Semasa belajar di sekolah, dia amat suka kepada subjek Matematik dan Sains. Dengan kegigihan, dia telah memperoleh keputusan yang cemerlang dan berjaya memasuki Maktab Tentera Diraja selepas perperiksaan LCE. Dia meneruskan pelajarannya di New Zealand dan memperoleh Ijazah dalam perakaunan pada tahun 1971. Selepas tamat pelajaran, dia pernah menjadi guru. Pada tahun 1974, dia berkerja di BBMB sebagai juruaudit dan berjaya dinaik pangkat sebagai pengurus bahagian audit pada tahun 1978 kerana kegigihannya. Pada tahun 1980, dia mendapat biasiswa daripada BBMB untuk meneruskan pelajarannya di Switzerland dan memperoleh MBA.

Selepas tamat pelajaran, dia dinaik pangkat sebagai ketua penolong pengurus besar. Oleh sebab masalah pinjaman di cawangan BBMB di Hong Kong, dia telah dihantar untuk menyiasat tetapi malangnya dia telah meninggal dunia di sana. Isteri Jalil, Rosnawi merupakan graduan daripada Universiti Malaya dan berkerja sebagai guru. Mereka mempunyai 4 orang anak. Semasa Jalil meninggal dunia, anak sulung mereka, Ruzail Fitri hanya berusia 8 tahun, anak kedua, Razman berusia 6 tahun, anak perempuan, Ros Anita berusia 3 tahun dan anak bongsu, Ahman Razlan hanya 6 bulan dilahirkan. Kini, 4 orang anak Jalil telah menamatkan pelajaran daripada universiti dengan pertolongan daripada BBMB dan mereka mempunyai keluarga masing-masing. Sekiranya Jalil masih hidup, dia merupakan datuk sekarang.

Kematiannya telah membongkar rahsia Carrian Group. Pembunuh telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun. Orang yang terlibat dalam kes ini semua telah ditangkap dan dihadap ke mahkamah. Ada yang dipenjarakan dan ada yang dibebaskan. Leon Osman, presiden BBMB cawangan Hong Kong telah melarikan diri ke London. Dia telah memohon habeas corpus untuk mengelakkan dirinya ditangkap selama 7 tahun. Akhirnya, dia telah diekstradisi ke Hong Kong untuk dihadap ke mahkamah dan dipenjarakan selama setahun. Oleh sebab kes ini terlalu kompleks dan terpaksa ditangguh untuk masa yang lama, kos perbicaraan sebanyak HK$ 220 juta telah digunakan.

Sekiranya anda Jalil, apa yang anda akan lakukan?
1. Melapor kepada ibu pejabat tetapi akan mengalami kebahayaan
2. Mendiamkan diri untuk menjaga keselamatan diri
3. Bersekongkol dengan mereka
4. Meletak jawatan

Hal ini berkaitan dengan masa hadapan negara. Sama seperti soalan ini, sekiranya anda tahu Barisan Nasional menyalahgunakan kuasa untuk rasuah, apa yang anda akan lakukan?
1. Menyatakan ketidakpuasan hati dan meneruskan perjuangan walaupun akan ditangkap
2. Mendiamkan diri untuk keselamatan diri dan menjalankan kehidupan seperti biasa
3. Bersekongkol bersama mereka untuk menggelapkan wang negara
4. Berhijrah ke luar negara

Walaupun kes ini sudah tamat, tetapi benarkah tiada udang di sebalik kes ini? Persoalan ini telah timbul, siapakah orang di sebalik semua ini dan siapakah yang meluluskan pinjaman sebanyak RM 2.5 billion? Untuk menyiasat skandal ini, kerajaan telah menubuhkan panel yang terdiri daripada 3 ahli, iaitu bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ahmad Nordin, Chooi Mun Shou dan Ramli Ibrahim. Kuasa panel ini tidak seperti Suruhanjaya Siasatan Diraja, hak mereka telah dihadkan. Mereka hanya boleh menyiasat mengikut informasi yang diberikan oleh pihak berkenaan. Walaupun mereka berhak memanggil orang yang berkenaan daripada BBMB, tetapi mereka tidak dapat membuat apa-apa sekiranya orang yang dipanggil enggan bekerjasama.

Dengan kata mudah, panel ini ditubuhkan semata-mata atas permintaan masyarakat, bukan untuk menyiasat kebenaran. Mereka menggunakan masa 2 tahun untuk mengeluarkan laporan yang terdapat 6 ribu muka surat. Pihak berkenaan hanya menerbitkan 2 ribu laporan yang dijual kepada masyarakat dengan harga RM 250. Dalam laporan tersebut, Ahmad Nordin dengan jelasnya mengatakan bahawa ahli lembaga pengarah BBMB enggan memberi kerjasama yang sepenuhnya.

Laporan juga berkata bahawa cawangan BBMB di Hong Kong, Bumiputra Malaysia Finance, BMF dan Carrian Group mempunyai banyak rancangan bekerjasama.Dengan kata lain, BMF tidak akan wujud tanpa Carrian Group. Walaupun rancangan ini nampak kompleks, tetapi tujuannya sangat mudah: mengubah wang haram. BBMB melabur RM 3 billion dalam BMF pada tahun 1979. Dengan menggunakan George Tan sebagai wakil, BMF menggunakan wang tersebut untuk mencari lebih banyak keuntungan dan masuk ke dalam poket sendiri. Mujurlah kroni UMNO pada masa tersebut belum mahir dalam rancangan pengubahan wang haram dan banyak kelemahan telah wujud.

Lebih-lebih lagi, UMNO mengalami krisis kepimpinan pada masa tersebut selepas Tun Mahathir dan Musa Hitam menjadi pemimpin. Pada zaman 70-an selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia, Tun Hussein Onn mengalami masalah untuk memilih timbalannya. Pada masa tersebut, Tengku Razaleigh merupakan naib presiden yang mendapat undi yang terbanyak. Tun Mahathir hanya memperoleh undi ketiga terbanyak. Tetapi, persefahaman telah wujud kerana Tun Mahathir dipandang tinggi oleh Tun Abdul Razak. Semasa Tun Mahathir dibuang parti oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak yang memulih keahlian Tun Mahathir. Oleh itu, Tun Hussein Onn membuat keputusan untuk melantik Tun Mahathir sebagai timbalannya. Persefahaman telah wujud bahawa sekiranya Tun Hussein Onn bersara, Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, timbalan akan diberi kepada Tengku Razaleigh.

Tetapi selepas Tun Mahathir menjadi perdana menteri, dia tidak mengikut persefahaman yang dicapai dan melantik Musa Hitam sebagai timbalannya. Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dan bertanding dengan Musa Hitam untuk kerusi Timbalan Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1981. Oleh sebab Musa Hitam mendapat sokongan Tun Mahathir, dia telah menang dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden. Pada tahun 1984, Tengku Razaleigh bertanding lagi, tetapi gagal juga. Pada tahun 1985, Musa Hitam yang turut merupakan Menteri Dalam Negeri mempunyai percanggahan pendapat dalam Peristiwa Memali dengan Tun Mahathir. Musa Hitam meletak jawatan secara tiba-tiba pada tahun 1986, dan hanya mempertahankan Timbalan Presiden UMNO.

Untuk menghadapi peletakan jawatan Musa Hitam, Tun Mahathir melantik Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara. Musa Hitam yang asalnya bermusuhan dengan Tengku Razaleigh pula membentuk pakatan untuk menghadapi cabaran daripada Tun Mahathir dan Ghafar Baba pada tahun 1987. Oleh sebab pembelotan Najib, menteri besar Pahang pada masa itu yang dipercayai menyokong pasukan B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, Tengku Razaleigh telah kalah dengan perbezaan 43 undi. Tun Mahathir berjaya mempertahankan jawatan presidennya. Adakah persengketaan UMNO berkaitan dengan skandal ini?

Melalui laporan daripada Ahmad Nordin, skandal ini hanya sebahagian daripada apa yang sebenarnya sedang dan sudah berlaku. Dalam laporan tersebut, Ahmad Nordin juga berkata bahawa terdapat orang di sebalik skandal ini. Orang tersebut tidak boleh disiasat dan semua yang berlaku berada dalam kawalannya. Yang disiasat dan dijatuhkan hukuman hanya merupakan kambing hitam sahaja. Tetapi, Laporan Ahmad Nordin menyebabkan kemarahan kerajaan terutama Tun Mahathir. Tun Mahathir tidak berpuas hati dengan laporan ini dan menafikan terdapat orang di sebalik skandal ini. Dia juga mengkritik Ahmad Nordin bahawa dia berpakat dengan pembangkang untuk merosakkan nama kerajaannya.

Siapakah orang di sebalik semua ini? Kita semakin hampir dengan jawapan………
Single Polls, Total 60 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 3-1-2012 05:44 AM | Show all posts
kes anu lagi lama darikes ni...bertahun2---
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 09:53 AM | Show all posts
putar belit pusing2 kepala pn kusut mcm rmbut kusut...tah la
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 10:38 AM | Show all posts
bukan DAP ke yg perintah negara masa tu
pemimpin UMNO mana ada songlap larikan duit tu ke bank masing2 kat luar negeri?
Tak caya tanya india cerah melamak UMNO tu yg tak pandai membohong
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 10:46 AM | Show all posts
xpe lama2 org tau jgk
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 10:49 AM | Show all posts
Reply 4# kekbelacan
tak ku sangka cempedak jadi nangka...

lembu punya susu sapi dapat nama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2012 10:59 AM | Show all posts
Reply 6# lowgil

{:4_241:} i like....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 11:17 AM | Show all posts
wah misteri nih...hahahah...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 3-1-2012 11:23 AM | Show all posts
Ingat kan Malaysia dah bankrupt dah ....Dari dulu dah dengar cite picisan ni...Mesia tak bankrupt lagi ka?? ish ish ish.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 03:22 PM | Show all posts
ini cerita baru dikeluarkan tp sudah lama terjadi kot...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 03:53 PM | Show all posts
leon osman?

bukan ke lorraine osman
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 05:08 PM | Show all posts
Ingat kan Malaysia dah bankrupt dah ....Dari dulu dah dengar cite picisan ni...Mesia tak bankrupt la ...
mr_oscar Post at 3-1-2012 11:23

    kalo masih bawah umnosenget bangkrap la tu tk lama lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 05:15 PM | Show all posts
time nak pilihanraya ada jerk...citer...

aku tengok mahathir tue sihat jerk....makin banyak fitnah makin dirahmati Allah swt....

fact dude...fact....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 05:23 PM | Show all posts
lain kali jgn letak 880 billion......cuba letak 88888888 juta trillion....baru best...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 05:41 PM | Show all posts
time nak pilihanraya ada jerk...citer...

aku tengok mahathir tue sihat jerk....makin banyak  ...
shamsadis Post at 3-1-2012 17:15

    oooo itu penilaian ko tang org lanjut usia yer...memang bernas la ko nih...
geng2 kapir pong ramai yg lanjut usia...rahmat Allah gak ke?..

kerja Allah seme nya...jgn la nk memandai2....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 05:47 PM | Show all posts
msia memang belum bankrup.tapi kalau duit dan harta negara tidak dikelola dengan jujur, pembaziran dan kronisme, tak mustahil lansung negara kita bleh bankrup. dulu zaman tun aku yakin dengan kepimpinan tun.walaupun ada dengar skandal2 tapi sebab tun gabung dengan anwar walaupun kita alami krisis 98 tapi boleh survive. kita kena akui anwar dengan tun dua2 genius yang diakui dunia.

tapi sekarangni kepimpinan najib teruk.dulu pun banyak je skandal yang aku dengar pasal tun, tapi aku tak kesah sangat sebab dia ada jalan keluar untuk persoalan ekonomi dan hal2 yang berkaitan dengan rakyat.dulu nak belajar luar negara mewah government bagi.dapat duit ni, duit tu. elaun kerajaan dulu pun sedap. dulu hidup senang.

tapi sekarang? najib punya skandal berlambak2. dah pulak tu dia tak pandai memimpin.apa yang najib buat? 1 malaysia? ape benda tu? orang cina suka la sebab boleh mintak hak2 keistimewaan bumiputera. kata 1 malaysia. at least dulu pak lah pun ade la projek2 koridor2 yang menjana ekonomi negara. najib? kedai rakyat 1 malaysia? fail giler.aku tak penah dengar statement yang menunjukkan kebijaksanaan dia. statement nak pancing undije banyak. tak macam tun.kalau berbicara nampak kepintaran tun.

sekarang hidup bertambah susah. barang2 terus naik. minyak naik, cukai sana sini naik.elaun kerajaan pun dah takde.minyak dunia dah turun tapi minyak msia tak turun. petronas untuk bilion2 tapi kita tak merasakan benefit.kalau ade yang cakap mustahil negara bankrup sekarang ni kau tengoklah keadaan hidup dimalaysia. serba naik. hidup makin susah. jadi jangan cakap negara mustahil bankrup sebab sekarang dah ada tanda2 negara makin takde duit. kalau nak bagi alasan ekonomi dunia yang jatuh, kenapa dulu kita dilanda krisis ekonomi tapi boleh survive?

aku tak sokong politik tapi bagi aku, sebagai penyokong yang baik, kalau ketua buat salah, kena tegur, bukan ikut je.kalau ketua tak nak dengar itulah waktunya ketua untuk turun. aku sangat berharap umno dan pas bersatu. sama2 islam sama2 solat sama2 mengucap kalimah syahadah tapi bertekak macam orang bodoh. pulak tu yang bertekak lebih2 adalah penyokong2 bawahan. sangat menyedihkan. orang atas buat taik kita kat bawah yang makan taik. tak bodoh ke tu?

semoga kita umat islam bersatu dibawah panji islam. sebab takde benda lain yang boleh menyatukan kita melainkan islam. sorilah ni pendapat peribadi aku je.kalau nak sangkal, silakan. takde masalah pun.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 3-1-2012 05:49 PM | Show all posts

Post time 3-1-2012 05:50 PM | Show all posts
oooo itu penilaian ko tang org lanjut usia yer...memang bernas la ko nih...
geng2 kapir p ...
Don Henley Post at 3-1-2012 17:41

setiap orang ada balasannya...kenape takut...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 05:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by shamsadis at 3-1-2012 17:59

sampai 2x post nampak....cam copy paste jerk...

The 'Otai'....

lovely...lovely .....proud with them...proudly....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 06:13 PM | Show all posts
sampai 2x post nampak....cam copy paste jerk...

The 'Otai'....

lovely...lovely ... ...
shamsadis Post at 3-1-2012 17:58

hang proudly bagai..ada dpt biasiswa x cm si sefool tuh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.081224 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list