CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freekey

Alza, Exora & Avanza...

    [Copy link]
Post time 11-6-2013 12:54 PM | Show all posts
freekey posted on 31-5-2013 09:27 AM
btw.. saja nak citer psl aku beli Alza ni..

actually main reason aku nak beli kete sebab kete MyV ...

hah, ko dah ada anak ke priki..?
bila masa ko kahwin..?
x jemput ponn...?


btw, jaga2 alza baru ko tu priki...
jgn xcdent ngan ahso lg yerkk...


















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2013 07:26 PM | Show all posts
d34n posted on 11-6-2013 12:54 PM
hah, ko dah ada anak ke priki..?
bila masa ko kahwin..?
x jemput ponn...?:m ...

Hahhhh....nampak sgt lama ko x masuk sini Dean...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 09:34 PM | Show all posts
Salam semua,
Suami bercadang nak ambil Exora 1.6 Bold Executive Auto.  Ada sesiapa yang pernah pakai?

Salesman kata yang paling laris ialah Exora bold turbo Auto.  Tapi suami xminat, sebab tak suka bawa kereta laju2.  Minyak pun kuat.  Tapi harga lebih murah dari Exora exe tu sebab asesori kurang dan tiada dvd.

Saya pula takut exora exe tak pickup..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 08:44 AM | Show all posts
Chrating posted on 12-6-2013 09:34 PM
Salam semua,
Suami bercadang nak ambil Exora 1.6 Bold Executive Auto.  Ada sesiapa yang pernah paka ...

Guna MPV ni, bukan untuk laju-laju lagi dah..

Bab underpower ni, susah nak cakap..sebab kalau la exora underpowered, confirm tak banyak exora atas jalan raya..hakikatnya...ada banyak je exora kt atas jalan raya.

Even exora yg enjin CPS pun boleh naik genting dgn muatan penuh, inikan pulak yg Exora CFE yg lebih berkuasa..for sure lagi power..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 10:44 AM | Show all posts
haji_one posted on 13-6-2013 08:44 AM
Guna MPV ni, bukan untuk laju-laju lagi dah..

Bab underpower ni, susah nak cakap..sebab kalau l ...

Sori, baru perasan haji_one tulis CPS bukan CPE..
Ok kalau camtu senang sikit hati saya sebab pagi tadi husband pun cakap tetap nak ambil yang exe.. Last edited by Chrating on 13-6-2013 10:57 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 10:47 AM | Show all posts
Chrating posted on 13-6-2013 10:44 AM
Exora CPE tu maknanya Exora bold turbo Auto ke?

Betul the Chrating.

Exora Bold tu adalah Exora yang berkuasakan enjin CFE dengan bantuan soft turbo (yg your husband mention tu..).

Sebelum keluar Exora Bold ni, ada lagi Exora versi CPS..enjin yg sama digunapakai dgn Gen2 dan Proton Waja CPS.

Pada saya, enjin CFE tu lagi power dr CPS..

Cara nak beza antara Exora bold berenjin CFE atau CPS adalah dengan melihat kt bonet belakang, kalau ada tulis CFE, so yg tu adalah variant CFE, klu tak tulis apa2, yg tu berenjinkan CPS. Last edited by haji_one on 13-6-2013 10:49 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2013 11:00 AM | Show all posts
Chrating posted on 12-6-2013 09:34 PM
Salam semua,
Suami bercadang nak ambil Exora 1.6 Bold Executive Auto.  Ada sesiapa yang pernah paka ...

anak u berapa org ??

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 11:01 AM | Show all posts
haji_one posted on 13-6-2013 10:47 AM
Betul the Chrating.

Exora Bold tu adalah Exora yang berkuasakan enjin CFE dengan bantuan soft t ...

Terima kasih Haji_One. Apa yang haji cakap tu sama jer macam suami saya cakap, kereta nak pergi jalan2 bawa family bukan nak pergi berlumba, kami memang ada waja tahun 2003 memang tak ada masalah turun naik CH.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2013 11:04 AM | Show all posts
koko2 posted on 13-6-2013 11:00 AM
anak u berapa org ??

Anak saya tiga orang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 03:54 PM | Show all posts
ADA PROMISI baik ke utk belian Ezora bln jun 2013 ni..?
ada diskaun ker..?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 11:35 PM | Show all posts
koko2 posted on 13-6-2013 03:54 PM
ADA PROMISI baik ke utk belian Ezora bln jun 2013 ni..?
ada diskaun ker..?

Kata jurujual tu Exora CPS Exe (yang kami nak beli tu) ada rebate RM3000.  Turbo masa bulan Mei ada rebate 1000. Utk bulan Jun harga back to normal which is RM69k OTR.  Harga asal Exora CPS Exe tu RM71K so after rebate jadi RM69k.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 11:08 AM | Show all posts
Salam semua...saya orang baru forum ni...saje nak wat review Avanza model baru..panjang sikit ni...nak baca ke tak, terpulang la ye...

Setelah saya puas mencari thread forum/review kereta Avanza 2012, saya belum menjumpai review yang benar-benar jujur dan mendalam mengenai pemilikan dan review penuh model ini. Ada blogger permotoran sekadar amik kunci kereta test drive dari dealer, lanyak ikut dan pastu buat review secara gitu-gitu aje. Lepas tu compare spesifikasi dengan model Livina, Alza, Exora. Long term review?? Mana ade...cuba anda  cari. Ada jugak la saya terbaca review Avanza yang ditulis oleh warga Indonesia ( Avanza dah lama jadi kegilaan di sana), tapi belum meyakinkan saya dan bakal-bakal pembeli kereta yang mencari-cari sumber ilmiah berkaitan model ini. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak details berkenaan perincian model ini. Apa yang saya cerita hanyalah apa yang saya nampak, rasa dan fikir.

        Kalau nak diperhatikan, Avanza 2012 ni tak selalu dilihat di jalanraya berbanding Alza, Exora dan Livina( saya akan sebut perbandingan kelas kenderaan yang hampir sama). Saya rasa beberapa faktor penyebab model ni agak 'pemalu' untuk sama-sama meluncur di jalan raya. Dari segi keluasan, kestabilan pemanduan, memang Exora 'score' lebih berbanding Avanza. Untuk ketahanan jangka masa panjang, Toyota terbukti sejak dulu lagi. Saya tak kata jenama lain tak tahan. Tapi tu pendapat pemilik-pemilik Toyota lain sebelum ni. Tambahan lagi, model 2012  ni dipasang di Indonesia dan dibawa masuk ke Malaysia. Status Avanza 2012 ni dikira CBU la...model lama CKD iaitu dipasang di Malaysia aje.

        OK..saya akan ceritakan sedikit sebanyak mengenai toyota avanza model ni...saya beli model last 2012 di premis UMW di Chukai, Kemaman. Dengan harga atas kertas RM 77 000 untuk model G, lebih mahal berbanding Avanza lama dan  bagi saya ia agak mahal berbanding Alza dan Exora. Kenapa saya tak amik 'range-topping' model S? Sebabnya buat apa tambah RM2k lebih semata-mata nak nampak lain bodykit...baik saya pasang di kedai aftermarket  je kan, lagi murah...kete saya kaler hitam sebab dah takde choice kaler lain dan ejen sendiri bagitau susah nak cari stok available mase ni , kena la amik mana-mana kaler yang ade pun. Ade la ejen suh tunggu bulan Jan 2013 baru banyak stok, tapi saya nak pakai cepat. Kereta lama adik nak pakai, so kena let go la. Hantam jela labu, janji dapat kete. Nak pakai wat gi kerja. Long distance travel setiap hujung minggu ( purata 400 km setiap weekend). At last, dapat la kaler hitam, tapi kalu chek brochure, warna ni dipanggil dark mica steel...ok, kalu nak cite panjang mengenai kisah pembelian kete ni, memang panjang. Akan saya muatkan dalam notes lain pulak jika ada permintaan...

        Back to the topic, ada beberapa aspek yang akan saya tampilkan di sini...kawan2, ni sekadar pandangan peribadi. Jika ade percanggahan maklumat, sila maklum balas pada saya secepatnya. Biasalah, yang kita suka tapi orang lain pulak tak suka kan...adat la tu.
Dari segi rupa, ia ada pembaharuan dari model terdahulu (2004-2011). Bagi saya, model 2012 ni tak lah berkotak mana macam abang dia. Nak kata cun tu tak la sangat...Kira boleh la, tapi bahagian belakang agak janggal sikit (ni la orang komen kemek la ape la). Design yang tak terlalu berkotak dan lebih menyerupai kereta ni menambahkan lagi erodinamik, membuatkan avanza ni lebih senang meluncur membelah angin..cewah...saya tak kisahlah...janji ade lampu belakang. siap ade spoiler, tak payah tambah lagi. sport rim memang standad, juga pelik sikit...bahagian depan yang paling saya suka dengan lampu utama yang nampak macam besar. Lampu ni kalau saya tak pasang tak beam pun, pemandu bertentangan akan beam jugak kat saya sebab mungkin menyilaukan mereka. Skarang ni saya dah tak kisah kena beam kalau memandu malam. Dah jadi perkara biasa dah.

        OK, bercerita tentang nilai estetika pulak. Dashbod agak ringkas tapi macam ade sentuhan moden sikit. ada USB, AuX...bluetooth takde tapi saya pakai henset cap ayam je, jadi takde hal la kalu takde bluetooth. Saiznya audionya double-din, nanti senang nak upgrade. Just tunggu waranti habis, sambar la ICE siap navi terus. Malas nak upgrade sekarang, abis waranty void... He3.

        Pasal kapasiti penumpang, memang boleh memuatkan 7 orang dewasa yang saiz sederhana (biasanya 5 kaki) tapi seat belakang sekali (3rd row) memang berlaga lutut dengan seat sikit la. Bukan selalu pun kita nak sumbat 7 orang. Kalau nak selesa, 5 orang+barang pun ok dah. Seatnya agak nipis, bagi saya cukup dah. Tak la rase sangat lenguh pinggang kalau bawak 3 jam..kalau lama lagi tak tau la. sebab seat nipis ni la boleh muat 7 orang dewasa. Model lama tak boleh muat 7 orang dewasa kerana seat 3rd row tu khas untuk budak je. Kalau nak isi barang yang besar, panjang, memang exora+livina+alza menang sikit kot sebab seat dia boleh dilipat ke lantai dan kita dapat satu ruang kargo yang sangat luas. Tapi, Avanza hanya boleh lipat mendatar dan lipat menegak aje. Tak dapat  nak baringkan seat flat ke lantai. Kalau seat dibaringkan pun, rasenye tak boleh diletakkan benda berat di atasnye kerana takde lapisan keras untuk menampung berat objek tu. Kalau pemilik yang selalu angkut pasu bunga, elok seat tu dilipat menegak aje. Macam seat belakang Hilux.

       Dari segi keselesaan, so far, masalah bumping tu hanya ketara jika bawaksorang sorang. Langgar bonggol laju sikit, degum !! ......Kalau full capacity,memang selesa sebab spring dah lowered, gegaran yang disebabkan permukaan jalantu kurang dirasai. Tapi, bab konering tu ramai kondem avanza la. Bagi saya,setakat selekoh yang agak bahaya pun, kelajuan 100-110kmj masih lagi stabil,tak terasa sangat la gayatnya. Nak banding dengan livina, tak padan la sebabbody avanza tinggi, Livina rendah. Fikir Fizik sikit, bab pusat graviti. Untukatasi masalah ni, kadang-kadang nampak gak avanza yang diloweredkan, maybetukar spring+absorber kut. Ikut selera pemilik la. Tayar standad profil dia 60,agak tinggi ‘getah’ dia. Tayar ni lebih cenderung menyerap getaran berbandingtayar nipis. Bab sound insulation ( penyerap bunyi), kalau diperhatikanbetul-betul getah pelapik pintu amat nipis. Jadi bunyi dari luar mudah masuktapi tak la ketara sangat. Paras NVH( Noise, Vibration, Harshness) saya bagirating 6/10 jela...Bab simpanan barang, kat setiap pintu banyak ‘lubang’ isibotol, boleh kata 3 botol 500ml untuk setiap pintu la.

        Dari segi enjin, hanya 1.5 liter saja ada untuk model G. Tak setanding enjin Wish or Livina yang lebih besar. Setakat ini, pick up saya rasa agak sederhana kuat la kot. Asal tekan minyak je dah jalan(memang le...). Ha3. Sesuai untuk pemanduan bandar yang selalu sangat kena memecut, brek. Stereng EPS (jenis elektronik punya, tak pakai minyak) sangat ringan kalau bawak slow. Lama2 jadi berat kalau kelajuan bertambah dengan bantuan elektronik. Model lama saya rasa pakai hidraulik lagi ( kena spend sikit untuk bayar minyak stereng)...Nak buat pusingan U turn sangat mudah sebab hanya 4.7m saja turning radius. Ini disebabkan avanza pacuan roda belakang(RWD), jadi tayar depan 'takde keje lain' selain nak kona aje. Kalau salah jalan, kereta biasa kena buat 3-point turn tapi Avanza memadai dengan U-turn aje. So, drive shaft depan takde la (kalau nak cari). Top speed setakat ni saya pernah buat 160kmj aje sebab jarang sangat masuk highway. Rasenye boleh up sikit lagi kot. Tapi tak la selamat sebab body agak melayang jika melebihi 150kmj. Kelajuan selesa 100-110kmj dengan rpm 3000-3500. Boleh la cruising di highway dengan tak menggalakkan AES buat kerja. Melepasi kelajuan 110kmj, bunyi bising enjin akan semakin ketara. Jadi, sape2 yang kaki lari tu agak tak selesa la sebab bunyi enjin ni la. Padan la dengan 4-speed auto tu. Takkan nak banding dengan gearbox Honda City kan? Bunyi angin setakat 120kmj baru didengari...mmm...biasa la. Tiada perubahan enjin semenjak model asal kereta ni. Yang berubah, sistem elektronik dan sistem stereng je kot. Sape yang rase nak bertaubat bawak laju, Avanza mungkin kereta sesuai untuk anda.
        
        Dari segi pemanduan, mula2 dulu agak pening+gayat sebab tak biasa bawak kete tinggi. Lepas 1 bulan, dah ok...pening hilang. dah 7 bulan pakai, rasa selesa dah. Ia sedikit tinggi berbanding kete biasa, jadi ada la nampak lebih sikit pemandangan tu. Ikutkan ati, nak je sy tinggikan suspension. Lagi best lebih tinggi. Bab konering, dah saya sebut tadi. Kesimpulannye, bawak avanza ni mendidik pemandu mematuhi had jalan raya (90-110kmj). Dari segi brek, boleh kata stabil. Tengah bawak laju pastu brek, tak berlaku brek gegar or terhuyung hayang.

        Dari segi maintenance, disebabkan baru lagi, kena la hantar service center di Kuantan. Odometer menunjukkan 18000km lepas 7 bulan. Mahal sikit la, nak buat camne...enjin ni pakai timing chain, jadi tak risau mana la. Minyak 'labu' perlu ditukar setiap 80k...ATF plak setiap 40k...minyak hitam setiap 10k...lebih kurang la mana2 kete lain pun...berkenaan penggunaan petrol( fuel consumption= FC), purata setiap km adalah 14 sen...paling jimat bawak 80km tutup econ, dapat la 10 sen...lanyak puas hati masuk Rally WRC, naik 20sen kot...dengan tangki petrol tak besar mana ( 45 liter), isi paling max pun dalam RM70 lebih je...jika dipandu waras dengan petrol full tank, boleh cecah 500km. Kalau nak dibandingkan dengan Vios, memang jimat Vios la sebabnye....enjin Vios lain dari Avanza. Kod nama enjin saya lupa, tapi enjin Avanza juga dipakai oleh Alza dan Myvi 1.5 terbaru. Dari segi spare part, memang mudah cari sebab 3 model ni saling pakai part yang sama. Ini strategi pengeluar kereta nak jimat kos. Kalau pakai kereta Korea, mau garu sikit kepala tu nak cari spare part kan?

        Orang cakap Avanza huduh sebab dia tinggi...ground clearance 200mm, tinggi sikit dari Livina iaitu 180mm. Tak jauh beza. Setakat nak off road sikit-sikit tu boleh la. Jangan masuk lumpur dalam udah le...rasenye banjir paras pinggang boleh lagi lepas lagi kot...

        Berkenaan air-cond, ada barisan blower kat atas kepala penumpang 2nd row...tu blower aje. Sedut angin dari atas kepala drebar, pastu tolak ke belakang. Selagi area drebar belum sejuk, jangan harap area belakang nak sejuk dulu...kalau tengahari panas, nak kasi sejuk tu kena tunggu 3-4 minit baru udara nyaman. Kalau nak bandingkan darjah kesejukan, memang takleh lawan Proton la. Tapi setakat ni, cukup dah sejuknya. Nak buatkan orang beku memang takleh la...gi beli peti freezer.
        
        Dari segi aspek keselamatan, model G agak full spek dengan ABS, EBD, BA, airbeg ada double, immobiliser.... Kalau kita baca spec sheet ( jadual kelengkapan kereta) mana-mana kereta yang baru dilancarkan, memang akronim-akronim di atas selalu keluar. Cuba anda perhatikan kereta anda, ada ke ABS suma tu? Kalau harga lebih 50k, mesti dapat punye. Tu ciri-ciri keselamatan aktif yang standad untuk membantu mengawal kereta di situasi cemas. Avanza ade lagi brek drum kat belakang...setakat ni braking mantap lagi. Tak perlu disc brek. Cuma kete Honda tambah sikit pasal VSA, Vehicle Stability Assist ( pandu honda lebih selamat kot)...pasal kekuatan casis, tak boleh nak jamin sebab ia lain berbanding kereta yang menggunakan casis monocoque...in fact, Avanza gunakan 'ladder chasis' sama macam hilux, van, inova. Sebab tu tak adil kalu orang nak compare driving feel antara Livina dan Avanza. Takleh nak kata apa la, dah pesen Avanza terasa macam sampan sikit. Modify la camne pun, casis dia lagu tu gak.  Nak stabil sangat, tegap, pi cari Livina dan Exora sebab casis diorang ni monocoque....

        Kalau nak selamat memang kena elakkan eksiden la. Cara pemanduan kena sesuai. Walaupun ada GOA body, tapi saya sendiri kurang yakin. Yalah, kereta mahal mana pun remuk jugak. Kalau tanya mana-mana ejen pun, mesti diorang kata kereta jualan diorang macam kereta kebal la, bertaraf 5-star NCAP ( pengiktirafan keselamatan kereta baru eropah) la...tengok-tengok langgar babi, remuk gak...Nauzubillah...anda pandu cermat, jiwa selamat...

        Kereta baru memang ada defect dia. Biasalaha, engineer manusia biasa jugak. Mesti ada salah punye. Saya pernah komplen pasal central alarm mula2 beli dulu yang terlalu sensitif. Asik bunyi aje tanpa sapa2 usik. Nasib baik tak bunyi hon kuat macam Saga BLM, sekadar menciut bunyi burung aje. Skarang dah ok dah, pomen betulkan semula. Pasal auto-locking, Avanza takde. Biasanya kete lain bila jalan aje, sume pintu terkunci otomatik. Ejen bagitau ia untuk keselamatan. Mana tau kita terkunci dari luar ke. Atau dalam eksiden, memang panik tak boleh buka pintu sebab autolock. Nak lock pintu, kena tekan sendiri la kat pintu drebar. Memang selalu ditegur oleh cik bini la sebab selalu lupa lock pintu. Macam leceh pun ade.

        Berkenaan modifikasi, setakat ni baru pasang tinted je. Akan datang, kalau ada bajet, nak taruk sistem penguat casis jenis Ultra Racing. Ia akan membantu pemanduan jadi lebih stabil (kata orang). selain tu, kalau dah tak tahan terhuyung hayang, bole je tukar set suspensi. Skarang ni bagi saya, OK lagi. Barang standad sedap dipakai lagi. Kalau tak cukup ruang barang, boleh pasang set roof box Thule.
        Yang Toyota kena baiki untuk model akan datang, kasi la material seat yang lebih baik sikit. Leather seat lagi bagus. Sekarang ni kete saya pakai fabrik biase je, sedangkan top model S pun fabrik sama gak. Seat nipis pun lagi satu...orang tua mungkin komplen sebab tak cukup absorb gegaran. Seat tu kalu boleh, baringkan rapat ke lantai macam Wish, Livina dll...senang nak punggah mesin basuh...gearbox pun kena la ikut trend..skarang ni Honda dah 7-speed, kalu cruising highway setakat 2000rpm untuk kelajuan 120kmj je sedangkan avanza kena 3500rpm ( rpm yang lebih tinggi= kos petrol lebih tinggi)...jadi 4-speed avanza ni agak ketinggalan la ye...dari segi aksesori, patutnya dengan harga camni, saya rasa layak dimuatkan skrin LCD + reverse camera, ini sangat penting masa nak reverse. Alah, berapa sen sangat kalau kita survey di kedai aksesori. Takkan kilang Toyota kedekut sangat kot. Selain tu, mana-mana pengeluar kereta termasuk Toyota perlu spend sikit duit untuk anjurkan kursus pemandu defensif, macam Honda buat kat wartawan pemotoran. Buat kat litar yang selamat, pastu main la emergency brek ke slalom ke. BMW dah lama buat sebab nak prepare driver untuk mengawal kereta dari terlibat kemalangan. Saranan begini payah la orang nak dengar kan...yang penting anda baca, paham...

Kesimpulannya, kita jangan banding kereta kita dengan kereta yang lebih baik spec dan harga. Kalau mampu bayar, pakai. Jangan duk berangan pakai keta best, tapi kena tarik dek bank. Pakailah setakat mampu. Memang tak dapat punya 100% keseronokan kalau dah beli kereta mana-mana pun. Sedangkan Ferari 5 juta pun tak boleh bawak 4 orang. So, kene terima apa kekurangan kereta kita. Yang penting, ia tak meragam dan mampu bawak kita dari point A ke point B dengan selamat. Satu lagi, yang nak beli kereta, lepas tu niat nak jual balik, amik la kereta Jepun. InsyaAllah ada harga resale. Kalau nak perjalanan selesa, smooth amik kereta Eropah. Sapa nak spec yang tinggi dengan harga rendah, amik kereta Korea. Siapa nak lain dari orang, amik kereta Amerika, Russia. Janji 4 tayar. Saya takde niat nak kondem mana-mana pihak or jenama kereta lain. Kalau ade yang rasa perkongsian saya ni salah, tak munasabah, sila kemukakan fakta anda. Be educated, civilised ok..Kalau Toyota nak saman saya sebab ada fakta salah, tak payah la kot...Dah nama pun pendapat peribadi kan...Review saya ni tak la secanggih TopGear ke AsianAuto ke...Mereka tu review kete hebat2 aje, setakat Avanza ni sape la nak kongsi review kan kan....Kalau kawan2 nak saya review kereta anda, bagi je saya pinjam seminggu dua dan saya kongsikan fakta lepas tu...anyone? Ade berani? Ha3.....
Last edited by nizampermai on 24-7-2013 11:27 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 04:29 PM | Show all posts
ingat nak sambar exora PRIME... tapi.. confuse jap nk amik prime ke bold. aku mmg decide nk amik exora la... aku suka prime sebab captain seat. anak2 aku semua pkai car seat. so klau second row tu letak carseat, then org dr third row nk keluar.. kan dah leceh nk kene lipat2 seat . tu aku tergoda kt captain seat pada PRIME. tapi mr bajet kata.. rugi la.. rege makin mahal tapi capacity makin kurang.. 6pax je...

n one more.. mane nk tengok PRIME kt showroom ha? puas gakla aku terjah show room berdekatan semua display bold je.. prime takde. aku nk tgkla space between captain seats tu muat ke nk lalu. klau nk lalu pon tersangkut betis.. baik tak payah kan... oh ya.. aku di shah alam. sape2 pernah jumpa exora BOLD ni showroom berhampiran tolong inform aku. tq
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 10:56 AM | Show all posts
talapia posted on 24-7-2013 04:29 PM
ingat nak sambar exora PRIME... tapi.. confuse jap nk amik prime ke bold. aku mmg decide nk amik exo ...

aku pakai bold premium jer. model bold prime rasanya dah stop pruduction rasanya

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 11:08 AM | Show all posts
tepets posted on 29-7-2013 10:56 AM
aku pakai bold premium jer. model bold prime rasanya dah stop pruduction rasanya

okay ke so far pkai bold premium? setelah aku puas dok belek2 gambar2 bold PRIME... nampak space between captain seats terlalu sempit untuk lalu lalang dengan mudah. so point aku nk pkai PRIME dah tak berguna. maka rasanye i'll go for PREMIUM je.  tp mmg dh decide nk amik exora... walaupon ada yg tanye dengan sinis... amik exora je? apsal tak amik grand livina? hehe

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 01:51 AM | Show all posts
talapia posted on 29-7-2013 11:08 AM
okay ke so far pkai bold premium? setelah aku puas dok belek2 gambar2 bold PRIME... nampak space b ...

best exora premium. pikap ok. tp jgn la compare dgn Estima. but compare to Livina better la ambil exora, itupun klu x kesah pakai brand local. dari segi comfort, luas, ruang simpanan barang yg besar, exora menjadi pilihan terbaik utk kategorinya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2013 01:56 AM | Show all posts
talapia posted on 29-7-2013 11:08 AM
okay ke so far pkai bold premium? setelah aku puas dok belek2 gambar2 bold PRIME... nampak space b ...

pergi jer mana2 proton edar (google jer alamat). boleh test drive, tengok dalaman exora bold premium bgmn. rega dia sekarang 80k. blh dpt diskaun another 2k, blh mintak smart tag percuma, baucer tinted + petrol full tank.

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 10:12 AM | Show all posts
talapia posted on 29-7-2013 11:08 AM
okay ke so far pkai bold premium? setelah aku puas dok belek2 gambar2 bold PRIME... nampak space b ...

so far okla. dah setahun lebih, aku pakai yang first batch raya tahun lepas balik kg bawak keta baru aku punya color elegent brown, apa yang aku boleh katakan memang value for money la exora bold ni. ambil yg premium dah tak perlu pening2 nak tambah apa-apa dah. boleh dikatakan ketagih nak bawak exora bold cfe ni tak tau la apsal
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 09:28 AM | Show all posts
aku pakai exora bold cfe standard jer...dpt 64500 setelah tolak diskauan utk gomen staff 2.7k..tolak NCD..
aku baya D/P 800 jer... mthly 750..9thn..

sgt puas hati dgn enjin yg mantop..ruang yg besar & keselesaan pemanduan samada dekat @ jauh..
tak perlu bayar lebih utk sebuah perjlanan yg selesa utk famili..

exora ni just utk travel jer..keta jarak jauh..enjin pun lasak...
utk pegi keja @ city car driving..selesa dgn myvi..yg ni dah abih baya..loan 7 thn setlle 5 thn..

sbg rekyat msia aku cukup bangga drive exora..
proton dah semakin maju & baik serta byk peningkatan dari segi pembuatan dan kualiti keretanya..
tak rugi beli proton..

yg asik dok hentam proton ni majoritynya adalah pomen2 cina yg anti melayu..
depa yg rajin dok hentam proton sebenarnya...

percaya la proton dah semakin baik kualitinya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 09:38 AM | Show all posts
koko2 posted on 20-8-2013 09:28 AM
aku pakai exora bold cfe standard jer...dpt 64500 setelah tolak diskauan utk gomen staff 2.7k..tolak ...

Wahhh...rakan sekerja saya ni pun dlm proses dok berkira utk amik exora CFE standard ni..bayar DP RM800.00 je ye? Bank apa tu koko2? amik kt proton edar/EON mana?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.098653 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list