CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10663|Reply: 45

gangguan orang sebelah..

[Copy link]
Post time 5-1-2012 01:51 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua... saya ada nak bertanya pendapat berkenaan masalah yang keluarga saudara saya alami..boleh kata satu family dah diganggu dalam tempoh masa yang lama juga.. family ni tinggal dalam 1 kawasan kg yang sama tapi rumah lain2 la..

saya mulakan dengan akak ni..saya namakan kak w..dia tinggal dengan 2 orang anak perempuannya sejak pemergian arwah suami awal thn lps..baru2 ni kak w ada cerita yang satu malam tu dia tak dapat nak lelapkan mata..jam lebih kurang pukul 3 pagi..jadi oleh sebab mata memang tak boleh nak tutup, dia pun mengaji la di ruang tamu depan..rumahnya ni terbahagi kepada 3 bahagian..bahagian dapur dekat dengan rumah jiran, bahagian tengah ada 2 bilik manakala ruang tamu berdekatan dengan jalan lah..

tengah khusyuk dia mengaji tu, tiba2 dia terdengar bunyi uuk uuk.. bunyi burung hantu..lepas tu otomatik dia rasa seram sejuk dan lain macam...bacaan pun jadi lain..asyik salah je..dalam masa yang sama, bahu terasa berat seperti ada yang bertenggek...dengan perasaan yang dah bercampur baur tu kak w ni cuba habiskan jugak ayat yang terakhir tu..habis je baca terus dia jalan laju2 menuju ke bilik tidur..besok pagi anaknya tanya.."mak kenapa malam tadi melompat atas katil?" kak w pun cerita la apa yang dia alami malamnya tu..

kak w pun ada cerita yang selalu jugak bila dia tidur, dia akan mimpikan seseorang ni..orang yang dia mimpi tu memang tinggal sekampung..rumah pun tak berapa jauh..10 minit jalan dah sampai jadi korang boleh bayangkan la jaraknya tu.. nanti saya cerita apa kaitan orang yang kak w selalu mimpikan tu..

ok, saya sambung dengan kisah adik kak w ni pulak..saya namakan abg jat..dia ni dulu belajar di mesir..kat sana memang aktif dan suka bergaul dengan orang arab..kisahnya dia dah dapat gangguan sejak di sana lagi..sebelum kena gangguan tu, dia bukan seorang yang panas baran, cakap pun tak merapu dan rapat dengan anak2 buah..tapi sejak lepas kena tu, jadi terbalik..bila berborak, dia mesti nak menang..orang lain tak boleh tolak idea dia..pasti dia melenting...selalunya satu2 isu tu tak perlu pun nak bertegang leher..tapi dia tak..mesti nak gaduh jugak...

anak2 buah pun terutamanya yang perempuan, mesti dia akan marah2 tanpa sebab.. dia pandang rendah pada semua perempuan... bila ada yang tak kena, muka dia akan jadi kemerah-merahan..pastu mulut pun pok pek pok pek marah yang entah apa2.. bila tengah kerja pun, mesti ada buat hal..pendek kata, emosi tak stabil lah..

family ada bertanya pada ustaz2..diorang pun tak pasti apa sebenarnya yang menggangu abg jat ni..cuma apa yang ada sorang ustaz tu kata, benda tu dah lama..dah hampir sebati dalam badan abg jat..jadi agak sukar nak buang..boleh dihapuskan dengan cara, abg jat kena lawan balik dengan banyakkan berzikir, amalkan surah2 tertentu supaya hati dan fikiran dia tenang..

lupa la nak habaq, abg jat ni duduk serumah dengan bini dan anaknya..sebelah rumah pulak ada mak dan adik dia..buat pengetahuan korang semua,rumah mak dia dan rumah abg jat ni bersambung.. bini abg jat, kak n ada bagitau yang biasanya bila abg jat ni macam naik hantu tu, pasti akan terkeluar nama seseorang pakcik ni..pakcik ni saya namakan wak s la yer..dah tua orangny..mungkin umur sekarang dalam 70 blh..tapi masih boleh bawak moto cuma ada beberapa kali keluar masuk hospital..wak s ni lah yang slalu ada dalam mimpi kak w tu..wak s ni rumahnya sebelah je dengan rumah abg jat ni..memang dekat sangat sampai kalau bercakap tu memang boleh dengar la suaranya..

wak s ni memang orang kg tau reputasi dia..sejak dari muda lagi memang ada rekod..zaman muda2 gangster .dah tua2 ni lain jahatnya..dulu masa kenduri anak kak w yang sulung, ada satu kejadian berlaku..nasi tak masak2..pengantin dah sampai tapi nasi nya tak jugak masak..wak s ni masa tu ada dalam khemah tempat nasi dimasak tu..adalah sorang pakcik ni yang agak berilmu sikit, dibacanya doa2 dan tak semena2, timbul tisu empat segi dari periuk nasi tu..wak s masa tu dah takde kat situ..entah masa bila dia blah pun tak tau..cerita ni pun diceritakan adik beradik kak w jugak yang ada kat situ masa tu.. tapi family diorang malas nak bising2..yang penting, kenduri selesai..

masa raya haji yang lepas, anak buah abg jat ni ada bawakan kenalan dia, seorang ustaz datang ke rumah..mengikut kata ustaz tu, memang kerja wak s yang menggangu family ni..dia ada byk belaan yang terdiri dari toyol dan hantu raya..lain2 tu saya lupa suda..huhu.. katanya lagi, dekat kawasan rumahnya ada banyak yang bermain2..wak s ni rajin pergi masjid..memang kalau tengok mukanya, x nampak pun sisi lain..tapi siapa yang betul2 kenal dia, taulah disebalik perwatakan alim tu, tersembunyi personaliti yang lain.. mengikut cerita ahli keluarga abg jat ni, mungkin kerana dendam lama wak s ni yang menjadi punca dia buat semua ni.. dulu dia nak jodohkan anak perempuannya dengan abg jat tapi abg jat dah kawin pun dengan bini dia so mungkin itu menjadi sebabnya...

dulu2 ada sekali abg ahi, abg kepada abg jat ni ajak wak s ni masuk dalam van dia..dia tegur la wak s tu.."kalau nak bela tu, jangan lah x bagi makan..nanti sibuk dia kacau orang2 kampung ni" wak s tu marah...katanya.. "aku peduli apa..kalau orang kg nak baca yasin dan solat hajat pun aku tak takut..buatlah!!! "  angkuh betul..

dalam sebulan atau 2 bulan lps, di kawasan antara rumah mak abg jat dengan rumah belakang ni, mak abg jat ni, saya bahasakan nenek..nenek ni nak sidai baju..bila dia pandang kat tanah tu, ternampak lah najis manusia yang agak besar saiznya..besarnya lebih kurang saiz bola ragbi..saya lupa pulak nak ambil gambar..kalau x, boleh tunjuk kat sini..huhu..

tempat najis tu berdekatan dengan tingkap bilik adik abg jat, abg yi...sejak kejadian tu, abg yi selalu pasang ayat ruqyah dekat hp dia..yang pasti, setiap kali ayat ruqyah tu terpasang, pasti dia akan sakit kepala dan selalu terjaga dari tidur dengan tiba2..berhari2 jugak susah nak tidur sepertimana yang kak w alami..abg yi ni memang kerap sakit kepala..sakit tu menyerang tak kira masa..selalunya sakit sebelah atas kepala..katanya kalau darah tinggi, pasti sakit di belakang..ni sakitnya banyak di sebelah atas..
dia pun ada cerita yang selalu dia mimpi terjun dari banggunan tinggi..dan ada juga seperti dikejar sesuatu..

adik beradik yang lain pun ada gangguannya cuma tak seteruk kak w dan abg jat lah..memang ini ujian ALLAH buat hamba2 Nya cuma kalaulah dapat gangguan tu diatasi, alangkah tenangnya kehidupan keluarga ni..

sorry sebab panjang sangat..huhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 07:20 AM | Show all posts
Bunyi mcm gangguan saka Dan sihir je. Baiklah cari mana2 ustaz yg boleh membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 07:33 AM | Show all posts
Tak faham betul dengan sikap orang yang hasad dengki & dendam tak memasal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:29 AM | Show all posts
kirenya ni dendam c wak s pada abg jat sebab x nak kahwin dgn anak ppuan dia la ni? soal dendam & dengki ni mmg x boleh bawak main. kadang sampai mati dia boleh buat org..Nauzubillah minta jauh la dr keluarga aku..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:29 AM | Show all posts
kirenya ni dendam c wak s pada abg jat sebab x nak kahwin dgn anak ppuan dia la ni? soal dendam & dengki ni mmg x boleh bawak main. kadang sampai mati dia boleh buat org..Nauzubillah minta jauh la dr keluarga aku..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:49 AM | Show all posts
kesiannya....


kerana itu sahaja pun sanggup di buat gitu... tp sy rasa kan... yang mungkin di buat... pada abang jat sahaja.. cuma yg lain kena tempias.. nak2 lagi.. abang yi pun dah kata.. dia tak memberi makan.. rumah wak s plak berdekatan dengan rumah diorang.. kalau rumah diorang tak  berpagar.. tak mustahil.. menda2 tu singgah mengusik dan bermain kat rumah diorang juga...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2012 08:50 AM | Show all posts
semoga keluarga kak w tabah menghdapi dugaan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:56 AM | Show all posts
memang apa yg dtg itu ujian dari Allah SWT...utk kita lebih dekatkan diri denganNYa. Allah yg berkuasa menjadikan sesuatu itu terjadi dan menjadikan sesuatu tidak terjadi. Berusaha utk berubat dan juga untuk menambahkan amalan, zikir dan solat dalam amalan harian kite. Aku juga pernah mengalaminya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 10:41 AM | Show all posts
mengikut turutan cerita ni, keluarga itu sememangnya drp keluarga yg kuat beramal, jadi pelbagai ujian allah beri kpd famili dia org,,

ade seorg imam drp sebuah masjid yg terkenal di malaysia,, pernah menasihatkan saya supaya sentiasa berjaga sesama manusia, kerana manusia juga sanggup buat perkara2 yg menyalahi batasan dan melebihi syaitan..

dalam hal ini sebenarnya, masih ramai org melayu yg tidak percaya dengan perkara2 ghaib, sedangkan semua kejadian adalah makhluk allah juga termasuk jin/ syaitan,, cuma manusia adalah sebaik2 kejadian..

semakin kita di arus kemodenan,, semakin ramai manusia bragama islam sesat,, tatkala hidup bertuankan syaitan.. keadaan ini semakin parah, kerana sikap cemburu dan sakit hati telah menguasai diri, dan ini adalah penyakit hati yg mana allah telah berfirman bahawa "penyakit hati merupakan penyakit yg tiada ubatnya,, melainkan individu itu sendiri bertaubat,, mecari jalan yg diredhai"

oleh itu jauhilah drp amalan2 syirik dan menduakan tuhan (allah).. sesungguhnya bertaubat adalah jalan yg terbai,,,

Telah sekian lamanya, saya tertunggu2 semoga ada sebuah badan atau jabatan yg bleh menubuhkan bengkel berhubung dengan isu2 ini (ilmu hitam) supaya masyarakat kita boleh hidup dengan aman, dan sejahtera...Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:19 AM | Show all posts
pergilah darul syifa!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 12:20 PM | Show all posts
Telah sekian lamanya, saya tertunggu2 semoga ada sebuah badan atau jabatan yg bleh menubuhkan bengkel berhubung dengan isu2 ini (ilmu hitam) supaya masyarakat kita boleh hidup dengan aman, dan sejahtera...Wassalamdeensaleh Post at 5-1-2012 10:41

اِ نْ شَآءَ اللّهُ

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 01:03 PM | Show all posts
-deleted....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 01:06 PM | Show all posts
yelah..mungkin wak s tu fokus lebih kepada abg jat sebab tu dugaan dia yang paling teruk..macam yang saya katalah semasa raya haji yang lepas ni..ada anak buah bawak ustaz dan ada la kenalan lain ikut sekali..kalau tak silap dalam 3 hari selepas raya haji.

malam tu ustaz tu dah pagarkan sekali rumah keluarga abg jat..ada jugak tabur kacang hijau kat sekitar rumah..saya kurang maklum apa tujuan kacang hijau tu..mungkin utk lekakan toyol barangkali?

kemudian ustaz itu pun ada bagi panduan berkenaan amalan2 yang boleh dilakukan oleh abg jat dan yang lain2..sejak dari hari tu, memang hari2 lah abg jat tak tinggal zikir dan bacaan2 surah lain..tapi sejak minggu lepas, gangguannya macam jadi kuat balik..habis anak bininya kena marah tak tentu pasal..ada saja yang tak kena di mata dia...bini abg jat ada bagitau yang minggu lps amalan dia mcm kurang sikit jadi mungkin sebab tu la benda dalam badan dia dapat control balik..

itulah, harapnya abg jat dapat kuatkan diri melawan benda tu..benda dah sebati lama jadi sedikit sebanyak memang agak liat jugak nak hapuskan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 01:23 PM | Show all posts
nampak mcm kene sihir...

diantara tanda2nye mcm yg tt bgtau td...jatuh dr tmpt tinggi...mimpi kene kejar sesuatu...
pg berubat cepat...iktihar la mcmane pn asalkn kita bebas dr gangguan syitan durjana...

gi bwk family berubat ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 01:40 PM | Show all posts
Reply 14# niezam_cs


    saya ada ajak pergi berubat tapi macam biasalah, saat2 akhir nak pergi tu mesti tuan punya badan tak mau..rasa malas lah, ada hal lain lah, mengantuk lah...insyaallah dalam masa yang terdekat ni saya cuba ajak lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 01:45 PM | Show all posts
Reply 15# nauze


    selalunye pn mmc mcm 2...alasan syitan la 2...jgn dilayan kn..nk bertumbuk pn bertumbuk lah...janji bwk gi berubat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 02:34 PM | Show all posts
اِ نْ شَآءَ اللّ ...
mr_evergreen Post at 5-1-2012 12:20


saya harap2 sangat, perkara ini dibincangkan atau dilaksanakan secepat mungkin,, kerana saya dapati semakin ramai bangsa melayu beragama islam khususnya yang telah tersesat jauh drp norma2 seorang muslim sejati,, sanggup bertuankan syaitan, walaupun mereka pergi ke surau atau masjid2 setiap waktu..

dan sememangnya sejak dulu lagi perkara ini telah berlaku, tetapi kini semakin kritikal..

waallahhua'lam..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 02:59 PM | Show all posts
malam tu ustaz tu dah pagarkan sekali rumah keluarga abg jat..ada jugak tabur kacang hijau kat sekitar rumah..saya kurang maklum apa tujuan kacang hijau tu..mungkin utk lekakan toyol barangkali?

kemudian ustaz itu pun ada bagi panduan berkenaan amalan2 yang boleh dilakukan oleh abg jat dan yang lain2..sejak dari hari tu, memang hari2 lah abg jat tak tinggal zikir dan bacaan2 surah lain..tapi sejak minggu lepas, gangguannya macam jadi kuat balik..habis anak bininya kena marah tak tentu pasal..ada saja yang tak kena di mata dia...bini abg jat ada bagitau yang minggu lps amalan dia mcm kurang sikit jadi mungkin sebab tu la benda dalam badan dia dapat control balik..
nauze Post at 5-1-2012 13:06



   ni aku nye opinion laa eh....
1. pasal pagar umah.. dipagar tapi dah bersih ke dlm umah tu atau pada badan pesakit??
- maybe laa sbb lum bersih semuanya laa ada lagi yg tertinggal... tu yg mengamuk lebih tu... sbb tak leh bergerak bebas..
atau masih berada didlm so lagi besh dan senang nk kacau...

2.  pasal amalan- biarlah ikhlas kerana Allah... baru laa diaekor ni tak brani nak kacau.. ni klu beramal sebb nk kan perlindungan ..
pastu rasa bila kurang beramal diaekor leh kacau balik mean... mempercayai ayat/amalan tu lagi power dari Allah ..
so sebaik-baiknye buatlah amal ikhlas kerana mengagungkan Allah, mengesakan Allah..insyallah automatik Allah akan memberi perlindungan...

wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 04:49 PM | Show all posts
Reply 17# deensaleh

siapa yg start,dia yg settle

hidup kalau tak blh senangkan org lain,jgn la sampai menyusahkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 05:49 PM | Show all posts
ni aku nye opinion laa eh....
1. pasal pagar umah.. dipagar tapi dah bersih ke dlm umah tu ...
safamm Post at 5-1-2012 14:59


dalam rumah rasanya takde masalah..tapi dalam badan pesakit tu besar kemungkinan masih ada..sebab emosi dia pun sekejap ok sekejap tak..ni merujuk pada abg jat tu la..


pasal amalan- biarlah ikhlas kerana Allah....
safamm Post at 5-1-2012 14:59


iye, terima kasih atas peringatan en/cik safamm..insyaallah semua amalan yang dibuat hanya semata mata kerana ALLAH..sejak kecil alhamdulillah keluarga ni dah diberi didikan agama dan sentiasa digalakkan berbuat baik kepada jiran tetangga..tapi macam biasa la, bila kita berbuat baik, pasti ada yang kurang senang..bila kita buat jahat, lagilah orang tak suka..ALLAH pun murka..


dari dulu lagi abg jat tu alhamdulillah lah memang rajin ke masjid solat berjemaah..bukan saya nak puji tak tentu hala tapi memang itu realitinya..syukur pada ALLAH kerana walaupun dia diganggu, hati dan fikirannya masih kuat nak mengerjakan suruhanNya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.288609 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list