View: 165|Reply: 0
|
Godam: 'Melayu suka aniaya bangsa sendiri'
[Copy link]
|
|
\"MEMANG dari dulu orang Melayu sanggup aniaya bangsa sendiri, semata-mata kerana kuasa dan kepentingan peribadi. Dari perkara sekecil-kecilnya, sehinggalah perkara yang mengancam keselamatan dan kepentingan bangsa mahupun agamanya.\r“Bangsa Melayu yang sepatutnya mewah dengan budi pekerti, sopan santun bahasa dan peri laku, lenyap dalam kegilaan mendapatkan sokongan seolah-olah lupa hakikat diri bahawa mereka bakal hilang segala-galanya dan merempat di negara sendiri.\r\n\n\n\n\r“Mereka suka mentertawakan seolah-olah lupa hakikat diri bahawa baik kelompok dalam parti pemerintah mahupun lawan sedang ditertawakan bangsa lain. Mereka tertawa terbahak-bahak dan berdekah-dekah sambil bertepuk tangan melihat gelagat Melayu Malaysia yang semakin lupa diri.\r\r\n\n\n\n\n“Jangan ingat aku merepek kerana inilah hakikat yang terus berlaku dan mengalami ulang tayang entah berapa kali biar dalam alaf mana, selagi tiada keinsafan dalam diri betapa pentingnya mereka bersatu tanpa mengira mazhab politik yang menjadi pegangan.”\rKasar bunyinya kenyataan teman bicara ini, tetapi sengaja penulis perturunkan untuk dikongsi dengan pembaca kerana itulah hakikat yang sedang dipertontonkan kepada semua dan perilaku sedemikian semakin rancak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun ini.\rTerkini, isu merobohkan Madrasah Salihiah, Jalan Tambang Badar, Alor Setar, yang dibina di tanah wakaf khas berusia kira-kira 100 tahun, kecoh sangat sedangkan tindakan sedemikian bukan suatu perkara baru atau pertama kali berlaku dalam sejarah negara ini.\rSemua tahu bahawa antara semua bangsa di Malaysia, tempat beribadah bangsa Melayu beragama Islamlah yang paling banyak dirobohkan biar di negeri mana sekalipun atas nama pembangunan, tanpa banyak bantahan sebelum ini.\r\n\n\n\rMeskipun tiada perangkaan yang dapat diperturunkan sebagai bukti dakwaan berkenaan, tetapi itulah hakikat dan cuba lihat jika ia membabitkan kuil atau tokong, hatta di atas tanah haram sekalipun, apa yang akan berlaku?\rPenulis tak perlu pergi jauh kerana tempat tinggal penulis di Selangor yang dibangunkan sebuah agensi kerajaan melalui anak syarikat dan dibangunkan sejak lebih 20 tahun lalu, sehingga sekarang tidak mempunyai walau sebuah masjid pun.\rMeskipun pembangunannya bertaraf sebuah bandar yang gah kononnya sehingga menerima anugerah dan masjid termasuk dalam pelan induk pembangunan taman perumahan terbabit, tetapi ia berkesudahan dengan tiga surau dengan mazhab politik berbeza!\rIni belum diambil kira dengan masjid yang dibina di kawasan dengan kepadatan pekerja Islam yang tinggi sehingga apabila hari Jumaat, jemaah berlimpah ruah di atas siar kaki dan pembahagi jalan ketika menunaikan solat, lalu yang tampak daifnya bangsa Melayu sekalipun dalam hal beragama!\rPerpecahan bangsa Melayu negara ini nampaknya semakin kalut sehingga sampai ke tahap gaban dan sudah pasti kelompok Melayu marhaen seperti penulis mengharapkan semua pemimpin Melayu tanpa mengira mazhab politik kembali bersatu demi bangsa apalagi agama.\rJika Tun Dr Mahathir Mohammad melihat perpecahan bangsa Melayu kepada tiga kumpulan dalam perebutan kuasa menjadi Melayu majoriti sebagai kelompok minoriti dalam tempoh 10 tahun akan datang, penulis yakin kuasa Melayu terus menipis terus ditelan ketololan dan kealpaan sendiri.\rMelayu jadilah bangsa yang mahu mengambil iktibar daripada sejarah agar dapat tampil sebagai bangsa bermaruah lagi dihormati dan bukannya diperkotak-katikkan oleh bangsa lain dengan mudah sehingga bangsa sendiri teraniaya!\rBanyak sudah kisah dalam lipatan sejarah bangsa Melayu yang boleh dijadikan panduan, sebelum negara terlepas ke tangan orang lain dan jangan sampai berulang sejarah malang Singapura \'dipadamkan\' dari peta Tanah Melayu ketika memberi kemerdekaan kepadanya pada 9 Ogos 1965.\rBanyak kisah yang terkandung dalam karya agung Melayu seperti Sulalat al-Salatin dan Sejarah Melayu, boleh dijadikan iktibar bangsa Melayu hari ini bagi mengelakkan mereka mengulangi kesilapan dan sebelum keterlanjuran menjadi lebih parah, ada baiknya semua segera kembali.\rKisah Singapura dilanggar todak yang berkesudahan dengan arahan bunuh ke atas Hang Nadim yang mengemukakan akal agar berkubukan batang pisang dan bukannya betis menyebabkan Paduka Seri Maharaja selaku pemerintah berasa dirinya tercabar, wajar menjadi ingatan.\rBegitu juga dengan kisah Sang Rajuna Tapa yang belot kerana dibelenggu rasa dendam selepas Raja Iskandar mengarahkan anak perempuannya, Dang Anum, dibunuh ekoran termakan fitnah gundik yang iri hati, sehingga sanggup membuka pintu gerbang bagi membantu Patih Karma Wijaya membawa masuk tentera Majapahit menyerang Singapura, tidak rugi `dibedah\' untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada bahan renungan.\rApakah bangsa Melayu tidak bimbang akan kemungkinan mereka berada dalam kancah seperti Palestin di Gaza dan sanggupkah mereka melalui sejarah buruk sedemikian sekiranya ia menimpa mereka pada masa depan?\rAmbillah iktibar betapa segala nasib malang bangsa Palestin hari ini berpunca daripada keengganan Hamas, Hisbollah dan Fatah untuk bersatu sebagai suatu bangsa dalam menentang Zionis Israel yang lapar tanah untuk diduduki sehingga terbelenggu dengan segala permasalahan sejak 1948.\rCerdik pandai Palestin bertaburan di seluruh dunia sama seperti Yahudi, tetapi mereka tidak menghayati strategi musuh mereka itu, meskipun ada pelbagai `mazhab\' pemikiran, tetapi keazaman politik mereka satu; mendirikan negara Israel demi kesejahteraan bangsa dan rakyat mereka!\rInsaf dan sedarlah bangsa Melayu bahawa nasib bangsa berada di hujung tanduk dan semua perlu berhati-hati dalam segala bentuk tindakan, bukannya bercakaran sehingga mengaibkan bangsa sendiri atau menjadi bahan lelucon untuk tontonan awam!\rHayatilah bait puisi, Umat Melayu Kini Antara Hati Yang Jujur Atau Hati Penuh Muslihat, karya Profesor Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Kuliyyah Ilmu Wayhu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Kamal Hassan.\r/.. fitnah menanah buas/ munafiquun kafiruun mengatur pentas/ Melayu cantas mencantas/ takhta akan dirampas/silat Melayu undang tewas/kerana langkah kurang ikhlas/ .. kita harus segera mikraj ../ dari pengabdian kepada parti ke ubaidiyyah kepada Ilahi/ dari kelangsungan mediokriti ke kecemerlangan rohani/ .. dari kanun bikinan ke Piagam Madinah/ dari kubang korupsi ke ladang integriti/ dari penjara nafsu ke taman zikir/ dari kesumat benci ke air mata cinta sejati/ dari gunung angkuh ke lembah tawaduk/.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|